Sebenarnya takde apa yang nak dicoretkan dalam ni. Saja je... Almaklum, 'rumah' blog dah lawa sekarang ni kan.. tu yang rajin nak log masuk tu. hikhikhik. Terima kasih kepada Cikgu Anis kerana sudi mengajar menggodek itu ini. Hee.. Nasib baik memang hobi aku mengodek-godek benda yang aku tak tahu nih.
Berita gembiranya yang ni lah, blog dah lawa..
Berita tak bestnya novel yang aku order kat Angah, hilang.... Aku ingat dia belum pos, so semalam aku mesej lah dia suruh dia pass by hand je kat kakak ku, rupanya dah lama dia pos dua novel tu. Yang sedih, salah satu novel tu ialah novel Sinergi by Hilal Asyraf dah siap ada signature Hilal tau... Sedeyyy tau... Baru nak tayang-tayang kat blog ni dapat buku ada signature penulis... wuwuwuuu.. Tapi kalau nangis pun bukan boleh dapat balik novel ada signature tu.. Takpelah, takde rezeki kot. Yang penting esok dapat novel ganti yang takde signature...huhu.
Okeh, dah. Tu je beritanya setakat nih. So sekarang marilah dengan perasaan gembira dan istiqamah penuh tawadhu'nya menyambung jahitan baju raya yang belum siap itu! Good luck! Jangan culas-culas. Ada 8 pasang lagi nak siapkan. Chaiyok chaiyok! Aja-aja fighting! Gambate ne! Huhuhu.. Poyo jek kau nih, Fira oiii.
Pesanan untuk Pijud, thanks manyak-manyak tag lagu 'satu cinta' ni untuk aku, sekarang ni tiap-tiap kali log masuk bukuwajah mesti nak mainkan lagu ni.. best r... macam-macam perasaan ada bila dengar lagu ni ;)
p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda..ngee
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)