Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 21 Ogos 2011

Du'a - Artis Duo Terbaru



Lama dah tak update blog.
Betul-betul sibuk. Hari ni pun curi-curi je masa nak update.
Anggaplah ini promo sempena Ramadhan.


Siapa Du'a?


Ajwad dan Asad
Du'a ialah artis duo nasyid terbaru.
Kumpulan ini dianggotai oleh adik-beradik. Muhammad Asadullah Amaluddin, 19, dan Muhammad Ajwad Amaluddin, 17. Kedua-duanya ialah anak kepada penasyid dan pendakwah terkenal, Ustaz Amal.
Dan aku rasa nama Du'a diambil untuk samakan ejaan Dua... kot... Lupa nak tanya diorang. Hehe.
Dulu diorang ni anggota kumpulan Tilmiz.
Kalau ingat dulu (tahun 2000 tak silap) sebelum azan untuk berbuka puasa, mesti RTM akan mainkan lagu-lagu Tilmiz berbentuk doa yang sesuai dihafal oleh kanak-kanak.
Kalau tak pernah dengar lagu-lagu Tilmiz, try search Tilmiz di youtube. Mesti jumpa video kartun-kartun.


Disebabkan anggota kumpulan Tilmiz yang dianggotai oleh enam orang kanak-kanak (3 lelaki dan 3 perempuan dan 4 orang daripadanya ialah sepupu-sepupu aku) dah besar panjang dan vokalis perempuannya juga dah berkahwin dan mempunyai anak, maka Tilmiz pun dikuburkan. Yelah, suara wanita tu aurat tau ;) Lagi pula, masing-masing sibuk dengan pelajaran.


Oklah, masa pun dah takde ni, nah aku share video untuk single pertama diorang.
"Sahaja Aku Mencintai-MU"



Tapi secara jujurnya, aku lebih suka versi unplugged sebab terbukti yang suara diorang memang sedap kalau nyanyi secara live.

Kalau suka dengan kumpulan ni, boleh lah like fan page diorang kat [sini].

Sebelum ada yang bertanya kenapa aku promot artis duo ni padahal memang agak jarang aku promot artis nasyid tempatan, sebab diorang ni sepupu-sepupuku! Ahaks! 
Tapi paling penting, sebab aku rasa suara diorang memang sedap serta lagu diorang memang best. So why not aku promot dalam blog, kan?


p/s: Selamat berjumpa dengan Lailatul Qadr. Orang cakap Lailatul Qadr malam tadi (malam ke-21) tapi yang sebetulnya hanya Allah yang Maha Tahu bila datangnya Lailatul Qadr.


2 bicara tanpa suara:

A.I berkata...

fuyoh akak kazen ng retiss! fuyoh, fuyoh, fuyoh!


boleh tahan suara dorang, sedap gak. sukaa.

MissF berkata...

itu blm lg klu aku yg jd retiss :P
thx sbb suka ;)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB