Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 18 Januari 2011

Reunion Outpost

Beberapa minggu kebelakangan ni cuaca kat kawasan rumah aku ni (tak tahulah kalau jiran-jiran pun rasa yang sama) sangat-sangatlah sejuk.
Rasanya tak payah pergi Tanah Tinggi Cameroon atau Genting, kat sini pun dah terasa kesejukan yang menyucuk-nyucuk tulang hitam <- jangan tanya aku tulang kita ada warna hitam atau tak sebab ayat ni diciplak dari kebanyakan novel ok.. hikhik.
Cuaca tak hujan tapi sejuk je, nyaman je (nyaman ke? :P)


Maka pada 16 Januari lalu, dengan suhu badan yang sejuk teramat walaupun ketika itu sudah melepasi waktu zohor, aku pun dengan manis mukanya membuka profil bukuwajah.
Jadi perkara pertama yang aku singgah semestinya bahagian notification.


Setelah buka itu ini yang berkaitan, sekali terpandang ayat,
"si fulan, si fulan, si fulan & si fulan commented on a post you were tagged in"
Dengan muka yang tiada riak, aku pun pergilah menjenguk isi post tersebut.


Serius beb! Memang serius aku terkejut gillerrrr!
Tiba-tiba muka rasa panas...
Apakah? Huh?


Aku yang memang tengah kesejukan terus mengigil tangan masa gerakkan tetikus.
Menaip di papan kekunci untuk bagi komen dah rasa tak betul.
Aku rasa macam poyo giller sebab malu tak tentu pasal.. Bhahaha
Tapi...
Tapi...
itulah yang aku rasakan saat itu. 
Rasa seperti mahu jadi kura-kura dan menyorokkan kepala di dalam cengkerang.
Tak pun nak cari beg besar untuk sorokkan muka. Erk.. Over tau aku ni -___-" ...
Tapi betullah, akhi Fairuz... Saya malu tau sebenarnya...
Lagi-lagi bila Eid, Zara, Aizuddin, Aiman dengan Nurul semua komen pasal apa yang saya
cerita tu... Dahlah merapu banyak. Nasib baik Zie cakap dia tak sempat nak baca.. Teehee.
Lagipun memang tak bajet entri tu akan dihebahkan oleh orang glamour yang ramai peminat macam akhi...
Masa tu memang menggigil, suhu sejuk tiba-tiba bertambah. Mungkin dah tahap -10'c kot.. hahaha. Sejuk sehingga gigi pun siap berlaga-laga lagi akibat terima kejutan yang keterlaluan.
Serius ni, tak tipu...


Dan entri yang akhi Fairuz (admin MZM-fc) post; klik sini terus mendadak naik orang yang like.
Fuhhh... memang tak ahh kalau tak terkejut.
Wa terkejut beb.. Nasib baik takde penyakit lemah jantung ke, asma ke, kalau tak... Ish ish..


Kalau orang tanya apa yang buatkan aku malu sangat?
Aku malu sebab dalam tu aku merepek. Lepas tu selama ni aku menaip kat blog ni aku selalu
beranggapan yang aku, kaki-kaki blogger, dan kawan-kawan rapat serta suku daripada geng-geng ghimo je yang baca, bukan orang lain...
Sekali ahli-ahli MZM-fc baca, rasa macam.. entah ek.
Nak kata tak boleh terima tak jugak.
Nak kata excited sebab orang suka baca/puji cara penulisan kita pun tak jugak.
Tapi memang macam kejutanlah seperti Maher Zain buat kejutan jumpa aku aritu. *ehem.. MZ jumpa aku ye. ehem*.
Perasaan gigil-gigil tu sama la (macam yang akhi nampak masa saya snap gambar tu... hoho). Tapi excited dia tak sama... Hahaha.


Apa pun terima kasih banyak pada akhi Fairuz sebab sudi nak share entri tu.
Demi Allah sampai sekarang perasaan malu tu belum hilang sepenuhnya...


Untuk Aiman, chill beb.. Akak takkan rampas takhta Aiman punya.
Aiman juara tulis blog. Akak ni penulis cabok untuk suka-suka sendiri je.
Nasib baik akhi post kat profile dia je, kalau sampai kat page MZM-fc atau ABJZ,
tak tahulah nak cakap apa... tak terbalas kot komen... Hahaha.
Lainkali kalau nak post, bagi hint dulu k supaya saya tak terkezzzut overdose.. hehe.

Tamat kisah 16 Januari.
Bersambung cerita 15 Januari pula (aku memang suka buat cerita ke belakang, bukan ke depan.. hakhak).
Minggu lepas, Kak Niza (bekas majikan) jemput aku untuk perasmian kedai baru dia.
Wahh dah berjaya bos aku buka cawangan baru.
Rezeki masing-masing kan...


Malam 15 haribulan tu aku mesej Yan tanya dia jadi pergi ke tak,
rupanya Yan tak tahu apa-apa pun pasal tu. 
Laaa... Dan dia minta maaf dia tak dapat join.
Kalau diberitahu lebih awal mungkin dia akan minta cuti dan join kitorang.
Hmmm... lama dah tak jumpa budak-budak outpost.
Teringin nak jumpa tapi tak kesampaian.
Rupanya Kak Niza takde nombor Yan.


Call An Nur, jawapan dia pun negatif gak.
Sedih giller masa tu. Rasa macam taknak pergi pun ada jugak.
Tapi dah janji dengan Kak Niza.
Sorry, dalam kamus hidup aku perkara aku paling benci ialah memungkiri janji.
Kalau tak tepati masa boleh terima lagi (sebab aku bab masa ni aku lemah gak.. hehe) tapi jangan sampai janji pun kau belasah tak nak tepati. Aku ikat kat pokok leher kau tu nanti.. Huhu.


Sementelah yang jadi driver kitorang esok adalah seorang L.E.L.A.K.I. 
Lelaki ye. Jadi kerisauan aku tu bertambah.
Macam mana kalau aku berdua je dengan dia esok?
Macam mana kalau Faizah pun cakap tak dapat join?
Huwaaaa takutnya!
Bukan takut jadi apa-apa walaupun perkara-perkara tersebut bermain jugak dalam kepala otak setiap anak gadis tapi sebab tak selesa naik kereta atau apa-apa kenderaanlah berdua-duaan dengan
bukan mahram. 
Tak kisahlah dengan lelaki sorang dan aku sorang ataupun lelaki berdua dan aku sorang pun aku tak berani jugak. Mimpi ngeri kot~
Melainkan kalau dah terpaksa... Itu memang nak ke tak, memang kena jugak.
Tapi prinsip aku, selagi boleh elak, kita elak, ok?! :)


Maka (<- entah sejak bila aku pandai guna perkataan ni ye..) pagi tu aku terbangun lewat.
Sebabnya? Malam tu aku tak boleh tidur... Kepala otak ni sarat fikir segala macam kemungkinan.
Asalkan ada majlis kat luar dan majlis tu dibuat pada waktu pagi mesti malam tu aku susah tidur.
Penyakit apa entah aku pun tak tahu tapi takde pulak rasa nak jumpa pakar psikologi (apa kejadah? hoho)
Dan pagi tu tengah bersiap-siap untuk pergi The Store Sungai Buloh pasal mamat tu nak jemput aku kat situ tiba-tiba ada panggilan masuk.
Faizah call.. syukur giller dengar suara minah tu.
Sekurang-kurangnya kerisauan malam tu tak berlanjutan... 
Alhamdulillah =)
Akhirnya diorang decide untuk ambil aku kat rumah. Yeayyy!


Jalan dekat sekitar Shah Alam memang memeningkan.
Dahlah nak mencari kompleks Ole-ole nya pun tak tahu kat mana.
Sekali boleh pulak tak perasan roundaboard kat situ ada 3 simpang je. Apakah?
Habis kitorang tersalah masuk simpang. Pelik-pelik je jalan dia.


Sampai kompleks Ole-ole, betul-betul Kak Niza buat majlis perasmian dia dekat depan pintu masuk Ole-ole. Sampai sana pukul 9 lebih jugaklah pasal tersesat lagi.
Nak cari jalan lagi. Hampir accident pun iya jugak -__-"
Masa tu juga Kak Niza suruh kitorang (aku, Faizah & Zati) organize tempat pendaftaran dan bahagian cenderamata. Hoh? 
Terblur-blur jugaklah masa tu tapi nasib baik semuanya berjalan lancar.


Masa duduk dekat bahagian pendaftaran tu, tiba-tiba nampak Widad (anak buah Kak Niza yang dulunya memang rapat/manja dengan aku). Senyum-senyum je dia pandang aku sambil pimpin tangan si adik.
" Kenal akak lagi tak?" Aku mula memancing soalan. Dia angguk. Senyum.
" Kenapa dah lamaaaaaaaaaa sangat tak nampak akak?"
" Akak dah lamalah tak kerja dengan Mak Teh (gelaran Kak Niza pada anak-anak saudara dia)"
" Ooo yeke?" Dia macam terkejut.
" Iyalah. Hii lamalah tak jumpa Widad. Dah ada pakwe ke belum ni?" Hahah soalan boleh rosak budak ok! Hehe.. Saja tanya macam tu sebab masa aku kenal dia dulu, masa tu dia tadika dan dia rajin sangat cerita pasal budak lelaki kelas dia. 
Siap mengaku si fulan dan si fulan tu pakwe dia.. Hahah..
Dia geleng je.
" Widad dah darjah tiga eh?" Aku bertanya.. err sebenarnya ayat tu lebih menjurus pada ayat penyata tu. Terus dia pandang tepat muka aku.
" Eh taklah! Widad dah darjah lima!" Hah??? Giller lama aku tak jumpa diorang!! Hukhuk.
" Habis tu, adik ni umur berapa?" Aku pandang Yusra, adik Widad. Masa kerja dengan Kak Niza dulu Yusra kecik lagi. Setahun lebih kot masa tu. Jalan pun tertatih-tatih lagi.
Jatuh, bangun, jatuh, bangun je masa tu. Budak baru nak belajar berjalan.
Tapi sekarang aku tengok siap dah boleh berlari.
" Yusra dah 5 tahun," Widad memberitahu.

Widad dah besar! :')



Entah ye, rasa macam nak nangis jugak masa tu.
Betullah, orang dewasa ni kalau kita tak jumpa dia lama mana pun, wajah dia tetap begitu.
Yang berubah mungkin fizikal sama ada makin kurus, berisi, mahupun kekal sebegitu.


Tapi kanak-kanak, banyak perubahan. Banyak sangat!
Aku pandang Wafa. Pandang Najla adik Sarah. Pandang Sarah, dah ada ciri-ciri seorang kakak dah Sarah tu. Dulu jumpa dia umur dia baru 2 tahun lebih. 
Sekarang dah 7 tahun, dah pandai layan kerenah adik dia.
Siap pandai pulak tu suap makanan untuk adik dia.
Situasi yang aku tak jangka. Dulu jumpa semua kecil-kecil.
Semua tak petah bercakap tapi sekarang ni semua dah pandai.
Dah pandai berlari, dah pandai membaca, dah pandai bertutur.


Teringat lirik ini,


" When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life.."
Open Your Eyes - MZ


Yup! Memang itulah keajaiban yang aku nampak ketika ini.. 
 
Lepas habis majlis perasmian, ada jamuan makan-makan.
Aku pulak teman Zati jaga kedai. 
Arghh hampir semua aku lupa.
Susunan kedai tak sama dengan yang dekat The Store tu.
Design dia lain. Tapi kalau design dia sama pun, masalah juga bagi aku... huhu.
Terpinga-pinga aku bila customer tanya itu ini kat aku.
Maaf, saya lupa. Dah 4 tahun saya tinggalkan kerja ini T___T
Aku baru perasan 4 tahun dah berlalu apabila melihat kanak-kanak yang dah besar itu. Hukhuk.


Faizah

Zati
Sampai Zati yang baru dua minggu kerja dengan Kak Niza tu suruh aku scan barang pun aku dah tak ingat nak tekan apa. Fungsi barang pun aku lupa jugak...
Kesian kan?


Kemudian, aku, Faizah, Zati and the driver boy pun pergi menjamah hidangan.
Macam-macam ada. Nasi ayam, kuih muih, kek, dadih, cendol.. Nyam-nyam.
Tapi aku tak dapat rasa semua sebab makan nasi pun dah mengenyangkan aku.
Mula-mula tu makan berempat.
Faizah ajak sekali adik Kak Niza si Boboy yang duduk dibelakang aku tu join sekali
sebab dia pun tengah makan.
Sekali Faizah bagitahu Boboy malu. Aloh.. Malu dengan aku ke hape?
Last-last dia join jugak kitorang.
Lepas tu semua dah habis makan, entah macam mana tinggal aku sorang-sorang je kat meja makan tu.
Terpinga-pinga sekejap.
Kek coklat dalam pinggan polisterin lagi sepotong tak terusik.
Nak buang sayanglah pulak. Dahlah kek tu kat meja hidangan dah habis. Laku kot~
Jadi, aku bawa je semua makanan lebih tu masuk kedai.


Tak lama tu aku dengar Aziz (sepupu Kak Niza) tanya pada Boboy kek coklat tu siapa punya?
Aku pandanglah diorang masa tu.
" Kenapa?" Boboy tanya. "Cuba tanya akak tu, dia punya kot."
Aziz pandang aku, belum sempat dia buka mulut aku dah ngaku dulu.
Aziz macam tergamam sekejap. Kemudian dia macam cakap perlahan pada Boboy.
Aku tak dengar sangat tapi aku biasalah bab serkap jarang ni memang rajin.. Haha.
Lagi-lagi bila nampak rekasi Boboy cuma angkat bahu je.
" Apa? Kau makan?" Tanya aku. Sian tengok muka Aziz masa tu.. muka serba salah.. hahah..
" Dah habis..." perlahan je dia cakap. Teehee.. Muka dahlah baik giler.. Tettt..
Aku pun bagitahulah sebenarnya kek tu memang takde siapa pun nak makan.
Tapi macam tak sangka dia nak makan sebab sebelum tu aku ada offer kat sorang ni,
dia tak dapat kek tu tapi dia menolak. Ok, mungkin sebab dia sangka dah bekas orang makan padahal kek tu kedudukan dia terbalik. Krim coklatnya kat bahagian bawah.


Bila dah lama-lama kat situ baru aku perasan sikap si Aziz ni.
Dia suka habiskan sisa makanan orang.
Entah ek, aku jadi kagum seketika.
Ada keropok ke, air kotak ke, lebihan anak-anak buah Kak Niza makan, 
semua dia masukkan dalam mulut dia sebelum dibuang dalam tong sampah.
Giller kagum! 
Lepas kes kek coklat tu, apa jenis makanan kat depan aku yang masih berbaki mesti dia tanya tu aku punya ke bukan.. Hahaha.
Hmm... dia buat macam tu takdelah nampak macam kuat makan tapi lebih pada sikap tak suka membazir makanan.
Bagus.. bagus.. bolehlah siapa-siapa nak buat dia calon suami, sila hubungi Kak Niza.. Ngehngeh.


Lepas zohor rupanya ada game untuk kanak-kanak.
Ada pertandingan mewarna. Dan aku terperasan sorang kanak-kanak perempuan nih.
Comel sangat! Geram tengok mata bundar dia.
Dahlah kecik je..
Dia pun sibuk jugak nak masuk pertandingan mewarna... Haha.
Sekali aku tanya Kak Niza siapa nama budak tu.
Serius aku geram dengan kecomelan dia.




Tadaa ini budak yang aku terpikat tu :D




" Tu Auni. Anak kakak akak yang Syikah tu," kata Kak Niza.
" Eh, yang anak dia Asyraf tu ke?" Aku sempat jumpa Asyraf masa kerja dengan Kak Niza dulu. Masa tu dia baby lagi. 
Selalu datang kedai siap disorong kereta sorong lagi. Memang baby lah senang cakap.
" Eh, kau ingat lagi eh? Haa.. ini adik Asyraf." Erk.. Terkejut!
" Asyraf dah besar ke, kak?" Soalan entah apa. Aku terkejutlah weh. Kalau adik dia dah besar macam tu, mesti Asyraf pun lagi besar...
Kemudian Kak Niza mencari kelibat Asyraf nak tunjukkan pada aku Asyraf yang mana satu tapi tak jumpa pula dia masa kat tempat pertandingan mewarna tu.


Pertandingan Mewarna

Lepas pertandingan mewarna, buat pertandingan main puzzle pulak.
Bestlah tengok. Dikelilingi kanak-kanak yang suci terasa diri aku pun begitu suci. Hiks!
Tanya bila program nak habis? Diorang cakap, selagi hadiah tak habis, selagi tu permainan berjalan.. Huhu. Memang banyak kot hadiah yang disediakan.
Lepas habis puzzle, main pulak Music Chair. Kelakar tengok. 
Terer gak Widad main game tu tapi last-last dia kalah dengan peserta lelaki. Hehe.
Kemudian aku tak tahu game apa lagi sebab lepas tu aku lari ke surau untuk solat asar.
Datang balik, game dah nak tamat.

Rebut kerusi


Masuk kedai, baru jumpa Asyraf. Sama kecik je dia dengan adik dia.
Orang boleh ingat adik dia kakak kot.. Hehe.
Tapi comellah tengok diorang layan Upin Ipin kat henfon ayah diorang.
" Selalu bergaduh tak ni, kak?" Aku tanya pada Kak Syikah.
" Selalu... siap tampar-tampar muka," hik! Aku tergelak... Biasalah budak kecik memang macam tu.


Seronok juga dapat kenal dengan Zati; budak lepasan SPM sebaya dengan adik aku, Nisa'.
Pertama kali jumpa dia tapi rasa macam dah lama kenal.
Ramah dia.. agaknya sebab aku pun ramah kot.. teehee.. nak gak perah santan :P
Pertama kali jugak aku kenal Farah adik Kak Niza. Sebaya aku.
Dulu pernah jumpa sekali tapi sekejap je. Tapi kali ni lama jugak.
Rupanya kek coklat tu dia yang buat. Sedap! Sayang kek keju dia aku tak sempat rasa.
Dah kenyang.


Dah bosan tak tahu nak buat apa, entah macam mana teman lelaki Kak Niza bagi idea baik punyerrr..
Sebabkan Aziz yang start dulu main, so kitorang pun tergerak gak nak main.
Main apa? Main pertandingan mewarna! Hahaha.
Kembali ke zaman kanak-kanak.
Aduhh lama kot tak mewarna. Gila rindu!
Sampai pelanggan keluar masuk kedai pun aku dah tak peduli.
Lepas gian betolll~ :P
Macam cantik sangat kan mewarna...
Konon teman lelaki Kak Niza jadi juri tapi sampai ke sudah tak tahu siapa pemenangnya.. hihi



Atas; Boboy (pakai cap) dan Aziz. Bawah; aku & Faizah. Muka last tu macam gedik giller... huhu

Hasil kreativiti ku. kreatif tak? hahaha


Pukul 8 lebih kitorang bertolak balik.
Itu pun baru aku tahu rupanya nak kena hantar Faizah balik maktab.
Maknanya? Ye, aku kena balik berdua dengan mamat tu.... T__T
Aku siap tanya Kak Niza lagi, "akak, selamat ke saya balik berdua dengan dia?" Huhu.
Aku bukan nak prejudis tapi aku tak biasa.
Bagilah lelaki hensem macam mana pun, tetap aku cakap aku tak nak..
" Ok kot... Kau rasa macam mana? Jangan risaukan akak pula," nada suara Kak Niza dah cuak sikit.
" Takpe, lepas dia hantar Faizah, kau duduk je belakang." Pesan Kak Niza.
" Nanti kang mesti dia marah... Kang tak pasal-pasal dia cakap, kau ingat aku ni driver rasmi kau?" Hehe.. teruklah imaginasi aku... Tapi aku cuak tau masa tu bila bayangkan balik berdua dengan lelaki. Ishhhhh...
" Ala akak bayar dialah untuk hantar korang. Memang tugas dia hari ni untuk jadi driver korang pun... he he he," aku ikut tersengih bila Kak Niza cakap camtu.


Apa-apa pun, bergantung haraplah pada DIA, DIA Maha Mengetahui.
Sepanjang perjalanan balik tu aku berdoa dalam hati.
" Sesungguhnya aku manusia yang tak berdaya, hanya padaMu aku berserah."
Entah berapa kali ayat ni aku ulang, termasuk dengan zikir-zikir sikit.
Syukur kereta mamat tu tak pasang radio.
Lagipun masa tu masing-masing tak banyak bercerita. 
Aku cuma duduk belakang diam-diam. Diam kat mulut, dalam hati Tuhan je yang tahu.


Dan tahu tak, ada keajaiban malam tu?
Kitorang tersesat. Jalan nak pergi KL entah ke mana, alih-alih elok je masuk lebuhraya Guthrie.
Hah? Sampai rumah aku dulu?!
Ya Allah... masa tu terharu gila! Betullah Dia Maha Mendengar.
So, kitorang tak jadi hantar Faizah balik maktab.
Dan aku selamat tidak berdua dengan lelaki itu...
Alhamdulillah...


Pengakhiran cerita satu hari yang menarik bagi aku.
Dia Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambaNYA.. Alhamdulillah :')

4 bicara tanpa suara:

airina berkata...

ngeh3~~ reunion best!
aku pun suka kalau ada reunion ni...kisah2 lama, cerita lama hahaha

Fira hilwa berkata...

hik3.. reunion ngn bdk sekolah blm pnh bt lg, ngn rakan kerja je ni br 1st time.. hehehe..
tp aku rs yg ni lbh kpd mcm family day kot sbb smua adk bradik ex-boss aku ada.. mmg bestlah!
lgpn ms kje ngn dia dlu adk bradik dia mmg rjin dtg kdai, 2yg kenal 2. best2 :)

Tie HT berkata...

long story..nice..duk kat mana sejuk..tpt akk panas je ni..huhu :)

Fira hilwa berkata...

@Tihara thx akk sudi bc.. hee :10.. tgal kt area selangor. skrg ni kn musim hujan tp kt cni xhujan sgt tp sejuk je... :10

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB