Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 23 Februari 2011

Macam mana nak bagi blog aku ni popular?

 


Maaf, blog anda belum layak dapat pangkat DIVA!
Muahahaha

Huh! Tajuk entri serius tak boleh blah!
Yelah, kadang-kadang teringin jugakan nak blog HOT, TOP & HITS macam Hanis Zalikha,
tak pun macam Cik Jejariruncing walaupun dia suka bercerita tentang kisah chenta dia,
tak pun macam blog Cik Epal ke.. 
Erk, blog kedua-dua Cik tu aku pernah masuk SEKALI je. Hihi.

Banyak info pasal blog yang aku baca.
Dorang bagi tips konon kalau nak blog melotup;
Kena rajin blogwalking dan komen blog orang.
Kena rajin buat GA (giveaway) <- camni kot ejaan dia.
Kena rajin promot blog sendiri dalam mana-mana website.
Kena rajin juga promot blog blogger popular/public figure untuk tarik lebih ramai blogger masuk ke blog anda.
Kena rajin juga buat tajuk pelik-pelik @ tajuk giller HOT tapi cerita memang takde kena mengena dengan tajuk. Mungkin!
Serius, blog jenis last one ni memang laaagi aku tak boleh terima.
Macam nak cari publisiti murahan.

Apa pun, harap maaf, aku memang PEMALAS nak buat semua itu! Huhu.
Itulah, hafal tips orang bagi bukan main terer tapi nak praktiskannya, harap ampun!
Aku memang tak rajin blogwalking. Tapi tipulah kalau cakap tak pernah buat kan..
Mestilah pernah tapi pada blog tertentu jelah.
Takdelah semua blog aku redah masuk.

Bagi aku, blog tu bebas.
Satu kebebasan untuk lakukan apa sahaja selagi tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Kau follow aku mungkin sebab kau suka cara penulisan aku.
Aku follow kau balik mungkin sebab penulisan dan mungkin juga sebab nak ramaikan follower kau (sebab tu yang kau nak, kan? Kan? Kan? Tettt). No offense!
Dan aku follow dia pun dah sah-sah sebab aku memang minat penulisan dia.

Maka memang tak semua blog aku boleh masuk (masuk di sini bermaksud penerimaan teknik penulisan & penceritaan)
Seperti blog kedua-dua Cik itulah yang aku pernah jengah sekali je tu.
Tu pun tahu kewujudan Cik Epal sebab adik aku yang bagitahu. Tahulah ex-classmate dia masa kat matriks dulu kan...
Cik Jejariruncing pula sebab Fafau promot kat page Hot FM.
Buka sekali je dan aku takleh masuk dengan blog diorang waima diorang memang famous dalam dunia blogger.
Yang aku boleh masuk dengan blog Hanis Zalikha & blog yang tersenarai sebagai blog tercinta je.
Sebabnya? Blog HZ banyak info kemudian banyak makanan buatkan aku kenyang dengan hanya melihat gambar.. Hahaha.
Lagi, aku suka blog yang cerita pasal kehidupan orang.
Sesuatu yang menyeronokkan tapi bukan seronok sendiri ye!

Bagi aku, tak perlu kott terkejar-kejar untuk tarik follower.
Tak penat ke?
Aku yang tengok ni pun penat... Ekekeke

Masuk blog sana, masuk blog sini, tak semua blog korang suka kan?

Blog aku ni walaupun tak popular tapi aku tahu tak semua orang sukakannya.
Tak semua orang suka cara penulisan aku.
Tak semua orang boleh terima luahan hati aku.
Tapi walau apa pun kita kenalah jadi diri sendiri.

Aku lagi suka orang jadi follower aku sebab dia suka baca kisah aku 
walaupun kisah aku banyak berkisar pasal aku dan mereka-mereka yang aku kenal
tapi inilah 'subjek matter' blog aku.

Setiap orang ada citarasa masing-masing.
Ada yang blogwalking sebab dah memang hobi dia.
Tapi untuk paksa orang follow blog korang tu, rasanya tak perlu kot...
Bak kata seseorang ni (aku lupa nama dia), buat apa ada ramai follower kalau kurang jurukomen.
Kalau follower ramai, komen kurang memang dah jelas lagi nyata orang sebenarnya TAK MINAT
pun dengan blog korang. 
Jadi harus bangga dengan tukang komen yang korang tak perasan kewujudan dia sebelum ni daripada bangga dengan ramai followers yang rupanya tak pernah jengah dan baca pun entri-entri korang... Wallahualam. Hiks!

Peace with ♥!


11 bicara tanpa suara:

alepridz berkata...

ya betul.... kalau kiter minat kiter follow... kalau tak takper... janganlah kiter mengharapkan.... kalau nk femes kene lah bekerja keras... tapi kalau dah femes takleh malas pulak update blog nnt org marah kiter pulak.... btul tak?

sama2lah kiter majukan dunia blog nih...

Adlan berkata...

hahaha..saya suke entri anda. betol laa tuh, orang dah follow kita..kita follow la die balik..kalau macam tak berapa suke dengan penulisan diorang...harap yolah nak bace balik..hehe

saya pon suke hupdate pasal life sendiri.. kalau orang tak suke, up to them nak judge.^^

yang penting, whats wrong being yourself right?? =)

airina berkata...

so fira, hang suka blog aku tu sebab apa? kih5

Ala fira, blog aku pun bukan famous amous! Tak kisah pun. Janji aku happy sebab boleh tulis2, dapat luahkan apa yang aku suka.

Lagipun bila jadi blog popular aku rasa t/jawab nak menulis lagi besar. Yalah, semua orang baca & pastinya mereka mengharapkan lebih lagi. Ha, time tu aku rasa kita dah tak jujur dengan diri sendiri. Sebabnya kita lebih kepada memikirkan apa yang orang lain kata bukannya apa yang kita nak kata! Betul tak aku tulis ni? hahaha :P

Fira hilwa berkata...

@alepridz betul3... sgt stuju, klu dh glemer kne rjin update, klu x nti org pn dh xmnat nk msk blog kte dh

@Adlan Solis hehe thanks! yup, jd je dri sndri. tulis je apa nk dtulis dlm blog. mcm tagline sy, "ni blog aku, bkn blog kau!" hehe. tp nk tulis pn kne bpada2 gak, klu tlebih2 cte psl hal pribadi tkt ada yg mnyampah.. huhu

@airina soaln tbb la ko, rina... haha. blog kwn2 aku xkesah sbb korgla aku create blogspot ni. blog ko opkos sbb kte sme2 minat novel.. hiks!
cme tringat dlu ada sorg blogger ni ari2 msk cni promot blog dia & sruh aku folo dia pdhal dia xfolo aku pn. nmpk sgt gle populariti. klu blog dia best xpe gak ni cte stakat kopi & pes je, pe kes?
yup, ko pya fikiran sme ngn aku la, aku pn tfikir gak agknya blog yg femes2 ni kebanyakannya TERPAKSA bt kisah/tajuk ikt pndgn org pdhal dia nk bt lain tp tkut org xsk & xminat nk komen tpksalah dia create ssuatu yg mmpu mnarik phatian org lain tmasuk bt tajuk seakan2 lucah wlupn mksd & cerita dia bknla bkisar bnd lucah. bnd cmtu pn aku xminat gak nk bc. btl2 mcm nk cri publisiti murahan la...

Cik Yana berkata...

Kadang-kadang follower memang tak penting pun. Sebab kebanyakan follower just follow dengan niat supaya kita follow dia balik. hahaha~ Yang penting, kita jadi diri sendiri, tulis la nak tulis apa pun dalam belog. Nanti adalah pengunjung dan pengomen setia :)

NUR FARHANA ZAIDI berkata...

sama la kita! :D

Haikal Animax berkata...

terbaik dari ladang habaq hang

Maya Pastel Chic berkata...

jom singgah blog saya pulak.. ^_^ hehe...

Tanpa Nama berkata...

hai you

Unknown berkata...

hi.ade tak sape2 kawan kat sini tau cara nak bagi blog senang jumpa dalam google bila search...blog saya google xjumpa la:(

Zack berkata...

https://www.facebook.com/groups/fuhfm/
ingin meletakan palyer radio fuhfm di web site anda nanti pm2 saya
https://www.facebook.com/djputrafaiz
atau emaik ke
radiofuhfm@gmail.com

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB