Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Kareem




Setiap kali Ramadhan menjelma, hati menjadi sayu, sedih, bercampur keriangan.
Keriangan yang banyak mengalahkan keriangan kanak-kanak ribena dapat minum air ribena didepan orang yang berpuasa!
Sayu sebab bila tibanya ramadhan, mesti orang yang paling aku ingat ialah arwah jad (atuk) aku. Mana taknya, sebelum arwah jad meninggal pada 30 Syawal. Ramadhan terakhir arwah jad banyak bersama kami (aku, kakakku dan makcik aku).
Jadi memang automatik kalau tibanya bulan ramadhan, mesti teringat arwah jad...


Kerana ketibaan ramadhan juga, bermacam-macam azamlah yang cuba dicapai.
Tapi, tiap-tiap tahun, azam yang sama itulah yang tidak dapat ditunaikan kerana sibuk melayan kerenah nafsu yang bermacam-macam juga. Sadis!
Jangan tanya aku azam aku tahun ini kerana azamnya sama juga seperti tahun-tahun sudah.
Aku berazam bukan untuk bulan Ramadhan aje, aku berazam untuk keseluruhan tahun.
Tetapi natijahnya? Hanya Allah yang tahu.


Bak kata lagu Rabbani, sambutlah ramadhan seperti kedatangan orang yang kita cinta.
Untuk buat anggapan macam tu, susah kan?


Maghrib tadi, Munibah bising tanya siapa yang nak pergi solat terawih di masjid?
Ipah tak boleh sebab dia ada masalah kesihatan. Ceh~
Kakak pun sama.
Aku pula kononnya nak siapkan baju mak Abang Ameer dan dah berangan akan terawih dengan ummi di rumah sahaja seperti selalu. Ummi imam, aku makmum.
Tiba-tiba, lepas aje selesai pengumuman tarikh puasa, terus ummi ubah fikiran. Nak ikut Abang Ameer ke masjid. Sob sob sob. Aku mula tanya hati (ye, aku orangnya yang suka ikut kata hati) tapi hati aku pun seperti tiada jawapan. Pergi ok, tak pergi pun ok je.
Last-last automatik bersiap ambil wudu' dan pakai telekung. Ek eh? 
Itu jawapan dari hati mungkin. He he he.


Dah agak, pertama ramadhan mesti surau atau masjid penuh. 
Alhamdulillah.

Tadi sebelum terawih, selepas isyak, ada buat tahlil sikit dekat masjid tempat aku ni.
Tiba-tiba jadi macam sayu.
Yelah, sayu sebab dah lama tak pergi masjid buat tahlil, sembahyang ramai-ramai macam ni.
Lainlah rasanya solat jemaah ketika singgah di masjid kalau jalan-jalan dengan solat masa bulan mulia macam ni.
Serius rasa lain. Rasa macam rahmat Tuhan berada di kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah. Perghh!


Masa solat tu, yang perempuan ni sebaris dengan kanak-kanak lelaki.
Amboihhh... bila imam sebut 'Amin' dihujung surah Al-Fatihah je, masing-masing amin-kan dengan panjangnya. Kalah imam punya amin.
Bacaannya tak dengar, dengar soh seh soh seh berborak je. Tapi bila part amin... Ish ish ish.
Mengganggu konsentrasi aku okeh. Hahaha.


Yang kelakar, imam siap pesan awal-awal jangan ada budak main mercun, rupanya ada gak yang terlepas.
Nasib baik mercun padi, kalau mercun bola, aku rasa kot ada makcik yang melatah tu, dah lama melatah.


Apa pun, aku harap terawih malam ni diberkati.
Fadhilat terawih malam pertama kan seperti bayi yang baru lahir, bebas daripada dosa.
Aku harap, Allah terimalah ibadah aku tadi. Amin.


Melencong topik sikit, korang ingat tak aku pernah buat entri tentang blog inspirasi?
Pagi tadi saja je ushar blogger yang rajin komen blog aku. Biasa ah, dorang suka baca entri aku, aku pun suka gak ah nak baca entri diorang. Kalau aku rasa nak komen, aku komenlah tapi kalau aku tak komen, tak bermaksud aku tak baca blog korang, tahu?


Tiba-tiba je aku ternampak ada blogger post tentang blog Memadam Komplikasi (MK).
Aku pun beleklah blog tu. Macam kenal je nama-nama penulis kat blog tu.
Blog ni ditubuhkan oleh adik-adik je. Oh, bukan adik-adik sebaya Uzair okeh,




Uzair
ni adik-adik yang berusia 22 tahun dan ke bawah.
(Eh, Uzair tu bukan dah pangkat anak ke? Erk! Terperasan muda pulak aku... ngeee)


Sungguh, aku agak teruja dengan kewujudan blog yang macam tu.
Seolah-olah diorang ni merealisasikan impian blog inspirasiku.
Baru je dilahirkan 29 Julai 2011, sekarang ni tengah dalam rangka promo-lah kiranya ni.
Sebab tu aku pun dengan bangga mempromo blog ni, lagipun blog ni bagus untuk orang-orang yang mencari blog yang mempunyai isi.
Tukar-tukar pendapat pasal agama. Aku harap diorang ni tak hangat-hangat tahi ayam aje.
Mula-mula je bersemangat, bila kena kritik sikit, kena hentam sikit dengan abang-abang dan kakak-kakak terus patah semangat. Janganlah macam tu ye, adik-adik.
Lagipun ni bukan perkara main-main. Harap kekal sampai bila-bila :) 
Salute dengan semangat korang! Tak sangka wujud lagi remaja yang meletakkan agama di depan. Gembira nih! ^__^


Jadi, jomlah mulakan niat berpuasa esok hari.
Lafaz niat untuk sebulan.

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


Balik daripada solat terawih, tengah jalan nak menuju ke kereta, aku terperasan seseorang pandang aku. Tak nak ter-perasan sendiri, aku pandanglah dia balik. 
Owhh 'kekasih lama'! Hak hak. Makin hensem woh. 
Tak tahulah aku nampak dia kacak sebab dia pakai baju melayu dengan kain pelekat 
atau sebab wajah dia dah dewasa. Ngee... ter-gatal kejap :P
Harap-harap takde orang perasan cerita ni. Kihkih


5 bicara tanpa suara:

AISHA INANI berkata...

selamat berpuasa gakk...
aku kalo ramadhan nih so far takder lg kenangan kehilangans sapa2...
mintak la takder. sedihh... ;(


yepp, i wish belog MK tu teros maju jayaa! ecehhh.

hg umo bape wey?

MissF berkata...

@AISHA INANI :) aku tu jela kenangannya. xpahit pun, manis je sbb sepanjang ramadhan sebelum arwah jad aku meninggal, dia bw kitorang gi merata2 tmpt. best!

yup, aku pn wish blog dorg success! ;)

Qaseh dalia adelia berkata...

salam ramadhan ...yang hidup pasti akan kembali..redha

haikalblank berkata...

akak! bagi alamat ok. nak send kad raya kat ko geng...:D

baca pengumuman kat entry latest aku dan aku mintak maaf kalau ada ketidakpuashatian. huhu

fahmie firas berkata...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB