Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 8 September 2011

Spontaneous Thursday #6 - Cermin Diri






Kita ni kalau nak tegur orang tu, cerminlah diri tu dulu.
Tanya diri kenapa orang tak endah dengan teguran kita, bukan sebab ada salah dalam teguran tu tapi salah yang datang dalam diri sendiri.


Manusia ni ada jenis yang boleh ditegur dan menerima teguran, ada yang boleh ditegur tapi tak boleh terima teguran, ada yang kononnya mahu ditegur tapi bila kita tegur macam-macam dia hina kita (watdafuu) dan ada juga yang langsung tak boleh ditegur dan sukar menerima teguran.


Kita tak payah cakap orang yang ditegur itulah, kita contohkan diri kita sendiri. Bayangkan aje orang tegur kita, tapi orang tu pun rasanya dua kali lima je dengan kita atau mungkin lebih teruk. Tak ke ianya amat menyakitkan hati?

Lagipula bila kita tegur baik-baik tapi orang tu balas balik dengan ayat macam ni;



"Kau siapa nak sound-sound aku? Kau ingat kau bagus ke? Keluarga kau sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang, sedarlah diri tu sikit... bla... bla... bla..." Berjela-jela ayat yang membuatkan muka rasa ditampar beribu kali. Akhirnya, hati kita makin sakit.


Tak salah menegur, memang patut menegur. Daripada teguranlah kita belajar segala macam kesilapan tapi berpada-padalah. Jangan jadi ketam yang ajar anak berjalan lurus. Memang sampai ke sudahlah si ketam makan hati dengan manusia sebab manusia asyik kutuk ketam yang memang sejak azali berjalan bengkok. 
Aku pun suka juga tegur-tegur orang ni, tapi aku cermin jugaklah diri, kot kalau perkara yang aku nak tegur tu aku pun buat gak, serupa tak payah tegur. Annoying! Tapi selalunya aku tegur orang sambil tegur diri aku sendiri.


Lagi tak boleh tahan kalau si penegur tu siap keluar hadith, ayat Quran bagai, padahal bila baca macam dia tujukan untuk diri dia, tapi pelik tak pula insaf-insaf... 
Orang macam ni memang betul-betul Allah turunkan sebagai penguji iman manusia. Sabar ajelah...


p/s: entri ni tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus, jika ada yang terasa, terimalah teguran ini dengan tangan terbuka. Semoga perubahan itu menjadikan kita insan yang lebih baik dan disenangi orang ramai sehingga akhir hayat. Amin...

4 bicara tanpa suara:

~Fizah Rahim~ berkata...

Yups... ada jumpa orang macam ni.... yang tak berapa nak best... bila orang yang ditegur tu.. memang tak nak terima langsung apa yang kita katakan.. sama ada dia senyap *konon merajuk* or melenting balik... Bila dah lenting-lenting tu ... cakap pula... "suka hati aku nak buat apa.. pedulik orang cakap macam tu.... aku punya pasalnya...."

ewah.... macam dia je yang ada kat dunia ni... Aku tak suka la orang yang macam tu.. cuba dengar... kalau betul salah.. terimalah.. jangan nak cover plak kesalahan tu... *isk.. aku ter'emo'*

MissF berkata...

huhu... aku plak kt fb tu pnh jmp 2jenis manusia.
tp persamaan dorg ialah, dorg blogger yg org knl (tp skrg ni aku nyampah ngn dorg) dan bajet rmi sgt fans so sk ltk status spt tya pdpt org.

yg sorg tu bila org bg pdpt dia bls ckp org2 yg komen tu perli dia so xleh trimala pdpt.

yg lg sorg tu bila org bg pdpt, bg dia, pdpt org lain sume slh, dia aje yg btl pstu update status br, ktuk org yg bg pdpt tu.

perghh menyirap kot aku bc. klu btl xleh trima pdpt org, jgn bt status spt bertanya, kan?
ni bila org dh bg pdpt, mrh2 plak. sdarla dri tu public figure, yg slh sorgnya tu bw msg dakwah tp agk2 r pn klu nk bajet dri tu lbh alim drp si pemberi komen x( tak phm aku ngn org skrg ni... dh rmi yg aku jmp mcm ni. bajet bgs~ bluerkk b-( lps tu tduh org nk cri psl dgn dia, pdhal dia dlu yg mula cipta kontroversi 8-}

msredcheesecake berkata...

msred jarang tegur org sbb diri sendiri pun tak berapa nak betul lagi...kalau nak tegur juga...kena lah beradab...

mardhiah abu berkata...

setuju..tegur kena cranya, berubah..silap tegur,ganjanya sumpah seranah..huhu..
p/s:bru trbca post ni..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB