Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 18 Mei 2016

Lelaki baik


Dalam hidup aku ini, aku dikelilingi oleh ramaaii wanita yang baik. Sangat ramai sehingga aku mengagumi mereka dan mahu menjadi seperti mereka (insyaallah) tetapi sangat sukar untuk menemui lelaki yang baik yang mencontohi akhlak Nabi sollallahu 'alaihi wasallam dalam memuliakan wanita, melainkan lelaki yang suka mengikuti sunnah Nabi sollallahu 'alaihi wasallam yang SATU itu (poligami) dan yang suka merendah-rendahkan martabat wanita dengan menganggap wanita ini sejenis makhluk yang sangat murah. Mudah didapati dan mudah dibuang jauh. Jahat!

Ketika aku mencari² lelaki (ajnabi) yang baik, yang menghargai kaum hawa, aku harus bersyukur kerana dianugerahkan beberapa lelaki yg baik dalam hidupku ini antaranya Tok Nyang (moyang lelaki @ ayah kepada nenekku) dan Tok Uda (pakcik ibuku @ adik kepada nenekku). Dua beranak ini merupakan lelaki yang sangat baik, yang sangat aku kagumi dalam hidupku ini. Dari kecil, selalu berangan moga dikurniakan suami yang baik, yang rajin, yang SETIA seperti mereka (moga² Allah perkenankan).

Arwah Tok Nyang meninggal pada awal Dis 2007 kerana sakit. Pemergiannya itu mengundang sedih pada diriku ini.

' Pergi sudah lelaki yang baik..'

Kesedihan itu aku luahkan pada sahabat² maya di friendster, di YM. Orang boleh berkata, 'alah moyang saja, bukan ayah pun..' Tapi jika kau mengagumi kebaikan yg ada pada diri seseorang itu, pasti kau juga akan bersedih hati akan pemergiannya, sepertiku..

Tapi aku harus bersyukur kerana kebaikan Tok Nyang itu diwarisi anaknya -- Tok Uda. Jadi biarpun selepas pemergian Tok Nyang, aku masih dapat melihat sosoknya dalam diri Tok Uda.

Pada hujung Dis 2014, Nek Uda (isteri kepada Tok Uda) yang sisa hidupnya dihabiskan dengan menjaga ibu dan bapa mertuanya (Nek Nyang dan Tok Nyang), pergi menghadap Ilahi kerana masalah buah pinggang. 

Setelah pemergian Nek Uda itulah Tok Uda yang pendiam itu berubah menjadi lebih pendiam. Sering bersedih hati merindui si isteri (sooo sweet, kan?). Menurut Nek Lang, selepas pemergian Nek Uda, mana² jemputan kenduri, Tok Uda mesti mengajak Nek Lang sebab Tok Uda tak pandai beramah mesra dengan orang, selalunya itu 'tugas' arwah Nek Uda.. Benar² saling melengkapi, kan?

Pada jam lebih kurang 7 malam, hari Rabu, 4 Mei 2016, Allah menjemput Tok Uda pula menemuiNya..
Sedih dihatiku usah ditanya.

'Tiada sudah lelaki yang baik..'

Di group whatsapp Ghimo86 aku mengadu segala rasa walaupun yang aku luahkan itu bukanlah 100% apa yang benar-benar yang aku rasai pada ketika itu sebab apa yang kita rasa tetaplah tidakkan sama dengan apa yang orang lain rasa.

Malam itu, ketika menghadap jenazah Tok Uda dihadapanku, airmataku tidak dapat dibendung lagi.. Sedihnya hatiku, wahai Allah..
Lelaki ini, yang terbaring kaku didepanku ini adalah lelaki yang ingin sekali aku perkenalkan pada bakal suamiku. 

Akanku katakan pada si dia,

"Ini idola ku, tidak perlu menjadi sealim ustaz/tok guru untuk membuatku kagum, cukuplah menjadi baik seperti dia dalam melayani permaisurimu dan bakal anak-anakmu!"

Tapi kini kata² itu tidak lagi mampuku luahkan pada si dia yang entah di mana, yang entah siapa² itu.. Kerana lelaki yang baik ini telah pun Tuhan ambilnya dariku, dari kami, setelah diberi pinjam untuk satu tempoh tertentu.

Aku mengucup dahinya yang dingin,
turun ke kedua-dua belah pipi.
Dingin.
Hatiku sebak.. Sebakkk sangat.
Lelaki yang baik itu benar-benar telah pergi..
Allahuakbar.

Aku menghantarnya ke kuburan.
Setelah talkin yang menggetarkan jiwa itu usai dibaca, airmataku luruh seperti air terjun Niagara. 

' Pergi sudah lelaki yang baik.. Tiada lagi lelaki yang baik. Rahmatilah mereka, wahai Allah. Persaksikanlah kebaikan - kebaikan mereka!'

Entah dimana bakalku jumpa lelaki yang baik itu lagi, wahai Tuhan?

Sabtu lepas (14 Mei) aku berborak berdua dengan Jaddah (nenekku) di dalam bilik. Cerita tentang lelaki baik.

"Lelaki baik dan setia seperti Tok Nyang, Tok Uda itu ada. Doa banyak², minta kat Allah," pesan Jaddah tapi ketika itu aku sudah tidak sebak, aku sudah tidak sedih jadi aku hanya meng-aminkan kata-kata Jaddah yang cuma didengari kami berdua dan para malaikat.

Moga² aku dikalangan orang yang bertuah seperti Nek Nyang, bertuah seperti arwah Nek Uda.

Moga-moga.
Kerana hakikatnya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Al fatihah buat mereka yang telah pergi, moga Allah pertemukan kita di syurga abadi. Aamiin


0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB