Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 31 Mac 2012

Paras rupa.



"Yang kau sedih ni kenapa? Kena kacau dengan lelaki pun sedih kemain." Tegur dia, seperti jengkel dengan sikap aku.


Aku tak membalas, kesedihan berterusan.. tak suka betullah bila kena ngurat dengan lelaki yang tak dikenali (kalau dikenali ok la sebab dia mesti bergurau... ngaa) atau ada yang mahu berkenalan. Dah memang tak pandai untuk menerima orang yang hati ni tak boleh terima. Nak buat cemana?


"I tell you 'ya.. kalau ada orang lelaki pandang, mengurat, tegur, dan senyum pada kau sampai ke telinga, itu maknanya kau ada rupa, kau cantik. Kalau kau takde rupa, takde orang pandang, orang nak ngorat pun belum tentu, memuja apatah lagi," dia menerangkan.


Aku menjeling. Meluat dengan kenyataan yang terlahir dari bibir dia, "payahlah kalau orang nak pandang sebab ada rupa je... what the? Ingat rupa segala-galanya ke?"


"Hah, lain kali letaklah lagi gambar cun-cun dalam FB tu!" suara dia mula meninggi.


Ok, sweet... gambar dalam FB pula yang harus dipersalahkan.. -__-" bukan aku letak gambar seksi, dedah aurat sana sini, dan posing maut pun.. itu pun, dua-tiga album je publish yang lain di khas kan untuk kawan perempuan & saudara-mara je.. haila.. sabar jelah~







Suka sangat tengok muka ada rupa yang cantik kan? Nah! Sila tatap gambar ni sampai muntah!


p/s: tak faham kenapa perlu ada blogger perempuan yang memakai tudung boleh membuat entri berbentuk lucah dalam blog dia. Motif? Kalau nak kejar glemer banyak lagi cara yang lebih santun. Benda-benda ni sampai mati nanti orang akan baca, tahu? << sekadar teguran.

Rabu, 28 Mac 2012

Wordless Wednesday #15 - Cara Tidur



Sabtu, 17 Mac 2012

Shafiq Haziq & Dehya' Al-Qalbi: Kisah 1, 2, 3



Petang Khamis; 15 Mac, tengah ralit melayan siaran televisyen, terdengar kereta yang Aidz pandu diparkir diluar rumah. Dia dan Asim baru pulang dari berurusan diluar.


Apabila pintu dikuak, ternampaklah rupa-rupanya bukan mereka berdua sahaja yang baru pulang, Haziq (8) dan Dehya' (6) juga mengikut.


" Abang Aidz ambil kat mana?" tanyaku.


" Ambil dekat rumahlah. Dia datang rumah Haziq." Haziq membalas. Beg-beg baju mereka berdua diletakkan berdekatan dengan mesin jahitku.


" Tidur sini berapa lama?"


" Dehya' balik Jumaat, Haziq balik sabtu." Balas Dehya'. Konfiden. Padahal ketika aku menaip entri ini, mereka masih berada di rumah. Nyenyak je tidur tu ha.


" Tapi abuya cakap kalau Dehya' nangis, suruh call abuya nanti abuya ambil." Balas Haziq.


Petang tu bila Ipah pulang dari kerja, ramah Dehya' bercerita itu dan ini pada dia. Amboii dengan aku takde pun nak bercerita. Oh, silap diri sendiri. Aku bukan jenis suka sangat melayan budak kecil bercerita. Mendengar boleh, memberi respon? Maaf. Fail! Kihkih.




Kisah 1: Dehya' punya cerita.


Malam tu bising masing-masing minta Am dan Aidz yang berada diluar (ada urusan kerja. Almaklum, baru membuka production house sendiri, banyak urusan yang perlu diselesaikan), membelikan burger. Kemaruk burger di malam hari.
Dehya' seperti biasa, amat kamceng dengan Ipah.


" Abang Am pergi mana?" Tanya dia.


" Pergi kerja lepas tu ambil Kak Tika."


" Apa?" Tanya dia.


" Ambil Kak Tika."


" Apa? Tak dengar." 


Padahal aku rasa Ipah dah cakap nada sederhana dah tu, aku yang jauh sikit ni pun boleh dengar, takkanlah dia yang dekat tak boleh dengar?


Ipah mengulang jawapan yang sama tapi Dehya' masih dengan kurang dengar dia tu. Alih-alih aku menyampuk.
" Dia bukan tak dengar tu, Pah. Dia tak kenal sebenarnya." Aku tergelak-gelak. 


" Ambil Kak Tika." Ipah ulang jawapan lagi. " Kenal Kak Tika tak?" Sebelum Dehya' bertanya untuk kesekian kali, Ipah terus memotong dengan soalan pula. Akhirnya dia menggeleng dan tiada lagi soalan "tak dengar' dia yang seterusnya. Haa kan betul telahan aku. Pandai betullah budak ni coverline. Ha ha ha.




Kisah 2: Haziq punya cerita.


" Haziq pernah jumpa ke tak ya dengan Kak Tika? Haziq rasa macam pernah jumpa. Nanti Haziq fikir."


Siang esoknya (semalam) Ipah balik rumah ketika lunch hour, dia buka cerita pada Tika dan aku;


" Malam tadi aku tanya dengan Haziq kenal Kak Tika tak? Dia cakap kenal. Aku tanya macam mana boleh kenal? Sebab pernah jumpa dulu, kan? Haziq cakap tak. Kenal sebab selalu bila Haziq main game dalam henfon Abang Aidz mesti Kak Tika bagi mesej". Kah kah kah! Kantoiiii!




Kisah 3: Haziq dan Dehya' punya cerita


Petang tu aku bancuh tepung untuk buat pisang goreng. Dua-dua budak ni setia di sisi. Haziq siap offer diri untuk tolong. Tak reti aku nak menyuruh-nyuruh anak orang buat kerja. Bila aku bagitahu yang tiada kerja untuk dia, dia seperti mengeluh. Akhirnya aku suruh dia ambilkan garam. Laju je dia pergi ambil. 


Sedang mengacau adunan, Haziq dan Dehya' mula membuka cerita. Macam-macam cerita. Dan aku masih sama, failed dalam memberi respon, cuma menyampuk mana yang perlu. 


Muzik background kitorang di dapur ketika itu ialah suara Uzair di dalam walker yang merengek-rengek dan melanggar-langgar walker dia dengan besi buaian yang menghalang laluan untuk ke arah kami, seperti mahu ikut serta 'acara' yang aku, Haziq dan Dehya' lakukan. Cemburu barangkali Walidah dia dah ada teman lain. Kui kui. 


" Muka Yaya macam muka Kak Yaya, kan?" Kata Haziq tiba-tiba. Eh??


" A'ah kan? Sama je. Biskut Kak Yaya pun sama dengan biskut Yaya." Dehya' mula mengiyakan. Aik, bila pula aku buat biskut ni? Dalam hati dah ada rasa nak lafazkan sesuatu tapi tak terluah. Layan je dulu.


" Yela sama macam muka Yaya. Yaya Boboiboy tu." Sambung Haziq lagi. Aku angguk, memberitahu yang aku memang tahu Yaya mana yang diorang maksudkan. Teringat mimpi malam tu yang aku mimpi Alisya (budak yang dubbing sebagai Yaya tu @ adik Hanis Zalikha) dan juga mimpikan seorang teman tapi aku tak beritahu pun pada teman tu yang aku mimpikan dia malam tu. Mimpi pelik tapi masih dalam kategori biasa-biasa (kot..)


" Yela. Yaya tu dahlah suka buat biskut keras. Kucing pun mati makan biskut Yaya..." Balas Dehya'. 


Uzair terus merengek. Adakalanya dia menjerit marah. Marah sebab aku buat tak layan pada dia walaupun Tika dah ambil alih sebagai pemujuk, dia tetap tak makan pujukan, masih mengharapkan aku.


" Ohooo.. ni nak cakap biskut Kak Yaya tak sedaplah ni?" Apa yang aku nak luahkan mula-mula tadi akhirnya terluah juga.

" Eh, bukanlah... mana ada kita cakap biskut Kak Yaya tak sedap. Sedaplah... sedap... Kita nak cakap muka Kak Yaya sama macam Yaya je.. He he." Entah bila masa aku buat biskut entah. Layankan je. Hahaha.


Akhirnya aku minta Munibah alihkan besi buaian yang menghalang Uzair nak lalu bersama walker-nya. Uzair berjaya mencipta muzik background yang sangat tak best
Dan Dehya', ku suruh duduk (atas kerusi) depan pintu arah ke dapur supaya Uzair tak terlepas.


" Nanti nak masukkan pisang, Haziq nak masukkan!" pelawa Haziq.


" Tak payahlah. Nak potong terus masuk dalam bekas ni je." Aku merujuk bekas adunan tepung untuk digoreng.


" Ooo nak potong atas tangan ye?" Haziq cepat faham. Sebenarnya aku malas nak potong atas pemotong. huuu


" Nanti jangan buat macam ni tau, bahaya. Orang besar je boleh buat." Dua-dua angguk, faham.


Masa aku tengah potong baru teringat nak pesan sesuatu.


" Sebelum buat kerja kita kena baca..."


" Bismillahirrahmanirrahim!" serentak diorang bersuara. Bagus!


" Tapi tadi tak dengar pun Kak Yaya baca bismillah," tegur Dehya'. Tak sempat aku nak menjawab Haziq dah potong kata-kata aku.


" Kak Yaya baca dalam hatilah. Kan Kak Yaya kan?"


" Iya.." tapi sebenarnya tak baca dalam hati, baca lafaz kat mulut tapi sebab perlahan tu yang diorang tak dengar.


Bila Uzair masih tak berhenti merengek, terus aku tukar syif, Tika pula ambil alih kerja menggoreng. Budak tu memang betul-betul tak nak dengan orang lain.


" Kau kan mak kedua dia.." Kata Tika. 


Haila... betul-betul rasa macam jadi ibu anak tiga dah petang tu. Ibu yang tak berapa nak sempurna. Banyak kelompongan di sana sini.. Huhu.



Rabu, 14 Mac 2012

Doaku untuk ku


Ya Allah,
dengan pengetahuanMu yang meliputi segala yang ghaib dan kudratMu ke atas makhluk,
panjangkanlah umurku jika Engkau mengetahui jika ia lebih baik bagiku,
matikanlah aku jika Engkau mengetahui kematian itu lebih baik bagiku.


Ya Allah,
aku memohon padaMu agar aku sentiasa takut kepadaMu baik dalam keadaan sembunyi atau secara terang-terangan.
Aku memohon padaMu agar aku tetap berpegang dengan kalimah yang benar, baik ketika redha mahupun marah.
Aku memohon kepadaMu sikap kesederhanaan baik ketika kaya mahupun fakir.
Aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak hilang lenyap.
Aku memohon kepadaMu penyejuk mata yang tidak putus-putus.
Aku memohon kepadaMu kehidupan yang damai sesudah kematianku kelak.
Aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu dan kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesengsaraan yang menyulitkan atau fitnah yang menyesatkan.


Ya Allah,
hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami penunjuk hidayah yang beroleh penunjukMu.


Aameen... Aameen... Aameen Ya Rabbul Izzati...
Terima kasih kepada yang bagi ucapan di FB. Ingatkan bila close wall, orang tak boleh wish, rupanya ada lagi alternatif lain. Huhu. Bijak beno si Mark tu. Moga doa kalian padaku dimakbulkan Allah.. aameen...



Selasa, 13 Mac 2012

Seindah Nama mu...





Benar, antara banyak-banyak negeri di Malaysia, Kelantan adalah salah satu destinasi yang aku ingin ziarah.
Sebelum ni, banyak yang aku dengar tentang Kelantan, tentang syariat terutamanya yang membuatkan aku kagum amat dengan Kelantan. Ironinya, kisah-kisah yang aku dengar tentang Kelantan kesemuanya bukan daripada penduduknya (sebab penduduknya lebih mengagungkan Kuala Lumpur -__-')


Entah ya, kalau aku jadi warga Kelantan sumpah aku akan bangga dengan undang-undang Islam yang diamalkan. Semua diwajibkan menutup aurat. Bagus gila! Tapi kat sini (di Kuala Lumpur/pinggiran Selangor), seperti diejek-ejek sahaja bila ada warganya yang menutup aurat. Jadi nak tutup aurat dengan sempurna pun dah rasa seperti terpaksa. 
Sangat menyakitkan hati bila ada yang memerli;
" Alimnya Kakak..."
" Aih, baru balik Haji ke?"
Atau;
" Eloklah kau ni jadi warga Kelantan, sesuai sangat!"


Belum lagi menutup aurat secara menyeluruh, dah kena booo macam tu. Memang tak laratlah (bukan tak larat untuk tutup aurat tapi tak larat merasa sakit di hati).


Papan iklan yang saaaaangat santun!


Pernah gak terfikir kalaulah seluruh negeri di Malaysia mengamalkan seperti yang Kelantan amalkan, alangkah indahnya hidup. Bukan hidup di dunia sahaja malah di akhirat, insyaallah. 
Cuma satu, aku tak gemar sangat bila dapat tahu malam di Kelantan tak hidup seperti di sini sebab aku ni jenis kalau keluar jumpa kawan-kawan di sekitar Kuala Lumpur, akan pulang pada malam hari. Agak ngerilah kan bila balik malam-malam macam tu suasananya sunyi tidak berpenghuni... Wuuwuwu.

Kepada warga Kelantan, bersyukurlah anda kerana dilahirkan dalam negeri yang pemerintahnya seorang ulama'. Bersyukurlah juga kerana negeri anda tidak seperti negeri-negeri yang lain. Sekurang-kurangnya anda bebas untuk menutup aurat dengan sempurna tanpa dicaci mahupun diperli. Dan sayangilah negeri anda dan pemerintah anda kerana ciri-ciri seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang menghormati perintah agama dan menyeru rakyatnya untuk hidup dalam keadaan yang beragama. BIarkan orang mencemuh didunia asalkan Tuhan tak mencemuh kita di alam kekali abadi...
Takde dah pemimpin macam Tuan Guru tu kat dunia yang penuh pancaroba ini :')

Ops! Ini bukan entri tentang politik. Bercerita tentang negeri yang dinaungi oleh PAS, bukanlah bermakna kalian boleh membuat spekulasi bahawa si penulis entri ini atau si pembaca sajak itu pengikut PAS. Selama ni aku tak ambil kisah pun bila ada yang *menuduh aku pengikut PAS/PKR + anti UMNO. Terutama bila ada yang menyindir secara sembunyi bila tahu aku sering mengikuti ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Beberapa kali aku pergi dengar ceramah UAI secara live, aku tak pernah dengar lagi UAI berceramah tentang politik! Melainkan tentang hukum dan perkara-perkara fardhu 'ain sahaja.
Dan aku tak pernah menyatakan yang aku undi si fulan atau si fulan, yang aku tahu aku terima persepsi begitu sebab aku sering post sesuatu yang agak islamik. Aik, maknanya memang orang UMNO takde yang Islam-lah ye? Islam pada kad pengenalan sahaja, begitu? Jadi, memang benarlah alim dan warak itu hanya terdapat pada orang-orang PAS? Kerana anda (orang UMNO) yang mengandaikan sedemikian, maka demikianlah juga ianya berlaku :) Dah tu, bila orang-orang PAS mula timbul riak kerana pujian itu, di marah-marah pula. Asal? Tak waras? Hahaha. Whatever.




* = melemparkan kata-kata tanpa bukti.


















Isnin, 5 Mac 2012

Kembali Bersatu



3 Mac 2012


Bangun subuh dan kemudian baring semula. Malam tadi tidur lambat. Oh lately ni memang selalu tidur lambat. Macam-macam mengganggu fikiran (maaf, bukan memikir pasal lelaki. Aku tiada masa untuk fikir tentang itu).
Tengah cuba untuk melelapkan mata tiba-tiba snippet lagu Inshaallah - Maher Zain kedengaran menandakan ada mesej masuk.
" Kau jadi datang tak? Datang tau, kitorang ada kat rumah Yana" - Lin.
Arghh! Macam mana ni? Kusut kepala otak. Terus mesej Miza tanya sama ada dia jadi datang atau tidak.
" Jadi. Nanti kau jemput aku kat KTM, ye." - Miza.
Lagilah... aku tengah dok fikir pasal kenderaan, boleh pula dia minta aku jemput dia. Memang taklah!


End of story, setelah beberapa tahun tak menjejakkan kaki ke situ (kali pertama dan terakhir tahun 2006), akhirnya terpacak juga aku didepan rumah Yana. Itupun masa nak naik tangga siap tanya orang lagi tangga sebelah mana. Huahua... Ingat-ingat lupalah...


Sangat gumbira okeh dapat jumpa kawan lama. Lin & Nidot last jumpa awal tahun hari tu. Celebrate New Year 2012 kat KL. Hoho. Fatin pula memang dah lamaaaaaaaaaaa tak jumpa. Last jumpa masa konvo dulu. Lama dah. Sekarang pun dah bertunang. Insyaallah majlis dia akan berlangsung bulan September ni. Memang sangat happy lah bila jumpa kawan lama.
Tapi sangat hampeh bila aku sampai, semua belum bersiap. Jangan kata tak bersiap, malah belum mandi pun! (erk. rasanya ayat last tu tak mengaibkan sesiapa, kan? Kahkah). Bila tengok suasana macam tu, terawang-awang kenangan masa belajar dulu. Aduhai... Rindunya kenangan tu!


Nak dijadikan cerita, dugaan datang tiba-tiba. Tunang Fatin yang sepatutnya ambil kita orang di rumah Yana, tersesat! Masa itu baru aku nak salahkan Esso. Kenapa perlu buat dua Esso dalam satu kawasan? Kan dah menyusahkan. Takpelah, nama pun satu kompeni. Ayat penyedap hati daripada Lin. Konklusinya, tunang Fatin sesat sebab dia salah tempat menunggu. Kita orang tunggu di Esso sebelah sini, dia menuju ke Esso sebelah sana. Jaraknya dekat jugalah cuma kalau orang tak biasa kawasan sini, malah tak mempunyai satu apa pun peta, memang akan sesat. 
Pukul 12 keluar dari rumah Yana, 1 lebih baru gerak ke dewan. Jadi model Esso dalam tempoh 1jam. Cute, kan? Kihkih.


