Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 9 Februari 2011

Now Showing!


Hari ni nak share kat korang drama-drama yang aku tengah layan kat televisyen.
Semalam cerita Thank You dah tamat dengan jayanya.
Memang kalau nak tengok drama Korea perlu sediakan tisu ye... Sedih maa... hukhuk
Apa pun nasib baik Happy Ending! Weee

Ok, now jom tengok apa cerita yang best yang aku rajin tonton sekarang ni.


HANI




Sinopsis:
Ummu Hani merupakan pelajar tingkatan lima yang ceria dan disenangi oleh guru dan rakan-rakan.
Akibat penyakit barah otak yang dialaminya, maka dia terpaksa dibedah.
Kesan daripada pembedahan, dia menjadi buta.
Mula-mula tu ayah dia tak dapat terima yang dia buta dan telah menjadi sebahagian daripada OKU.
Hani pun semangatnya mula merudum.
Lagi-lagi bila Aliah sahabat baiknya mula membuat onar, termakan dengan hasutan ibu Irfan yang mahu
menjauhkan Hani dari Irfan.
Tapi sekarang ni Hani belajar untuk terima hakikat yang dia dah tak sama macam dulu.
Dan ibu dan bapanya mula menghantar dia ke sekolah cacat penglihatan.

Barisan pelakon : Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri.
Terbitan : Layar Consult Sdn Bhd
Penulis skrip : Zabidi Mohamed
Pengarah: Heykal Hanifah
Stesyen penyiaran : TV3, slot Lestari. Setiap Selasa jam 9 Malam
Jumlah Episod : 13 Episod


TRILOGI CINTA




Sinopsis:
Drama ini diadaptasi daripada novel Sharifah Abu Salem, 
iaitu novel trilogi Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi terbitan Alaf 21
yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Ianya kisah rumahtangga antara Razif dan Salmi.
Razif seorang lelaki yang baik sanggup menerima kembali isterinya yang cacat kerana terlibat dengan kemalangan bersama kekasihnya.
Walaupun pernah Salmi curang padanya sehingga mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak, 
Razif masih melayan Salmi seperti yang sepatutnya.
Tidak sedikit pun Razif berdendam dengan perbuatan si isteri.
Setelah diperkenalkan oleh Anuar (PA Razif) akhirnya Norjinah diambil bekerja sebagai orang gaji
sementara di rumah Razif.
Apabila melihatkan kemesraan yang ditonjolkan oleh anak-anaknya; Amira dan Balkis sehingga
mereka menggelar Norjinah sebagai Mama, maka Salmi 
berhajat supaya Norjinah mengahwini Razif.
Apa yang bakal terjadi seterusnya? Ikutilah kisah ini...

Barisan pelakon : Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.
Terbitan: Suhan Movies Production
Penulis skrip : Sharifah Abu Salem
Pengarah : Amie Maziah
Stesyen penyiaran : RTM 1. Setiap Ahad - Selasa jam 10 malam
Jumlah Episod : 40 episod


GADIS SEMASA SUNSILK




Sinopsis:
Aku suka drama ni sebab corak certia tak lari daripada kisah Impian Illiana 1 & 2 serta Sunsilk Impian.
Kerana minat dengan ketiga-tiga drama pendek itu, membuatkan aku mahu menonton drama realiti ini.
Mula-mula tak faham apa yang dimaksudkan drama realiti. Kalau reality show tu tahulah jugak macam mana.
Rupanya ini kisah realiti kehidupan seorang artis bernama Melda Ahmad yang mencipta nama melalui lagu Putus dan meletup-letup di ruangan youtube.
Sebab lagu tu mudah diterima peminat lagu-lagu indie, maka Sunsilk mengambil pendekatan
memilih Melda sebagai Gadis Semasa pilihan Sunsilk.

Menurut Lina Tan, Pengarah Urusan Red Communications Sdn Bhd, “Walaupun Gadis Semasa Sunsilk adalah satu drama realiti, interaksi di antara Melda dan pakar tempatan adalah nyata, menggambarkan emosi, masalah dan nasihat yagn sebenar. Kaedah produksi menggunakan kamera tangan telah dipilih untuk membolehkan pertumbesaran organik jalan cerita.”

Drama ini juga menampilkan Ajai (pakar vokal), Wardina Safiyyah (pakar personaliti)
dan Bambang Sateto (pakar dandanan rambut)
Jadi cerita dalam ni semuanya berkait dengan kisah sebenar Melda sendiri.


Barisan pelakon : Melda Ahmad, Ain Adruce, Tutti Zaharom
Terbitan : Red Communications
Penulis skrip : Tini Kamalul Ariffin
Pengarah : Bernard Chauly
Stesyen penyiaran : TV3. Setiap Selasa jam 6 petang.
Jumlah Episod : 13 Episod


GEMILANG



Sinopsis:
Drama ini berlatar belakangkan tahun 1970-an.
Bermula dengan kesusahan hidup Saifullah (Lah/Saif) pada masa kecil yang mana ibu dia meninggal
ketika melahirkan adik keempatnya.
Akhirnya si ayah terpaksa menyerahkan adik beradiknya pada keluarga angkat.
Dan pesan ayahnya sebelum meninggal ialah mencari semula adik-adik dia bila dia dah besar.
Lah rapat dengan Cikgu Talib, jadi setelah bapanya meninggal dia pernah tinggal sekejap dengan Cikgu Talib
dan berkenalan dengan Asma; anak saudara Cikgu Talib.
Kerana ingin membantu anak bangsa, setelah graduate, Saifullah bersama Umar membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah institusi pengajian untk menolong anak-anak miskin yang kurang berkemampuan
bagi mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.
Dan institut itu mereka namakan Institut Gemilang...

Barisan pelakon : Dato’ Jalaluddin Hassan (Cikgu Talib), Shahz Jaszle (Saifullah), Kamal Adli (Umar), Tiz Zaqyah (Asma) dan pendatang baru yang juga salah seorang pelakon Ratu The Movie, Tasha Shilla (Ruhana). Serta penampilan bakat-bakat baru seperti Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze La Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi. 

Terbitan : Film Scape
Pengarah : Kabhir Bhatia
Penulis skrip : Mira Mustaffa
Stesyen penyiaran : TV3. Setiap Isnin jam 9 malam
Jumlah episod : 13 episod


 KALA TERBIT CINTA



Sinopsis:
Kala Terbit Cinta mengisahkan tentang kehidupan mewah dan sosial seorang anak gadis bernama Juliana
yang merupakan anak angkat merangkap anak saudara kepada pasangan usahawan berjaya, Tuan Jailani dan Puan Maheran. 
Sebagai seorang gadis yang hidup di dalam golongan kelas atasan, Juliana terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat yang mengamalkan kebebasan di dalam pergaulan. 
Namun, kehidupan Juliana mula berubah setelah Dato Jailani mengamanahkan Munir, pemandu peribadinya menjaga Juliana sepanjang dia dan isteri ke Tanah Suci Mekah.
Ok, aku baru berkesempatan tengok drama ni semalam.
Tonton di sini.
Kenal drama ni melalui temubual dalam program bual bicara Asslamualaikum di stesyen TV Alhijrah.
Terdetik nak tengok sebab pengarah drama; Amie Maziah beritahu yang drama ni lain dari yang lain.
Apa yang lain? Drama ni memang betul-betul Islamik.

BELUM PERNAH lagi aku jumpa mana-mana produksi yang 'menjual' nama Islam tapi
memperjuangkan imej Islam didalam drama.
Jadi aku salute dengan drama ni sebab dalam watak suami isteri, takde scene yang bersentuhan.
Watak ibu dan anak lelaki/ watak ayah dan anak perempuan pun tiada babak bersalaman.
Sebab bagi pengarah, berlakon itu tetap berlakon. 
Makanya dalam lakonan, ajnabi masih juga ajnabi, tidak boleh automatik dijadikan mahram yang
halal untuk disentuh.
Tahniah untuk krew produksi terutama pengarah & penulis skrip kerana berjaya mengangkat drama ni sebagai drama Islamik pertama rasa-rasanya di Malaysia. 
Walaupun baru 3 episod ditayangkan, tapi dah rasa macam drama terbaik je... :D

Barisan pelakon : Fouziah Ghous, Adi Putra, Riezman Khuzaimi, Rozie Rashid, Azam Pitt, dan Maimunah Ahmad 
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Penulis skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Amie Maziah
Stesyen penyiaran : TV AlHijrah. Rabu - Jumaat jam 8.30 malam

3 bicara tanpa suara:

Aku lapo berkata...

perghhh nenek fira...gilo ko le follow drama-drama ni.......
den x de masa..nak tgk thank you pun, bantai p siar pukul 3..celah mana nak layan...alek2 da abis...mangkuk tol...

Fira hilwa berkata...

haha..bole je.. tp kdg tu ada jgak skip2... heheh.. ala xpe derr, ko bkje keras :D
tp cte thank u mmg bestla ending dia... wee.. eh bkn ko ckp ko dh tgk on9 ke cte tu? hoho

Benci ayam berkata...

mmg la ak tgk online..ak tgk last episode je..haram x de subtitle..celah mana ak paham sgt la kan...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB