Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 9 Disember 2010

Merambu ramba berfoya-foya! :D


Assalamualaikum! 
Waa... rasa macam dah lama je tak update blog... Heee.. 
Line internet kat rumah pun agak menyakitkan hati tu yang malas nak update kisah tu. 
Tapi rindu sebenarnya nak berkisah :')

22 Nov - 26 Nov aku pergi Perak. Join budak-budak UPM buat program Eksplorasi Kembara Perak Darul Ridzuan. 
Perasaan? Teruja sangat-sangat! Memang best tak ingat. 
Memang rasa d0nia ni ana yang punya *cehhhh*
Best sebab dapat ramai kawan.
Masa tengah berborak dengan Abu, 
entah macam mana sorang minah ni menyampuk, almaklum masa tu tak kenal lagi nama sorang-sorang. 
Abu cakap kampung dia kat Masai... Aku pun ngaku aku dulu study sana. 
Dan si minah itu pun turut mengaku. Eh, satu tempat belajar jugak ke? Wat a small world! Wahhh..


Balik dari Perak, pergi pulak gathering budak-budak Ghimo 1986
Ada tournament bowling. Memang best la dapat jumpa budak-budak baru. 
Semua sporting + gila-gila.
Tapi jumpa diorang pun tak lama sebab aku rasa hari tu aku jadi PERMAISURI SEHARI bukan raja sehari ok.. hahah.. lambat gerak. Semua lambatlah tu yang jumpa diorang kejap je.. Tapi ok la, not bad. Semuanya ok. 
Tak nyesal pun pergi :D 
Balik tu Cikun hantar aku balik. Selamat ada Cikun, kalau tak, terkontang kanting kot aku nak balik macam mana.. hee

Kemudian, minggu sudah satu family pergi hot spring kat Felda Klah, Trolak, Perak. 
Wahhh gi Perak lagi. Thihihi.. 
Seronok gi sana. Dapat makan telur rebus yang direbus dengan air panas.. Lain rasa telur tu kalau rebus guna periuk kat rumah dengan rebus guna air mata air panas tu. Sedap! Tak caya, pergilah try. Memang terbaikkkk!

Haihh baru perasan, dah nak hujung-hujung tahun ni asyik berjalan je..
Memang rasa bebas lah.. Rasa macam 1001 perasaan. 
Tenang, damai, gembira, seronok & etc. 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah... 
Kerana DIA aku dapat merasai semua ini.. Syukur..

Ingat nak letak gambar sekali tapi nantilah, internet tengah tak ok Y__Y 
Streamyx memang takkan ok! Asal call je mesti cakap pasal kabel bawah tanahlah, apa la..bla..bla..bla..nasib badan la langgan streamyx. 
Memang padanlah dengan motto dia, 
TM Merintis Kemungkinan.. ye, kemungkinan seharian tak dapat online jangan nak hairanlah.. dah banyak kali kena.. Sabo je la.. 

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB