Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 25 Julai 2011

Simpan ajelah rasa simpati tu~

Penghujung yang tak pasti


Siang tadi pergi rumah Jaddah (Nenek dalam bahasa Arab ye, kawan-kawan, bukan apa kejadah.) untuk sambut hari lahir Mak Lang.
Tengah dok lepak-lepak tu, tiba-tiba paksu aku tanya.


"Umur kau dah berapa tahun?" soalan macam tanya dekat anak kembar dia yang tadika tu je. Aku angkat bahu sebab dah tahu motif soalan dan aku agak akan ada soalan lanjutan. "Cakaplah betul-betul," kata dia lagi sambil menarik hujung lengan aku.
"Entah, lupa." Acuh tak acuh je aku balas. Ipah kat depan aku dah tersengih-sengih.
Kemudian paksu buat kiraan sendiri. Dua kali teka, akhirnya dia berjaya meneka umurku dengan tepat!
"Dah wajib kahwin ni... kau takde siapa-siapa lagi ke?" Yes! Telahan aku memang tepat! 
Soalan umur selalu dikaitkan dengan jodoh. Memang dah agak! Aku tak balas pun soalan paksu.


"Kesian kau nanti jadi andartu. Kalau takde, biar paksu aje yang carikan, nak?" Aku dan Ipah tergelak dengar paksu cakap ayat akhir tu.
"Lai lai... ada anak dara single kat sini. Siapa nak, sila datang!" Usik paksu sambil mengangkat-angkat tangan aku. Bajet aku lah tu yang 'menjual' diri sendiri.
" Ye, masih hot lagi!" Ek eh... sempat lagi Ipah sambung ayat paksu. Hampeh!


Selain paksu, ramai lagi kat luar tu yang suka sampaikan rasa simpati mereka pada aku.
Paksu aku tak kisah sebab aku dah agak lali dengan kata-kata dia. Sebabkan jarak umur selang 5 tahun, dah anggap macam abang sendiri je.
Tapi aku agak kisah dengan simpati orang lain.
Aku yang takde calon, orang lain yang kisah terlampau pehal? Huhu.


Bila hadiri majlis kahwin kawan-kawan (yang majoritinya sudah berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga), pasti akan dihadiahkan kata-kata,
"Lepas aku, harap giliran kau pula." 
Dan aku selalu aminkan doa itu tanpa perasaan.
Entah ye, kalau orang lain, aku rasa dah teruja gila dengan ucapan tu. Yelah, ambil berkat pengantin baru kata orang.
Tapi bagi aku, doalah macam mana pun, kalau hati aku tak rasa nak ke arah tu dan Tuhan juga tak pernah tunjukkan jalan untuk ke sana, tetap juga tak membawa apa-apa makna.


Ada juga yang mengeluarkan kata-kata simpati yang agak keterlaluan bagi aku.
Err.. nak contoh ke? Tak payah kott... tahun ni aje dah banyak dah perkataan tu aku tulis dalam blog ni sampai aku rasa diorang pula yang over.
Tahulah dah jumpa jodoh, tak payahlah ayat simpati tu aku dengar seperti memerli pula.
Mula-mula dengar macam menyakitkan hati, lama-lama dengar, kelakar pula.


Kadang-kadang aku rasa penyakit gamophobia aku dah makin melarat.
Seperti tidak dapat dibendung.
Dulu-dulu (sebelum 2010 menjelma), ada juga perasaan mahu berkahwin, mahu mempunyai keluarga yang sakinah, ada anak yang comel ikut muka aku (sebab tak pernah bayangkan muka bakal laki dan aku memang gilakan kanak-kanak sedari umur aku 7 tahun!
tapi lepas apa yang jadi, apa yang aku nampak, perasaan tu langsung takde. Mati!


Mungkin sebab aku sering jumpa lelaki yang sangat SUKA mempermainkan perasaan wanita, menyakitkan hati wanita. 
Hipokrit! Depan perempuan puji-puji, belakang kutuk-kutuk macam celaka. 
(Adik-beradik aku yang lelaki terkecuali sebab aku tak boleh kahwin dengan diorang, lagipun diorang baik-baik je semua).
Mungkin juga kerana lelaki-lelaki yang aku jumpa takde langsung ciri-ciri yang aku nak.
Huiii, jangan tanya aku mahu lelaki yang bagaimana sebab aku sendiri tak pasti tapi orang kata kalau kita jumpa jodoh kita, kita sendiri akan tahu dia ada ciri-ciri (yang kita inginkan) itu atau tidak. Err yeke?
Entah. Orang yang berjodoh tu yang cakap. Lagipun bila aku cakap macam ni mulalah ada yang menyindir cakap aku ni memilih. Patutnya kena ukur baju di badan sendiri & yada... yada... yada... Gila bosan doww dengar kata-kata nonsense camtu. Pffftt -__-" 
Kau kenal aku ke nak cakap aku macam-macam? Tak kenal, sila DIAM!
Dan aku paling tak suka dengan orang yang suka buat spekulasi.
Pandai-pandai dia je nak buat andaian macam-macam pasal aku.
Dahla spekulasi tu semua salah belaka! Bajet kau hape? Ahli nujum Pak Belalang?? 


Eh, ter-emo sebentar.. ihikhik. Ok, ok, kontrol ayu balik.


Kalau disuruh aku kahwin sekarang, aku tak mahu.
Aku tak tahu bilanya yang aku akan mahu. Mungkin ketika dah jumpa jodoh yang termaktub di Loh Mahfuz.
Itu pun kalau dia wujud atas bumi Allah ni dan masih single (semestinya!).
Kalau takde, tak payahlah nak keji-keji, hina-hina aku ni. Rezeki, jodoh, maut, bukannya berada didalam genggaman manusia.
Orang yang takde agama aje berfikiran syirik macam tu.


Tiba-tiba teringat kawan-kawan aku yang berumur 30 tahun ke atas yang masih belum berpunya, mesti diorang pun sekarang ni seperti yang aku fikir.
Stress dengan masyarakat sekeliling. Asal jumpa je mesti tanya bila nak kahwin? Dah tua macam ni, takkanlah masih nak mencari-cari? Dan soalan-soalan yang menyesakkan jiwa dan mampu membuatkan ada di antara mereka terfikir untuk bunuh diri (nau'zubillahi min zalik!). 
Tak patut tahu masyarakat buat kakak-kakak tu macam tu.
Dah Tuhan kata diorang takde jodoh, ataupun jodoh diorang lambat, ataupun diorang mempunyai penyakit gamophobia yang melampau, atau dah jumpa jodoh tapi Tuhan masih belum beri restu untuk mereka bersatu, mana boleh layan diorang macam tu! Cubalah jadi manusia tu memahami sikit, berperikemanusiaan sekurang-kurangnya, ini tidak, kerjanya asyik nak mengumpat, asyik nak me-laser sakitkan hati orang!
Salah silap orang dia nampak, salah sendiri?...
Annoying gila orang yang ada sikap macam ni.
Takpelah, mungkin diorang (si pengutuk tu) takde kawan rapat dengan orang macam ni,
mungkin suatu hari nanti, kalau tidak dia, mungkin anak dia atau cucu dia ke berada di tempat tu, baru dia akan faham kot...


"Kalau Allah dah takdirkan sesuatu untuk kita, walau seisi alam ini
menghalang kita daripada mendapatkannya,
kita tetap akan dapat jua.
Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita,
walau seisi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya,
tetap kita tak akan dapat"
-Stanza Cinta-

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Aku dah penat mencari cinta,
biarlah cinta pula yang datang mencari aku.


By the way, selamat hari lahir untuk Mak Lang (24 Julai); seorang ibu tunggal yang mampu membesarkan dua orang putera dan seorang puteri dengan penuh kesabaran tanpa seorang insan bergelar suami di sisi. Aku kagum dengan ketabahanmu.
Terharu ketika menatap wajahmu yang penuh dengan senyuman.
Senyuman yang menyembunyikan berjuta-juta kesedihan.
I love u, Mak Lang!
Thanks Ijah untuk celeb birthday ibumu yang meriah!
Hilang jap penyakit ketagihan durian aku ni.
Perghhh! Nikmat~ Alhamdulillah... Puas!

Dan tak lupa juga selamat hari lahir kepada my twins cousins; Nazihah dan Nadzirah (25 Julai). 
Belajar kat poli tu baik-baik noh! :) *bajet diorang jenguk la blog kau ni? Memang tak.*

Lagu: 
Konon gamophobia, layan lagu jiwang tak hengat! Gamophobia gedik namanya ni!

p/s: tulisan merah dah takde. Baru aku tahu tulisan itu mampu menyakitkan hati orang.

10 bicara tanpa suara:

AISHA INANI berkata...

bape tah umur ko?

aku yang br 22 dah melompat nak kwin tapi takder calon.

yer la org2 nih suka tny soklan yang buatkan aku yang muda pon teringin.

muda ker? HAHAHA


takpe smp jodoh kita, inshaallh...

MissF berkata...

@AISHA INANI lahir tahun 1986. sila kira sendri ;)) btw, jgn pgil aku kakak. aku suka ber-aku kau dengan kau :D

Nadia berkata...

ala kak, ada jodoh tu nnt ada lah. buat pekak je ngn org sekeliling tu :)

fa-in berkata...

tak kisah berapa umur pun kita, hati tetap muda ye tak. :)

tak apa, jodoh yg terbaik pasti dtg bila kita usaha jadi yg terbaik! :D

MissF berkata...

thx Nadia & fa-in. selalu yang suka laser-laser ni org yg pangkat makcik, pakcik ni. kesian kot tengok orang yg blum ada jodoh ni. tak paham. pdhal org tu tak rasa apa-apa pun 8-} memahami xkena tempat namanya ni :))

Meck berkata...

ntahla..zaman skg xpyh risau nk kawin. aku lebih kurang umur ko gak..x risau pun haha

airina berkata...

aku lom kahwin lagi hahaha5
malas nak komen pasal kahwin tapi aku nak 'mencantikkan' post kau ni ekeke5

'p/s' merah kau asal buang? Ada yang sakit hati ek? Again..manusia~~ *wink*

MissF berkata...

@Meck itula pasal, kita ni lek je... tp org lain plak yg over risau. tah pape x(

@airina ye, aku tahu kau belum kahwin. hahaha...
aku berbesar hati kau sudi mencantikan post ni :x haha

a'ah, ada. aku ingat tiada yang kisah, sekali ada pula dia bg kat cbox aku tu. mgkin dia mewakili yang lain2. aku terima jela ;)

~Fizah Rahim~ berkata...

Hehe.. sabar... cinta itu akan datang kalau niat kita betul.... jangan sedih2 baby... tak hari ini mungkin esok dia mai.... antara sedia atau tak sedia je... hehe

MissF berkata...

@~Fizah Rahim~ anda sudah bersedia, pijud? saya belum bersedia... hehe.. aku belum nak kahwin lagila... 8-} nk cari jodoh pn malessss

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB