Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 8 Februari 2011

Yess tahun ni beraya di rumah baru Jaddah! ^__^

Huhu... rasanya dah lambat nak buat entri ni.
Pasalnya ni cerita minggu lepas, bukan minggu ni.
Tapi sementara internet tak sengal-sengal alah, makanya inilah saat yang dinanti-nantikan untuk
update blog.
Kalau internet lembap macam sip0t vavi memang agak malas untuk update walaupun masa tu
ada je cerita yang mahu aku kongsi.
Tapi hanya orang yang pernah rasa je yang tahu macam mana jiwa boleh sakit saat menunggu internet ni nak laju *sigh*



*          *          *

Imbasan Disember 2005...

Ingat lagi masa tu malam Jumaat. Yang ada di rumah masa tu hanya aku dan Ipah.
Yang lain semua berada di rumah Jaddah. Cuti sekolah kan.. jadi memang selalunya kitorang satu family tidur sana.
Ipah masa tu nak ambil SPM jadinya kitorang tak dapat stay kat rumah Jaddah sebab minah ni nak study kononnya.

Rumah Jaddah pula bercantum dengan rumah Mak Lang dan Cik Adi dan empat lagi jiran.
Kiranya kalau balik rumah Jaddah, sudah tentunya kitorang ke rumah makcik dan pakcik kitorang.
Rumah Pak Ngah pun area situ juga cuma jaraknya dalam 50meter kot *aku tak terer bab-bab jarak ni.. hehe*
Paksu pula masa tu baru setahun kot kahwin dan tinggal dengan Jaddah .

Lepas maghrib, aku susuli pula dengan baca yaasin.
Elok je usai aku baca yaasin dan sedang membaca doa lepas selesai bacaan tiba-tiba Ipah datang.
Muka dia pucat tak berdarah.
Selalunya aku tengok muka dia macam tu masa dia demam je.
Jadi aku tanyalah sama ada dia sakit atau tidak.

Dengan suara cemasnya dia bagitahu, " rumah Jaddah terbakar!"
Aku teruskan baca doa. Serius aku ingat lagi memang masa tu aku tak rasa apa-apa.

"Ala, terbakar sikit je kott.. kan dulu Am pernah terbakarkan kuali. Mungkin terbakar yang itu.."

Ipah tak puas hati dengan jawapan aku, terus dia call ummi tanya keadaan sebenar.

Masa tu aku bangun dan nak letak Quran atas meja, sekali Ipah bagitahu memang hangus terbakar.
Longlai kaki aku masa tu, terus aku berpaut pada meja.
Dan-dan tu jugak kitorang minta jiran sebelah hantarkan kitorang ke rumah Jaddah.
Ipah dah menangis. Aku? Masih ter-blur blur.

Nasib baik ada jiran yang ok dan memang kebetulan dia nak keluar bawa anak-anak dia jalan-jalan.

Dari jauh kitorang dah nampak kepulan asap tebal.
Sampi sana, bomba tengah memadamkan api.
Semua rumah yang berdekatan tu rentung.
Gila sedih... macam tak sangka benda tu jadi sekelip mata je.
Maksu tengah sarat mengandungkan si kembar.Nasib baik masa tu Maksu stay kat rumah mak dia sebab tengah tunggu hari.
Kalau tak, tak tahulah macam mana nak selamatkan diri dalam keadaan sarat macam tu.

Kebakaran terjadi akibat litar pintas.
Itulah bahayanya juga rumah rapat-rapat, lagi pula hampir ke semuanya rumah papan.
Nasib baik tiada kemalangan jiwa, cuma barang-barang jelah yang tak dapat diselamatkan.

Lepas kejadian tu, adik beradik aku hampir semuanya trauma kalau nampak api.
Aku dan Ipah jelah yang tak apa-apa sebab kitorang takde ditempat kejadian berlaku.
Kakak pun adakalanya mengigau-ngigau dalam tidur seperti nampak api.



*           *            *


Now, setelah beberapa tahun berlalu, siap sudah rumah Jaddah.
Dibina atas tapak rumah lama juga...
Kontraktornya ialah Paksu! ^__^
Syukur ke hadrat Ilahi sebab masih memberi ruang untuk kitorang berkumpul di kampung halaman.

Yelah, macam orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain... :)
Moga peristiwa pahit itu tidak berulang lagi... mudah-mudahan.. Ameennn


** Jaddah = Nenek dalam bahasa Arab :)


Dan berita terbaru, semalam salah seorang sepupu aku; Kak Ija, create new group untuk famili sebelah Walid.
Jadi semua sepupu sepapat, pakcik makcik semuanya berkumpul dalam group tu.
Almaklum, famili besar kan... Ada gunanya juga ada group famili di bukuwajah.
Boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan... cewah! Hehe






Ok, jumpa lagi di lain entri...

Wassalam...

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB