Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 8 Januari 2011

cAra teRbAik meNoLak ciNta...

Ni bukan tajuk klise..
Tajuk konon nak buat orang tertarik untuk baca blog blogger amatur ni..
Tapi sekadar perkongsian je la..

Rasanya kat dunia ni semua orang pernah jatuh cinta.
Tak pernah bercinta macam aku pun, sekurang-kurangnya pernah jugak rasa bila mana hati tu terusik,
pernah jugak ter-suka dengan seseorang diluar sedar.
Dan segala macam perasaan yang wujud secara tetiba lah kan...Photobucket *takkan semua perasaan yang aku pernah rasa tu nak cerita kat sini, kang tak dapat dahlah title 'suci' tu* hahaha..
Dah..dah... kau asal menaip kat blog je mesti nak merapu, tak merapu tak sah! -___-"
Ala, cinta tu kan fitrah, so tak hairan derr kalau kita pernah jatuh cinta.
Perkara biasa what... cuma terpulang pada kita untuk kawal perasaan tu supaya tak menjadi sesuatu yang jatuh hukumnya sebagai HARAM!Photobucket

Disebabkan malam tadi ter-tengok berita (ter ok, maknanya tengok bukan sebab nak tengok... teehee) ada seorang gadis yang disimbah asid kerana cintanya ditolak, maka aku pun terfikir untuk buat entri ni.
Nak kongsi bagaimana nak tolak cinta seseorang yang kita tak suka dengan cara terbaik.
Ok, macam yang korang tahulah, aku rasa dalam blog ni dah banyak kali kot aku bagitahu yang aku tak pernah bercinta.
Tak pernah ber-couple lah senang cakap. Hah? Tak percaya? Betullah... tak tipu..
Sampai ada yang cakap aku ni satu-satunya manusia yang takde perasaan yang wujud kat dunia ni.
Dan ada juga yang menebak-nebak entah-entah aku ni suka kaum sejenis lah, apalah...
Sedih tau... Tak baik betul orang yang suka buat cerita macam tu.Photobucket

Kadang kan pernah je rasa nak cari mana-mana laki yang bujang dan nak tanya camni;
" Eh kau... nak tak jadi pakwe samaran aku?" Dan kalau lelaki tu tanya, " Kenapa nak menyamar kita couple betul-betullah" dan aku harus cakap, " Takpelah, tak jadi... sebab aku nak pakwe samaran bukan pakwe betul-betul" Huhuhu... Nak pakwe samaran supaya takde orang yang tuduh aku takde perasaan.
Supaya muka aku tak seperti orang terkena simbahan cat merah bila buat pengakuan "saya tak pernah couple" dan melihat semua orang buat muka pelik pandang aku.. Malu wooo... Bukan malu sebab takde pakwe tapi malu sebab orang pandang lain macam...Photobucket tsk tsk T___T
Aku ada perasaanlah, wei!!! Tapi aku tak suka layan perasaan yang 'merepek' tu..
Maaf, aku memang panggil perasaan cintan cintun antara lelaki/perempuan ajnabi sebagai suatu repekan!
Sebab bagi aku tak ramai orang sekarang ni yang bercinta ikut syariat Islam.. Aku tak cakap takde, mungkin ada.. Wallahualam..
Sebab diorang selamba je dok pegang sana sini, selamba je peluk-peluk, selamba jugak nak bercium mulut/dahi/tangan depan public.
Nak buat camtu sangat gi kahwinlah! Semuanya halal!
*tiba-tiba emo bila terbayang pernah melihat orang yang rapat dengan aku berkelakuan begitu.. sedih tengok tapi tak mampu nak tegur sebab iman aku lemah.. kan hadith ada cakap selemah-lemah iman adalah yang menegur dalam hati. Jadi, itu je lah pun yang mampu aku buat.
Sebab aku pun bukan baik sangat... Jahil jugak macam mereka tapi bagi aku, cukuplah kejahilan yang ada ni.
Tak perlu ditambah dengan kejahilan yang lain..Photobucket

Okeh stop pasal tu. Aku taknak tiba-tiba ada yang kecik hati dengan teguran macam tu. Kemudian terus putus kawan... oh no!Photobucket

Jadi mari kita teruskan dengan kaedah-kaedah yang aku tak tahulah berkesan ke tak tu.
Dah banyak kali aku guna, alhamdulillah berkesan pada manusia-manusia yang paham bahasa.
Yang tak paham bahasa biaq pi depa nak paham ka dak. Yang penting kita dah bagi lampu merah kat dorang. 
Kalau tak paham jugak, korang buat macam ni pun baguihhh ->Photobucket

Mula-mula korang tanya dulu hati korang yang korang ni tak suka dia betul-betul atau 
sebenarnya dalam kategori mahu tapi malu.
Kemudian baru decide untuk ikut langkah seterusnya.
Yang ni memang untuk yang tak suka dan takkan suka. Kalau mahu tapi malu tu better korang berterus terang je senang. Tak payahlah poyo sangat nak ikut cara aku ni. Ok, paham?

Bila dah yakin korang tak suka dia, perkara yang perlu korang buat ialah hindarkan diri daripada dia.
Maksudnya kalau sebelum ni dia suka/selalu sangat calling korang, hantar mesej dan yang sama waktu dengannya dan korang pun melayannya, 
mintaklah dikurangkan perbuatan itu.
Supaya bila tiba masanya dia meluahkan perasaan cinta, sayang dan kasihnya kat korang then korang cakap korang sebenarnya takde perasaan kat dia, sekurang-kurangnya dia takdelah rasa terkilan.
Takdelah terdetik dihati dia untuk menyimbah asid pada muka korang pasal awal-awal tak nak bagi hint langsung yang sebenarnya korang tak suka dia. Padahal dari hari ke hari menampakkan yang korang pun konon-kononnya ada hati pada dia dengan melayan segala macam karenah dia.

Erkhh kalau aku tak kuasa. Perkara paling pantang dalam hidup aku ialah mempermainkan perasaan orang lain!
Aku tak tahulah tapi mungkin dalam tak sedar aku pernah berkelakuan seperti itu. So aku minta maaf banyak-banyak pada sesiapa yang pernah menjadi mangsa perasaan yang menyakitkan hati ituPhotobucket
Sesungguhnya aku tak berniat weh! Sebab aku pun pernah jugak rasa macam tu.
Rasa macam 'eeee bodohnya aku ni! pesal bangang sangat ni?!'
dan segala macam sumpah seranah yang diberi untuk diri sendiri tetapi tidak pada orang yang menyakitkan hati itu sebab masa tu dah tak terfikir dah nak sumpah seranah dia, terus time-time tu jugak campak dia keluar dari kamus hidup!
Orang macam tu memang amat sia-sia untuk dikenang walaupun dia pernah berbuat baik pada kita, kan?
Yang payahnya bila hati cakap taknak tapi dalam masa yang sama orang tu ajak keluar, kau ikut.
Orang tu bagi itu ini, kau ambil.
Kemudian terlebih taking care pulak kat orang tu, manalah dia tak ter-feel yang korang pun sebenarnya ada perasaan jugak kat dia?
Siapa-siapa yang tengah buat perkara seperti di atas ni pada orang yang dia TAK suka, please lah jangan teruskan lagi. Kesian kat orang tu.... Tak baikk tau mempermainkan perasaan orang... 
Jangan jadi manusia yang kejam!Photobucket

Kemudian bila korang dah menjauhkan diri daripada dia tapi dia masih mengejar-ngejar korang,
korang haruslah slow talk dengan dia.
Bagitahu kenapa korang tak suka dia, kenapa korang tak boleh terima dia dalam hidup korang.
Err.. kalau aku, aku tak bagi sebab kenapa.
Cuma aku selalu bagi alasan aku tak minat couple. Yup! Itu jawapan paling jujur. Aku memang tak minat perkara remeh-temeh merepek camtu.
Tapi kalau dia cakap dia nak masuk minang kita, macam mana pulak?
Erk. Apakah gila orang yang korang memang tak boleh nak terima dia tiba-tiba mahu menjadi tunangan korang? Memang gila. Kalau aku, tak sanggup...
So itulah gunanya slow talk. Jangan sampai maki-maki dia.
Walau macam mana pun kita menyampah kat dia, walau macam mana hodoh dan buruknya perangai dia, kita kena ingat! Dia masih lagi seorang manusia yang punya perasaan.
Aku sebenarnya macam ni, kalau orang tanya ciri-ciri lelaki idaman aku, aku tak pernah senaraikan pun nak yang macam mana. 
Nak yang jenis mat rempit ke, nak yang jenis kaki drift ke, nak yang suka ke surau ke, nak anak imam ke @ nak dia yang jadi imam ke or bla... bla... bla... Memang aku takkan senaraikan, sebab aku taknak si lelaki tu tiba-tiba berubah jadi seperti ciri-ciri itu semata-mata kerana aku suka yang macam tuh.
Heh, be yourself lah! Menjengkelkan tahu berubah kerana manusia bukan kerana kau yang inginkan perubahan tu!

Jadi aku lebih suka lelaki yang pertama kali aku jumpa dia, memang dia begitu.
Senang sikit nak terima. Ni kalau lelaki yang perlukan banyak teguran ni contoh macam;
"hei, selekehlah.. kemas sikit boleh tak?"
atau;
"kau ni tak reti nak gi surau ke bila dah dengar seruan azan tu?"
atau lagi;
"jangan tenung aku lama-lama, boleh tak? Rimas tau!"
atau lagi dan lagi;
"memang suka pegang-pegang eh?"
So konklusinya aku memang tak gemar nak tagur-tegur orang direct macam tu walaupun dalam hati memang nak tegur macam tu.
Mana mungkin seorang perempuan yang dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok (senang cakap perempuan ni memang bengkok) mahu terima lelaki yang bengkok jugak, kan?
Mestilah dia mahu cari pendamping yang lurus... *tapi bukan lurus bendul ye*

Jadi itu jelah cara nak menolak cinta pada orang yang kita tak cinta.
Yang penting cakap kat dia elok-elok.
Jangan nak maki-maki.
Dan... kalau korang tak suka dia, tunjukkan yang korang memang tak suka dia.
Jangan pandai-pandai nak layan dia seperti korang juga telah jatuh cinta pada dia!


Tapi kalau korang ada cadangan yang lebih baik, boleh je kalau nak share..
kotlah cara aku ni konon cara kampung... huahuahua..
Takpe, yang penting aku pernah cuba dan berhasil... =)


Huishhh kadang-kadang seriau jugak aku ni..
Rasa dunia ni mana-mana kita pergi dah tak selamat dah.
Kena berhati-hati je semua.
Jadi lebih selamat rasanya duduk di rumah.
Yoshhh!Photobucket


nota terselit nak menyelit: lelaki idaman aku belum aku jumpa walaupun pernah ter-jumpa tapi rasanya dia milik orang lain... So takde sebab untuk aku menerima sesiapa buat masa sekarang ni <- ni juga salah satu cara untuk menolak seseorang dengan cara paling baik... ahaks! Dan pesanan Kak Wardina Safiyyah masih aku pegang dan genggam kemas =)

10 bicara tanpa suara:

Taufan Bin Ribut berkata...

grrrrr

mknace unlimited berkata...

:):):) terbaeekkk!!!!

Tanpa Nama berkata...

xpe fira, pedulikn pe org kate, yg pntg ko tau pe yg septtnye~~aku pun pernah gak dicop xde perasaan, ati krg,minat kaum sejnis, bercinte ngan byg2 n so on~~tp aku xkuat cm ko,jth tersungkur gak,huhu~~pe2pun keep it up girl~~<aku xckp cmni pun xpe,sbb ko pun mmg jns ttp pndirian,bgs,aku mmg salute r~~all d'best

Fira hilwa berkata...

@Mknace Terima kasih! :14

@~~cahaya mata~~ huhu.. memang kata2 2 mnyakitkan, kn? tp akhirnya ko dh jmp pn org yg tbaikk.. aku yakin capik 2 tbaik utk ko:12 sbnanya aku pn xkuat gak tp usaha tga kejayaan... hahah.. blh eh gn ayt ni?:13

Hatiku di HARAJUKU berkata...

aloh nek fira, ak pun spesis ngan ko gak kan..x pernah terjebak ngan maksiat halus ni....
bg aku, suara2 yang kepoh jaga tepi kain orang tu, adalah orang yang bodoh....berbangga atas kejahilan diri...x ke mengong...

ak selalu berdoa, suapaya jgn terjebak dlm kapel, psl penuh di sekeliling aku, member2 yang kalau berbicara pasal agama, perghh mantap....hukum itu kuar, hukum ni kuar..tp bila tgk gambo ngan awek, hukum hakam umpama tersorok celah ketiak......

apa2 pun, teruskan lah berdoa, agar kita terhindar dr masalah ini...eececceceeccececece

SAY NO TO COUPLE!!!!!

Fira hilwa berkata...

@Hatiku di HARAJUKU ya, kte mmg spesis yg xpnh tjebak dgn mksiat halus:37.. hehe (powerla ayt ko, ain.. maksiat halus bagai. ahaks!)

hmmpphh itu pkara bese, aku dh byk jmp smpi naik mnyampah dgn kata2 mrk.. t'utama yg laki la. pmpn ni dia sdar dri skett..

yeahhh no couple b4 nikah!:17 cewah!

Tanpa Nama berkata...

best (:

AL AZRUL berkata...

nice entry...
bca pndpt sya ttg cnta >>>> http://alazrul.blogspot.com/2011/01/cinta.html
dan sini http://alazrul.blogspot.com/2011/03/cerita-orang-bercinta.html

Fira hilwa berkata...

@AL AZRUL thx 4 sharing entries tu. nice~ :)

Tanpa Nama berkata...

Urmmmm, sama lah dengan kita. Kita pun tak pernah couple. Bila cakap cengitu semua buat muka macam nak minta penumbuk. Lepas tu mesti ada yang kata kia ni lesbian -,-' Erghhh sakitnya hati. Takde ke tip supaya tak terasa or sakit hati dengan kata-2 org. Sometime if benda tu lawak sekali pun. Apa yang dia kata tu boleh menyebabkan confident level kita low. Ergh BENCINYAAAA :((

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB