Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 4 September 2011

dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali



Tengah mata melilau-lilau melihat halaman utama bukuwajah pada malam 2 September lepas,
tiba-tiba mataku tertacap pada sebuah tajuk besar; "Breaking News: Wartawan BernamaTV mati ditembak" (lebih kurang macam inilah bunyinya). Dan itu adalah satu-satunya berita paling awal yang dikeluarkan oleh seorang blogger mengenai serangan peluru sesat terhadap pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia. Jadi berita itu pun aku baca sekali imbas sebab si penyampai pun tak pasti sama ada itu berita atau sekadar gosip.


Pagi 3 September tu, tengah bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu aku, aku tanya pada ummi.
"Ada nak raya mana-mana lagi tak lepas kenduri ni?"
"Ada. Pergi rumah Mak Long Abi, ziarah anak dia meninggal." Innalillah... tapi aku terpinga-pinga siapa pula Mak Long Abi? Tak pernah dengar pun nama tu.
"Siapa anak dia?"
"Yang meninggal semalam tula..." cara ummi cakap bajet anak Mak Long Abi tu terkenal sangatlah pula kan sampai aku pun boleh kenal juga. Sedangkan nama Mak Long Abi pun baru pagi tu aku dengar.
"Siapa??" Bila aku tanya nampak muka ummi macam nak marah. Yela, ummi pun nak cepat siap juga tapi aku ni banyak pula tanya. Tak puas hati betullah bila orang cerita separuh-separuh ni.
"Anak Mak Long tu yang keluar berita malam tadila... Pagi tadi pun keluar lagi berita pasal dia."


Zap Zip Zupppp! Dan-dan tu juga saraf-saraf di kepala otak aku bergerak pantas.
"Yang kena tembak dekat Somalia tu ke??" Laju aku bertanya sebelum sempat Ipah habis cakap. Yelah, mana ada lagi berita hot selain yang itu, kan? Nak kata berita kemalangan pun, aku rasa macam takde je. Kalau ada pun mungkin aku terlepas pandang dan mungkin juga sebab ianya bukanlah kategori yang semua orang mesti tahu.


"Haaa... yang itula!" Serentak ummi dengan Ipah bersuara.
Ya Allah!!! Saudara aku kah itu?


Sampai rumah Mak Anjang untuk hadiri kenduri kedua anak terunanya, jumpa juga adik-beradik walid yang lain, semuanya mahu ke rumah Mak Long Abi. Tereserempak juga dengan Wanie; dua pupu aku merangkap sepupu kepada arwah, dia pun mahu ke sana.





Maka, terciptalah hikayat apa kena mengenanya kitorang adik-beradik ni dengan Mak Long Abi tu.
Dan ummilah yang menjadi penglipur lara bercerita, sebab masa mula-mula kahwin dengan walid dulu ummi memang rapat dengan keluarga Mak Long Abi. Cuma sebab tak tahu jalan hendak ke rumahnya yang dia duduk sekarang ni membuatkan hubungan menjadi tidak serapat dulu. Kalau tidak, konfem tiap-tiap tahun akan ke rumahnya.
Mak Long Abi tu anak kepada arwah Nek Long (kakak arwah nenek), adik beradik pula dengan mak Wanie, Wanie tu pula aku kenal sebab dia kawan baik dengan Angah, itupun aku tahu dia dua pupu aku masa kitorang masing-masing tengah tunggu result SPM dulu.
Betul... kalau bercerita tentang keluarga sebelah ummi dan walid memang boleh pusing kepala.
Pusing sana, pusing sini, jumpa orang sana, jumpa orang sini, hampir semuanya ada bau-bau bacang.
Itulah sebab terlalu ramai sangat saudara mara kan... hehe. So, nak tahu cerita lagi, mehla join keluarga kitorang. Ngaaa...


Sampai rumah Mak Long Abi, dah ramai rupanya orang yang menunggu.
Kelibat Mak Long Abi aku tak nampak. Teringin juga nak berkenalan sebab memang tak kenal.
Kami duduk berdekatan dengan isteri arwah yang sedang memangku anak kedua yang berumur 3 tahun.
Serius comel gila anak kedua dia tu. Muka sebijk muka arwah bapa dia. Rambut perang. Memang betul-betul macam anak omputih. Bila mak dia menangis, mata dia pun ikut bergenang dengan airmata. Sayu aje tengok.
Masa aku bersalaman dengan isteri arwah dan ucap takziah, dia hanya membalas dengan kata "iya". Tapi nada suaranya tidak pula sayu atau sedih sangat, memang nampak tabah.
Sangat-sangat tabah!


Tak lama tu, datang pula Datuk Mukhriz. Duduk bertentangan dengan kami. Pertama kali jumpa orang politik.
Tapi sayang sebab jumpa ketika upacara kematian, bukannya rumah terbuka atau apa-apa sambutan yang menggembirakan.
Ketika mula-mula baca Yaasin, masuk pula Datuk Shabery Chik untuk beri penghormatan dan sebagai wakil kerajaan.
Dan tak lama kemudian, lepas habis bacaan Yaasin dan tahlil arwah, aku toleh aje ke kiri, ke muka pintu, Nurul Izzah Anwar Ibrahim sedang berdiri. 
Perghhh! Antara ramai-ramai perempuan yang aku pernah jumpa, aku bet dialah yang paling cantik! Simple je orangnya tapi serius cantik. 


Tak lama tu, aku dah tak tahan dah bila ramai sangat orang masuk ke rumah, termasuk wartawan yang merakam situasi menteri-menteri tu temubual Mak Long Abi serta isteri arwah dan anak-anak.


Sempat juga aku lihat gambar arwah ditembak. Gambar tu ditunjuk oleh salah seorang pakcik arwah.
Berlubang bahu kanan arwah. Rupanya peluru tu apabila ditembak ianya terus masuk sehingga ke paru-paru. Gambar yang aku maksdukan tu, tadi aku tengok dah ada beberapa blogger sebarkan tapi aku tak nak letak dalam ni sebagai menghormati keluarga si mati sebab dengarnya ibu allahyarham tidak dibenarkan tengok gambar tu, bimbang menambah kesedihan.


Mufti Selangor menyatakan arwah dikira mati syahid dan semoga Allah menilainya sebagai mati syahid. Amin.
Buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor @ Abang Ijoy, semoga tabah. Allah lebih sayangkan arwah. Dan kenanglah arwah sebagai seorang pejuang kemanusiaan.

klik untuk tumbesaran sihat

1. Suasana perkarangan rumah Mak Long Abi.
2. Nurul Izzah Anwar Ibrahim khusyuk mendengar cerita sebenar.
3. Isteri allahyarham (tudung hijau) dan anak-anak ditenangkan oleh Shabery Chik dan Datuk Mukhriz Mahathir.
4. Cuba cari mukaku yang sebekkk tuh... (sape yang candid gambar ni? Cam hape je muka gue!)
5. Mak Long Abi @ ibu arwah tidak dapat menahan pilu ketika menceritakan  tentang kenangan terakhir bersama arwah.


7 bicara tanpa suara:

Nafisah Ruslan berkata...

takziah diucapkan. sedara kita yang kita xpernah kenal. memang terkejut satu femly..

MissF berkata...

tu la psl... ktorang pn tkejut.

puteraduyong berkata...

kira kita sedara la... sedara seislam... ;)
takziah buat seluruh ahli keluarga kita...dan sebagai ingatan buat kita yang hidup...kita pasti jua ke sana...

mardhiah abu berkata...

btul kta slh seorg kwn allahyarham, kematiaan yg istimewa..dh tercatat ajalnya nun jauh dsomalia. al-Fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat..amin. p/s:adik beradik rupanya iya..hehe..

MissF berkata...

@puteraduyong :) ye, peringatan utk kte juga

@mardhiah abu dan tiada apa yg perlu dipersoalkn lg, cme utk misi akn dtg, pihak berwajib kenalah ambil tindakan/pngajaran drp kes ni.

amin..

p/s: siapa? sepupu yg kahwin itu ke? a'ah :)

NyssaSaad berkata...

al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah..

aiEz berkata...

salam takziah...besar pengorbanan Allahyarham dlm dunia kewartawanan ni...moga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..Amin

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB