Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 25 Ogos 2011

Virus



Hakcumm! Hakcumm! 
Habis basah berlendir hidung Uzair kerana hingus yang mengalir.
Masuk ni dah beberapa kali dia selesema. Senang kena virus selesema budak demokk nih.


Aucak! Aucak!
Terkekeh-kekeh Uzair ketawa bila diagah begitu oleh Auntie Uteh dia (Ipah, pesal nama gelaran kau ni panjang sangat? Penat tau menaip nama kau! -__-")


Ha... ha... hakcummm!


Bersembur air liur Uzair tepat ke muka Auntie Uteh dia. Tergelak aku lihat Ipah mengesat-ngesat air liur di muka.
"Kau jaga-jaga sikit, Pah... budak ni virus dia kuat tau. Nanti kena jangkitan macam aku hari tu." 
Yup, kisah aku kena virus Uzair tempoh hari ada aku ceritakan dalam entri [ini]
Ipah bersikap selamba. Menggomol-gomol Uzair beberapa kali.
Ok, bab gomol itu aku tak kisah sebab aku pun setiap kali nampak muka dia didepan mata, memang berdas-das tembakan hidung aku ni tepat ke pipi gebu dia. Sehinggakan adakalanya dia menjerit kerimasan.


Malam tu, Ipah menepek. Dia mengadu pada Ummi yang tekak dia sakit.
Selalu kalau dia sakit tekak, semua orang dalam rumah ni tahu yang dia bakal demam. Jadi Ummi dah sediakan dia ubat siap-siap. Ubatnya hanya panadol soluble. Erkhh.. ubat yang paling aku tak suka!
Tapi ubat tu memang sangat berkesan pada dia.


Siangnya pula, memang dia demam. Demam selesema. Jangkit dengan Uzair, tidak syak lagi.
Sebab Uzair pun Isnin sampai semalam demam, tapi hari ni dah ok sikit sebab dia sangat suka makan ubat. Nampak macam sedap je ubat dia, sekali aku rasa... yarks! Pahit!
Macam manalah dia boleh suka minum macam tu aje tanpa diselang-selikan dengan air?
Canggih betul budak sorang ni... 


"Sebab Uzair-lah Auntie Uteh selesema tau!" Ipah mencubit-cubit pipi Uzair.
"Itulah, kan aku dah cakap semalam virus budak ni kuat, tak nak dengar, kan Uzair kan?" Uzair tergelak-gelak tengok aku dan Ipah bercakap-cakap. Memang bakal kena gomol anyonyonyo lah jawabnya.


Dan malam ni, selepas berbuka tadi, hidung aku mula sakit. Sakit hingga ke tekak.
Natijahnya, ketika menaip entri ini, hingus juga mengalir di hidungku...
Jaga Uzair besok!


Aidid Uzair

5 bicara tanpa suara:

Miss Green Rose berkata...

hahahahahaaha.. :))

Taufan Bin Ribut berkata...

comel dak tu ^_^

Entri Terkini : Tips berjimat ketika di hari raya #apeponboleh

Entri terdahulu : Shopping Raya yang sakan

airina berkata...

terbalik lak, patutnya si kecik tu yang kena virus ekeke5

A.I berkata...

hahahaha

uzair ni apa anak sedara eh?

bestnya.
budak2 sangat comel kan?
geram! HAHA

MissF berkata...

@airina tulah, terbalik lak. bila aku selalu ngn bby yg selesema, mmg xpnh lg aku kne virus tp budak ni, virus dia kuat btl.

@A.I a'ah ank sdara :x

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB