Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 23 Jun 2012

Aku Mahu Berubah!



Mood tengah gembira gila!
Ni aku start menaip ketika masa rehat separuh masa perlawanan Euro 2012 suku akhir antara pasukan kegemaranku Germany vs Greece. Keputusan perlawanan separuh masa pertama? 1 - 0! Hooray!


Eh, ni bukan nak cerita pasal bola la... termelalut sebentar (seperti biasa. ehem)


Ni nak cerita tentang kita. Ya, kita semua ni.
Semua mahu berubah. Hari-hari dekat facebook tu akan ternampak status yang di-update/ di-share menyatakan yang kamu mahu berubah. Berubah kepada yang lebih baik.
Tadi pun tengok rancangan talk show kat tv pun seorang artis seksi tu cakap perkara yang sama. Mahu berubah jadi baik, mahu jadi lebih baik, mahukan yang terbaik dalam hidup.
Tapi yang buat aku tak faham, kau mahu berubah tapi aku tak nampak pun kau cuba untuk berubah.
Apa maksud kata-kata mahu berubah tu? Mahu tunggu perubahan itu datang sendirikah?


Ya, aku bukanlah orang yang baik untuk bercakap pasal ni. Bukan juga orang yang layak.
Tapi aku juga mahu berubah seperti orang lain & aku rasa (aku jela rasa, kau memang tak dapat rasalah apa yang aku rasa kan?), aku sedang 'bergerak' ke arah perubahan tu. Aku bukan jenis yang kata, " aku mahu berubah!" tapi aku masih duduk sahaja seperti menunggu bulan yang tidak akan jatuh ke riba. Aku bukan manusia yang macam tu sebab aku tak suka orang yang macam tu maka aku takkan biarkan diriku bersikap begitu.


Mahukan perubahan untuk menjadi good/better muslim/muslimah, sila bergerak! Jangan duduk dan sekadar berkata-kata atau sekadar post kata-kata sahaja. Bertindaklah! Kalau duduk aje, sila jangan berangan perubahan tu akan datang terkedek-kedek kat kau! Memang taklah!


Memanglah orang akan kata macam-macam, seperti "bajet alim", "ahli syurgalah sangat", "nak tarik perhatian kaum adamlah tu!" tapi hanya kita dan Allah je yang tahu perubahan yang kita lakukan kerana apa. Yang tanggung kepanasan api neraka tu diri kita, bukan diri mereka sebab mereka dah kebal untuk tanggung kepanasan tu, mungkin! Dan berubahlah kerana Allah. Sebab Dia yang Maha Menilai. Tak payahlah kau berubah kerana manusia sangat, bimbang nanti apabila orang tu tak perlukan kau lagi, kau berubah kepada asal atau menjadi semakin buruk.  





Suka untuk aku kongsi kata-kata ini;
Bila bercakap soal jodoh, ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan.  
Tapi bila bercakap soal hidayah,ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hakikat hidayah itu perlu dicari


Sama-samalah kita mencari hidayah tu, aku pun sedang mencari dan masih mencari sebab aku juga yakin dengan kata-kata tu, hidayah perlu dicari! Jangan kau cari orang bernama Hidayah pulak, tapi kalau Hidayah tu baik, baguslah ^^ 
Orang nak kata apa, biarkan mereka dengan kata-kata mereka sebab nak ke arah kebaikan tu bukan mudah, payah! 


Pesan Imam Ibnul Jauzi; "Jangan sesekali kau menganggap jalan (merubah diri ke arah kebaikan) itu mudah. Jalan itu dipenuhi sesuatu yang kita benci, banyak halangan, dan penuh dengan duri-duri tajam yang membuatkan kita sakit"
Aku pun kadang-kadang tersadung dalam melangkah, tergelincir ketika berjalan, berputus harap ketika mencari. 


Dan moga aku dan kamu yang mahukan perubahan tetap istiqomah. Teruskanlah pencarian tu. Andai jatuh, jangan mengalah untuk bangun. Dan tolong JANGAN hanya bercakap nak berubah je! Bergeraklah, walaupun pergerakan tu sedikit, mungkin ianya akan memberi kesan yang besar di kemudian hari. Insyaallah...


Bagi aku, mencari hidayah tu lebih penting daripada mencari jodoh yang entah siapa-siapa tu. Huhu


Oh, by the way aku nak tegur lagi satu perkara. Pasal share satu status kat facebook niu. Dah macam trend dah aku tengok status ni;
Saya cuma mau mengingatkan bahawa esok sudah masuk bulan Syaaban dan mlm Nifsu Syaaban jatuhnya pada 5 july mlm Jumaat (tutupnya buku amalan). Jadi sebelum terlambat saya ingin minta maaf kalau ada salah yang di sengaja dan tidak sengaja :) kerana NABI MUHAMAD SAW b'sabda: barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya

Ok, baca pun aku dah tahu point mereka-mereka ni post ayat ni. Semuanya kerana ayat "HARAM API NERAKA baginya" tu... tapi kalau kau post, solat kau tak buat, puasa pun tunggang langgang, kau ingat terhindar ke daripada api neraka? Tak pahamlah dengan orang-orang macam ni! Ya Allah, berilah kami hidayah dari-Mu! 
Bukan nak kata tak bagus, bagus peringatan ni tapi masalahnya yang pertama, yang aku cakap tulah, masalah keduanya, 1 syaaban jatuh pada hari Khamis lepas bukan hari Jumaat (semalam) kenapa perlu ada perkataan "esok" tu? Nampak sangat post secara membuta tuli. Sabo jelaaaa...

Oklah, sebelum aku melalut entah ke mana-mana, baik aku undur diri. Mahu bergembira dengan perlawanan tadi. Perlawanan tamat dengan keputusan Germany menang! 4-2! Gumbiranyaaaa... what a wonderful day... ahaks!

Yang buruk itu semua daripada kelemahan diriku sendiri.


Ahad, 17 Jun 2012

Beritahu dunia... aku akan pulang!

Balik rumah hari minggu macam ni selalunya aku jadikan tempat untuk aku berehat walaupun sebenarnya aku tak layak pun untuk berehat sedangkan banyak amanah yang aku kena pikul. Kadang-kadang online pun aku rasa serba salah (tapi orang tak nampakkan perasaan tu? Sebab aku berjaya kawal. Orang je yang tak tahu).

Kalau kat tempat belajar hari Isnin hingga Khamis tu, ini yang menjadi rutin harian aku. Yang mana bila sampai rumah takde pun aku sanggup nak buat macam ni. Huuu

Meh sini aku share aktiviti aku kat sana. Aku dulik hape korang nak tahu ke tak. Kikikikiki

5.30 pagi: 
Bangun tidur. Awalkan aku bangun? Kalau bangun lambat, kena berebut bilik air. Tapi pernah je terbangun lambat. Jam 6:30, tu pun Syam bagitahu dah pukul 6 lebih, aku pula ingat baru pukul 5 lebih. Atoyaiii... rupanya salah kunci jam. Aku kunci 5.30 pm. Amek kau!

5:50 - 6.30 pagi:
Selesai mandi, terus solat subuh. Kemudian baca *Al-Ma'thurat (benda ni duduk sana baru aku jadikan amalan, kat rumah jarang sangat aku baca. Bad me!). 
Dan kemudian gosok baju untuk pakai ke kelas. And then... and then... sambung tidur!!! Wahhh! Aku pernah terbaca, yang dimaksudkan tidur selepas subuh dan bakal mewarisi kepapaan tu kalau kita tidur betul-betul lepas solat subuh tanpa melakukan sebarang aktiviti selepasnya. Err.. wallahua'lam. Tapi betullah, masa ada diorang bertiga tu aku tahan je tak tidur lepas subuh tapi bila sorang-sorang ni, rasa macam bodoh pulak melangut sensorang sementara nak tunggu jam 8.30 pagi tu.


8:00 - 8:30 pagi:
Alarm berbunyi menandakan aku perlu bangun dengan segera untuk sarapan dan bersiap! Hari khamis aku akan bangun 7:45 untuk bertugas. Tapi... selalunya akan ada senaman-senaman yang menandakan aku mahu sambung tidur semula. Mengantuknya!! 



8.30 - 10:30 pagi:
Masuk kelas, beratur, baca doa dan dengar tazkirah. Best kan? Rasa macam back to school!. Belajar perkara-perkara yang ohsem! Yang hebat & daebak! (wah dah pandai guna perkataan daebak! Penangan Running Man sungguhlaa :D)


10:30 - 11:00 pagi:
Keluar mencari sarapan pagi bersama Wan, Din dan Aiman (dan Nur, kalau dia tak puasa) tapi selalunya bertiga je kitorang sebab Aiman tu kadang-kadang dia order je. Bila diapit dua orang lelaki camtu, terasalah seperti " I'm the Queen!" (sangat~) Dan selalunya aku akan beli makanan untuk makan tengah hari sekali. Senang, nanti rehat pukul 1 tak perlulah aku menonong sensorang menuju kedai makan. Haihh bila tiba part-part macam ni mulalah teringat Tika, Syam & Ija. Dulu ke mana-mana dengan diorang je. Ni pun untung juga ada Wan dan Din, kalau tak, ada gak airmata meleleh masa nak beli makan tu (over~) sedih! Sob sob sob.

Rindu saat ni.. :(
11:00 - 1:00 tengah hari:
Sambung belajar lagi. Kalau ada yang buat lawak, aku jadi tukang gelaklah. Tapi mestinya akan gelak dalam masa sehari tu. Ada je diorang ni buat lawak luar sedar.


1:00 - 2:30 petang:
Rehat time! Sementara nak tunggu waktu zohor tu aku akan tidur dan Nur tumpang tidur kat ex katil Syam (sebelah aku). Kemudian bangun, solat dan makan tengah hari. Ohsem ok tidur dulu sebelum makan sebab bila bangun tidur tu mesti perut akan rasa lapar.

2:30 - 5:00 petang:
Sambung belajar lagi. Buat silap, buat balik semula dan ulanglah sampai kau bosan! Tapi sumpah gua tak pernah bosan. Belajar sesuatu yang kita minat, mana mungkin rasa bosan tu akan datang kan? Kalau penat tu mungkinlah...

5:00 - 6:00 petang:
Naik bilik, mandi, solat dan baca *Al-Ma'thurat untuk sebelah petang pula. 
Kemudian??
Kebosanan melanda tiba-tiba. Maka harus baring-baringan di katil sambil membaca novel. Selalunya novel ilmiah (walaupun novel cinta. ngee). Tapi minggu ni entah salah bawa novel kot. Gila kau belum kahwin lagi boleh salam cium tangan bakal laki! Kau tak gila?! Tapi cakap laki tu ada ciri-ciri laki beriman sebab solat 5 waktu tak tinggal. What the?! Aigoo.. buat rosak pemikiran budak jela. Nasib aku dah dewasa.
Jadi, bila tengah baca sambil baring-baring macam tu, kau ingat mata kau makin segar ke? Memang taklah! Makin layu, layu dan layu... Selalunya jam 7 petang gak aku bangun. Bosan dok takde kawan nak ajak borak T__T

7:00 - 8:00 malam:
Solat maghrib dan baca Al-Quran. Wajib!

8:00 - 11:00 malam:
Tengok berita. Sekarang ni paling gila tengok berita sukan. Lagi-lagi kalau tahu semalamnya ada perlawanan yang melibatkan Jerman. Pe lagi? Melangutlah depan tv tu tengok Mario Gomez je yang asyik golkan bola. 
Yelah, nama pun dok asrama yang mana majoritinya budak lepasan SPM, mana boleh tengok tv tengah-tengah malam. Makanya tak bolehlah nak tengok bola tapi kalau boleh pun aku tak sanggup kot. Kat kelas nanti bukan buat kerja, berdengkur je lebih.

11:00 malam:
Masa untuk tidur. Tapi selalunya aku tak tidur. Dengar radio sampai rasa mengantuk tu datang. Tapi sejak ada bola ni, kedai mamak dekat tempat aku tu sangat bising dengan sorakan "Golllll!!!" Adehlaaa... Mengganggu mimpi indah orang jek. Disebabkan aku minat bola dan faham passion orang yang minat bola, maka aku maafkanlah jeritan mereka tu. Kadang-kadang rasa nak join tonton sekali je kan. Hahaha.

Itu jelah aktiviti aku dari Isnin - Khamis. Bosan kan? Tapi kena tempuh untuk masa 1 BULAN lagi. Dan lepas tu akan rindu pula saat-saat ini....

Info: * Baca Al-Ma'thurat sebelah pagi akan dilindungi oleh Allah daripada segala kejahatan hingga ke petang. Dan bila baca sebelah petang pula, akan dilindungi hingga keesokan paginya. Itulah faedah jika membaca Al-Ma'thurat.

Tajuk tu aku pilih daripada lirik lagu. Tell the world i'm coming home~ hahaha

Oh, hari ni sempena cuti aku tidak juga berehat. Penat menyapu dan mengemop rumah serta membasuh pinggan. Oklah, aku memang tak pandai memasak, tapi kalau pandai buat kerja rumah (walaupun tak cekap) masih belum layak untuk berkahwin ke? Tett!

Ahad, 10 Jun 2012

Mimpi #1


Minggu ni, setelah Tika, Ija dan Syam (orang terakhir) pergi meninggalkan aku, seringkali deja vu datang 'menyerang' diriku. Pelik, kan?
Definisi Deja Vu (ikut pemahaman aku) ialah apabila sesuatu kejadian yang kita rasa pernah alaminya sebelum ini (selalunya aku alami dalam mimpi) dan kemudian terjadi dalam alam realiti. Jadi, bila perkara tu terjadi, aku akan cakap sendiri dalam hati apa akan jadi seterusnya dan perkara seterusnya yang terjadi tu betul-betul mengikut telahan aku tu. Haaa... bangga jap bila jadi ahli ramal nasib secara tiba-tiba. Keh keh keh.

Deja Vu dalam bahasa Perancis yang membawa maksud "telah melihat". Yang mana perkara yang terjadi ialah benda yang kita pernah alami tapi tak pasti bila dan macam mana ia belaku cuma bila benda tu terjadi secara realiti, kita akan rasa; "eh, aku pernah alamilah benda ni!" Maka, itulah dia DEJA VU!

Macam minggu ni beberapa kali aku ber-deja vu.
Macam malam yang untuk pertama kalinya aku sendirian (tanpa Tika, Syam dan Ija), aku join As & Lily menjahit di bengkel. Dari jam 9 hingga 11.30 malam kitorang kat bengkel. Masa tengah borak-borak dengan mereka itulah aku merasai yang aku pernah mimpi situasi ini!

Dan deja vu seterusnya ialah masa tengah iron baju projek. 
Masa aku mimpi situasi itu dulu (dulu tu bermaksud beberapa tahun lalu), dalam mimpi tu ada seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri berdekatan denganku. Rasa macam pelik mimpi tu, dahlah iron baju di tempat yang sangat-sangat tidak familiar (bukan di rumah sendiri atau di rumah sedara-mara; mungkin di rumah mertua, agakku masa mimpi dulu tu) dan akhirnya minggu lepas mimpi itu terungkai, lelaki yang berdiri sebelah aku ialah Wan sebab dia masa tu tengah cari sesuatu dalam deretan laci yang berada di sebelah tempat iron tu. huhu...

Ok, dah. Tamat tentang deja vu. 
Yang aku mahu cerita mimpi aku malam tadi, dan beberapa malam yang lalu.
Mimpi yang aku rasakan pelik, barangkali.



Mimpi 1
Aku dan seorang kawan perempuan (yang aku tak pasti identitinya) beriringan menuju ke arah lif (tempatnya aku tak tahu di mana, seperti perumahan). Kitorang ingin menuju ke tingkat 4. Ada dua pintu lif. Bila bunyi 'ting!' yang menandakan pintu lif sebelah sini akan terbuka, dia terus menuju ke pintu lif sebelah sana. Aku macam tak faham.
" Sini ajelah," aku mengajak dia sebab malas mahu menunggu lagi. Dia tetap mengelak dan berkeras mahu menunggu pintu lif lagi satu terbuka.
Apabila pintu lif depan aku terbuka, aku mula mahu melangkah masuk dan masih mengajak si sahabat.
" Kalau kau nak, kau naik ajelah dulu. Aku nak tunggu lif yang ini." Dia berkeras. Aku pun malas mahu layan. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat begitu.
Masuk aje dalam lif dan pintu lif tertutup, baru aku perasan yang aku hanya berdua dengan seorang lelaki (yang tidak aku kenali juga). Cuma lelaki tu membelakangkan aku. Terus jantung dah lari rentak. Macam mana pula boleh berdua je ni? Aigoo... Rasa menyesal tak ikut kawan tu pun mula melanda. Adeiii.
Masa aku melihat si lelaki, elok aje dia pusing ke depan menghadap pintu lif. Dan dia juga seperti terkejut tengok aku (untuk pengetahuan korang, aku memang tak kenal lelaki tu & tak cam pun muka dia cuma yang aku ingat dia tinggi, kulit cerah, pakai spek, t-shirt putih dan berseluar tracksuit). Itu ajelah yang aku ingat, tapi kalau jumpa depan-depan sekarang ni memang idok ler teman nak cam raut wajah dia...

Kemudian dia mulakan teguran. Ok ajelah cara dia, takdela macam orang nak menggatal ke apa. Tapi yang aku ingat, masa turun lif tu dia bertanya pada aku;
" Kak, saya nak tanya boleh? Apa sebab akak takut nak tinggalkan solat?" Tanya dia. Dalam mimpi ni aku tak tahu umur dia berapa, tapi di awal perbualan memang dia memanggil aku kakak (mungkin sebagai tanda hormat. Wallahua'lam). 
Aku terdiam dengan soalan dia. Terpinga-pinga.
" Saya selalu terbayang azab-azab yang Allah janjikan. Tu je yang buatkan saya takut nak tinggalkan solat." Itu jawapan aku. Jawapan yang aku tak tahu dari mana aku dapat. 
Kemudian dia tersenyum dan berkata, "doakan saya berfikiran seperti akak." 
Dan mimpi itu tamat di situ, bersambung dengan mimpi yang lain. Mimpi seterusnya aku tak ingat lagi. 

Mimpi 2
Mimpi ni baru berlaku malam tadi.
Aku mahu solat. Dah bentangkan sejadah. Tapi sejadah tu asyik bergerak-gerak (tak melekap pada lantai). Beberapa kali aku cuba betulkan ke arah kiblat, sejadah tu tetap juga mahu menyimpang daripada kiblat. Dan akhirnya aku teruskan juga solat tanpa menghiraukan sejadah yang bergerak tak tetap tu. Dan masih juga solat menghadap kiblat yang betul walaupun sejadah dah menyenget.

Dah, itu ajelah mimpi yang aku boleh kongsi setakat ni. Ada lagi satu mimpi yang aku rasakan agak ngeri tapi tak mahu aku ceritakan dalam ni takut aku akan dihadapkan ke mahkamah dunia semata-mata kerana mimpi yang dikira tidak munasabah. Biarlah mimpi tu aku simpan sahaja di dalam hati ;)

Dan harus diingati lagi ini hanyalah MIMPI! Ada maksud tersirat ataupun tidak, hanya Allah je yang tahu.


Jumaat, 1 Jun 2012

Rasa Hati



Dalam kepala otak aku ni ada macam-macam perkara yang sedang bermain-main, berlari-lari & mungkin juga sedang berjoget-joget sampai aku sendiri rasa nak gila. Huwaaarghh! Jangan jadi gila, please!


Bila otak tengah masuk air macam ni, kisah pasal ke Melaka tempoh hari pun aku dah lupa. Huhu.. tapi takpelah, nanti dah ingat & ada masa lapang, aku cerita k.


sumber: Hlovate
Setelah seminggu bercuti, Selasa lepas aku kembali lagi ke tempat belajar itu. Sungguh! Rindu untuk menuntut ilmu itu masih menebal. Lagi-lagi bila minggu ni aku belajar buat baju Melayu! Yeayyy! Dari dulu teringin nak belajar, bila dapat peluang, bodohlah kalau aku menolak, kan... ^_~ 


Tapi... suasana dah tak sama sebab Tika dah takde.


Dulu, masa dia ada, aku selalu bersaing dengan dia untuk siapkan tugasan. Dialah jadi kaunter pertanyaan aku & mangsa untuk menyalahkan kalau ada kesilapan (eh, tapi rasanya aku tak pernah kot salahkan dia.. hihi). Jadi, bila kembali ke tempat yang sama tanpa orang yang menjadi tempat bergantung, aku rasa janggal. Rasa keseorangan walaupun Syam, Ija dan Nur masih ada dengan aku. Cumanya tugasan mereka tak sama denganku membuatkan aku betul-betul tak berapa semangat nak siapkan tugasan. Syukur juga ada Din. Dia sorang jelah yang sama dengan aku. Maka dia menjadi kaunter pertanyaan aku, dan dia juga menjadi tempat untuk aku marahkan kalau dia salah ajar. Hahaha... Sorry, Din! 

Kat kelas aku tak rasa apa-apa sangat tapi bila balik hostel, haaa yang tu yang boleh buat air mata mengalir tanpa mampu dikawal tu. Macam malam Rabu itulah. Masa dok sorang-sorang kata atas katil tu. Syam ke ruang makan, melayan budak-budak lain buat kerja. Ija memang tak tidur sana, ulang-alik. Nur dah tak join tidur dengan kitorang dah sebab dia dah join budak-budak kat dalam tu & jadi peneman setia pada Atul yang tak ramai kawan tu. Jadi sangat kejamlah kalau aku nak dia tidur dengan aku sedangkan dia stay sana dari Isnin sampai Jumaat, manakala aku pula dari Isnin - Khamis, kadang-kadang ikut suka datang kelas hari Selasa dan Nur pula sorang-sorang. Jadi bila dia ada Atul ni aku rasa oklah tu dia ada kawan dan sangat tak patutlah aku suruh dia tinggalkan Atul dan temankan aku tidur di bilik sebelah tu. Tak patut.. tak patut... Kena ada perasaan bertimbang-rasalah sikit kan! 


Bila Syam ke ruang makan tu, aku yang konon-kononnya dah biasa sorang-sorang ni pula rupanya sedang belajar menipu diri sendiri... Dah lama takde perasaan macam ni, tiba-tiba perasaan tu datang buatkan ingatan aku kembali pulih yang mana rupanya tahun 2010 dulu pun aku pernah rasa macam ni ketika menetap di rumah sewa. Huhu. Perasaannya tak mampu untukku gambarkan. Tapi bak kata Ija, mungkin sebab aku rasa sangat sunyi, tu yang perasaan rindu tu datang mebuak-buak hingga mengalir airmata tu. Aduhaii... kalau orang baca status bukuwajah aku tu mesti ramai yang ingat aku baru putus cinta. Bukan putus cintalah! Tapi rindukan sahabat yang jauh di seberang laut sana! Huwaa!!


Tu yang awal-awal lagi aku dah warning Syam, aku cakap aku sebenarnya tak boleh tinggal sorang-sorang. Kalau sorang-sorang fikiran aku akan teringat perkara-perkara yang mampu mengalirkan airmata. Tak kisahlah tu airmata sedih ke, gembira ke, terharu ke, waima rindu sekalipun! Ianya akan tetap mengalir walau berkali-kali aku cuba menahannya dan cuba pura-pura bahagia. Bahagialah sangat bila dok sorang-sorang gitu kan... Ni balik rumah, perasaan stabil lah sikit sebab ada famili, ada Ujai yang mulut bising tu. Hehe. 


Minggu depan & minggu seterusnya entah macam-mana. Malas untuk ku bayangkan. Doakan ajelah yang baik-baik untuk aku. Ada yang cadangkan supaya aku berhenti lepas buat baju Melayu. Tapi sangat sayang sebab tinggal lagi 1 bulan 13 hari je untuk tamatkan kursus ni. Sangat rugi kalau berhenti sekarang! Maka, harus jadi kental untuk beberapa minggu ni! Moga aku kuat! Chayok chayok! ^^



Ikut via FB