Tiba-tiba teringat sesuatu.
Tiba-tiba teringat post yang ni (klik sini untuk lanjutan)
Tiba-tiba rasa macam nak tergelak. Apakah??!
Hahahaha..
Takpe, takpe, korang baca dulu link yang aku bagi tu, baru baca yang ni.
Kira entri yang ni kesinambungan daripada kisah kat link tu lah..
Ihik..ihik..ihik <- gelak gila gediks!
Seperti yang korang dah baca kat link tesebut, so dah tahulah kan sebenarnya blog ni dahulunya adalah private blog.
Kenapa private? Laahhh kan aku dah suruh baca entri yang aku link kan tu.. Kat situ ada jawapannya.
Takyah nak tanya soalan nak kena hempuk tu lagi, ok! Huhu.
Tapi sejak awal tahun 2011 bersamaan genap setahun umur blog ohbulan3rejab.blogspot.com ni, tiba-tiba aku rasa seperti mahu menguar-uar kan pula kewujudan dia ni pada orang ramai.
Termasuk kepada manusia-manusia yang wujud di daerah bukuwajah aku.
Mungkin sebab umur dah genap setahun ni, dia (blog ni) dah pandai bergelak ketawa, mungkin juga dah pandai nak merangkak,
mungkin juga dah pandai wujud perasaan yang comel-comel,
tu sebab aku dah tak mahu private-kan blog ni lagi.
- Kau pikir blog kau ni binatang belaan ke?
+ Eh tak, aku cuma anggap blog aku ni seperti seorang sahabat yang benar-benar memahami hati seorang aku ni =) Supaya nanti bila aku sudah tiada (sila nyanyi sekali k lagu Hujan tu), blog ni mampu memberi kenangan untuk mereka-mereka yang rapat dengan aku. Weee
Lagipun bak kata salah seorang adik aku; Adib, "buat apa nak private kan blog? Baik tak payah ada blog kalau setakat untuk bacaan sendiri" Hoho.. bila fikir-fikir balik, betullah tu cakap dia.
Entahlah, mungkin sebab tak suka orang yang aku nyampah godek-godek blog aku kot..
Sebab tu aku sembunyikan dia dulu.
Sekarang ni aku dah tak kisah dah...
Siapa pun dia, nak godek silakan.
Nak selongkar, silakan...
Nak bongkar, silakan jugak... Tiada halangan...
Nak kutuk... err... fikirlah banyak kali sebab kalau kau kutuk teruk cemana pun, suka untuk aku ingatkan
"Ini BLOG AKU bukan blog kau!" :D
Erm.. lagi pula mungkin juga sebab aku pun dah terer mengawal jiwakkkk, dah power jugak meng-ignore sesiapa yang tak berkenaan... teehee..
Kenapa suka ber-belog?
Aku start menulis blog pada tahun 2007.
Tapi menulisnya di sini (klik sini).
Masa tu tak paham satu apa pun lagi tentang blogspot.
Masa tu tak paham satu apa pun lagi tentang blogspot.
Erkhhh kalau suruh aku baca balik blog tu, rasanya macam tak mahu dah... Hahaha.
Gila kejam tahun 2007 - 2009 pada aku!
Semua cerita tentang ke-EMO-an aku... Bhahahahaha. So, memang taklah untuk aku buka dan baca balik blog tu.
Kalau buka pun untuk baca kenangan manis, tapi masa tu ada diari, jadinya takdelah motif sangat untuk aku view balik kenangan-kenangan manis kat dalam blog tu, rujuk diari sudaaaa..
Kemudian bila aku suka sangat baca blog Angah (Illias Masri) masa tu, aku mula berangan nak ada blogspot.
Tapi tak create lagi masa tu.
Cuma rajin je godek-godek blog dia sebab dia rajin letak link blog dia kat status Yahoo! Messenger masa tu.
Ohhh inspirasi untuk bina blog ni ialah kerana cerita ini... ngeh ngeh ngeh
Entah gambar blog sape tah aku curik nih.. mintak halal ye :D |
Gila inspired betullah ngan cerita ni!
Sanggup create blogspot tu semata-mata terpengaruh dengan jalan cerita drama ni. Heheh.
Tapi blog aku takdelah macam blog blogger boy ni, takde pun lukisan-lukisan katun comel tu.
Apa pun, cukuplah sekadar bagi inspirasi untuk aku meluahkan perasaan dengan betul, tanpa ke-emo-an lagi
walaupun ada kalanya pernah menaip ketika emosional sedang 'sakit' dan memerlukan rawatan rapi... ehek :P
nota terselit nak menyelit: sesiapa yang dah jadi follower aku, korang tinggalkan jejak kat cbox tu k, aku AKAN PASTI follow korang balik, don't worry, dear friend :) tapi kalau yang tak follow aku pastu sibuk nak aku follow dia balik, sori bai... gua tak layan... teeheee
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)