Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 26 Disember 2016

Salahkah?


Aku kan tak faham dengan manusia yang nakkkkkk sangat aku ini kahwin.
Kau dah kenapa? Rileks² aje dahlah.
Ada jodoh, aku kahwinlah nanti, takde jodoh diam² ajelah. Jangan desak sangat, boleh?? Sebab aku ni belum sampai tahap terdesak lagi nak kahwin tapi bukanlah nak kata aku kahwin nanti sebab aku dah terdesak. Miahaha. Cuma semuanya aku serahkan pada takdir.

Tapi ok apa umur macam ni pun aku tak kahwin lagi, banyak hikmahnya kot..
Contohnya macam hari ni, dua hari ni family aku bercuti ke Cameron Highland, balik malam tadi ummi tak sihat. Ipah hari ini memang plan nak ziarah keluarga mertua dia, Nisa' dengan Aqilah pula Awwab hantar balik kampus awal. Jadi memang takde siapa kat rumah ni. Aku tengah sibuk menjahit tetiba ummi kata kepala dia sakit, minta tolong aku masak. Aku dah serba salah, kerja aku ni orang nak besok, tapi takpelah dah takde orang lain yang boleh diharap, kenalah juga korbankan masa tu. Tengok, kalau aku takde siapa nak tolong ummi?

Beberapa minggu lepas Aidz kena outstation seminggu, Tika takut nak tinggal di rumah dengan anak beranak je, akhirnya dia terpaksa ajak aku temankan dia. Kalau aku dah kahwin kau hengat laki aku bagi teman² ni?

Kita ni bila ada dalam mana² situasi pun kita kena faham dan terima kenapa Allah letakkan kita dalam situasi tu? Allah bagi kau kahwin awal mungkin sebab kau takde tanggungan lain, Allah bagi aku kahwin lambat atau tak kahwin langsung sebab Dia nak aku berbakti pada orang² terdekat dengan aku. Kena fikir macam tula jangan dok fikir logik kau je, macamlah hina sangat manusia macam aku ni. Bukannya aku tak pernah jumpa manusia yang bila dia berkahwin lagi banyak dosa yang dia kumpul berbanding dosa sebelum kahwin. Contoh, dengan ipar duai pun aurat tak terjaga, itu pun dah tambah dosa dah. Satu jela contoh aku bagi, kang bagi banyak² orang cakap aku sinikal pula padahal tu fakta ok.

Semalam aku terjumpa kata² ni kat page Jejak Tarbiah, sama je pandangan penulis ni dengan aku tapi itulah, mana yang nak faham, dia akan faham, yang tak nak faham?.. ada aku kisah?? Haha..

" Keberkahan dalam hidup bukan terletak pada anak-anak yang sihat, jodoh, rezeki yang banyak, rumah yang luas, dapat makan yang sedap-sedap. Itu hanya kurniaan Allah SWT.

Keberkahan hidup yang sebenar adalah "ketaatan pada Allah SWT" irregardless of our conditions.

Berapa ramai melihat kepada outcome/results. Kecewa tatkala belum beroleh rezeki, anak, kesembuhan, jodoh, kemenangan mahupun membina hubungan yang baik dengan individu.

Sedangkan Allah SWT memandang pada taatnya kita padaNya dan usaha yang berterusan. Nampak seperti gagal di mata ramai sedang disisiNya ketaatan dinilai begitu tinggi. 

" Taat Itulah keberkahan "

Terima kasih kepada penulis kerana kata² ini menenangkan jiwaku & harap menenangkan jiwa² yang membacanya juga. Rileks.. Chill.. Jodoh itu biar Allah yang tentukan, kita yang hamba ini doakan ajelah yang baik² antara satu sama lain, yang berkuasa tetaplah DIA bukannya kita..

Isnin, 31 Oktober 2016

Sangkaan


Ketika orang menyangka-nyangka yang aku pabila dilanda masalah dengan orang lain kemudian akan menceritakan perkara itu kepada orang yang lain pula, aku mahu orang tu tahu bahawasanya tiadalah yang akan mengetahui apa yang berlaku antara aku dan kau melainkan Allah sahaja tempatku mengadu.

Jika aku mahu mengadukan apa yang kau lakukan itu kepada orang lain, tidaklah aku akan memburukkan dirimu melainkan aku akan memburukkan diriku sendiri. 

Jadi sila baca post sebelum ni bertajuk Ajar itu ye.
Terima kasih :)

Sabtu, 10 September 2016

Pesanan



Pesananku buat diriku..

Hidup ni walau kau rasa kau keseorangan macam mana pun kau tetap kena yakin kau ada Allah!
Mesti kena yakin yang itu sebab tu asas iman. Orang nak cakap kau bajet alim ke apa, biarkan mereka. Yang penting kau! Kau tu! 

Ingat selalu! 

Kau tak wujud tanpa Allah tau, tapi Dia tetap wujud walau tanpa kau!

Kau nak sedih mana pun disebabkan manusia, selagi kau rasa apa yang kau lakukan adalah semata-mata kerana Allah, lillahitaala, kau kena yakin dgn Dia. Kena. Wajib! Tanggapan orang terhadap kau, kau serahkanlah pada Allah..

Selasa, 30 Ogos 2016

Untukmu...



Bismillah, 
Untukmu... 
Yang belum ku ketahui namanya. 
Yang belum ku kenali wajahnya. 
Yang takkan pernah tertukar. 
Yang telah tertulis 50,000 tahun yg lalu bersebelahan dengan namaku di Lauhul Mahfudz. 

Aku tak tahu dimana kau kini.
Entah kau orang yang setiap hari kutemui. 
Entah kau orang yang sepintas kutemui. 
Entah kau orang yang pernah kutemui. 
Entah kau orang yang belum pernah kutemui. 
Entah kau orang yang sama sekali tak terlintas di pikiranku. 
Semua itu tak perlu ku khawatirkan, bukan?
Karena pada akhirnya kau akan kembali. 
Saling menanti memang tak singkat. 
Namun kita tak perlu gelisah. 
Kita hanya perlu bermuhasabah.
Perbaiki diri, benihi hati. 
Tak lupa isi penantian ini 
Dengan menanam iman dalam diri. 

Untukmu... 
Meskipun aku belum mengenalmu.
Namun sosokmu selalu terselit dalam bait doaku. 
Meskipun perasaan ini belum sampai padamu. 
Namun tak pernah lupa ku titipkan rinduku pada Rabb-ku. 
Biarkan aku mencintaimu dalam diam agar aku tak mengusik ibadahmu. 
Biarkan aku menahan rindu ini agar aku tak menggoyahkan imanmu. 
Biarkan aku tersembunyi agar aku tak menambah dosamu. 

Untukmu... 
Jangan nodai masa penantianmu dengan hubungan haram sebelum pernikahan. 
Jangan pernah kau lakukan itu, karena perlu kau tahu aku pun disini sedang berusaha menghindari hubungan itu.
Kelak... 
Aku tak akan memandangmu dari masa lalumu.
Bukankah kita hidup untuk masa depan? 
Yang terpenting, perbaiki diri 
Tetaplah menjadi manusia taat. 
Sekalipun tak ada manusia yang melihat. 
Bukankah dengan taat kita menjadi selamat? 

Sekali lagi, 
Tak usah khawatir 
Dengan kehendak-Nya,
kita pasti bertemu dengan cinta-Nya, 
kita akan menyatu tanpa sejuta ragu dengan kasih-Nya, 
kita terikat cinta yang halal kelak.

Jika kita menyatu ku ingin kau jadi penuntunku pembimbingku dan pengingatku. 
Jadilah seorang imam yang tak henti mengingatkanku.
Yang tak bosan menegurku jika aku lalai di jalan-Nya. 
Kita tidak ingin bahagia hanya di dunia, bukan? 
Kita harus membangun rumah di syurga menggapai kebahagiaan kita yang sesungguhnya. 
Kebahagiaan yang tiada tara 💕

P/s dah kenapa aku c&p benda ni dalam blog aku? Gila??! Hahah

Rabu, 3 Ogos 2016

Judge


Judge. Nilai.
Betul bak kata pelakon Fathia, kita ini manusia biasa kadang-kadang kita TAK MAHU judge (nilai) orang tapi kadang-kadang kita ter-judge sebab manusia ni memang hidup tak lari dari kesilapan.



Macam akulah, dah banyak kali ajar hati, JANGAN JUDGE ORANG. JANGAN!
Tapi bila orang buat kesalahan yang hati kita tak nak redha dengan kesalahan tu kita jadi ter-judge orang tu. Kesalahan pertama masih boleh bersangka baik tapi bila dah diulang² 4, 5x rasa memang patut aku beri teguran.

Niat memang nak beri teguran je takde pun niat nak judge² ni sebab tahu yang Maha Menilai tu Allah sahaja, jadi bila kita beri teguran then orang tu cakap kita cuba nak judge dia memang rasa sedih laaa..tsk!  T.T 

Selalu bila aku tegur kesalahan orang (secara personal) aku akan nangis sebenonya (ngee) sebab rasa macam.. Ya Allah jahatnya aku! Kenapa aku boleh tegur orang dengan cara begitu?? Tapi hati aku ni haa yang rasa tak boleh nak pergi (cannot go) dengan kesalahan² yang orang tu buat, bukan nak cakap aku tak pernah buat silap, of course pernah! Aku bukan maksum! 

Tapi jujur aku cakap aku sangat suka bila aku buat silap ada orang tegur aku secara personal tapi pastikan teguran tu memang sebab nak aku berubah jadi lebih baik la bukan tegur sebab saja² suka cari kesalahan. Itu hanat nama dia. Kakaka. Sebab bila kita menegur kesalahan seseorang itu sebenarnya sebab kita ambil berat tentang dia. Jadi bila orang tegur aku, aku akan rasa, hey, dia nak jumpa aku kat syurga lah! Maka hati pun akan rasa berbunga gituuu.. Wee

Kenapa tidak kita berfikiran sepositif itu, kan?

Tapi itulah, hakikatnya tak semua apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan itu juga yang orang akan rasa dan fikir. *sigh*

Maaf kepada yang terasa dengan teguran² aku. Aku tegur sebab aku nak jumpa kau di syurga nanti. Itu saja. Takde niat nak judge pun walaupun kau bersangka aku sejahat itu. Maaf sekali lagi, demi Allah memang takde niat nak judge sesiapa pun..

Isnin, 27 Jun 2016

Ajar



Beberapa tahun ini.. sungguh, Tuhan sedang mengajar aku erti kesendirian.
Apa yang terbelenggu didalam hati tidak pandai lagi untuk aku khabarkan pada orang seperti suatu ketika dahulu.
Banyak waktunya aku hanya berkomunikasi dengan hati sendiri. 

Berbalah. 

Berdebat.

Bertanya.

Menjawab.

Bergaduh.

Berdoa.

Merayu.

Merintih.

Hingga berperang dengan perasaan sendiri pun pernah. Banyak kali! 

الله...

Tetapkanlah imanku.

Dan kini aku tertanya bagaimana jika suatu hari nanti Tuhan hadirkan seseorang padaku yang sudi mendengar keluh-kesahku (ada kerrr??), adakah aku akan pandai meluah atau terus menjadi pemendam? Parok laaaa.. 😅😜


Jumaat, 17 Jun 2016

Banding


11 Ramadhan 1437H

Antara perkara yang aku tak suka bila orang membanding-bandingkan kerja kau dengan kerja dia @ kerja orang lain.
Kenapa ek?
Setiap orang kerja lain² sebab kemampuan pun lain² kot...

Haihhh..

Mohon Allah tak temukan aku dengan manusia camni lagi. Bikin stress! Dahla kerja tengah melambak.

Rabu, 8 Jun 2016

Pendam.


3 Ramadhan 1437H

Menjadi seorang pemendam perasaan bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Tapi jika pendam itu lebih baik daripada meluah, jika pendam itu mampu mengelakkan diri daripada menyakiti hati orang lain, kenapa tidak untuk terus jadi seorang pemendam, kan??


Jumaat, 3 Jun 2016

New Moment In Peking



Drama ni aku terlayan tanpa sengaja sebenarnya. Disiarkan di NTV7 dan masa tu episod dia pun dah dalam 24 episod kot gitu. Hahah. Tapi sebab tahu kisah ni diadaptasi dari novel maknanya jalan cerita tak lari jauh manalah. Masih boleh dikejar. Kikiki. Dan berlatarbelakangkan tahun 30an.


Novel yang diterbitkan pada tahun 1939

Sebabkan tak tonton dari episod pertama maka aku buat review sekadar yang aku tahu ajelah ye, kat review ni nanti korang akan tahu kenapa aku suka banget drama ni walaupun tengok dah pertengahan episod.

Yao Mulan (heroin) bercinta dengan Kong Li Fu tapi ada kes dia kena culik ke apa entah pastu keluarga Zheng selamatkan Mulan. Jadi bila keluarga Yao terhutang budi dengan keluarga Zheng, deme pun berpakat satukan Zheng Xin Ya dengan Yao Mulan dan Mulan pun terpaksa melupakan kekasih hatinya, Lifu << ni aku ambil dari sumber wiki. Masa aku tengok tu Lifu dah kahwin dengan Mochou adiknya si Mulan. Kira bekas kekasih jadi adik iparlah gitu.

Dan yang sadisnya drama ni dahlah si Mulan dan Xin Ya tu kahwin bukan atas dasar cinta tetiba bila diorang dah mula tumbuh bibit-bibit sayang menyayang cinta dikenang, muncul pula Chao Li Hua, bekas kekasihnya Xin Ya tagih cinta Xin Ya. Xin Ya ni pula sebab terhutang budi sebab Li Hua tolong bebaskan dia dari penjara (ada kes, panjang pulak nak cerita part masuk penjara tu jadi kita skip ajelah part tu ye. Hee) maka dilayannyalah Li Hua ni. Part ni aku dah emo jugak. Tapi watak Mulan tu sungguhlaaa tabah & sabar juga watak dia tu. Watak yang patut ditabik spring toing toing. Susah dah nak tengok drama/filem/telemovie Melayu yang ada watak² gini. Kalau ada pun sikit² nangis, sikit² mengamuk. Aku yang pening tengok. Watak Mulan ni bagus, dia ajar perempuan jadi kuat, jadi sabar, jadi isteri yang taat pada suami :)

Mulan tu watak dia betul² memiliki hati dan naluri seorang isteri. Dia tahu saja jika ada apa² yang disembunyikan Xin Ya. Tulah nama dia deria keenam seorang isteri. Masa mak dia pengsan dan dia gelabah cari Xin Ya dan terserempak Jing Ya abang Xin Ya dan bila Jing Ya blur² nak cari Xin Ya kat celah mana, rileks je Mulan cakap, cari Xin Ya di Countries Six Hotel. Hotel tempat Li Hua menginap. Perghhh!

Tapi Mulan ni tidaklah selalu kuat, ada masa²nya dia menangis juga, bergaduh dengan Xin Ya walaupun dia bukan jenis perempuan macam Su Yun (bini Jing Ya) yang kalau bergaduh habis barang semua dia campak. Mulan cool lagi. Cool banyak. Sampai dia cakap pada Su Yun dia cemburu sebenarnya tengok rumahtangga Jing Ya - Su Yun sebab Su Yun bebas je nak lepaskan rasa marah tu tapi dia jenis tak sanggup nak buat Xin Ya begitu. Sobs! Sedih.

Masa dia sedih dengan kecurangan Xin Ya, dia minta izin tidur rumah keluarga dia. Malam tu mak dia korek rahsia kehidupan rumahtangganya. Tapi hati ibu kan.. tak sempat dicerita apa² ibu dia pesan kena banyak bersabar sebab suami dan perempuan lain itu berpisah tiada. Jadi, sabar. Esok lusa bila si suami tu bosan dengan sikap foya² dia, dia akan kembali juga cari isteri..
Ayat mak dia yang aku ingat dan agak terkesima juga bila mak dia pesan suruh pertahankan rumahtangga.. Jangan sampai bercerai. Sabar biarpun tak bahagia asalkan orang lain tak nampak pergolakan dalam rumahtangga tu. Huwaaa sedihnya! Kenapa dalam rumahtangga yang diberantakkan oleh suami tetapi isteri yang nak kena pertahankan? Suami tu sayangnya dah beralih pada orang lain kot. Orang yang lebih baik dari kita.. Kagak adilll!

Ok, emo. Hahah

Sampai episod hari ni (episod 33 kot), selama beberapa bulan ini Mulan sangka Xin Ya dah tak hubungi Li Hua sebab setiap kali tanya je Xin Ya kata tak tahu, dah lama tak jumpa Li Hua. Padahallll...
Dan hari ini sebabkan abang Mulan (Yao Di Ren) tu terserempak dan ternampak Xin Ya keluar dari rumah pesakit, malah diberi pula sedikit duit pada pembantu rumah tu maka Di Ren bagitahu Mulan apa yang dinampak dan Mulan mula kembali mengesyaki si suami. Dia pergi ke rumah yang abang dia cakap tu dan terkebetulan si Xin Ya tengah menghala ke arah rumah tu (balik dari berjalan) sambil memimpin tangan Li Hua dan yang paaaling tragis, Li Hua bawa perut. Yep, dia mengandung anak Xin Ya dan masa tu kandungan dia berusia 8 bulan.
Hoii bini mana tak remuk redam weh tengok situasi gitu. Bukan Mulan tak pernah ⚠ Li Hua supaya jaga batas dengan suami dia (ye, amaran yang buatkan Li Hua sedikit terkejut sebab dia tak sangka Mulan jenis perempuan yang berterus terang begitu tapi jika dah namanya orang ketiga, perampas, apa dia peduli dengan amaran kan??)

Mulan dengan lembut hati, setelah berfikir dengan waras, kenangkan pula dia belum mampu beri waris pada keluarga Zheng, maka dengan sebab bayi dalam kandungan tu Mulan terima Li Hua. Sobsobsob! Aku tak bolehlah cerita macam ni.. Memang cepat tacing tawww.. Yang aku tahu kalau aku kat tempat Mulan (harap² tak diuji gitula no) aku memang angkat kaki je. Hoii orang dah tak sayang kau kot walaupun mulut dia kata sayang. Kalau sungguh sayang, awat cari orang lain? Awat lebihkan orang lain? Awat tak boleh nak adil? Awat?? Haa emo dah mai. Kah³.

Jadi kisah selanjutnya tunggu hari isnin ni naa..

Drama ni banyak watak tapi watak dia tu tu jugakla, maksudnya banyak watak tapi bukan muncul sekejap². Watak penting jugakla.. Tu yang drama ni jadi pelbagai rencam tu. Macam-macam hado. Tula yang best. Lagi² dramanya realiti bukan cerita fantasi aduh aduh sayang bagai.


Rabu, 18 Mei 2016

Lelaki baik


Dalam hidup aku ini, aku dikelilingi oleh ramaaii wanita yang baik. Sangat ramai sehingga aku mengagumi mereka dan mahu menjadi seperti mereka (insyaallah) tetapi sangat sukar untuk menemui lelaki yang baik yang mencontohi akhlak Nabi sollallahu 'alaihi wasallam dalam memuliakan wanita, melainkan lelaki yang suka mengikuti sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wasallam yang SATU itu (poligami) dan yang suka merendah-rendahkan martabat wanita dengan menganggap wanita ini sejenis makhluk yang sangat murah. Mudah didapati dan mudah dibuang jauh. Jahat!

Ketika aku mencari² lelaki (ajnabi) yang baik, yang menghargai kaum hawa, aku harus bersyukur kerana dianugerahkan beberapa lelaki yg baik dalam hidupku ini antaranya Tok Nyang (moyang lelaki @ ayah kepada nenekku) dan Tok Uda (pakcik ibuku @ adik kepada nenekku). Dua beranak ini merupakan lelaki yang sangat baik, yang sangat aku kagumi dalam hidupku ini. Dari kecil, selalu berangan moga dikurniakan suami yang baik, yang rajin, yang SETIA seperti mereka (moga² Allah perkenankan).

Arwah Tok Nyang meninggal pada awal Dis 2007 kerana sakit. Pemergiannya itu mengundang sedih pada diriku ini.

' Pergi sudah lelaki yang baik..'

Kesedihan itu aku luahkan pada sahabat² maya di friendster, di YM. Orang boleh berkata, 'alah moyang saja, bukan ayah pun..' Tapi jika kau mengagumi kebaikan yg ada pada diri seseorang itu, pasti kau juga akan bersedih hati akan pemergiannya, sepertiku..

Tapi aku harus bersyukur kerana kebaikan Tok Nyang itu diwarisi anaknya -- Tok Uda. Jadi biarpun selepas pemergian Tok Nyang, aku masih dapat melihat sosoknya dalam diri Tok Uda.

Pada hujung Dis 2014, Nek Uda (isteri kepada Tok Uda) yang sisa hidupnya dihabiskan dengan menjaga ibu dan bapa mertuanya (Nek Nyang dan Tok Nyang), pergi menghadap Ilahi kerana masalah buah pinggang. 

Setelah pemergian Nek Uda itulah Tok Uda yang pendiam itu berubah menjadi lebih pendiam. Sering bersedih hati merindui si isteri (sooo sweet, kan?). Menurut Nek Lang, selepas pemergian Nek Uda, mana² jemputan kenduri, Tok Uda mesti mengajak Nek Lang sebab Tok Uda tak pandai beramah mesra dengan orang, selalunya itu 'tugas' arwah Nek Uda.. Benar² saling melengkapi, kan?

Pada jam lebih kurang 7 malam, hari Rabu, 4 Mei 2016, Allah menjemput Tok Uda pula menemuiNya..
Sedih dihatiku usah ditanya.

'Tiada sudah lelaki yang baik..'

Di group whatsapp Ghimo86 aku mengadu segala rasa walaupun yang aku luahkan itu bukanlah 100% apa yang benar-benar yang aku rasai pada ketika itu sebab apa yang kita rasa tetaplah tidakkan sama dengan apa yang orang lain rasa.

Malam itu, ketika menghadap jenazah Tok Uda dihadapanku, airmataku tidak dapat dibendung lagi.. Sedihnya hatiku, wahai Allah..
Lelaki ini, yang terbaring kaku didepanku ini adalah lelaki yang ingin sekali aku perkenalkan pada bakal suamiku. 

Akanku katakan pada si dia,

"Ini idola ku, tidak perlu menjadi sealim ustaz/tok guru untuk membuatku kagum, cukuplah menjadi baik seperti dia dalam melayani permaisurimu dan bakal anak-anakmu!"

Tapi kini kata² itu tidak lagi mampuku luahkan pada si dia yang entah di mana, yang entah siapa² itu.. Kerana lelaki yang baik ini telah pun Tuhan ambilnya dariku, dari kami, setelah diberi pinjam untuk satu tempoh tertentu.

Aku mengucup dahinya yang dingin,
turun ke kedua-dua belah pipi.
Dingin.
Hatiku sebak.. Sebakkk sangat.
Lelaki yang baik itu benar-benar telah pergi..
Allahuakbar.

Aku menghantarnya ke kuburan.
Setelah talkin yang menggetarkan jiwa itu usai dibaca, airmataku luruh seperti air terjun Niagara. 

' Pergi sudah lelaki yang baik.. Tiada lagi lelaki yang baik. Rahmatilah mereka, wahai Allah. Persaksikanlah kebaikan - kebaikan mereka!'

Entah dimana bakalku jumpa lelaki yang baik itu lagi, wahai Tuhan?

Sabtu lepas (14 Mei) aku berborak berdua dengan Jaddah (nenekku) di dalam bilik. Cerita tentang lelaki baik.

"Lelaki baik dan setia seperti Tok Nyang, Tok Uda itu ada. Doa banyak², minta kat Allah," pesan Jaddah tapi ketika itu aku sudah tidak sebak, aku sudah tidak sedih jadi aku hanya meng-aminkan kata-kata Jaddah yang cuma didengari kami berdua dan para malaikat.

Moga² aku dikalangan orang yang bertuah seperti Nek Nyang, bertuah seperti arwah Nek Uda.

Moga-moga.
Kerana hakikatnya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Al fatihah buat mereka yang telah pergi, moga Allah pertemukan kita di syurga abadi. Aamiin


Jumaat, 22 Januari 2016

Bajrangi Bhaijaan


Review ini ditulis dan di publish di FB pada
17 Ogos 2015


Sebenarnya, dah lamaaa sangat (lah kan~~) nak tengok cerita ni, survey punya survey jauh pulak cinema yg ada tayangkan movie ni + sekarang dh tak berapa nak ada rasa teringin ke panggung pun. Kebetulan ternampak link untuk download. So hape lg, rebut peluanglah. Keh³

‪#‎Sinopsis‬ ‪#‎BajrangiBhaijaan‬ 

Kisah bermula di sebuah perkampungan di sempadan India - Pakistan. Rasanya kalau korang ikuti dunia politik dua buah negara ni korang akan tahu sejauh (baca:seteruk) mana permusuhan mereka ni. 

Keluarga Shahida ni minat dengan sukan kriket dan si ibu bercita² nak bg nama anak yg bakal lahir sebagai Shahid kononnya sempena nama salah seorang pemain tapi disebabkan anak tu perempuan, maka diberi nama Shahida.

Shahida dilahirkan bisu (tidak pekak) dan sebab ibu Shahida ni diberitahu ada 1 tempat kat Delhi, India blh ubati penyakit bisu maka dia ikhtiar ke sana. Habeh kambing yg dibela dijual utk biayai visa & pasport ke sana. Dalam perjalanan pulang ke Pakistan keretapi yg diorang naiki rosak dan kat situla bermula macam mana boleh si Shahida ni terpisah dengan ibunya (part ni sedih jugak. Bergenang air mata ceq) dan berjumpa dengan Pawan seorang lelaki sado yg beragama Hindu, tapi agak bendul dan tersangatlah JUJUR. Pawan inilah yg akan berusaha utk bawa Shahida pulang ke pangkuan keluarganya yg mana tidaklah diketahui lokasi sebenar tempat tinggal Shahida ni. 

Sebabkan Shahida ni bisu dan tak boleh nak beritahu namanya sendiri maka Pawan gelarkan dia Munni. Dan bermacam² adegan pecah perut dan tangisan sendulah yg korang bakal saksikan... 

Cerita ni mesej yg cuba disampaikan, banyak. Korang kena tonton dengan mata hati jugak. Lagi² part agama, mcm mana si Shahida tu walaupun watak dia baru berusia 6 tahun, dia sedar yg dia seorang Muslim, bukan Hindu. Dia berdoa dengan menadah tangan menghadap kiblat, bukan dengan menangkup tangan menghadap patung. So sweet, Shahida. Walaupun diorang berbeza negara, keturunan, dan fahaman agama, tapi disebabkan atas dasar KEMANUSIAAN, mereka bersatu. Huwaaa tersentuh sgt! Dan paling sweet bila watak Shahida ni sebenarnya bertudung, sama seperti kanak² Muslim di Pakistan dan negara² yg sama waktu dengannya yg mendidik anak dari kecil utk menutup aurat. Rasa mcm nak cubit² pipi dia. Gerammm sbb comel sangat! Cuteness overload! Dan yg best jugak pertama kali tengok Kareena Kapoor tak seksi, kalau tak tu.. Haihh.. 

Cuma yg haihh lagi aku tak faham kenapa ibu Shahida dan org² kat kampung tu yg mana kesemua mereka beragama Islam tapi berdoa dgn mengikat tali pd gerigi besi kat temple (kuil??) tu. Entah kepercayaan apa yg diorang ikut aku pun tak sure, dah macam perbuatan khurafat pun ada aku tengok. Eh. Huhuhu. Tapi overall mmg best filem ni. Cuma kalau nak ikut logik jalan cerita, ‪#‎TaareZameenPar‬ & ‪#‎3Idiots‬lah yg win! 

Pesanan, mohon sediakan tisu banyak² utk tonton filem ni tau. Sedih! Sobseksobsek. Tapi akan tonton lg utk kali ke2, 3, 4 dan seterusnya. Mih³

Ikut via FB