Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 27 April 2011

Contengan Jalanan - Hlovate

Contengan pengalaman perjalanan  cari TUHAN


Sebenarnya, aku pernah baca kisah ni dalam blog Hlovate tahun lepas [rujuk sini]
Memang best!

Dan berazam, kalau novel ni diterbitkan (masa tu tak sure novel ni akan diterbitkan atau tidak) aku akan beli!
Dan 24 April 2011, azam tu tercapai... Yeayy! Padahal masa tu dah fikir kalau novel ni ada dua versi aku tak mahu beli. Macam dah fed up je nak beli novel dwilogi, trilogi & ber- logi-logi nih.
Kalau Ramlee Awang Murshid, takpe. Kalau penulis lain, tolonglah...
Novel kedua selalunya tak se-best novel pertama.

Tiba-tiba masa pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dan selepas meluru ke Alaf 21 untuk dapatkan novel Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid. Terus kaki menyeret diri ini ke dewan sebelah. Nampak PTS. Kaksu bagitahu, Jemari Seni (JS) bersebelahan dengan PTS.
Mata dah bersinar-sinar Photobucket

Sekali orang yang jaga buku-buku tu (aku tak tahu nak panggil apa) promot novel Sweet Sour kat aku.
Dia cakap best. Dapat 5 bintang dan bla...bla... bla.. bla... Aku sebenarnya tak berapa gemar ada promosi macam tu. Buat kita ubah fikiran je.
Elok-elok aku nak beli novel-novel yang aku dah list-kan terus lari... -__-"

Lepas tu aku tanya,
"contengan jalanan tu dua versi ke?"
Dia balas, " tak. Dua dalam satu. Macam ini." Dia tunjuk depan belakang. Tonggang terbalik.
Seronok tengok! Macam unik je pertama kali tengok novel berkembar wujud dekat Malaysia.



Camnilah rupa novel tu yang sebenar
Almaklum, orang sayang novel. opkos sebelum baca wajib balut dengan plastik lutsinar.. hee

"Mula-mula baca I - Fend," dia tunjuk cover tertulis Contengan Jalanan I - Fend.
Dia terbalikkan bahagian belakang pula. "Kemudian yang ni," cover tertulis Contengan Jalanan I I - K². Terangguk-angguk kitorang campur kagum sekejap.
Canggihnyaaa... Setahu aku kat Indonesia pernahlah wujud novel macam ni.

Tanpa fikir panjang, aku terus ambil!
Dekat JS je aku beli 4 novel.
Contengan Jalanan, Sweet Sour, Baju Melayu Hijau Serindit dan novelis kegemaranku punya hasil; Noor Suraya/Kaksu - Langsir Biji Remia. Walaupun novel ni rasanya umur macam aku tak sesuai je nak baca tapi kerana Kaksu, nak juga baca dan sekarang tengah baca. Cambest jugaklah ^__^


Sinopsis:

Contengan Jalanan 
I - Fend



Pertemuan tak diduga antara Fend - Lia rupanya bakal merubah hidup Fend.
Bermula dengan komen Fend yang aci redah je nak kritik lukisan orang yang dia tak kenal, menjadi asbab akan pertemuan itu.

"Banyak benda lain yang boleh diikut.
The eleventh hour.
The man who decided to change on the 12th hour
dies on the 11th"
- Amalia -

Menggagau Fend mencari maksud kata-kata tu.
Selama ni solat lima waktu pun boleh kira dengan jari je berapa kali dia pernah tunaikan. 
Solat Jumaat pun ikut mood dia je.
Yang dia tahu hidupnya cuma ada lima benda yang bermakna; kamera Nikon DSLR, gitar Fender, Dell, HTC dan iPod.
Geng-geng band Creepy Hues dia pun; K² (baca: K Square), Azad , Erdi, Pa'an pun dua kali lima, lima kali dua aja dengan dia.

Sampailah suatu hari, dia tertanya pada Chad (sepupu rapat dia yang belajar di Texas) tentang maksud ayat yang mengganggu hidupnya tu.
Hmmphh... rupanya si Chad tu pun jadi tak betul macam Fend. Sama asyik terfikir ayat tu.

Last-last Chad buat kerja aci redah dia. Dalam bulan puasa, merantau ke Sydney, Australia dengan Fend untuk mencari erti hidup
dan maksud The eleventh hour tuh.

Dekat sana diorang tumpang tidur kat masjid. Memang mantopp lah, kan?
Orang yang tak rajin solat tiba-tiba boleh pulak terfikir nak tumpang tidur dekat masjid.
Memang aci redah sungguhla..

"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak. Kalau baca Quran dengan tafsir,
kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.
Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi watak putih tu?
Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya
kata "aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 
'wahai orang beriman'...'wahai orang mukmin'...
'golongan-golongan muhsin'" tu? 
Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga
dengan nikmat tak ada limit tu?
Betul amal kita cukup untuk jadi orang yang Allah sebut tu?"
- Akmal-

  .........................


Aku baca ni sambil dengar lagu ini. Sangat sedih... Lagi-lagi part last tu...
Arghhh! Hate novel sedih! Hahah...





Sinopsis:

Contengan Jalanan 
II - K²


Fend punya hati lembut yang mudah dibentuk jadi baik.
Tapi hati aku bukan jenis macam tu!

K² (baca: K Square) atau nama penuh dia Ku Kamaruzzaman. Kawan rapat Fend dan Chad.
Kawan sekampung.
Selalu berkubang sama-sama, buat nakal sama-sama.
Minat tahap giga dengan art.
Prinsip dia. "There's no such thing as 'wrong' in arts".
Mana-mana ada festival muzikal, semua dia belasah pi. Tak kisahlah jauh mana pun.
Asalkan dia dapat jumpa insan seni yang dia minat.
Terer buat lukisan pemandangan di atas kanvas. Memang aku salute superb tahap giga dengan watak ni. 

Lepas Fend balik daripada Australia, dia nampak perubahan yang besar pada kawan baiknya tu.
Dah terasa seperti Fend yang ini bukan Fend yang dulu.
Mungkin sebab Chad dah takde kat sisi, tu agaknya yang buatkan Fend berubah. Dia membuat andaian.

Sekali tu, Fend bagi CD yang bertajuk The eleventh hour pada dia.
Terus dia pasang di Real Player

"Fend, apa yang kau nak aku dapat sebenarnya?"
Tanya K².
Fend telan liur. Betullah macam apa yang dah disebutkan.
Hati itu Allah yang pegang, bukannya orang. Hidayah dan petunjuk tu
memang hanya Allah yang bagi.
"Video tu 'lame' sangat la, Fend" 

Benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan 
yang sama juga kepada penerima yang berbeza. 
Fend pujuk diri sendiri. Dia sangka K² sama dengan dia dan Chad.
Mudah menerima benda baik. Tapi tak mudah...
Akhirnya, dia mengheret K² ke Masjid Punchbowl, Sydney, Australia; tempat dia dan Chad berteduh dahulu sehingga berkenalan dengan Tok 'Abdul Qadir, Imam Zakariyya, Brother Ade, Bapak Tono, Brother Senna dan Akmal seorang pelajar Melayu yang menuntut di sana.

 K² pandang sekeliling. Memang betul. Orang dah mula ramai berkumpul
di bahagian depan dewan solat.
Nak kena sembahyang jemaah ke ni? 
Sembahyang sendiri boleh ke?
Atau kalau tak sembahyang.....
"Jom. Ambil air sembahyang." Fend dah menarik lengannya...
.........................

Kalau korang nak tahu sama ada Fend berjaya ubah K² macam dia ubah diri dia dan Chad, aku rasa better korang dapatkan novel ni.
Cerita banyak-banyak pun tak best kuttt... Tak gempak kan? 
Jadi selamat mengembara bersama Fend, Chad & K². 
Hayati mesej yang cuba disampaikan oleh Hlovate. 
Korang pasti akan rasa apa yang Fend, Chad dan K² rasa.... 
Dan tak mustahil korang jugak akan rasa macam novel ni saja je nak perli-perli korang... Miahaha... 

Tapi watak paaaaaaaling berkesan bagi aku ialah Chad.
Haihhh... tiba-tiba rindu kat watak Chad; Muhammad Irsyad Photobucket  


17 bicara tanpa suara:

Inche Vampire berkata...

x nk baca yang k square.. nanti x surprise! heh..

mesti yang promote tu kakak pakai speck! bwahaha..

sweet sour memang gempak! sangat gempak!

Fira Al berkata...

@Inche Vampire sweet sour sgt gempak?? wahh.. ni yg xsabo nk bc ni.. haha.
tp klu hadap novel, 1kje pn xjln... pyh2.. :P

hanaahmad berkata...

huwaaa...tak pergi lagi PBAKL. sgt jeles! hrp sgt novel ni masih ada jual lg. minat gler dkt Hlovate!

Fira Al berkata...

@hanaahmad pergila esok. td tgk fanpage JS, novel ni dh hbs stok, esk stok br smpi tp xtaula klu stok br pn hbs...

airina berkata...

semangat gila baca ya! hahaha5
aku tak baca lagi, start baca dengan hadiah JS dulu :D

Kaca Jendela Ainnur - gila sedih sih! Mengalir air mataku. Seingat aku ni novel ke-3 kot air mataku mengalir...ngee~ tak suka! hahaha :P

Ps: Aku setuju katamu! Kahwin dengan orang yang gila buku, nanti boleh habiskan duit dia kih5 :p

fa-in berkata...

waa nak beli jugak!
yg sweet sour tu jln cite dia mcm biasa je even da 2 kali bace..huhu

Fira Al berkata...

@airina sdih ke cte 2? selalu je nmpk novel 2. tp xpnh tdetik nk bli pn... huhu.

@fa-in sila lah bli. xbli nti nyesal.. hehe

airina berkata...

Fira, aku baru habiskan novel tu. Nanti aku cari mood tulis review kih5

BTW, aku terasa ada orang menyeru namaku di FB hahaha5 :P Sorry geng! New office block FB. So aku dah jarang gila buka FB.

Ps: Apa new story? Macam hangat gila! Sampau beratus inbox aku. Kisahmu & ??? *cecite-cecite..leh kan?*

Fira Al berkata...

@airina ok! aku tgu review tuh :)

oh pttla dh lme xnmpk ko... dulu selalu jgak nmpk ko kt dlm gp. ko tau, FS dh nk ttup. 31/5 ni ttup. rmi yg mnyeru nm ko... hahaha

p/s: mmg hangat hingga aku rs kepala aku pn dh hampir meletup! entahla, ssh nk cite dlm ni. tp bnd yg sgt2 annoying. nonsense! slh plih kwn, itu yg jd mcm ni... :(

mysara berkata...

xsempat nk dptkn novel ni coz dh hbs..:(

airina berkata...

Fira,
Tau korang rindu gila denganku sampai dah menyeru bagai kih5 :P

What? FS nak tutup? Alamak, sayangnya!!!

Fira, cara kau tulis ni menakutkan aku la. So annoying la ni bila dah kau sampai tukar url. Cool ok! Nanti kita gath, hang kena buka hikayat ni khas untukku hik3 lalala5 :P

W x Y berkata...

hahah.. itu pun kalau aku ingat hikayatnya apa... harap aku boleh lupakan semuanyaaa dlm masa tdekat ni.. huhu

Farah Nur Asyiqin berkata...

sweet sour sgt bessttt !!!! sukaa sgt2 :)
andd , novel hlovate yg bru ni pon , sedih gilaa part chad tuhh .___.

ked berkata...

sweet n sour terbaekkk!!rugi klu x bli taw..membe aku dlu pnjm yg aku je bc..last2 die pny ske smpi sanggup bli baru..anak die nanti pon nak namekan ngan name zarul tu..fanatik gler kn?

MissF berkata...

nampaknya org melayu rmi suka novel mcm sweet sour tu kan? tp xtaula, aku tak suka novel mcm tu. tu novel imaginasi terlampau penulis, so takleh terima. serius, mnyesal gile beli novel tu :-L

FadzMeera berkata...

wah.nk beli jgk...sonok bca novel hlovate nh

MissF berkata...

@FadzMeera beli la.. best! ;)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB