Malaikat Jibril A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan Izrail A.S. telah berkata kepadaKu.
Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S.:
"Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu"
Berkata pula Israfil A.S.:
"Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
"Bagi mereka yang Berselawat keatasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh Para Nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Sedangkan para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
Jadi, marilah kita berselawat ke atas Baginda Sallahu 'Alaihi Wasallam, bukan setakat hari ni (sempena 12 Rabiul Awal) sahaja tapi amalkanlah ia setiap hari untuk menunjukkan rasa kasih dan cintanya kita kepada Nabi kita; Muhammad Salallahu 'Alaihi Wasallam, agar mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat. Insya Allah.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan kepadanya."
[Al-Ahzab: 56]
p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)