Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 30 Disember 2010

Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias

Akhirnya habis jugak aku khatam novel ni <- perghh kalau ummi tahu aku taip macam ni mesti kena perli, 
 " Quran liat nak khatam, novel laju je dia khatam.
Sanggup bersengkang mata membaca. 
Kalau baca Quran macam tu kan bagus..."

Dan aku pun terkontang-kanting mencipta alasan tak munasabah mahupun munasarawak. Huhu...

Sinopsis:


"Mana mungkin menjadi sehebat Saidina Ali jika takut melibas pedang.
Mana mungkin menjadi sehebat helang kalau takut dengan ketinggian.
Pecahkan ketakutan itu dengan mencabarnya dan enta akan menjadi manusia yang baru" - Ustaz Hamdi

Novel ini menceritakan perjalanan hidup seorang lelaki diberi nama Amir Mukhlis Ahmad Najmuddin. Si lelaki yang terasa rendah diri sehingga gurunya memaksa dia untuk berubah. Berubah menjadi berani untuk berdepan dengan kehidupan. Dan juga kisah cinta yang sukar untuk diterjemah oleh manusia yang memang menganggap percintaan antara lelaki dan perempuan itu mudah. Semudah A, B, dan C tanpa pernah memikirkan akibat yang bakal diterima di muka pengadilan akhirat *woihh aku tak sangka aku boleh bina sendiri ayat ni! Penangan novel sungguh! Haha*

Amir Mukhlis mengenali Wardah ketika di bangku sekolah menengah.
Amir penuntut Maahad Tahfiz manakala Wardah pula penuntut sekolah menengah kebangsaan agama. Bertemu ketika bekerjasama untuk membuat rujukan tentang sidang redaksi sekolah Amir.
Semua sedia maklum Amir memang penulis yang hebat. Bahasa sasteranya tinggi. Dan kerana kekaguman itu, Wardah yang telah lama meminati Amir memulakan langkah pertama perkenalan. Wahh dah macam perigi mencari timba pula. Tapi kalau Wardah tak mulakan, aku yakin sampai bila-bila Amir pun takkan memulakannya.
Bila baca novel ni aku dapat rasakan Wardah gadis yang jenis tergedik-gedik tapi tidaklah sosial cuma dia memang terlebih berani. Dia yang hantar surat, dia juga yang berani memberikan nombor telefon pada Amir. 
Surat pertama yang Amir terima daripada Wardah membuatkan Amir serba salah sama ada mahu membalas ataupun tidak, tapi akhirnya dia membalas.
Maka jadilah balas-membalas surat sehingga Amir terpaksa menoktahkan untuk tidak menerima lagi surat daripada Wardah kerana dia sendiri bimbang akan dibuai perasaan. Maka bimbang terjadinya zina yang tidak kelihatan. Dan pesanan Ustaz Hamdi sering dipegang;
" Janganlah kamu HAMPIRI zina." Kerana dari sekecil perbuatanlah maka terjadinya zina yang besar. Itu juga dijadikan prinsip diri untuk tidak bercinta <- eh, samalah kita! hahaha.. tett.

Wardah mengagumi Amir bukan sebagai penulis tetapi kerana akhlak dan sifat Amir.

Setelah berkawan selama hampir dua tahun (kalau tak silap), Amir tak pernah memberi kata putus tentang hubungan mereka sehingga menyebabkan Wardah kewalahan sendiri.
Dan Amir, dia terpaksa meletakkan ego didepan mendahului nafsu. Sedangkan dalam diam dia sebenarnya menyukai Wardah, tetapi dia tak mahu berikan harapan palsu. Membiarkan orang berharap kemudian akhirnya mengetahui yang orang tu bukan jodoh dia. Tak ke menyedihkan? Tapi kalau boleh dia mahu Wardah menunggunya cuma sampai bila dia sendiri tak pasti.

Akhirnya beberapa hari sebelum dia berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran, Wardah menghubunginya meminta penjelasan dan Amir tetap dengan ego dia.

" Wardah, siapakah saya sebenarnya untuk mengatakan Wardah milik saya?
Siapakah saya untuk mengisytiharkan bahawa kita akan bersatu dan kekal selamanya dalam ingatan?
Siapakah saya untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita?
Adakah saya punya kuasa untuk menetapkan sesuatu yang belum pasti?
Bukankah kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan?"

Dan Wardah masih lagi berharap agar Amir masih mempertahankan dia, pertahankan hubungan yang tidak bernoktah. Membiarkan Amir terus terikat dengan takdir tanpa cuba berusaha. Dan nasihat terakhir Amir membuatkan dia kelu seribu bahasa.

" Ingat Wardah, tidak berhubung bukan bereerti putus.
Berenggang tidak bereerti benci.
Kerana kasih yang sejati itu lahir atas dasar keimanan.
Cintailah seseorang kerana Allah. Benci kerana Allah.
Bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya.
Jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu.
Bertemu dan bermesra. 
Berpimpin tangan dan berpasang-pasangan.
Itu adalah kebiasaan yang salah."

Apabila dia mengetahui yang Wardah sudah terikat dengan pilihan keluarga, hati Amir resah. Benar, dia tak berani menerima hakikat Wardah bukan miliknya. Akhirnya dia masih berserah pada takdir. Mungkin Wardah tercipta bukan dari tulang rusuknya.. Tetapi dalam masa yang sama dia masih berharap Wardah menunggunya walaupun hakikatnya keluarga Wardah sendiri tidak suka dengan agamawan. Bagi bapa Wardah orang beragama tidak mempunyai masa depan.

Akhirnya Wardah pergi dari hidupnya. Membiarkan dia sendiri setia pada cinta yang tak pernah terucap. Bukan tak mahu diucap cuma tidak mahu memberi harapan yang tinggi takut ada hati yang luka parah. Maka dia bersendirian mengubati kelukaan dihati.

Menjadi pelajar di Mesir, dia menyibukkan diri dengan persatuan. Khabar Wardah sekali sekala dapat diikuti melalui Rahim teman sekolahnya dahulu yang juga merangkap sepupu Wardah. 
Dan di sana dia bertemu dengan Balqis, gadis berpurdah yang menjadi rebutan dua orang rakan serumahnya. Pertemuan yang unik bagi aku. Seperti dirancang-rancang oleh Tuhan.

" Balqis, jangan mengharapkan sesuatu daripada ana.
Ana bukan orang yang dapat menemani enti dalam kehidupan ini.
Pasti ada orang lain yang lebih layak. Jika enti mahu memilih,
pilihlah orang lain. Ana tak dapat memberikan apa
yang enti mahu.
Walaupun ana juga mahu memberi, ana tetap tidak
dapat melakukannya.
Maafkan ana..."

*     *     *

" Wardah...

" Balqis...

" Maafkan aku..."

Memang hampir menangis weyy baca novel ni. Penulis tidak bermain dengan emosi tetapi bermain dengan kata-kata. Amat pahit jika berada ditempat Amir, perit jika berada ditempat Wardah, dan sedih jika berada ditempat Balqis. 
Dan terjawab sudah kenapa novel ni sold out... huhu.. Ni pun aku beli cetakan keempat dan cetakan pertamanya adalah pada tahun 2008. 
Baca novel ni teringat novel Ayat-Ayat Cinta, teringat juga novel Ketika Cinta Bertasbih Ep.1 karya Habiburrahman El-Shirazy, mungkin kerana latar cerita yang sama iaitu, Mesir. Tapi bahasanya indah amat.. Sehingga tenggelam sebentar dengan karya Qalam Hazin.

Bagi yang meminati novel Islamik, aku rasa novel ni tidak mengecewakan. Banyak mesej yang terselit. Memang best! Sampai aku rasa aku dah ter-over komen dah... Hahaha.

Sekarang ni nak sambung yang kedua punya pulak. Kan aku dah cakap novel ni ada dua episod :)

nota kaki: tak sabar nak pergi Masjid Negara esok... berkobar-kobar betul semangat. Dah lama tak ke sana. Jumpa lagi di blog ni selepas tarikh 1 Januari 2011 ok! :) 
Selamat menyambut tahun baru Masihi semua! Doaku, moga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010.. ameennn =))


12 bicara tanpa suara:

annaz hamirzul berkata...

lepas baca review yg "pro" ni..hahaha..terasa nak baca lak novel ni..:D

Azuan berkata...

macam best...tp x minat mane baca novel..huhuu

Fira Al berkata...

@annaz hamirzul haha.. pro la sgt :19 tp try la bc.. mmg best.

Fira Al berkata...

@Azuan klu xminat sgt, xbrani la nk ckp novel ni gerenti best. stiap org de pndgn msg2 :10

airina berkata...

OK aku cari novel ni! hehe

ida berkata...

memang best la cerita ni..mudah2han penulis akan terbitkan novel islamik yg menarik cam gni

Fira Hilwa berkata...

@ ida: memang best novel yg ini, cuma yg keduanya tidak seperti yg pertama, kurengg sangat sebab tu tak sanggup nk buat ulasan... :)) tp yg kedua itu menjawab segala persoalan :)

atiqah zanian berkata...

warhh saye tgok crite nye pun sdih,tup2 bce snopsis yg awak tuliss..oh so touch lar.hehehe

atiqah zanian berkata...

warhh saye tgok crite nye pun sdih,tup2 bce snopsis yg awak tuliss..oh so touch lar.hehehe

Tanpa Nama berkata...

Sambungannya.. Kala Cinta dan Wahyu Bersatu..

qila 98 berkata...

novel nie la yg pling best skali yg prnah aq bace

Tanpa Nama berkata...

mcmane dia punya ending?? tak tgk yg last. ter'miss' sb ade byk kije kat opis :(

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB