Promo Vid
Korang dah tengok drama ni kat Astro Oasis? Perghh cerita islamik paling kelakar kot... hahaha. Aku tak ingat aku tengok cerita ni dari episod berapa tapi yang pasti bukan episod 1 lah. Melepas!
Okeh, sin0psis nye, cerita ni pasal seorang lelaki bernama Razif (Beto Khusyairi) atau nama brutal dia masa zaman jahiliyah; Mayat. Aku agak dia dapat nama Mayat ni sebab dia pernah buat dajal dengan meletakkan mayat depan rumah jiran dia (hah, dia memang jahat beb). Mayat ni memang evil gila lah. Semua penduduk kampung tak suka dengan dia, takut dengan dia pun ada gak. Sampai dia masuk pusat pemulihan selama 3 tahun. Dulu sebelum dia masuk pusat pemulihan dia ada seorang awek, Azreen nama awek dia. Masa Mayat keluar dari pusat pemulihan, masa tu Azreen (Anita Baharom) bertunang dengan Lokman (Amran Ismail). Lokman ni pula memang kawan baik dengan Mayat ni. Sama-sama buat dajal (bila sebut dajal, teringat lagu Lucifer nyanyian kumpulan ShiNee..huhu)
Keluar dari pusat pemulihan, Mayat ni berubah. Memang berubah betullah. Baik giller wohhh. Siap tak bagi lagi orang panggil dia Mayat, suruh panggil Razif. Kemudian dia pun join jadi salah seorang geng surau. Tu pun masa dia mula-mula balik kampung tu pun orang semua was was dengan dia. Tok imam (Razak Ahmad) semualah ragu-ragu je dengan dia nih. Si Azreen tu pun siap kutuk-kutuk lagi la bagai. Huh! Lokman merangkap tunang si Azreen tu lak bukan main risau lagi kalau Razif tu dapat tahu yang dia dah rampas Azreen dari Razif. Seorang je yang betul-betul suka dengan kepulangan Razif ni, iaitu Uddy (Intan Nur Saina). Dari si Razif ni jahat sampailah si Razif ni dah berubah dia memang setia lah. Hikhik.
Babak-babak dalam drama ni dengan flashback segala kejahatan si Razif, Daud & Lokman semua menjadi satu jalan cerita yang kelakar. Serius kelakar. Kalau tengok mesti nak gelak. Hihihi. Rugi ah siapa yang tak tengok cerita ni. Cerita komedi yang berunsur keagamaan ni memang menarik hati. Pertama kali kot dalam sejarah drama Malaysia berunsur keagamaan menyelitkan sense of humor camtu. Selalu cerita berunsur keagamaan mesti sesuatu yang serius, takde nak lawak-lawak. So tahniah untuk Hajjah Ziela Jalil sebab berjaya menerbitkan drama yang best ni. Weee.. Seronok tengok lakonan Beto Khusyairi dalam ni. Nampak baik, alim giler. Kalah lakonan Fizz Fairuz dalam Nur Kasih kot...ahahaha. Nampaklah kalau novel Jaja & Din karya Noor Suraya (Kaksu) tu didramakan, moleklah kalau Beto Khusyairi pegang watak Din. Sesuwaiiiii gitu...hihi.
Drama ni disiarkan kat Astro Oasis setiap hari Selasa hingga Sabtu pada jam 7:30 malam. Ulangan pada 9:30 malam dan 4:30 pagi. Selamat menonton!

2 bicara tanpa suara:
nak tnaya sikit..brapa umur intan nor saina?/
nampak comel dalam citer ni (^-^)
@shin xsure la tp rsnya dlm 24,25 sumthing kot...
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)