Maaf, tajuk agak tak boleh blah.. hahaha..
Erm.. Rasanya masih belum terlewat untuk buat entri tentang kenangan-kenangan tahun 2010.
Almaklum, entri sebelum ni terlalu panjang sampai bila aku baca balik dah macam merapu banyak.. haha
Tapi aku tak kesah kerana ini belog aku bukan belog kau <- ayat sirim ;p
3 rejab tahun ni masuklah umur ku ke 26.
Dan 14 Mac yang ke 25.
Ohhh... dah masuk umur 25?? Rasa macam tak percaya.
Masa kecil-kecil comel kuat nangis dan berhingus dulu selalu berangan,
nanti nak kahwin umur 25 lah, boleh ikut sunnah Rasulullah! :) Hahaha..
amboiii kecik-kecik lagi dah fikir soal kahwin yek.
Tapi bila dah besar ni, rasanya kalau kahwin ikut umur Siti Khadijah r.a pun takpe kot...
Sebab jodoh belum jumpa, lepas tu banyak lagi tanggungjawab belum beres.
So kahwin tu mungkin perkara hujung-hujung yang akan difikirkan :)
Jom kita selongkar kisah hidup SEORANG AKU ini di sepanjang tahun 2010.
Bagi aku tahun ni tahun terbaik yang pernah aku lalui selama 24 tahun bernafas di bumi milik Allah ni.
Tahun-tahun sebelum ni aku rasa aku lemah menghadapi ujian Tuhan,
tapi awal tahun 2010 dengan azam yang jitu, aku mula bertekad untuk menjadi manusia yang kuat,
yang tabah, yang selfish (ops!), yang takkan suka-suka hati nak biarkan hati ni terus disakiti.
Dan alhamdulillah, sesungguhnya Dia yang Maha Mendengar,
maka Dia juga yang menguatkan hati seorang AKU yang lemah ini supaya menjadi kuat, sekuat sekarang...
Benar, aku bangga dengan diri aku sekarang ni.
Bangga dengan kekuatan mental.
Sebab tu masa mula-mula tubuhkan blog ni awal tahun 2010 aku berani guna tagline
"proud of being me" atau dalam Bahasa Melayu nya "bangga menjadi diriku". wink2*
sebab aku memang benar-benar bangga pun menjadi aku.
Menjadi seorang MANUSIA, hidup tidak selalunya indah, dan tidak pula selalunya suram.
Dan aku mulai belajar, dalam hidup ni kita yang tentukan mahu ianya indah ataupun suram.. wee
Mari kita menyelak sehelai demi sehelai kenangan PENTING yang telah pergi itu...
*tiba-tiba airmata bergenang.. rindu pada kenangan-kenangan itu bertandang*
JANUARI
Kak Ida pelawa ikut dia pergi Masjid Besi, Putrajaya sebagai urusetia untuk program majlis Khatam Al-Quran, suami dia yang incharge program ni.
Memang best! Seronok lah jugak sebab lepas Kak Ida kahwin bulan 12/2009, itulah pertama kali kitorang bersua balik selepas dia bergelar isteri orang :)
Kami si urusetia :) |
FEBRUARI
Mendapat panggilan untuk ditemuduga.
Jadi aku pergi bersama Kak Ida (my dearest friend.. i luv her until i die. I'm promise, Kak!)
Tak lama kemudian, temuduga lulus dan kami berkursus di Ampang.
Di sana aku kenali Kak Wan. Baik akak ni. Selalu ingatkan pasal solat, suka bercerita tentang agama.
Memang best! :)
Kemudian banyak kenangan bersama Kak Ida.
Sedih, ketawa, suka, duka semua kitorang dah rasai bila bersama.
with Kak Ida |
MAC
Sambutan harijadi yang meriah! Selama ni kadang-kadang hari lahir tak pernah disambut.
Kadang-kadang aku suruh ummi buat laksa kegemaranku.
Itu jelah tiap-tiap tahun.
Tapi tahun 2010 aku disambut dengan 3 biji kek!
Lagi best bila dapat sambut bersama-sama budak kecik merangkap sepupuku yang berusia setahun masa tu.
Tarikh lahir kitorang sama 14 Mac! Cuma waktu dan tahun je yang berbeza :)
Dan Kak Ida hadiahkan baju. Sama pattern dengan Kak Ida & Kak Wani cuma warna je lain... weee
Salah 1 dari 3 biji kek. Ni masa celebrate kat tempat kursus |
APRIL
Ikut kursus BTN. Bestlah jugak sebab masa tu ada TER-admired dengan seseorang. Tettt
Hahaha.. tapi sekarang dah tak dah.
Tu namanya perasaan main-main ok ;p tak pun boleh ditukar kepada mainan perasaan.. hakhakhak
MEI
Yeahhh! Dapat pergi Tawau, Sabah! Serius i like~
Pergi rumah kawan rapat masa study dulu. Dari mula-mula kenal dia masa semester 1 dia asyik berangan mahu kami ke sana. Akhirnya tahun 2010 Allah merealisasikan anganan itu.
Alhamdulillah! :) Pertama kali jugak naik flight dan tak rasa lepas ni nak naik dah..T__T
Tapi lepas ni kalau ada peluang dapat pergi Mekah, nak pergi naik apa pulak? Hukhuk
JUN
Kakak kahwin! Majlis perkahwinan pertama yang berlangsung dalam keluarga Encik Ahmad Izhar dan Puan Azizah. Memang best!
Memang terbaikkkk.. Malam sebelum kakak diakad nikah aku pulak yang over gemuruh...
Eeee.. kena kahwinlah kau ni! Bhahaha.
So, welcome to my family, bro in-law! ;D
Sekarang ni tengah tunggu detik untuk dapat anak buah pulak!
Tak sabar nak tunggu ada mulut kecil dan suara halus yang memanggilku "Walidah! Walidah!" teehee..
Kuat berangan tu tak nak buang ke dari kamus hidup, Fira oiii? Errr...
Bulan ni jugak Walid, Ummi, Aidz dan Am dapat pergi Mekah... sedih masa tu.
Dah lama tak berpisah dengan Ummi, sekali kena berpisah, sedih gila...
Walid kau tak payah cakaplah memang dari kecik selalu berpisah pun.. huhu
Syukur semuanya selamat pergi dan pulang.. Alhamdulillah
Walimah Kakak |
JULAI
Kursus tamat dan aku free!
Sedih sebab lepas tarikh tu mesti dah jarang jumpa dengan Kak Ida.
Kitorang rapat. Rapat sangat! Aku lebih rapat dengan dia berbanding kakakku sendiri.
Bayangkanlah kalau dengan kakak sendiri pun aku rapat, macam manalah agaknya rapat yang lebih tu dengan Kak Ida eh... huhu
Lepas tu terbocor rahsia aku fanatik dengan Piala Dunia! Ops! Haha..
Hidup Germany! ;p
OGOS
Tiada bulan yang indah selain dari bulan Ramadhan..
Yup, dalam banyak-banyak bulan, bulan nilah aku paling suka..
Tenang.. aman... Rasa macam diri ni baik giler masa bulan neh.. hoho
SEPTEMBER
Sorang kawan baik bertunang dan lagi sorang pun dapat berita nak bertunang jugak.
Sekarang ni yang dah bertunang tu dah kahwin dan dah pregnant pun dan yang nak bertunang tu pun bertunang.
Tinggallah daku masih tercari-cari di mana jodohku... lambat pulak dia nak menjengah datang.
Apesal kawan-kawan sepermainan aku tu senang je dapat? Hehehe.. Relaks.. Relaks..
OKTOBER
Dapat jemputan beraya bersama Kelab Kebudayaan (QKB) UPM...
Best dapat kenal ramai orang! :D
Maher Zain datang Malaysia buat pertama kalinya!!!!
Teruja sangat masa tu sebab kenal lagu dia dari tahun 2009 lagi.
Sebabkan tak pernah tahu rupa dia macam mana, sekali tengok, handsome lah!
Macam muka bakal suami i~ Hahahaa.. tak boleh blah ini statement! Abaikan pleaseeee :D
Dan Adib orang pertama yang jumpa Bro Maher Zain ni ketika dia buat showcase di UIA, Gombak.
Maka kami sekeluarga yang meminati mamat berdarah Lubnan ni semua kejelesan tahap cipan.
Diikuti dengan Nisa'. Dia jumpa kat The Curve ketika MZ buat sesi bertemu peminat.
Dan diikuti pula Pak Teh, almaklum Pak Teh kan artis jadi masa Maher Zain buat perjumpaan untuk semua artis nasyid tu, Pak Teh pun turut diundang. Seronok Pak Teh sebab doa kami di hari lahir dia dimakbulkan.. Yeayyy!
Kemudian Walid dilantik jadi salah sorang krew untuk konsert MZ kat MBSA, so Walid angkut Aidz dan Am jadi assistant. Nak nangis masa tu. Nak pergi jugak T___T
Haip! Tak boleh! Itu untuk lelaki je. Maka balik tu mereka bertiga menghadiahkan gambar-gambar sepanjang konsert berlangsung dan poster showcase je.
Dan sampai sekarang ni ada lagi tergantung kat dinding rumah ni ha.
Dan Harith si kecik 4 tahun tu cakap gambar Maher Zain tu Awwab.
Sampai laaa ni mamat tu perasan muka dia ada iras Maher Zain.. wawawa..
Student UPM |
NOVEMBER
Beramai-ramai aku, Tika dan Zack berkampung di rumah Kak Ida selama 3 hari 2 malam.
Temankan Kak Ida sebab suaminya outstation.
Waaa seronok sangat! Kami mengimbas kenangan lalu.
Kenangan yang tak mungkin bercantum kembali....
Tapi memang puaslah! Tak sangka dapat kembali ke alam remaja dulu.. Teehee
Kemudian join students UPM buat aktiviti Eksplorasi Kembara Utara Perak Darul Ridzuan.
Peghhh aku bab-bab berjalan-jalan, holiday-holiday tepi pantai ni memang i like~
Best!
DISEMBER
Yup, bulan ni bulan yang akan aku ingat sampai bila-bila.
Terlalu indah! Terlalu-lalu!
Join ABJZ dan dapat jumpa Maher Zain!!! Wahhh.. Akhirnya!
Dulu tu sibuk nanes-nanes tak dapat jumpa, sekali kita tak datang kat dia pun, Maher Zain sendiri yang datang jumpa aku.
Terharu tak? Terharu kan? Teehee..
Kemudian tak sangka pula dapat jumpa dengan Presiden Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-fc).
Dua kali diorang buat gathering untuk fans MZ dan dua-dua kali tu aku tak dapat join jadi jumpa dua orang daripada ahlinya pun jadilah...
Tapi paling best dapat jumpa MZ! Hehe..
Ada yang pelik, kenapa aku tak teruja dapat jumpa Wardina? Err... sebab dulu macam dah banyak kali je aku pernah jumpa dia. Termasuk masa majlis perkahwinan dia pun aku pergi tau! :)
Seronok juga dapat bertemu dengan Dr Har dan Ummi Rose. Kagum dengan mereka!
Kagum dengan kekuatan yang ada dalam diri Ummi Rose!
Maher Zain & Wardina |
Pendek kata tahun 2010 memang banyak memberi kenangan manis.
Paling manis dalam hidup aku! Huwaa nangis tahu bila nampak 2010 tu melambai-lambaikan tangan meninggalkan aku... Tsk tsk tsk...
Betullah orang selalu cakap, yang pergi takkan kembali lagi.
Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.
Amaran untuk tahun 2011, jangan cari pasal dengan aku tahu! Kalau kau buat aku sedih, aku taknak kenang kau seperti mana aku kenang 2010! Jaga-jaga ha! Jangan sampai aku campak kau seperti aku campak jauh-jauh tahun-tahun yang sebelum 2010 *hoho.. tak boleh blah bagi warning macam tu*
Teehee...
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)