Kita orang diamanahkan untuk jaga bahagian guest book. Eh, sebenarnya Nidot je yang ditugaskan untuk jaga, kitorang ni teman-temankan je. Sayang kawan punya pasal. He he.
Kemudian mulalah posing macam-macam pose. Asal boleh je, tak kisah dengan orang lalu lalang. Yang penting, kalau nampak kawan-kawan Yana je, mesti tarik dia untuk tulis wishes kat guest book. Sampai Lin pun gagah mencari kawan-kawan Yana, sampai suami kepada kawan Yana (merangkap kawan aku juga) tu pun di tanya beberapa kali sama dia kawan Yana atau tidak. Ha ha ha. Hadoiyai.


Tak lama tu Miza call cakap dia dah sampai. Kakak dia yang hantar. Kagum aku dengan minah ni, pakar baca peta. Dulu kenduri rumah Kak Ida pun dia tak sesat. Aku je yang terbengong-bengong kalau disuruh baca peta lokasi. Hampeh, ke mana-mana je haluan aku nanti. Huhu. 
"Lin, cuba kau jenguk-jenguk Miza. Kot dia tercari-cari ke kita kat mana." Saran aku sebab Lin berdiri berdekatan dengan laluan keluar-masuk. Elok je Lin menjengah, terjengul kepala Miza. Panjang umur...


Hah, Miza pun lama aku tak jumpa. Last pun masa kenduri Kak Ida tahun 2009. Makin kurus aku tengok minah tu. Kerempeng. Tulang je yang aku nampak. Hihi. Taklah, takdelah tulang tapi kurus jugaklah.
"Kat Poli dulu tu je yang aku betul-betul berisi, lepas tu balik semula macam ni," balas Miza bila kita orang menegur yang dia makin kurus. Macam makan hati pun iya, tapi takkanlah... Ada abang sayang di sisi.. Ops! Hik hik hik.


Lepas makan-makan, lepak-lepak, borak-borak, tibalah masa untuk aku pulang. Aku je yang pulang sebab mereka yang lain mahu menuju ke Kuala Lumpur. Merambu-ramba. Aku pun kalau boleh mahu join sebab bila lagi nak ada kesempatan macam ni, kan? Agaknya lepas ni jumpa semua dah kahwin, dah beranak-pinak, tak boleh dah nak gila-gila sangat macam sekarang. Tapi bila ingat kepenatan aku dan tiada siapa yang boleh menjemputku di KTM tatkala pulang dari KL nanti. Cancel lah. Insyaallah kalau panjang umur Allah akan pertemukan kami lagi. Aminn...




Geng Gila-gila




write something on guest book




Barakallah, Yana!
my ex-room + housemate!








Terima kasih Tuhan kerana memberikan aku peluang untuk bertemu mereka. 
Terima kasih kalian untuk hari yang indah itu! Dan terima kasih juga sudi menghantar aku pulang sampai korang sesat masa nak balik. Ampun maaf atas segala salah silap.
Sayang korang kerana Allah! :)

Daaa~


Jumaat, 2 Mac 2012

Kawan Biasa vs Kawan Sejati


Tidaklah aku nak kata kawan FB aku semuanya SEJATI, cuma sebab setiap kali aku update status/share sesuatu mesti ada yang like, ada yang komen padahal jumlahnya lebih sikit berbanding di blog. Tu maknanya mereka suka nak ambil tahu tentang kita, kan?
Tapi kawan di blog?... Photobucket Erm... entahlah. Motif follow pun aku tak tahu...

Apa pun nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada silent readers, i know u'll read this entry. Thanks a lot! *hugs!* Photobucket Mmmuah mmuah! :) 

Dan aku tahu kebanyakannya member-member FB gak.. hee.

Nak iklan jap, setiap gambar yang kita komen di FB akan keluar di Homepage kawan-kawan FB kita juga, jadi berhati-hatilah dalam memberi komen pada gambar. Geli gila bila tengok kawan lelaki komen gambar orang puang tak tutup aurat. Kalau komen sebab nak menegur takpe, ni komen sebab nak memuji. Motif? Lagi kau komen, lagi dia suka nak upload gambar-gambar seksi seksa macam tu, kang tak pasal-pasal kau pun dapat dosa sekali.

Ikut via FB