Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 18 April 2011

♥ ♥ ♥ Ghimo 1986 totap dihati ♥ ♥ ♥

Dah lama sebenarnya berangan-angan nak buat cerita pasal Ghimo 1986 ni,
tapi asyik tak berkesempatan je nak bercerita.

Apa tu Ghimo 1986? Meh sini aku bagitahu.
Ghimo tu untuk pengetahuan korang yang susah nak paham, ianya bermaksud Harimau. Aumm aumm!
Aku dilahirkan pada tahun harimau bersamaan tahun 1986.
Bukan 1998 k!

beza eh Ghimo 1998 (kiri) ngan Ghimo 1986..tgk btl2.. haha


Maka, seperti tahun-tahun kelahiran yang lain, 1986 pun mencipta sebuah group yang diberi nama Ghimo 1986.
Tahu group ni tercipta dari mana?
Hanya di dalam ALAM MAYA!
Masa tu Facebook tak wujud lagi, jadi kitorang hanya wujud di Friendster!
Myspace pun tak layan gak aku masa tu. Tak kose, mak~


Alkisah, pertengahan 2008... 

Tahun 2007 rumah aku mula masuk talian internet.
Maka semakin aktiflah aku bersosial di laman sosial Friendster.
Mula mewujudkan akaun Friendster pada tahun 2005. Itu pun atas paksaan seorang teman.

Apabila bergiat aktif dalam tu, maka pelbagai group lah yang aku join.
Termasuk group Kristian yang tegar memburukkan Islam & Nabi Muhammad S.A.W.
Diorang sesuka hati je menafsir ayat Quran ikut kefahaman diorang.. Grr!

Satu hari tu aku terjumpa satu group ni. Aku rasa semua budak-budak dalam tu ok je.
Almaklum, masa tu umur baru nak menginjak 21 tahun, jadi fikiran pun belum cukup nak matang.
Banyaklah perkara (yang kalau aku fikirkan balik aku rasa macam BODOHnya aku sebab boleh terjebak dengan perbuatan 'vandalisme' di dalam group) yang aku dah lakukan kat group tu.
Masa tu tak rasa apa-apa. Tak rasa pun akan ada yang marah, akan ada yang meluat dengan perlakuan kitorang-kitorang ni (kitorang bermaksud aku tak keseorangan.. ngeee), yang penting hati mahu gumbira!

Setelah hampir 2 tahun bersama mereka, aku mula rasa apa yang aku buat tu tak betul.
Tapi bagus masa tu, baca quran tiap-tiap hari memang tak pernah tinggal.

Kesedaran tu wujud masa baca surah Yaasin, ayat 65 yang bermaksud;

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

Yang mana surah ni membawa maksud, apa yang anggota tubuh kita lakukan di dunia ini, mereka sendiri akan menjawab bagi pihak diri kita sendiri di akhirat nanti. Sedangkan masa tu mulut pun terkunci rapat.
Kerana takut pada amaran ayat tu, maka aku menyelongkar mencari group lain.
Group yang lebih membina konon.

Akhirnya aku jumpa group 1986.
Aku ingat lagi tarikh aku join group tu pada 9 Jun 2008.
Masa tu yang menyambut kedatangan aku ialah Tip... (eh, macam pernah dengar nama ni! Err.. dengan mak dia lah yang malu gila itu hari.. kikiki). Esok tu, YakuzaIn pula yang sambut.
Masa tu memang mati-mati aku ingat YakuzaIn tu lelaki sebab dia guna nama tu. Gilo kau kalau kau tak tersalah jantina sebab nama tu?
Kemudian Erwin pun tegur aku jugak masa tu tapi bahasa dia kasar sangat.
Mentang-mentang nama Ya Hilwa tu aku guna ejaan Korea terus dia cop maksud ejaan nama tu sebenarnya ayat carutan. Kecik kot hati aku masa dia cakap macam tu.
Dahlah konon nak cari group yang membina (ceh!) sekali kena sedas dua das tembakan tepat kat hati, nasib baik bukan kat jantung, sebab tulah sampai sekarang aku masih di sana.. Ngee

Group ni aktif buat Conference di Yahoo!Messenger atau kitorang pendekkannya menjadi CF.
Jadi kat CF tulah baru aku tau YakuzaIn tu perempuan. Nur Ain Binti Rosli nama penuhnya...
Lagi-lagi kat dalam CF tu semua buat macam dalam bilik sendiri; 
terpekik terlolong, melalak, ketawa berdekah-dekah, menangis tersedu-sedan, karok suara katak. Semua ada! 
Semualah nak keluarkan suara masing-masing *termasuklah tuan punya blog ni... heee* 
Diorang jugak satu-satunya group alam maya yang rajin buat event jumpa kat luar... Perghh!
Tak pernah aku berangan kenal kat internet then boleh sampai face to face gitu.

Cukup sebulan aku kat dalam group tu, group tu ada masalah dengan ketua kumpulan...
Masalah apa? Itu diorang punya hal, wa tak mahu campor... Pasal masa tu saya budak baru... Ngeh ngeh.
Maka terpecahlah 1986 menjadi dua kumpulan.

Lepas balik dari Pangkor (20 Julai), diorang yang aku kenal, yang aku pernah jumpa, dan yang selalu ber-CF ni mula bertanya pada aku, aku nak follow group mana?
Diorang tak memaksa, aku nak follow dua-dua pun boleh.
Tapi sebabkan group 1986 yang asal tu aku tak kenal langsung-langsung dengan ketuanya,
tapi pernah gaklah SEKALI dia call via YM, masa tu borak bertiga dengan awek dia (sekarang dah ex), tu pun nak try test microfon dia kot.. Entah, lupa sudeyyy. Tapi masa tu memang tak kenal langsung.
Jadi aku fikir, baik aku ikut orang yang aku kenal daripada orang yang aku tak kenal, yang tak sambut pun kedatangan aku dalam group dia. Yang sambut ialah mereka-mereka yang bersama-sama nak membina group baru.

Julai 2008 terlahirlah group Ghimo 1986! Yeehaaa!

Selama dalam group ni macam-macam kenangan pahit manis aku harungi.
Serius tak tipu, paling banyaknya yang MANIS sebab dapat kawan semua gila-gila sekepala.
Yang pahitnya, biasalah bila dah selalu ber-chatting, maka kadang-kadang orang mudah salah faham dengan maksud sebenar ayat kita.
Kadang kita perli dia balik sebab dia awal-awal dok perli kita, tapi dia lupa yang dia pernah buat kesalahan yang sama terus menuduh kita yang sengaja nak cari gaduh. Hahaha... Ini salah satu contoh yang pahitlah, padahal ada lagi... Tapi biar aku kekalkan ia dalam kenangan yang manis-manis je.
Kalau banyak pahit, takkanlah sampai sekarang aku masih boleh bertahan.
Dah nak masuk 3 tahun aku dalam group ni.

Pejam celik pejam celik, aku rasa macam bermimpi je aku masih bersama diorang mengharungi suka duka.
Daripada zaman semua suka emosional (termasuk aku) sampailah sekarang yang mana yang takde awek/pakwe mula suka touching (aku terkecuali)... eewww.. bhahaha.

Tapi aku harap, aku masih setia pada group ni, walaupun jumlah ahli dah bertambah.
Bila bertambah, maka bermacam jenis perangailah yang kita jumpa; yang menyakitkan hati, yang menjengkelkan, yang pra-matang, semua ada, tapi anggap aja itu proses untuk aku mengenali/memahami bahawa manusia ni memang dicipta dengan bermacam-macam perangai. 
Mana yang baik, aku jadikan mereka sebagai role-model untuk aku lebih tabah.
Mana yang perangai tak semenggah tu, aku jadikan sempadan. 
Kawan still kawan cuma jangan sampai terikut yang tak baik tu, sudahlah. Cuba cari kebaikan dalam diri mereka yang tak berapa nak baik tu, pasti akan jumpa *senyum*
Lagi yang aku belajar, nampak baik diluar tak semestinya baik di dalam.
Hanya naluri kita je yang dapat menilai.
Aku rasa, aku dah pandai menilai orang jenis itu... Ahaks!

@Lost World of Tambun, Perak

@KLIBF, PWTC

@Ole-ole, Shah Alam. Main bowling

@PC fair, KLCC

Istana Bambu, Ampang. Buka puasa.


Tapi sekarang CF dah takde... sob sob sob... Dah takleh nak macam dulu dah...
Sebab tu aku paling rapat dengan otai-otai Ghimo sebab dah paham dah perangai masing-masing macam mana, CF yang telah membongkarkan segala-galanya... Hehehe.
Cuma sekarang ni je susah nak tebak hati manusia, lagipun kitorang pun borak macam tu - macam tu je..
Ada hikmah kot... :)

Oklah, malam dah menginjak ke pagi, awal pagi esok harus ke JPJ untuk memperbaharui lesen motor. Bawanya tak pernah, renew jelah kerja aku... Ho ho ho. Jadi mahu beradu sekarang.

p/s: aku harap entri yang ni takde yang makan cili eh, aku dah susun ayat paaaaling cun dah, cuma aku tak suka berselindung, bercakap benar itu perlu walaupun pahit untuk diterima... miahahaha..

K, chow, adiosssss.... ~


13 bicara tanpa suara:

BH berkata...

suke giler!!!!! hehehe

Tanpa Nama berkata...

azrul aziz

gmbrku tiada ....huhuhuhu

airina berkata...

"Cuma sekarang ni je susah nak tebak hati manusia, lagipun kitorang pun borak macam tu - macam tu je..
Ada hikmah kot... :)"

100% setuju! Ada la hikmahnya. Masa tu pun kita semua masih lagi pra-matang [matang yang tak berapa matang sangat la] *opss, sorry tau xle guna istilah ni hahaha*

Aku teringat gak pasal his ex, YM & me hahaha... Waktu kau YM aku tu, aku rasa dah angin semacam je. But at the same time i'll try to cool down. Yelah, tak leh salahkan his ex. If aku kat tempat dia pun, maybe aku rasa cam tu gak hehe

Dan aku rindu gak nak tengok kau gelabah bila ada anak2 ghimo jantan yang berkenan kat kau. Bak kata Ain, muka kau memang serius berubah! Tak cam aku yang leh buat muka rileks selamba badak kih5 :P

Aku rasa la FB tak se-best FS. Serius rindu sihhh ngan FS, di saat2 kegemilangan kita lu hehe :))

Apa pun, memang Ghimo tetap di hati! Kekal terpahat cewahhhhh (^-<)v

Ps: Korang ada buat gath tak masa pesta buku? Hang turun tak pesta buku?

mr ringgo berkata...

terbaek!!!!
ghimo dihati ku... hahahaha

Fira Al berkata...

@BH opkosss... psl kte kn.. yg pntg ko xmkn cili... haha

@Azrul Aziz rmi lg bdk ghimo yg aku knl, blm smpt lg aku jmp. xde jdoh. ko pn slh sorgnya la 2.. ngeh2

@mr ringgo yup, ghimo ttap dihati! yeahhhhh :D

Fira Al berkata...

@airina mak aihhhh pjgnya komen... haha.. psl ghimo2 jantan 2 usah dikenang... hahaha sbb mmg niat aku join ghimo utk cri kwn bkn cri jdoh. no need kot knl jdoh kt gp sdri. pe brg an... hik3
yup, fb mmg xkn sme dgn fs. fs tbaikkkk... klu rndu kt fs, aku on la. tp salu on xde spe pn... sdih je tgk... huk3

gath kt pesta bku xtau la jd ke x, klu jd pn xkonfem gak dpt join ke idok. aku kn dh jd bby sitter full time.. heee

Yang Aimin berkata...

eh....... cerita ghimo...

i n a d i a z berkata...

yeah

Fira Al berkata...

:)

Miss Agu berkata...

wah panjangnye entri ni.. berjaya abeskan...bru la aku taw upenye de 2 group ghimo eh? nth aku join group mne satu pun aku da xtaw la..tpi xpenah jumpe lagi group members nye except fariz: budak skola teknik aku tu~ smoga group ni terus berkembang ngn aktiviti yg bnyk lagi pasni ^_^

Tanpa Nama berkata...

aku xde blog2 ni...cuba teka aku siapa? weng keng keng~ larikkkk~~~

zuhailizainal berkata...

JADIKAN GROUP GHIMO SEBAGAI SATU FAMILY YANG BAIK...<3 AKU JOIN GHIMO DARI ALAM FRIENDSTER LAGI DAN BARU SKANG JE CAM AKTIF NGAN GROUP NI.. (DULU2 CAM MALU2) HEHE.. SO, AKU HARAP GROUP NI AKAN BERTAMBAH BESAR DAN AKAN KEKAL BUAT SELAMANYA... INSYALLAH... HIDUP GHIMO1986!!!

SaZe Da GrEaT berkata...

Gp apakh sblm gp ghimo tu?hoho

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB