Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 11 November 2010

Mikhail - Ramlee Awang Murshid

" Mikhail... bukan sekadar sebuah nama"

The truth is, novel ni aku beli dari tahun lepas. 
Diulangi TAHUN LEPAS. Masa Pesta Buku bulan April 2009, edisi cetakan pertama.
Sekarang ni tak sure dah cetakan ke berapa dah.
Peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) memang bersepah kat Malaysia ni. 
Aku, adik aku; Amru dan Nisa' adalah antara penggemar penulis ini.
Ingat lagi masa nak beli novel ni sampai cramp-cramp kaki aku. Huhu. Ain je yang tahu masa tu aku memang hampir nak gila cari novel ni.
Cari punya cari kat rak booth Alaf 21, tak jumpa. Dahlah sesak dengan manusia.
Sekali kisah sedih datang menerpa bila dapat tahu novel ni dah kehabisan stok.
Apakah? Dahlah niat datang Pesta Buku semata-mata nak cari novel ni...
Masa tu memang tengah angau dengan Mikail. Sekali muncul novel Mikhail (walaupun sebutan lain sikit)
opkos lah kena beli.
Tapi akhirnya tunggu punya tunggu dapat jugak...weee... Happy giller!
Dan tapi lagi, tadi ni baru aku selesai baca. Ish-ish.. Takleh jadi peminat setia RAM lagi ni. Huhu

Sinopsis:

"Mustahil memburu orang yang telah mati"

Baca novel ni, aku dah terbayang filem-filem aksi Hollywood.
Macam The Matrix, G.I Joe, Mission Impossible.
Memang terbaik. Nyesal tak baca dari tahun lepas. Hukhuk.

Berkisar tentang lelaki bernama Mikhail yang kehilangan identiti.
Dibesarkan di Cromwell, New Zealand oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Dickens.
Dickens telah melatih Mikhail menjadi pembunuh profesional untuk menuntut bela atas kematian keluarganya yang mati dibunuh. 
Dan Dicken, telah menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa pembunuhan.
Pada masa yang sama dia mengalami penyakit paranormal yang mana bila dia terkena pancaran cahaya matahari atau silauan cahaya yang terang dan tajam, dia akan berada di dimensi berbeza.
Bertukar menjadi Tahir. Sehingga kadang-kadang dia sendiri keliru sama ada dia berada di alam realiti sebagai Mikhail ataupun fantasi sebagai Tahir <- teringat Faizal Tahir...huhu.

Akhirnya dia kembali semula ke Malaysia dengan tujuan ingin mencari manusia-manusia yang telah membunuh keluarganya.
Dalam pada dia ingin memburu tapi rupa-rupanya dia yang diburu.
Reina Raihana adalah anak kepada pembunuh keluarganya yang ingin dia bunuh, sebaliknya dia sendiri yang menyelamatkan Raihana daripada dibunuh pembunuh lain.
Akhirnya dia terjerat dengan percintaan terhadap anak orang yang ingin dibunuh.
Part ni dah biasa baca, jadi bagi aku ianya agak mencacatkan jalan cerita. Tapi sikittt jela.
Dan sebab part tulah aku tangguhkan bacaan sampai 1tahun lebih. Huhu..
Tapi syukur juga Raihana yang diculik itu mahu membantu dia mencari masa silam dia.

Dan apabila seorang demi seorang terbunuh, 
dan apabila orang yang disyaki ditahan reman, 
pembunuh masih lagi bebas bermaharajalela diluar sana, ianya menjadi tanda tanya.

Bila baca, makin kita nak tahu siapa sebenarnya Mikhail? Siapa Tahir? Adakah Tahir itu Mikhail pada masa silam atau sekadar ilusi? Dan apabila si pemburu menjadi mangsa, siapa yang akan membaham siapa?

Kadang-kadang sampai pening-pening biol gaklah aku baca novel ni. 
Bukan apa, kena imaginasi lebih sikit.
Untuk yang minat novel thriller, novel ni tak menghampakan. 
Seperti novel-novel RAM yang lain, ianya masih dikategorikan sebagai superb!
Rasa macam nak baca lagi.. hehe

p/s: sekarang ni ada lagi dua novel RAM yang aku nak khatamkan. Novel Hijab Sang Pencinta & Cinta Sufi, kesinambungan kisah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu tapi tak janji bila akan mula baca dan bila akan habis baca...heee

1 bicara tanpa suara:

airina berkata...

Hohoho aku xbaca lagi yang ni fira ekeke
Takpe, nanti aku cari

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB