Tiba-tiba pulak penyakit sawan kepala otak senget datang suruh aku meninggalkan 'kegilaan'
pada bukuwajah.
Err.. jap! Korang tahu ke bukuwajah tu apa?
Hehe... FACEBOOK lah! Kalau korang guna carian google untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu boleh juga gunakan ayat mukabuku. Tapi aku tak suka sebut mukabuku sebab kadang-kadang ayat tu buat aku terbayangkan muka yang ditumbuk buku lima... kikiki.
Bukuwajah lagi sedap bunyinya... :D
Semalam kononnya aku membayangkan nak deactive bukuwajah tapi rupanya kalau kita deactive,
page yang kita LIKE akan terdelete secara automatik, jadinya aku rasa lebih baik aku meninggalkannya secara senyap tanpa perlu deactivated.
Lagipun kalau ada yang nak tag aku ke apa, sekurang-kurangnya nama aku wujud lagi.
Aku rasa macam dah takde mende sangat nak buat dalam tu.
Aku rasa macam dah takde mende sangat nak buat dalam tu.
Kadang-kadang kalau aku buka pun, saja berjalan-jalan tapi tak tinggal jejak pun.
M.A.L.A.S.
Kalau kita tinggal jejak, pasti lepas tu nak buka balik konon nak tengok balasan seperti apa yang akan diterima <- ayat serius takleh blah! :P
Hmm sebenarnya untuk meninggalkan bukuwajah bukanlah salah satu azam aku tahun ni!
Memang tak argh! Hehe. Cuma azam tahun ni untuk mengurangkan aktiviti berlayar di alam maya jek.
Terutama di bukuwajah... lalala..
Tapi insyaallah kalau ada apa-apa cerita pasal aku, blog ni still akan jadi peneraju utama (cewah!) untuk ku sampaikan maklumat dan seperkara lagi kalau aku update blog memang dia AUTOMATIK keluar dekat profil bukuwajahku. Terima kasih NetworkedBlogs atas kewujudan anda!
Kerana anda, aku tidak perlu bersusah payah log masuk bukuwajah dan klik link untuk berkongsi link url blog yang dah di-update.
Ianya seperti gambar dibawah dan
published secara AUTOMATIK ye!
Ianya seperti gambar dibawah dan
published secara AUTOMATIK ye!
Kalau nak baca, klik je dekat tajuk entri. Boleh klik terus dan boleh jugak kalau nak buka guna new tab supaya korang boleh stay kat current page.
Pasni macam nak tumpukan perhatian pada bisnes pulak... (ehem, bisnes beb.. kihkihkih)
Tapi orang cakap bukuwajah pun boleh buat bisnes tapi aku tak retilah bisnes online ni.
Lagipun untuk bisnes macam aku ni amat payah untuk berurusan tanpa berjumpa. Hmm..
Okla, apa pun doakan yang terbaik untukku ok! Tapi takdelah aku nak tinggalkan bukuwajah terus, akan buka gak tapi tak kerap lah... :D
p/s: paksu baru sampai rumah with Hadif sekali! yeayyyy..
3 bicara tanpa suara:
serius nak close? Patutla cam dah lama xnampak ko di sana hehe
Aku lebih suka blog, tak tahu kenapa ia lebih dekat di hati :))
ak pun la ni jarang on FB da..bz mencari sesuap nasi.........
Mafia wars ak pun da tinggal....
bila ada masa, ak bukak and ngadap lama la kan...untuk update blog..ak still x reti...wuhahaha sengal x aku ni...
haha..xdela close pn cme mgkn x addict cam dlu...
yup, blog lbh dkt di hati.
kt blog kte leh mceceh pe bnd alah pn.. kt fb xleh.. hehe
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)