Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 27 November 2013

Tuntunku kepadaMu


Kusadari, engkau sanggup
Mengambil kembali karunia-Mu
Dan ku coba, selalu mengingat
Takkan sia-siakan segalanya 
Karena, suatu hari 
Semua akan tiada lagi 
Dan di akhir hayatku mohon 
Kau redho padaku

Chorus:
Allah, Ya Allah tuntunku ‘tuk tiba di Jannah-Mu 
Ya Allah, Ya Allah 
Jangan jauh dariku 
Ku damba cahaya-Mu 
Bersama-Mu ku ingin dekat 
Dekat dengan-Mu sepanjang usia 
Ya Allah, O Allah! 
Dampingi langkahku [selalu]

Kusadari, kadang ku lupa 
Mungkin ini nafasku yang terakhir 
Ampuni kurangnya syukurku 
Maafkanku ragu kasih-Mu 
Nanti, suatu hari 
Saat duniaku usai berakhir 
Di akhir hayatku mohon 
Kau redho padaku

*ULANG CHORUS

Hari berganti 
Ku yakin waktuku kian singkat 
Tuhanku, biarku genggam dunia ini 
Tanpaku mencintainya 
Karena ku kan segera pergi 
Karena ku kan segera pergi

*ULANG CHORUS [x3]

Tuntunlah aku 
Setiap langkahku



Lyrics, Melody & Arrangement: 
Maher Zain

Sabtu, 23 November 2013

Dia...


Assalamualaikum...
Fuh! Fuh!
Habuk banyak pulak.. almaklum dah lama tak kemaskini (update) belog ni tu yang asal masuk je belog tetiba je 'nampak' ada baaanyak habuk. Hahaha. Imaginasi tinggi neh :p

Kalau ada nampak aku update belog ni maknanya aku online guna laptop la tu. Kalau tak memang dengan henfon takde jenama tu je aku online ;) Punyalah berjasa fon tu... hee...
Nak update belog guna fon sangat payah. Aku pernah cuba memang rasa nak nangis. 
Rasa buang masa jugak. Jadi surrender awal-awal untuk update belog guna fon.

Jadi, apa topik kita kali ni?
Tentang mati syahid!
Ya, saya mahu mati syahid!
Semua orang pun mahukan mati syahid, waima orang jahat pun (yang beragama Islam jela tapi)... huhu

Cop!

Cop!

Taklah, tak... tu bukan topik utama kita.
Yang utamanya ialah topik yang menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia di awal bulan ini.
Bulan November 2013. 
Iaitu As Syahid Ahmad Ammar! Atau di Turki beliau digelar Şehıdımız Ahmad Ammar. Sama je maksud dia pun.. hee

Ya, tentang dia...
Walaupun ramai dah blogger-blogger yang tulis pasal dia, aku mahu abadikan dia dalam belogku jua.
Supaya apabila imanku turun, aku akan buka blog ni dan kisah dia masih lagi menjadi inspirasi buat diriku.
Boleh? << Ecehh macam Ustaz Don pulak :D


Yang ini aku ambil dari profile fb dia & letak caption daripada status dia jugak..

Jujurnya, aku tak kenal pun dia. Langsung tak.
Sikit pun tak.
Lebih-lebih lagi bila aku buka FB dia dan nampak asal dia ialah Kg Gombak.
What?! Kampung sebelah tempat tinggal aku je tu...
Haa giteww...



Aku kenal nama Ammar ni dua hari SELEPAS dia meninggal.
Itu pun ada friendlist kat FB tu yang share (maaf tak ingat nama. Yang ingat dia perempuan je.. heee) tapi masa tu endah tak endah jela sebab macam tak faham sangat kan... Lepas tu pulak ingat that girl gf dia. Gitulah. Huhu.
Tapi bila hampir setiap detik dia share terus aku tergerak nak cari siapa Ahmad Ammar ni?
Ya, cari menggunakan sistem Google jek. huhu. Nak tanya malas pulak, baik cekidot sendiri lagi puas hati. Giteww.. Lagipun aku kan suka membaca. Haa bab ni takleh nak kikis dah :p

Kemudian jumpa 1 link tu, itu pun daripada FB ibu allahyarham. Ibu dia share.
Baca isi belog tu dari A sampai Z masih tak puas hati. Apa ni? Apa?
Dan syukur belog tu kat bawah dia letak segala macam link rujukan dia. Semua tentang Ammar.
Dan satu link yang aku tertarik ialah link dari blog Ustaz Hasrizal (Abu Saif).
Terus buka, baca dan hadam betul-betul...
Baik, saya faham dan saya menangis... 

Klik pada gambar untuk baca keseluruhan kisah Ammar di belog Ustaz Hasrizal

Tak tahu kenapa. Walaupun dalam belog tu Ustaz Hasrizal sendiri kata, 

" saya terlalu tua untuk cemburu"..  

tapi seperti cemburu itu terburu-buru pula masuk dalam hati aku.
Cemburunya! Indahnya pengakhiran hidup dia! 
Pastu menangis macam orang dekat pulak yang meninggal. (Err memang dekat pun kan sebenarnya. Kampung Gombak tu? Huhu)
Betul! Bukan nangis sebab sedih pun... cuma sebab cemburu.
Aku nak pengakhiran yang begitu!


Kemudian tak berapa lama kemudian, keluar video ini.
Macam viral.
Bertalu-talu orang share.
Nak tengok internet lembab jadinya download saja.




Bila dah tengok, lagilah macam orang tak betul dah. Emo je manjang. 
Lagi-lagi bila diorang yang buat video ni macam highlight-kan jenazahnya merenik peluh tu.
Ya, memang dari kecik orang cakap kalau dahi merenik peluh tu sebab dia malu dengan Allah sebab dia dah ditunjukkan tempat yang baik. Masyaallah!

Lepas tu terjumpa pula hadith ini;-


Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-; 

« اﻟْﺠَﺒِﻴْﻦِ ِ ﺑِﻌَﺮَق ُ ﻳَﻤُﻮْت ُ اَﻟْﻤُﺆْﻣِﻦ »

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. 
(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. [Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145])
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. 
Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. 
(Faidhul Qadiir, hadis no. 9145)

Kenapa aku diberitahu perkara ini dari kecil? Sebab arwah Jad (atuk aku sebelah ummi) pun masa meninggal dahi beliau pun berpeluh. Dan masa tu aku baru darjah dua.
Renik-renik peluh yang memenuhi dahinya sampai rasa masa tu Jad bukan meninggal tapi tidur je. Huk huk huk. Jadi bila tanya kat orang nape dahi Jad berpeluh? Inilah yang diberitahu.

Lagi satu yang buat aku terkesan dengan video ni bila dengar khutbah tu.
Kan penceramah tu kata, Ammar meninggal di Turki pada awal Muharram itu bukanlah suatu kebetulan tetapi itulah takdir yang telah tertulis untuknya untuk bersemadi bersama-sama Abu Ayyub Al Ansari :'(

" Alangkah bahagianya saudara kita Ahmad Ammar kerana akan bangkit bersama sahabat Nabi -- Abu Ayyub Al Ansari yang akan berpegangan tangan dengannya...
Kamu (Ammar) keluar dari Malaysia dan datang ke Istanbul lalu bangkit bersama sahabat Nabi yang datang dari Madinah ke Istanbul kerana Allah Ta'ala..."

Allahuakbar!

Makin hari rasa macam makin parah pula aku ni. 
Camni rupanya bila kita cemburu dengan orang baik-baik. Hihi.
Dahla dengan Nio tak sihatnya lagi.

Nio? Oh itu anak burung merpati yang Aidz jumpa pada hari Selasa 29 Okt lepas.
Masih belum boleh terbang pun... Aidz yang bawa balik, aku yang jaga sebab selang 2,3 hari lepas tu Aidz bertolak ke Sabah, ke kampung isterinya.




Ini Nio.

Tapi ketika aku menaip ni Nio dah sihat. Dah aktif balik dan asyik nak makan betik. Bagi lain semua dia tolak guna paruh dia.
Ngade-ngade ni...

Berbalik pada kisah Ammar tadi.
Di sini aku kongsikan kisah yang telah diceritakan oleh sahabat merangkap junior Ahmad Ammar --
Saudara Muhammad Bin Ahmad Zaid (tapi aku ada edit balik sebab aku ni jenis tak boleh nak baca ayat terlalu banyak shotform.. ngee)

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mengenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam yg baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi, maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkn serta mem 'promote' kan segala kebaikan yg beliau pernah lakukan smasa hayatnya, mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yg mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). 

Harap kepada siapa yg baca, bacalah sampai tamat. 
Maaf ia agak panjang dan akan mengambil masa paling kurang 20 minit dengan banyak ayat yang tidak tersusun.

Beliau antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak
 sampai 35 orang pun) yg melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian selepas SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. 

Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC (Royal Military College) dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung belajar di Turki; negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yg 'sakit'. Patutnya beliau ke tempat yg lebih berprestij. 
Dahlah pilih Turki, ingatkan ambil Medic ke, atau Engineering, tengok-tengok ambil Sejarah, bidang yg sering diambil oleh student gred C dan D. Sejarah Uthmaniyyah pula tu. MashaAllah. 

Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil Sejarah, jawapan beliau, 

"Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam selama 600 tahun, takde kuasa dunia yg lebih lama daripada itu.
Negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tak bangga? Itu sejarah kita. Kita boleh kembalikan balik sejarah tu. Lepas tu kita ni dah belajar tinggi-tinggi, last-last orang yang belajar lebih-lebih kurang pula control kita, sebab tu ana ambil Sejarah". 

Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau.

Beliau seorang yg sangat pendiam, tapi sekali beliau bercakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yg beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok jika beliau berada dalam situasi tersebut. 


Pernah sekali beliau bawa student Malaysia overseas yg datang bercuti di Turki dan kebetulannya perempuan, oleh kerana beliau malu nak bagitahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yg ambil Master di Turki untuk tolong bagitahu perempuan tu apa yg dia nak bagitahu padahal perempuan tersebut ada di depan beliau. MashaAllah begitu sekali beliau menjaga dirinya.

Beliau seorang yg sangat rajin menolong, kalau ada program apa-apa di rumah, beliau org pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu-sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. 

Beliau jugalah yg last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu-sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. 

Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin sebab beliau pernah bagitahu, 

"dulu masa kecil-kecil memang kuat ah main-main tapi lepas masuk RMC (Royal Military College) memang kena train habis". 

Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya, masa first time saya ngaji depan orang masa tu umur 8 tahun, itupun atas permintaan bapa beliau yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. 

Sejak saya berada di Turki, kalau sabtu ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari2 lain saya di asrama Turki), makan sama2, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis kat whiteboard dan akan tidur di biliknya. 
Antara cara beliau sebelum tidur dan bangkit dari tidur ialah beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi kot dia mcm ni. 
Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku (buku-bukunya banyak yang dah rabak dan banyak tulisan menunjukkan yg memang beliau membacanya). 
Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg saya jadikan rujukn utama. 
Beliau pun bagilah buku2 dan artikel2 sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa2 saja, ikut bidang masing2. 

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. 

Dalam seminggu tu ada satu hari full program dari pagi sampai malam. 
Kami dibahagi-bahagikan ikut kumpulan. 
Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. 
Tapi yang lawaknya nama kumpulan kami yang beliau bagi.
Oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yg beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yg bermaksud 'Fatih ade ke?' 
Sangat kelakar sbb nama kumpulan kami soalan, jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil semua akan ketawa terbahak-terbahak termasuk kami dan beliau sendiri. 
Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. 
Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar-gambar yg ada di dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas2 muzium terangkan pada kami.

Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,


"Ana ni bukannya reti Arab". 

Semua orang yg menyertai misi ini tahu bahasa arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun sebenarnya bukan). Bila sampai turn beliau ditanya, beliau jawab Maliziya, terus tak dapat masuk tapi alhamdulillah beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi-sembunyi. 

Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata,

"ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kahwin dah ni, tak tau sebab apa". 

Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yg sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid). Tapi takde apa-apa yang berlaku, beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari.

Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan sorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit),

" Kenapa pemuda-pemuda kat sini sangat berani dan inginkan syahid?" 

Driver tu jawab, 

" pemuda kt sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita-wanita, mereka semua hanya tunggu Syurga dan bidadari Syurga, sebab tu mereka nak syahid". 

Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kata,

" awak ni boleh mati syahid ni". 

Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (sebabkan baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh oleh Saudara Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. 
Bila beliau cerita pada kami apa yang beliau mimpi, kami semua gelak dan kata, 

" enta ni kuat sangat bergurau". 

Namun hari2 berikutnya beliau memang berubah, setiap kali beliau pandang perempuan, tiada apa2 yg dirasainya. 'Ajeeb!!!

Pernah juga beliau minta pada saya, 


" Enta tolong ngaji time ana kahwin nanti, ye"

Saya pun jawab smbil tersengih 

" dah dekat ke? Dengan orang mana?" 

Beliau jawab,

" ana minta ayah ana carikan, ayah nak cari orang Bosnia" 

katanya sambil berseloroh. 

Beliau juga cakap, 

" nanti kalau kata ana meninggal kat sini pun enta tolong ngaji juga sikit, paling-paling pun Qul huAllah pun ok la". 

Saya pun jawab " tak payahlah cakap-cakap macam tu".

Beberapa hari sebelum beliau pergi menghadap Yang Maha Esa, kami bertemu dalam satu majlis makan malam di Çamlıca. Turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). 


Beliau tanya saya macam mana saya boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat berjumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bawa jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. 
Beliau kata, Dr. Davut seorang yg sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih daripada biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel...

Wallahi, tidak saya sangka-sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. 
Beliau pergi meninggalkan kami dan ummah buat selama-lamanya. 

Saat beliau ingin melintasi jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, 
terus dilanggar sebuah ambulans dan terkena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulans Turki laju macam mana). 
Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. 
Ibu bapa beliau tiba di airport pada besoknya dengan keadaan yang cukup tenang (saya tak pernah melihat wajah setenang mereka -- yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). 
Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. 
Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. 
Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau.

Ketika jenazahnya di solatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir.

Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya pun ponteng kelas pada hari itu sebab lecturers pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama-sama solatkan jenazah beliau.

Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan di situ (kerana perkuburan tersebut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jadi agak luar biasa kalau orang yg tiada kaitan dengan kerajaan, tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah. Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. 

Dalam video ini, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Al-Marhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali ke 2 dan ke 3 saya dah sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkn permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau. 

Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum, 

" nanti baca lama-lama lagi", 

Saya terdiam, hati saya kata pakcik ni tak rasa sedih ke?
Saya lebih emosi berbanding bapa beliau ketika itu. 

Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yg turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan, akhirnya saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu. 

Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau d Universiti Marmara telah menanam sebuah pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". 
Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala 

" ini bukan anak yang pakcik didik ni, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini."

Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah berfirman,


"Sesungguhnya Allah membeli orang-orang mukminin, diri mereka serta harta mereka dengan syurga" 

cukup mmberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. 

Saya redha, beliau tetap telah pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tiggalkan pada saya.
Kalau dulu orang sebut "Fatih var mı?" Pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. 

Ramai diantara kami sangka apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki, namun kuasa Allah rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!!

Moga dengan hanya menonton video ini ramai lagi pemuda-pemuda yang akan mengikut jejak wira Uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau. 

"Abg Long Ammar Ağabey. Seni çok seviyorum". 
Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE




Memang sedih baca kisah ni.
Rasa terharu, cemburu, gembira, menangis dalam mengharap serta berdoa pada Allah banyak-banyak agar dapat kebaikan yang sama.

Itulah jawapan-jawapan kenapa Ammar digelar Syahid Yang Tertangguh, dan itulah juga kenapa apabila Ammar pergi mereka berkata; "Dia telah menemui bidadarinya.."

Dan kerana itu jugalah kenapa lagu kegemaran aku nyanyian Azfar; Akanku Jumpa itu seperti kena pula dengan kisah Ammar -- mencari dan akhirnya dia berjumpa jua dengan Allah & bidadarinya. Ommo! :')

Kisah Ammar ini bukanlah yang pertama bagi aku. 
Ini yang kedua, selepas kisah Allahyarham Mas Afzal.
Dan menariknya, kisah Mas Afzal pun ada Ustaz Hasrizal sebut dalam belog dia ketika pemergian Allahyarham pada Disember 2010 dulu.

Mas Afzal pula aku kenal beliau beberapa jam selepas beliau dijemput bertemu yang Maha Esa.
Sama kisahnya. Berlainan tragiknya. Mas Afzal meninggal kerana kanser yang dihidapi.
Ya, pesakit kanser yang bercita-cita tinggi dan sudah bergelar Doktor pun.

Klik [sini] untuk kisah Mas Afzal yang aku kongsikan di belogku ini..

Mereka-mereka inilah yang aku kira yang Allah datangkan kepada aku untuk aku berubah.
Berubah ke arah yang lebih baik, aku harap. Moga-moga Allah pimpin tanganku untuk menuju mardhatillah & syurgaNya :') Insyaallah. Aameen...

Dan mereka pun dengan izin Allah sudah pun bertemu dengan bidadari mereka..
Aku pun nak jugak... :(

Dan aku teringat satu hadith Rasulullah sol lallahu 'alahi wasal lam;

« إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَعْجَبُ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ »

“Sesungguhnya Allah Ta’ala benar-benar kagum terhadap seorang pemuda yang tidak memiliki shabwah” 

[HR Ahmad (2/263), ath-Thabrani dalam “al-Mu’jamul kabir” (17/309)].

Ertinya: pemuda yang tidak menurutkan hawa nafsunya dan dia membiasakan dirinya melakukan kebaikan dan berusaha keras menjauhi keburukan.
[Lihat kitab “Faidhul Qadiir” (2/263)]

Mungkinkah mereka berdua ini tergolong dalam golongan pemuda yang Allah letakkan rasa kagumNya itu?
Allahu Allah... MasyaAllah! Berungtungnya!

Tapi kita pun tak tahu entah-entah disekeliling kita pada ketika ini pun terdapat je pemuda (lelaki) dan pemudi (wanita) yang Allah kagum pada mereka.
Yang apabila mereka pergi, Allah akan naikkan darjatnya seperti mana yang terjadi pada diri Ahmad Ammar Ahmad Azam itu sendiri.. Beruntunglah! Sangat-sangat beruntung.

Adakah aku akan menjadi salah seorang daripadanya?
Allah... Allah... Allah.. jauh daripada gapaian rasanya :'(
Nak jadi syahid itu bukan mudah..
Nak dapat syurga Allah itu pun bukan dengan hanya duduk dalam zon selesa ini.

Tapi kita pun tak boleh lupa yang jihad paling UTAMA ialah; menentang HAWA NAFSU.
So, let's fight!

Ini pula perbualan aku dengan seorang rakan.



Sebab kebetulan dia whatsapp untuk tanya siapa Ammar jadi terspontan bila dia tanya tu terus tergerak untuk jawab macam tu. Hihi. Saja gurau-gurau.




Di dunia dikelilingi bidadari-bidadari dunia (kakak2 dan adik)
Di akhirat pula menjadi rebutan bidadari syurga, insyaallah...

Dan ini latest video perkongsian Ustaz Hasrizal tentang Ammar; Apabila Ammar bertemu bidadarinya. Aku pun belum sempat tonton lagi.





Dan bukanlah aku cuba nak jadikan Ahmad Ammar ni sebagai idola amende semua. Tidak.
Cukuplah dia sekadar menjadi inspirasi & semangat untuk aku mencari redha Allah. Insyaallah.

Semoga perkongsian kisah As Syahid Ahmad Ammar ini memberi manfaat kepada diriku dan juga kalian yang membacanya. Insyaallah...

Nah aku kongsikan nukilan Adel Adila ini --


Ada mereka yang hidupnya lama,

Dikenali ramai,

Lantang bersuara,
Namanya terpampang disana sini,

Namun apabila meninggalkan dunia,

amat sedikit kesannya pada mereka disekelilingnya.
Amat sedikit mereka yang mengingatinya,
Orang ramai merasa senang apabila mereka tiada.

Namun ada juga,
Mereka yang hidupnya sebentar,
Separuh dari angka yang kebiasaannya,
Namanya kurang dikenali,
Orang tertanya-tanya apa pekerjannya..

Namun apabila dia meninggalkan kita...

Pemergiannya terasa amat,
Orang mengingatinya lebih dari mereka yang masih ada,
Memberi inspirasi ribuan manusia, hatta jutaan,
Nilai dirinya meningkat berganda2,

Orang tertanya-tanya siapakah dia? Dari mana dia datang?

Seperti dinyatakan dalam Al-Quran: " Waja'a rajulun min aqsa al madinati yas'a...."

Tanda cinta Allah, makhluk dan seluruh alam padanya,
Namanya disebut2 para malaikat,
Bersama para sahabat, Syuhada' dan orang2 solih, di alam sana.

Şehıdımız Ahmad Ammar. Memori tersemat dalam kalbu mereka yg mengenalimu. 

Sesungguhnya aku mencemburuimu, saudara!


 
Ada juga yang menjadikan kisah syahid dia ini sebagai pertikaian.
Aku yakin dia syahid sebab dia bukan sesiapa pun untuk dikembumikan bersama orang-orang bernama besar dalam Islam. Dia hanya insan biasa yang Allah angkat darjatnya sehinggakan jangan kata kita yang biasa-biasa ni je turut kenal dia, tetapi pembesar Turki pun turut kenal beliau. Tidak hebat lagikah itu?

Dan apalah salahnya jika kita doakan orang itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman sebab aku yakin jika suatu hari nanti Allah cabut nyawa kita, kita pun mahu orang-orang yang kita tinggalkan mendoakan kita berada di tempat yang terbaik... kan? :)

Akhir kata, suka juga nak kongsi kata-kata Allahyarham Mas Afzal;
'if we do not meet again in this dunya we may meet in Jannah, inshallah' 

Semoga kita berjumpa di lain masa yang entah bila. Ikut suka je pun nak buka belog ni.
Malas nak buka tapi sekali cerita tak tahu siapa yang sangup baca. Panjang sangat!

Dan doakan juga bisnes aku sukses ok! ;)
Dan doakan juga semoga di akhir umur kita adalah sebaik-baik penghujung... Aameen..

** update:

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Şehıdımız Ahmad Ammar, boleh ikuti di page ini ye;
>> Şehıdımız Ahmad Ammar <<

Isnin, 7 Oktober 2013

3R Screening Party!


Hallo alles!
Eceh bajet cakap Jerman lah kan.. padahal tahu pun sebab dok syok tengok video anak2 Bro Lepat; Aminah & Azali kat FB nu.. Hik hik hik.

So ni bukan nak cerita pasal dua orang budak cerdik lagi pandai itu tapi pasal kisah gi join 3R punya screening party. 

Macam mana boleh join?

Haa ni la nak cerita ni. Tapi sebelum mulakan cerita nak bagitahu dululah yang aku ni memang peminat rancangan 3R yang fofuler kat TV3 tu (walaupun i hate u TV3 tapi aku tetap gak layan I Love U, Mr. Arrogant - Fira Ayuni - Supernatural - Cerekarama dan yang terbaru Muhammadku & akan datang Fiqh Wanita musim kedua. Uhuk! Sebab yang aku hates cuma berita2 yang tak telus tu sajaa + sikap diskriminasi yang sangat ketara.. Grrr!). Okeh sambung cerita, aku minat 3R masa sekolah rendah kot... darjah berapa, tak ingat. Yang aku ingat aku mula suka dengan 3R sebab ter-tengok dekat rumah sepupu aku sebab diorang adik-beradik memang layan 3R ni.

3R diambil daripada 3 perkataan yang bermula dengan huruf R iaitu Respek, Relaks & Respon -- Respek diri anda, ambil masa untuk Relaks & Respon pada persekitaran anda! Sweet huh tagline diorang? ;D

Memang aku follow 3R dari zaman Rafidah, Azah & Yuen jadi hos lagi. Kiranya dari 1st season la tapi tipulah kalau aku cakap aku TAK PERNAH miss setiap episod 3R ni. Cuma update terkini memang akan ambil tahu. Sampai tukar hos ganti Celina dan Tini pun aku tahu, tau. Haa kau hado? Tapi dolu-dolu takdelah perasan aku ni rupanya memang kategori peminat tegar 3R sampailah ke saat aku menang contest tu baru aku tahu oh, peminat tegar 3R rupanya aku ni. Ahaks!

Apa yang buatkan aku SUKA dengan rancangan 3R? 
Sebab program dia memang mampu membuka minda korang-korang semua. Yes! Program 3R ni kalau orang yang tak pernah tonton/dengar memang akan buat andaian ia rancangan yang sesuai untuk perempuan, untuk ladies, tapi sebenarnya bagus jugak untuk lelaki. Dulu pernah ada 1 season tu diorang jemput artis lelaki untuk muncul dalam rancangan 3R ni. Ingat lagi salah seorang artis dia Jehan Miskin. Hew3. Pernah juga 1 episod tu hos-hos 3R ni ajar adik-beradik lelaki dorang untuk kenali jenis2 tuala wanita. Tadaaa!

Sebenarnya banyak perkara yang kita malu untuk bertanya dekat orang sekeliling sama ada kawan-kawan waima pada mak kita sendiri pun tentang  perkara-perkara yang dianggap sensitif tapi 3R la satu-satunya program yang ajar korang (yang perempuan) macam-macam tentang diri korang tahu, yang tunjukkan perkara tu korang memang WAJIB tahu dan sila buangkan rasa malu-malu alah tu. Malu bertanya sesat jalan, kan... gitteww... hehe

Sekarang kita balik kepada topik asal macam mana aku boleh terjoin pulak ni? Siap dapat jumpa Dayah, Yvonne, Mira, Jasmine, Sarah Z, Sara L lagi ni. Pe kes? Sebenarnya aku menang contest. Aku jawab main-main je masa tu & kalau betul pun jawapan aku tu, tidaklah terfikir untuk join program ni. Begitu sekali kata hatiku ketika itu.

Lepas jawab soalan, tup-tup dapat keputusan yang jawapan aku tu betul!

Err... krik.. krikk.. krikkk... *bunyi cengkerik kedengaran*




Dalam pada tak nak join tu terselitlah jua rasa teruja. Lagi-lagi aku ni minat giller kat Dayah Bakar tu. Minat sebab dia satu-satunya peserta yang berhijab & berbakat sangat! Sebenarnya dua orang yang berhijab, lagi sorang Zik tapi aku tak minat Zik. Jadi kalau Dayah menang maknanya inilah buat PERTAMA kalinya muncul hos berhijab dalam 3R! Yeayyy! Tiada lagi diskriminasi! Eh?? Tetiba... haha. Jadi memang nakkk sangat jumpa Dayah dan bergambar dengan dia. Yang lain-lain tu tak dapat bergambar pun takpelah. Hee..

Lepas tu, aku pun PM la page 3R Malaysia untuk details pasal jemputan tu.
Macam ni, mula-mula aku ingat jemputan ni untuk kitorang tengok final episod secara LIVE. Memanglah aku sangka macam tu sebab aku tak pernah join benda-benda macam ni. Tak pernah ok. Sangkaan aku tu membawa maksud finalis 3R akan buat tugasan akhir diorang secara LIVE depan kitorang ni. Macam yang ditunjukkan pada episod akhir tu yang 6 orang finalis ni tunjukkan bakat terpendam diorang depan juri. Gitulah. Padahal hakikatnya bukanlah begitu sebab dia lebih kepada macam kau dapat tiket filem pra-tonton secara percuma dan akan menonton filem bersama-sama pelakon yang berlakon dalam filem tu. Contoh filem tu ada Fizo Omar jadi otomatik bila kau dapat tiket pra-tonton kau akan dapat menonton filem lakonan Fizo tu bersama dengan Fizo. Yeayy! 

Haa jadinya aku ni menonton episod akhir 3R bersama dengan finalis dan Datin Paduka Marina Mahathir ok! Yeayy lagi.

Pada awalnya pihak 3R telah keberatan untuk membenarkan pemenang contest membawa teman. Sob3... Bila diorang dah cakap macam tu aku teruslah tawar hati nak pergi. Takpelah kalau tak pergi pun... Ummi pun tak bagi pergi kalau sorang-sorang melainkan kalau tempat tu aku dah biasa macam KL Sentral kah, Mid Valley kah, mahupun PWTC (aku jejak untuk pesta buku je tempat ni... hahah). Dahlah nak kena ambil teksi. Huiii! Minta simpang gua nak naik teksi sorang-sorang. Dahlah gua ni cun kalah retis. Giteww... *muntah darah*

Dan aku pun ambil keputusan untuk tak bagi jawapan dalam masa terdekat. Tunggulah esok, lusa baru aku bagitahu aku tak dapat pergi.

Akan tetapi...! Sebelum aku sempat memberitahu yang aku tak dapat join, tiba-tiba aku dapat mesej ini;





Masa tu otakku dah blank. Err... 3R ni memang nak sangat ke aku pergi? Adakah aku kelihatan seperti seorang selebriti yang ditunggu-tunggu kehadirannya? Hak3. Sudahlah kau! Berangan buat loya orang yang baca je.

Maka, teruslah aku whatsapp Ipah, ajak dia teman. Dan nasib baik juga dia tak banyak songeh.. kalau tak.. memang tiada harapan. Tapi bila dia dah bagi jawapan positif maka excited tu datang baliklah!





Maka hari Sabtu 5 Oktober pun tiba, dari rumah naik Komuter ke Salak Selatan. Ipah dari ofis, pick up aku kat sana.
Sampai sana dah asar. Maka singgah Petronas untuk solat & minah tu bersiap.

Teruskan perjalanan dengan berpandukan GPS sahaja.
Terel gak aku tengok navigation. Haha.


Aku dan dirinya
Sampai bangunan Media Prima tu dalam 5:10 pm gitu.
Masuk-masuk pergi dekat tempat daftar tu pastu dapat goodie bag produk Dove. Ipah 1, aku 1. Bestnyaaa!




Dalam 5:40 barulah acara bermula. Takdelah apa sangat pun. Finalis tu datang pun rasanya dioranglah paling kecoh. Macam Dayah cakaplah dekat instagram dia, perkara yang paling best sertai Projek 3R ialah persahabatan. Memang nampak sangat keakraban diorang tu. Tetiba je rindu dekat sahabat handai yang dah kahwin & yang bakal kahwin. Sobs! Sebab si bujang ini seperti dah takde kawan walaupun diorang selalu cakap, " kau masih ada kitorang lah... Apa-apa hal roger je.." Kang roger betul-betul kang kacau daun plak. Huhu. Eh tetiba je terselitkan kisah peribadi :p


sila spot kami berdua berada di mana... hew3
Perkara paaaling best masa join event ni apabila setiap kali iklan je mesti ada selingan untuk jawab kuiz. Kuiz pun berkaitan dengan apa yang tersiar la. Nak jawab kuiz kena angkat tangan & cakap "Projek 3R!" Hadiah dia? Dapat lagi 1 goodie bag dan t-shirt 3R. Maka automatik goodie bag i jadi dua. Hehe. Celonots!




Yang kelakar part Jasmine pakai tudung. Memang kitorang dalam tu ramai-ramai gelakkan dia. Kelakar + comel sangat! Hihik.


Amirah, Jasmine, Dayah
Bila emcee tanya apa perasaan dia bila dapat pakai tudung?
" Saya rasa lebih solehah, lebih baik... rasa macam nak pakai tudung lagi," omo. Omey angat dia cakap macam tu. Hahaha. Tapi hidayah tu kan milik Allah, manalah tahu dia jawab macam tu (walau dengan nada tak serius sangat) suatu hari nanti Allah perkenankan ke... kan.. ;)

Then part Amirah 'prank' ayah dia yang tu memang horror gaklah.

Yela, prank benda ok takpe ni prank bagitahu yang dia mengandung anak luar nikah.
Cool giller ayah dia. Siapa yang tengok episod last Projek 3R memang tahulah pasal ni.

Lagi masa selingan Dayah nyanyi lagu Ayat-ayat Cinta. Suara dia best gaklah.




Lepas habis je rancangan, terus je 3 juara ni kena pergi bahagian Tonton pula sebab diorang ada chat live dekat tonton. Ala.. tak dapat join sebab memang jam 7 nak balik. Nak kejar maghrib lagi... Nasib baik aku keluar dewan tu awal, nampak je diorang terus minta bergambar sekali. Maka dapatlah bergambar sesama dengan Dayah, Yvonne & Amirah walaupun keadaan masa tu diorang kena rush.



Kata Kak Wani, bukan sebab aku pendek tapi sebab diorang yang tinggi. Hahah

Disebabkan dapat bergambar dengan mereka ni maka semalam dan hari ni aku rasa best je layan instagram. Sebab jadi glemer sekejap kot. Erk! Haha..


Apa-apa pun diorang memang sporting lah. Best. Sayang gak tak dapat jumpa dengan sunbae diorang ni...






Maka musim terbaru ni nanti siapa-siapa yang tak pernah layan 3R, try lah layan walau untuk 1 episod. Memang baaanyak sangat manfaat & tips yang akan diorang kongsikan tau ;) Dan dapatkan juga majalah Remaja terbaru cover majalah muka diorang. Wee



Ikut via FB