Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 21 Disember 2010

Layan budak kecikk lagi elok daripada layan orang dewasa yang berperangai budak kecik! Huh!

Hadif Danish



seHariAn beRsaMa bUdaK teCikk CuMeLL... ngeee

Waaa cumell..cumell <- nape harus eja comel begini? Eh, aku punya sukalah, blog aku bukan blog kau.. hehehe.

Hari ni masuk hari kedua aku bersama dia dan abang-abangnya; si kembar Harith & Haiman, sementelah ibu bapa mereka pergi ber-h0neymo0n di timur tanahair.
Dua hari bersama dia, okeh aku dah belajar ragam dia sikit-sikit. Ngeh-ngeh..
Mari kita komen! Lalalala..


Budak ni memang cumell. Sangat-sangat! Mood dia berubah-ubah. Ikut dia lah, nak gelak ke tak bila diagah. Macam semalam bila aku main-main dengan dia, dia cuma ghenyih je.
Suara tak keluar pun. Tapi yang bagusnya dia tak meragam.
Malam tu, Nisa' agah-agah dia.. wahh gelak macam tak nak berhenti. Sampai aku suruh Nisa' stop agah dia lagi, takut nanti malam dia mengigau <- ecece macam ada pengalaman ada anak je.. ngee
Cik Miza (jiran aku) datang rumah semalam pun siap dia main-main lagi dengan Hadif, dipuji-puji budak tu baik semua... Hehe.


Dua kali dia uk uk (paham sendirilah ayat tu), ummi mintak aku basuhkan. Hah?? Dah lama kot tak cebok budak. Yang si Hadif ni pulak boleh tergelak-gelak kat aku. Rasa macam mengejek je tau gelak dia tu... Muahaha.
Letak dia kat singki makin aktif dia. Sampai aku tanya ngan ummi camne nak bukak pampers dia? Apakah? Gila kekok beb.. dah lama sangat-sangat tak jadi baby sitter. Dah tu dia pulak apa yang dekat dengan dia semua nak dicapai.
Geram punya pasal, sedas, dua pipi dia kena 'tembak' ngan idung aku... Haha. 


Petang masa nak mandikan dia, punyalah seronok dia bila ditanggalkan baju.
Masuk dalam bilik air aku dudukkan dia kat lantai. Lagi seronok siap dia berenang-renang kat situ. Bising mulut aku sebut "no.. no.. no" Ummi kat dapur dah mula menegur, "ada budak kecik tu dia tegur macam tu, mana dia paham", erk.. a'ah ek, patutlah dia tak makan saman.. Hahah.. Budak ni memang suka main air.


Memang senanglah jaga dia, ummi siap doa moga anak kakak pun senang macam tu. Tak banyak ragam. Nangis bila lapar dan mengantuk nak tidur je.
Dan pagi ni pertama kalinya ummi tak kejut bangun subuh. Budak tecikk ni yang kejutkan kitorang. Dia menangis pagi-pagi buta tu, dalam pukul 4:56 a.m <- siap tengok jam beb.. yelah, ingatkan dah subuh. 
Rupanya menangis sebab lasak sangat tidur sampai kepala dah ke bawah tilam, jadi kepala ke bawah kaki ke atas. Nak angkat kepala tak boleh tu yang menangis tu. Hahaha. Pastu Nisa' la buatkan susu bagi dia minum. Dah habis minum tu mata dia dah bulat taknak tidur. Aku lak tak larat je nak buka mata sebab lately ni memang asyik tidur lewat, kenapa entah. Susah mata nak lelap. 
Alih-alih dah dia taknak tidur, aku pun join bangun. Ambil dia kat Nisa' & bila dia nampak minah tu keluar bilik, terus dia nangis. Penat aku panggil minah tu masuk bilik balik, entah hilang mana. Tapi last-last dapat gak tidurkan dia balik.


Dalam pukul 8 lebih pagi tadi buka je mata, tengok dia tengah pandang aku. 
Senyum sikit je kat dia, tapi dia punya senyum... aduhhh.. cair beb.. lebar gila! Buat aku pun tersenyum lebar.
Siap dengan suara-suara manja lagi.. Geram betul. Tapi entah macam mana aku terlelap balik sampailah Ipah pedajalkan aku dia suruh Harith kacau aku tidur.

Ipah: "Gi kejut Yaya"
Harith: " Yaya, bangun, dah pagi...."
Ipah: "Pengang kaki dia, goyang-goyangkan"


Harith; budak berumur 4 tahun tu ikut je apa yang Ipah ajar. Gila hampeh punya Ipah.
Dah aku tak bangun gak (tapi dah macam tidur-tidur ayam dah masa tu). Ipah suruh Harith pergi dekat muka aku, entah dia nak suruh buat apa, terus aku tutup muka dengan bantal.
Sengal gilak minah tu. Huhu..


Ni sekarang Ummi dengan Nisa' tengah layan Hadif. Dengar suara dia mengekek kat dalam bilik tu. Dan aku pun nak sambung buat kerja.. Chow sin chow...


Budak tecikkk cumell.. here i come!.. hehe

2 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

memang cumei sungguh baby ni kak....masukkan lagi photo gelagat2 mereka berdua .!
(an nur)

Fira Al berkata...

@An Nur hai, nur :15.. wahh rs mcm pertama kali je nur komen blog akak. thx! :24
nti de gmbr akk upload lg eh.. tp mmg cumell la.. skrg ni rindu kt dorg sbb dorg dh blk rmh sabtu lepas.. rindu pg2 nk tgk senyum hadif.. :29 :13

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB