Semalam umpama mimpi bila kaki akhirnya menjejak ke Stadium Malawati, Shah Alam.
Itu pun setelah menghadapi pelbagai cabaran. Huhuhu.
Jadi apa jua cabaran, haruslah dilupakan sebab yang harus diingati dan dikenang ialah pengalaman menghadiri konsert setelah hampir 12tahun tak hadiri konsert.
Last rasanya tahun 1999, di Stadium Negara untuk konsert Keranamu Kosovo yang mana masa tu lagu ini yang melotup-lotup wa cakap lu...
Lepas konsert tu takde dah dapat 'tawaran' untuk menghadiri mana-mana konsert walaupun ketika family semua sedang bergembira di Stadium Malawati sebab dapat tawaran dari allahyarham Ustaz Asri (Al-Fatihah) bagi menghadiri konsert Malam Sinar Maulidurrasul dan ketika itu aku berperang dengan dunia pancaroba sebagai siswi nun jauh di selatan tanah air maka tak dapeklah den nak join sekali.
Dua kali diorang dapat join, sekali pun aku tak berkesempatan nak join... Takde rezeki...
Berbalik pada konsert semalam, rasanya banyak ni aku nk kompelin. Huhu.
Harap-harap peminat Maher Zain yang lain takdelah nak hentam aku pula lepas ni.
Aku ni jujur dan telus tulus mulus orangnya.. Hik hik. Tapi harus ingat!
AKU JUGA SALAH SEORANG PEMINAT MAHER ZAIN!
Berdua lebih baik ^__^ |
Cuma konsert semalam banyak kelemahan.
Aku pernah menghadiri beberapa konsert sebelum ni. Konsert kecil-kecilan pun dikira konsert juga.
Jadi aku tengok, konsert kecil-kecilan yang pernah aku hadiri, contoh macam konsert In-Team pada tahun 2005 dulu, rasanya diorang (kumpulan In-Team & team) memang buat all out!
Terbaik! Tiada sebarang kesilapan. Kumpulan Hijjaz & Rabbani pun sama.
Maka bila artis antarabangsa yang buat persembahan harapnya lebih baik daripada artis tempatan.
Pasal orang yang pergi showcase Maher Zain sebelum ni pun semua cakap dia perform terbaik.
Pandai berinteraksi dengan peminat. Tang interaksi tu aku tak nafikan sebab aku nampak sendiri masa jumpa dia buat pertama kali di Pusat Islam yang dia memang peramah gila! [Rujuk sini]
Tapi semalam aku tak nampak Maher Zain yang itu.
Aku kecewa.... Mungkin sebab aku harapkan LEBIH.
Pesembahan Irfan Makki dan Mesut Kurtis sebagai artis jemputan memang menarik!
Persembahan In-Team pun tak mengecewakan walaupun nyanyi lagu Kasih Kekasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah dan Setanggi Syurga secara medley je..
Jadi semalam aku lebih terhibur dengan persembahan Irfan Makki dan Mesut Kurtis berbanding Maher Zain sendiri.
"Mungkin dia penat sebab buat konsert sampai dua malam.." Yup! Alasan tu memang munasabah tapi Irfan dan Mesut pun buat juga konsert untuk dua malam tapi kenapa diorang lebih relaks berbanding Maher sendiri?
Kesilapan Maher Zain; beberapa kali dia lupa lirik.
Dia silap masuk Q untuk nyanyi. Salah rangkap.
Betullah aku rasa macam nak suruh je dia berhenti nyanyi time-time tu jugak.
Bukan sebab sakit hati. NO! Tapi lebih kepada kesian.
Nampak dah dia macam tak larat tapi dia paksa juga diri dia untuk berikan persembahan yang terbaik.
Lagipun aku rasa dia satu-satunya artis yang buat persembahan dua malam berturut-turut (betulkan aku kalau aku salah). Manalah tak penat, kan?
Muzik pula lebih kuat daripada suara penyanyi. Macam mana tu?
Mesut Kurtis untung banyak sebab suara dia besar macam suara soprano gitu jadi muzik dengan suara dia takde masalah.
Irfan Makki dan Maher Zain pula suara diorang smooth jadi memang agak tenggelam dengan muzik.
So lain kali, pesanan aku pada pihak pengurusan kalau Maher nak buat lagi persembahan besar-besaran, tolonglah buat dekat Stadium Bukit Jalil dan buat SATU MALAM SAHAJA!
Tak payahlah sampai dua malam, kesian kat orang tu.
Dahlah lagi aku bengang bila dapat tahu hari pertama (25hb) persembahan dia memang power berbanding semalam. Tapi tak hairanlah kan pasal hari pertama stamina mestilah yang the best, malam kedua kurang sebab hari pertama dia dah all out.
Sound tu check betul-betul. Kalau tak boleh buat, Abang Zul vokalis kumpulan Rabbani tu terer bab-bab soundcheck tu, minta tolong je kat dia... Huhuhu
Menyesal tak pergi konsert tu?
Errr... menyesal ke ha? Atau harus aku ubah ayat pertanyaan tu kepada ayat penyata? Hahaha...
Takdelah menyesal cuma kuciwak sedikit. Mujur beli tiket paling murah, kalau yang mahal kemungkinan kot ada rasa nak refund balik. Muahahaha...
Apa pun, tipu gila kalau aku cakap konsert semalam tu memang tak best!
Best! Tapi bukan the BEST!
Sampai naik serak suara pasal ikut join nyanyi walaupun lagu tu pertama kali dengar (macam lagu Irfan Makki - Mabrouk) tapi aku boleh enjoy join nyanyi sekali.
Abaikan dua orang mamat yang duduk disebelah aku... Haha.
Mabrouk by Irfan Makki best giller lagu dia! kalau dengar betul2 ada part bahasa Melayu [ini video bukan ana yang punyalah..hehe]
Pasal seating hari pertama aku dengar cerita ada masalah, hari kedua yang kitorang pergi tu memang takde masalah. Semua ok. Lagi-lagi bila dapat tempat duduk (walaupun tingkat atas) tapi masih berada di tengah pentas.
Dan yang paling bagus konsert ni diorang siap sediakan khemah untuk tunaikan solat.
Bagus, kan?
Konsert Adam Lambert, Justin Bieber & international artist yang lain ada ke buat macam tu?
Sah-sah takde!
Akhir kata, janganlah anggap entri aku ni konon-kononnya nak bagi hint tak bagi korang pergi konsert Maher Zain lagi kalau dia datang Malaysia.
Ok je, cuma pergi konsert yang dia buat sehari jela, kalau dua hari dia dah tak larat.
Kesian tengok. Sampai hilang fokus untuk nyanyi.
Dan aku masih minat Maher Zain! hehehe...
nota terselit nak menyelit: sebenarnya nak tukar lagu blog ni. Tapi mixpod buat hal lah pula... arghh! Jomlah layan lagu yang konon-konon aku nak letak ni...
Suka dengan terjemahan lagu ni. Mendalam maksudnya.
Kalau mixpod dah ok, akanku letak lagu ni.Dengar masa diorang pasang kat konsert semalam... Hehe
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)