p/s: sebelum nak layan mana-mana vid dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan anda supaya tak mengganggu.
Mula-mula tengok ingatkan pasal hubungan bestfriend yang halal tapi rupanya bestfriend lelaki dan perempuan. Tak dinafikanlah memang wujud persahabatan erat antara lelaki dengan perempuan tapi takdelah sampai sakit pening si perempuan pun lelaki nak take care over sangat-sangat sampai datang rumah temankan, kan? Aiyakkk.. Takde motif la..
Kemudian dalam banyak-banyak video daripada karya orang yang sama, salah satunya ni macam menarik perhatian sikit. Menarik perhatian sebab macam cerita dongeng remaja yang suka berangan akan datang prince charming dalam hidup *aku salah sorangnya ke? tettt..hahah* Weh, dalam novel pun ada kot part-part nih. Plagiat eh..haha
Video kat atas ni video yang dihasilkan oleh orang Melayu. Dan kebanyakannya video Syok Sendiri. Hakikat kan... Tapi aku viewed blog dia ni, hensem gak orangnya..takkanlah suka SS kan.. Mungkin dia buat untuk kawan dia kot. Watever. Yang penting video dia tak mampu bagi perasaan apa pun kat aku. Cuma entah nape macam nak gelak, senyum-senyum sumbing. Ekekeke..
Okeh, sekarang ni cuba play video ni pulak. Ni orang Cina yang buat. Jalan cerita lebih kurang. Subjek matter pun sama cuma berlainan plot. Yang ni memang buat aku sebaklah tengok. Terasa feel dia. Tak caya, cuba layan..
Haa rasa tak feel dia? Rasa kan? Lain woh Jian Goh punya cerita & Zack punya cerita (eh Zack, mamat Melayu ni nama macam kau lah.. haha) Yang Zack punya cerita pun untuk tagih simpati, Jian Goh pun sama. Tapi antara tagih simpati cerita chenta murahan dengan cinta bernilai tinggi dan bersifat insani, lebih baik pilih yang value tinggi lah. Yang buat orang menghargai apa yang ada disekeliling. Cinta tak semestinya antara lelaki dan perempuan tapi biarlah yang bersifat universal, itu lebih buat orang tabik pada kalian.
So untuk Zack (kau takkan baca blog aku punya, gua sure lah. Sebab gua bukan Hanis Zalikha..hoho) tapi kalau kau terbaca kutukan ini, sorry yah. Ini rasa hati je. Tapi kalau boleh kau buatlah sesuatu yang lebih bermanfaat dengan karya-karya kau nih. Hebat karya kau, sama hebat dengan Jian Goh cumaaa......... *lu pikir lah sendiri*
Chiawww
PEACE ^__~
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)