Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 21 Mei 2011

Tempat-tempat paaling menarik didunia

Hokeyyy hari ni mari kita berangan jadi jutawan.
Berangan nak ke semua tempat-tempat menarik yang wujud dalam dunia ni.
Aku pun teringin gak nak pergi... Wuwuwuuu


1. Grand Canyon








Grand Canyon ialah juram cenuram yang terukir daripada Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat.
Yang menyebabkan kesan pada Grand Canyon adalah hakisan yang disebabkan oleh air dan angin. Maka terhasillah hakisan yang menarik tertarik gitu... I like~

Setiap tahun, hampir 5 juta orang yang mengunjungi Grand Canyon. (perghh mari berangan kita adalah salah seorang dalam 5juta manusia itu... huhu)

Masa yang sesuai untuk ziarah Grand Canyon ini ialah sepanjang musim panas dan musim luruh tapi bagi penduduk tempatan musim sejuk adalah masa yang paaaaaaaling sesuai.

Tapi jangan ingat simplysiti je korang nak berkhemah kat Grand Canyon tu. Kena dapat keizinan dulu daripada Office State.

Whoaaa dah lama kot aku berangan nak pergi tempat ni. Tengok movie 127 Hours pun dah buat aku jatuh chenta dengan ini tempat. 


2. Great Barrier Reef










Yang ni merupakan ekosistem terumbu karang yang terbesar kat dunia. Ada dua tempat je kat dunia ni yang memiliki ekosistem ni. Lagi satu tempat tu aku lupa kat mana.
Silalah korang search google hokeyyy. Tapi tak silap aku yang ada ni pun dah diancam kepupusan.
Ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang paling besar di Australia.
So siapa belajar kat sana, kalau tak pergi tempat ni korang memang rugi la kan... 

Terumbu karang ni terdiri daripada 10,000 spesis termasuk ikan dan burung (burung??)


3. Florida

Theme Park

Cinderella Castle

Florida merupakan negara timur selatan yang terletak di Amerika Syarikat.
Tempat ni untuk korang berhibur jela sebab terdapat taman tema terbesar.
Universal Studio, Disney World dan banyak lagi tempat untuk dikunjungi
Dan ia juga dikenali sebagai Sunshine State.


4. South Island New Zealand








Korang peminat cerita Lord of The Ring?? Mesti korang familiar giller tengok tempat ni dalam movie tu. Yup, aku tengok filem tu selain daripada tengok Orlando Bloom dan Elijah Wood (wink2), of course cinematografi diorang dan lokasi yang cun banget!
Jalan cerita? Haram gua tak ingat... hehehe

Pulau ini bercirikan pemandangan yang luas terbentang dan terkenal kerana hutan pantai yang luas, pantai berpasir emas dan padang yang luas.
Kalau korang datang sini, memang perlulah menikmati setiap inci pemandangan.
Kalau kaki tidur tu, bawa-bawalah celik mata. Rugi wooo... << pesanan untuk diri sendiri

South Island ni mempunyai 10 taman negara. Kat taman ni terdapat halaman warisan dunia, danau, teluk, jurang curam, hutan asli, pantai, trek untuk hiking yang berkelas dunia.
Dan paling penting, pemandangan memang menarik...


5. Cape Town




Cape Town terletak di Afrika Selatan. Satu-satunya cara untuk memahami dan menikmati negara ini ialah dengan merasai sendiri keunikan multi-culture dan pemandangan sekitarnya.

Bila tiba musim panas, negara ni adalah tempat yang paling sesuai untuk bercuti kerana memiliki pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.

6. Sydney


Sydney terletak di pantai tenggara Australia dan dibina disekeliling Pelabuhan Jackson dan kerana ini ia juga dikenali sebagai Bandar Pelabuhan. Sydney juga terkenal sebagai tempat pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia.

Jom datang Sydney untuk tengok kangaru, beruang koala dan dolphin yang bijak...


7. Canadian Rockies




Canadian Rockies adalah salah satu tempat paling spectacular di bumi. Tempat ini memiliki potensi  kelas dunia. Mengunjungi dua taman negara Canadian Rockies dan mengetahui mengapa sebagian besar pelancong memilih Canadian Rockies sebagai tempat pelancongan.
Tempat ini menawarkan perkhidmatan yang terbaik dari yang terbaik. 
Musim sejuk adalah waktu yang tepat untuk menikmati tempat itu. 
Korang boleh juga dapat cuba olah raga seperti ski, snowshowing dan kemudian bersantai di sekitar unggun api setiap malam.
Fiewww mesti sangat best!

8. Taj Mahal



Siapa yang tak tahu Taj Mahal. Siapa yang tak tahu kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Semua orang tahu. Inilah bukti cinta teragung seorang suami kepada isteri << perghh ayat nak best..


Ramai yang cakap binaan bangunan Taj Mahal sangat indah dan kreatif.

9. Fallingwater Pennsylvania








Fallingwater Kaufmann Residence ialah rumah yang dibina diatas sebahagian air terjun.
Dan ianya dipuji sebagai "Most Beautiful Job"
Menduduki tangga 29 dalam senarai America's Favorite Architecture oleh AIA.


Sebab tulah ni pun salah satu tempat yang perlu dilawati.
Atas air terjun beb... kau pernah tengok? Mestilah tak, entah-entah kewujudan tempat ni pun korang tak tau kan? Aku pun baru tahu sebenarnya... hehehe



10. Taman Negara Yosemite





Merupakan salah satu blok habitat terbesar di Sierra Nevada dan taman ini menampung kepelbagaian haiwan dan tanaman.
Sekitar 10 juta tahun yang lalu, Sierra Nevada itu dikatakan terangkat dan kemudian condong untuk membentuk lereng yang relatif lembut, lereng barat dan timur lebih dramatik.
Sekitar 1 juta tahun yang lalu, salji dan aisakumulasi, membentuk jurang curam di padang rumput pegunungan tinggi yang bergerak menyusuri lembah-lembah sungai. Ketebalan ais di Yosemite Valley mungkin telah mencecah 4.000 kaki (1,200 m). 
Gerakan massa lereng bawah ais dipotong dan dipahat lembah berbentuk U yang menarik pengunjung begitu banyak pemandangan yang indah pada hari ini.


Wuyooo betul-betul belajar sejarahlah kot kalau pergi tempat ni.
Apa pun mesti tempat ni chantekkk giller.

11. Piramid




Kawasan Giza atau El Giza atau dikenal juga Gizeh atau El Gizeh (Al Jizah) adalah kawasan yang terletak di  Kaherah (Mesir), piramid-piramid yang terdapat disini adalah katagori terbesar dibandingkan dengan piramid yang ada di tempat lain.


Dalam piramid tu terdapat ruang raja, ruangan ratu, pintu terowong (yang berdiameter satu perempat meter dengan panjang 40 meter). Kebanyakan penduduk pada abad tersebut terkenal sebagai petani. mereka memanfaatkan lembah Sungai Nil untuk dijadikan sebagai saluran perairan mereka.


Jika dibandingkan dengan Empire State Building di New York, piramid ini lebih besar 30 kali ganda dan bahkan boleh terlihat dari bulan << okey, part bulan ni korang kena pergi sana dululah baru boleh sahihkan ke tak piramid ni boleh nampak dari sana... hohoho



12. Niagara Falls




Niagara Falls terletak di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya merupakan antara air terjun yang tercantik didunia. Bukan yang tertinggi ok.
Niagara Falls ni adalah antara tempat yang mesti dikunjungi oleh pengunjung luar negara yang ingin datang ke Kanada ni.
Sebenarnya macam-macam ada di Niagara Falls ni. Selain menikmati keindahan, terdapat juga Factory Outlet yang menjual barang-barang berjenama pada harga murah.


Kalau nak menikmati keindahan Niagara Falls, disarankan pergi masa musim panas. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti naik bot dan jalan-jalan berdekatan air terjun. 
Kalau masa musim sejuk, nak jalan pun agak terbatas sebab sejuk sangat. Lagipun, banyak attractions lain yang ditutup, jadi kurang sikit aktiviti outdoors masa musim sejuk. Pergi masa musim sejuk dan musim panas dua-dua pun bagus, sebab pemandangan air terjun tu berbeza sikit ikut musim.

13. Mount Kilimanjaro




Gunung Kilimanjaro terletak di Benua Afrika dan ianya merupakan gunung berapi yang dah tak aktif.
Itu adalah pemandangan yang mengagumkan yang penuh dengan salji putih tertutup di puncak dan lereng kasar dibina di atas lapisan lava.
Hijau subur di kaki gunung itu merupakan 'rumah' untuk pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar.

14. Venice





Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Agaknya kalau datang sini mesti sentimental gile sebab banyak binaan abad ke-17 yang terdapat di sana.


Ok, konklusinya ianya sesuai untuk lokasi berbulan madu.



15. MAKKAH AL MUKARRAMAH



Sebagai orang Islam of course lah ni tempat yang paling aku nak pergi.
Tempat wajib dalam senarai sebelum mati kottt...
Keistimewaan? Erm.. susah nak disebut dengan perkataan. Kena pergi sendirilah baru tahu macam mana...
Teringin nak pergi tapi tak tahu bila Dia nak panggil aku ke sana :'(
Apa pun, keep praying ok!



Ok. Dah.
Pecinta alam betul rupanya aku ni. Hampir semua tempat yang menarik tu semuanya memiliki pandangan yang memukau..
Bilanya boleh pergi, tak tahulah. Kena kahwin/berkawan dengan anak jutawan kot baru boleh pergi... kihkihkih



13 bicara tanpa suara:

ASaDa RyutaRo berkata...

gambar2 ini membuatkan saya sangat teruja dan tetiba geram sangat! geram dengan orang yang tunjukkan gambar dan sekarang rasa cam nak ada duit berjuta2 supaya leh jalan2 kat semua tempat. uhhh..

south island new zealand sangat lawa!

pernah g kat piramid je. tempat lain hanya dalam mimpi je lah..

anys berkata...

cantiknya gmbar pemandangan tuh.. !

MissF berkata...

@ASaDa RyutaRo haha tau xpe. sy pn rs nak ada duit juta2 jugak sekarang ni lepas tu jalan2 melihat keindahan ciptaan Allah. mesti sgt best dan mmpu mengalirkn air mata sbb tlalu indah.

yup, new zealand mmg sgt cantekkk. klu klua doku psl NZ msti nk tgk sbb cantek sgt!

okla tu pernah pergi slh 1 tempat yg wajib dilawati, sy ni lgsg tak pnh. berangan je selalu... hehe

blackroses berkata...

memang cantik...

LeNsA berkata...

fira...nak ikut.........^^

MissF berkata...

@anys & blackrose yup, sgt2 chantekkkkk... syurga mesti lg chantekkk :)

@LeNsA nti eh.. tgu aku jadik jutawan segera.. hehe

Yang Aimin berkata...

:P semua cantik... ciptaanNYA tiada tandingan

ain dzaya berkata...

waaww!!
really2 love to go all the place!
xpecially, niagara, venice n makkah...
hpoefully one day, ada peluang untuk ke sana..thankz aw for the sharing!

Nayli berkata...

Best nya!!Rasa mcm nak pergi semua tempat je :)

Tanpa Nama berkata...

wah!!!!!!!!! cantek..semua tmpat2 tdi,,papapuwn aque doakan qoe n aque dpt p sna,,sebab knapa??? sebab di dunia nie teda mustahil yg kta tidak dapat capai melenkan DIA yg tidak bekendak....

JAY berkata...

SEMUA TEMPAT AKU NK G...TP DUIT XDE..SEKIAN TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

kalau akak pergi saya nak join sekali tau...hahaha...

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata...

Subhanallah, cantiknya ciptaan ALLAH.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB