Peringatan Hari Ini
Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"
Isnin, 11 Julai 2022
Bukan dosa jika belum bertemu jodoh
Hari ni Hari Raya Aidiladha 1443H.
Aku dan keluarga berpeluang untuk pulang ke kampung. Sedang aku menikmati keenakkan kambing bakar, datang seorang saudara lelaki, dia berborak dengan ummi, kemudian entah macam mana terpacul soalan dari mulut dia pada ummi, "kau tak doakan anak kau (akulah tu maksud dia) untuk dapat jodoh ke?" Aku diam. "Mana pula tak doakan, doa. Tapi dah belum sampai jodohnya.." Tiba-tiba aku jadi sedih dengan pertanyaan itu. Aku jadi teringat kepada salah seorang makcik saudaraku yang anak gadisnya juga kahwin lewat dan dia pernah diajukan soalan yang sama yang ummi aku dapat, "You tak doakan anak you untuk dapat jodoh ke?" Menangis makcik aku tu bercerita pada aku dan sedara-mara yang lain ketika di hari perkahwinan anaknya yang kahwin lambat tu (actually, anak dia cuma tua setahun aku saja). Dia kata soalan itu sangat meluluhkan hati dia sebagai seorang ibu yang berharap agar anak dia akan berkahwin tapi itulah.. jodoh, pertemuan rencananya DIA, bukan kita yang cuma hamba ni. Jadi bila ummi dapat soalan tu tadi aku rasa mungkin hati ummi luluh seperti makcikku itu juga. ALLAH... Kalau ikut aku, aku tak pernah kisah pun aku akan berkahwin atau tidak, semua aku serahkan pada ALLAH sebab DIA Maha Mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui. Tapi bila aku cakap aku tak kisah sedara aku tu balas tak elok ada rasa macam tu. Dah pulakk.. lepas tu aku malas nak layan lagi. Aku cuma rasa bersalah pada ummi sebab ada anak macam aku yang buatkan masyarakat tak rileks *sigh*
0 bicara tanpa suara:
Catat Ulasan
Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)