Hamek kau! Tajuk entri bukan main panjang.. haha..
Sebenarnya nak buat kisah lain, tapi teringat ada yang tanya macam mana nak auto publish blog kat bukuwajah
guna networkedblogs tu.
Jadi dengan murah hati + rajin terlebih pagi ni, mari kita folo this steps :)
Mula-mula sekali, korang mestilah kena register networkedblogs ni.
Lepas tu, nanti dah klik reg tu, dia akan kluar box untuk korang daftar blog korang.
Tulislah details dia.
Siap step tu, korang klik syndication tu pulak.
Macam contoh dibawah.
Syndication ni, korang tak payah pergi ke profile networkedblogs korang pun takpe
pasal kat home networkedblogs pun memang dia dah sedia ada di situ tempatnya.
Tak lari gunung dikejar *apakah?*
Nanti dia akan keluar new tab.
Dan page ini akan terpapar.
Kemudian, bolehlah select blog korang tuh...
Macam ni;
Tamak siutt siap ada dua blog.. ekeke |
Dah tu, korang tunggu dia loading, dan dia akan keluar begini pulak..
Dah macam ajar budak tadika lak guna ayat camni.. huhu
Untuk auto publish-kan dia, korang klik kat expand all.
Dan akan keluar ini...
Nampak tak perbezaan gambar ni dengan yang atas tu?
Ada keluar box baru. Klik dulu kat Add Facebook Target tu, benda tu bagi link profile korang je.
Then, klik ayat yang bertanda tu.
Dia akan keluar macam ni pulak.
Dah klik tu, korang tengok profile page korang (better open new tab).
Kalau ada keluar macam gambar kat bawah ni, makanya blog korang SEDIA di-publish secara automatik di page bukuwajah korang tanpa perlu shared link! :)
Kalau tak keluar macam ni, maknanya belum boleh lagi korang bersuka-ria, bersorak-sorai, gegak-gempita bagai |
Pastikan dia akan keluar macam ni lebih kurang kat page korang tau! *amaran nih!* hehe
Kalau nak customize apa-apa, pergi balik kat page tadi
dan klik seperti dalam gambar
Klik Customize Post.
Dan dia akan keluar macam ni;
So bolehlah korang nak setting macam mana.
Klik je kat box kecik comel tu kalau nak ada gambar thumbnail yang keluar kalau blog korang
published nanti.
Untuk gambar yang kurang jelas, korang klik je kat gambar tu untuk view full size.
Ok, done! Selamat mencuba!
p/s: aku selesema. Baru tadi ni kena. Berjangkit dengan adik-adik aku; Adib dan Ipah. Sabar jelah. Ni pun hidung tak selesa.. hukhuk.. karang tahu-tahu je ada air meleleh... huhuhu. Rasa nak demam pun ada ni...
p.p/s: pagi ni perlu hadir kenduri kahwin sepupu Ummi.. Duh! Belum tidur ni, takut besok buat kerja tersengguk-sengguk. Tak pun muntah pasal tak cukup tidur. Padan muka!
Korang doa aku sihat-sihat aje ye :)
Uhibbukumfillah!
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)