Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 29 Februari 2012

Curhat.




Curahan hati (Curhat) ini aku mahu tujukan pada 'dia'. Aku tak pandai untuk berkata-kata secara berdepan, maka aku cipta ayat ini supaya dia faham. Supaya dia mengerti apa yang hatiku mahu katakan.

Aku kenal dia dari 2008. Tapi mula rapat sejak 2009. Lama dah. Itu pun kerana diperkenalkan oleh seorang teman lelaki. Dia hadir ketika diriku ini sedang frust menonggeng, tergolek-golek. Tiada tempat untuk aku tuju ketika itu, tiada siapa yang mahu aku kongsikan cerita. Yang aku tahu, aku mahu mencari seseorang yang tidak mengenali aku secara dekat. Dan dialah orangnya yang aku jumpa. Setianya aku pada dia, Tuhan je yang tahu. Walaupun sebelum ni beberapa kali dia menukar karakter yang aku tak berkenan, tapi kerana sayang, hamba turutkan.

Merajuk-merajuk, marah-marah, maki-maki ketika mula-mula dia berubah karakter tu adalah perkara biasa. Aku merajuk, aku menjauhkan diri daripada dia. Aku mula tulis di blog yang aku akan tinggalkan dia. Tetapi tu untuk beberapa bulan je, kemudian aku datang cari dia kembali. Konon-konon sebab dia banyak tahu pasal kawan-kawan yang aku jarang jumpa dan dia je yang selalu jumpanya pun aduhaii (ayat Johan).

Tapi semalam, dia benar-benar mencabar kesabaranku. Hanya dengan kesilapan kecil, dia memaksa aku menerima kekurangan dia, padahal sebelum ni aku dah cuba terima segala kekurangan dia dengan harapan dia berubah dan supaya dia mengerti bahawa aku mahu dia juga terima aku seadanya. Hargai aku yang sering menyokong dia (erk. macam mengungkit je ni. ah, aku tak dulik!) Aku cuba cakap baik-baik dengan dia, aku buat itu dan ini supaya dia faham tapi dia tak peduli. Dipaksanya juga aku supaya terus memahami dia. Luluh hatiku diperlakukan seperti itu.
Hari ini aku masih memujuk dia. Ok, fine. Aku cuba sedaya-upaya memahami dia. Tapi hatiku berbelah bahagi sama ada mahu terus memahami dia atau tinggalkan dia. Tapi kalau tinggalkan dia, bagaimana kisah sahabat-sahabatku yang sangat rapat dengan dia? Sob sob sob...

I hate u!

I hate u!






















I HATE U, Facebook! Aku ter-klik je application tu tapi apesal tetiba kau tukar FB aku ke Timeline ha?! Arghhh!




Dasar Yahudi betul. Memaksa dan menceroboh hak asasi manusia, dialah no 1.
Nak ke tak nak, suka atau tidak, terpaksa juga aku menerimanya... hmm

Isnin, 27 Februari 2012

KLASIKnya aku

Entah bila ya, aku amat meminati sesuatu yang bersifat klasik.
Sangat cintakan bahasa Melayu klasik. Dulu masa kecil aku sangat gemar membaca novel.
Novel zaman dahulu bagi aku bahasanya sungguh indah, klasik dan sangat puitis. 
Tapi sekarang ni sangat sukar untuk ku temui lagi novel yang menggunakan bahasa Melayu klasik. Aku pun bila menaip di blog masih belum mampu untuk menulis mengikut gaya bahasa indah begitu.


Ketika di sekolah menengah hampir sahaja mahu memasuki kelas Sastera tetapi apakan daya, diriku sendiri tak yakin untuk berada di kelas itu (tiba-tiba rasa sedikit menyesal sebab tak ambil peluang dahulu). Tapi antara Sastera dan Seni Lukis, aku lebih sukakan seni lukis jadi tak berapa menyesallah kan... he he he.


Jika mahu novel yang masih mengekalkan bahasa Melayu klasik, aku lebih gemarkan novel terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Dengan warna kulit kertasnya, dengan bau kertas tu... Aduhai... Sebelum baca selalunya aku mencium dulu bau kertas tu. Ambil feel. Tapi itu dululah, sekarang ni CESB pun dah upgrade. Tiada lagi novel berkertas kuning, semuanya sudah berwarna putih.


Novel pertama Noor Suraya yang aku baca pun daripada terbitan CESB. Novel Keranamu Ain tapi novel ni bukanlah novel pertama CESB yang aku baca, jangan salah faham pula. Dari situ aku mula jatuh hati pada karya Noor Suraya. Bahasanya indah amat. Walaupun ceritanya biasa-biasa sahaja tetapi bahasanya itu yang membuatkan novel ini luar biasa bagi aku.
Selain Kaksu, sebenarnya ramai lagi novelis berbakat besar yang mana bila baca karya mereka, aku merasa seperti di awang-awangan sehingga dapat gelaran 'kuat berangan!' tu. Hik hik hik. Tapi tu semua novelis veteren-lah, yang baru-baru ni kureng sengatannya sebab majoritinya menggunakan bahasa pasar.


Cuma sekarang ni bagi aku novel dari Indonesia-lah yang istiqomah menggunakan bahasa Melayu klasik ni (istiqomah mende... dah memang bahasa dia gitu).
Urghh rindu nak baca novel dari seberang!


Tapi yang paaaling best sekarang ni sebab penyanyi baru berani menyanyikan lagu Melayu berentak era 60-an dulu.
Lagu klasik. Saya suka!
Antara lagu klasik yang dinyanyikan oleh penyanyi baru yang aku suka adalah Yuna & Sean Ghazi tapi lagu Sean Ghazi ni dah lama, lagu tahun 2006 tapi aku tetap suka. Suka rentak dia, suka suara dia.. Not bad. Bukan semua penyanyi mampu bawa lagu berentak macam ni tau. Kalau Siti Nurhaliza pun aku rasa suara dia tidak se-klasik mereka berdua ni.
Kalau dua-dua ni berkolaborasi untuk lagu klasik terbaru, mesti meletup.



alamak, pagi-pagi buta dengar lagu ni rasa cam terbuai-buai je.. ngantuk! :P 
Tapi suara dia tetap... perghhh!




Lagu Yuna ni lirik dia aku suka. Tiba-tiba rasa macam nak buat highlight
untuk video kahwin i~ Erk hem!


Nota dipijak-pijak
Masa taip entri ni tengah bengang dengan FB, tiba-tiba tertukar ke Timeline pulakkkk... nyampah betullah. 5hb ni betukar secara official. Grrr! I hate timeline! Buruk dah profile ku... hmmm :'(
Dahlah tengah bengang, tiba-tiba ada pula yang mempersoalkan aku ni betul-betul peminat Liverpool ke tak... aduhaiii... Selamanya Harimau Malaya!



Chow. Kisah Maya Karin part II lain tahun ye aku sambung... thi hi hi..

Sabtu, 25 Februari 2012

its all about WoRds!

Tears are WoRds the heart can't express

Love is just a WoRd until someone comes along and gives it meaning.


One of the hardest things in life is having WoRds in your heart that you can't utter.
 James Earl Jones

Watch your thoughts, for they become WoRds.
Watch your words, for they become actions.
Watch your actions, for they become habits.
Watch your habits, for they become character.
Watch your character, for it becomes your destiny.

Love is shown in your deeds, not in your WoRds
 Fr. Jerome Cummings

WoRds divide us, actions unite us
slogan of the Tupamaros

If every WoRd I said could make you laugh, I'd talk forever...

WoRds are only painted fire; a look is the fire itself
 Mark Twain

In prayer it is better to have a heart without WoRds than WoRds without a heart.
 Mahatma Gandhi

WoRds are the voice of the heart
 Confucius

A bad WoRd whispered will echo a hundred miles
 Chinese Proverbs

Anger repressed can poison a relationship as surely as the cruelest WoRds
 Dr. Joyce Brothers

WoRds can make a deeper scar than silence can heal

WoRds can hurt more than a punch to the face


Sometimes when I'm talking, my words can't keep up with my thoughts. I wonder why we think faster than we speak. Probably so we can think twice

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau itu. 
Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu akan meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka karena kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fisik  
~ Irfan Toni Herlambang





Rabu, 15 Februari 2012

Wordless Wednesday #14 - Gigi



Ahad, 12 Februari 2012

Bermain sambil bersenam



Masuk hari ni baru 2 kali aku dan Ipah bermain badminton di halaman rumah.
Kerisauan tentang penyakit berkaitan jantung dan kolestrol mula membimbangkan aku.
Ya, tak dinafikan berat badan aku makin naik, makin bertambah. Mungkin hidup terlalu bahagia kot.. (ops! ada orang pesan kalau kita bahagia, dilarang untuk diuar-uarkan.. tapi lebih baik bercerita tentang kebahagiaan berbanding penderitaan, kan? Kihkih. Ok, whatever!)


Dah terlalu lama tak bersenam (ada hampir 3 tahun kot. Erk!), jadi kelmarin adalah permulaannya.
Bukan sebab nak kurus walaupun tu mungkin andaian pertama orang. Tapi paling menakutkan aku kalau aku mati kerana sakit sebab tak jaga pemakanan sedangkan jasad kita ni ada amanah yang Allah suruh jaga. Lagipun Tika selalu cerita kat aku pasal kesihatan.
Aku orangnya suka makan, tapi makan bukanlah dalam kuantiti yang banyak, sikit-sikit tapi banyak jenis. Haaa kau, betapa bahaya ke tidaknya pola makanan aku tu. Dahlah tak pernah check kadar kolestrol dalam darah. Mesti ngeri! 
Lepas tu ada pula cerita ada orang tu tak pernah bersenam, tak suka pun nak keluarkan peluh ke apa, tapi badan maintain kuruih gitu. Alih-alih bila buat check up tahu-tahu ada masalah jantung disebabkan kolestrol. Ngaaa..

“Sesungguhnya Rabbmu punya hak atas dirimu, badanmu punya hak atas dirimu, dan keluargamu punya hak atas dirimu. Maka berikanlah kepada setiap pihak haknya masing-masing.” (HR Bukhari)



Nak berjongging aku memang tak minat jogging walaupun jogging tu lebih baik (kot) jadi aku lebih suka pilih bermain badminton selama 1jam. Kadang-kadang kurang daripada tu. Awal-awal main hari tu ok la juga cuma rasa letih kemain. Hari ni ok sikitlah. Rasanya kalau main seminggu, ok kot semuanya.


Jadi untuk kawan-kawan semua, jom amalkan cara hidup sihat. Mari bersenam! Kalau tak bersenam pun, asalkan dalam sehari tu ada jugalah keluarkan peluh ^_^ Bahaya tau tak jaga kesihatan! *wahh semangat kau, padahal baru juga timbul kesedaran.. kui3*

yeahh ini dia badan orang gila gi gym!


Khamis, 9 Februari 2012

Penjodoh Bilangan



Ni bukanlah entri pasal subjek Bahasa Melayu ya, adik-adik.
Ni entri pasal orang dewasa yang dah layak berkahwin (bak kata orang keliling padahal tuan punya diri masih rasa belum bersedia lagi. Pintu hatinya masih lagi tertutup buat masa ni).


Apabila sudah dua, tiga orang yang dikenenkan pada Zayna Shaheen dan dia terpaksa menolak, ramai yang tak setuju.
Ada yang cakap dia tolak tuah, konon nak lelaki baik tapi apabila diperkenalkan dengan lelaki baik-baik semuanya ditolak mentah-mentah. Sampai kadang-kadang dia sendiri naik tensi.
Ada masanya dalam solat pun dia menangis. Menangis kenangkan dosa, menangis kerana terpaksa menolak lelaki-lelaki yang baik itu pergi jauh dari hidup dia.


Memang kalau boleh dia mahu mencari jodohnya sendiri, pilihannya sendiri tapi apakan daya, dia sendiri pemalu yang amat. Malu untuk meluahkan perasaan, malu untuk terhegeh-hegeh, malu juga jika diajak bercinta dahulu sebelum berkahwin, dia tak suka berhadapan situasi begitu. Baginya, cukuplah dengan dosa yang ada. Setinggi gunung Everest itu, sebenarnya tinggi lagi dosanya kepada Allah. Tak perlu menambah dosa yang lain.


Cuma satu, jika ada orang yang ingin perkenalkan dia dengan seseorang yang dia tak kenal sekalipun... cukuplah, cukuplah bila dia mula mengenali lelaki itu, hatinya ada sedikit perasaan suka atau cinta kepada lelaki itu. Itu sudah memadai daripada memperkenalkan dia kepada ramai lelaki baik yang sudah tersedia dia kenali tetapi hatinya tiada untuk lelaki-lelaki itu, lagi parah.


Zayna Shaheen mengusap wajah. Penat menghadapi tekanan daripada orang keliling, sampai ada yang menuduh dia sekarang ini seperti terdesak mencari suami pun iya juga lebih-lebih lagi akhir-akhir ni post di bukuwajahnya asyik berkisar tentang calon suami... aduhaiiii... bukanlah itu tujuannya, tetapi lebih kepada memperingatkan diri dan orang yang membaca agar suatu hari nanti kalau Allah pertemukan mereka dengan seseorang, mereka tidak tersalah pilih dan mampu membuat pilihan dengan tepat. Insyaallah. Hanya itu niatnya... jikalau ada yang memahami, alangkah manisnyaa..


Mencari bayang jodoh sendiri itu memang payah. Harapannya, suatu hari nanti jika ditakdirkan dia akan berkahwin moga-moga perkahwinan itu terlaksana bukan disebabkan kerana tekanan mahupun kerana bosan hidup sendiri. No! Biarlah bila dia berkahwin kerana dirinya sendiri sudah bersedia dari mental dan fizikal untuk ke arah itu. Itu lebih baik. Insyaallah~ 


Oh, teringat dahulu dia pernah merasai menyukai seseorang kerana akhlaknya (dia seseorang yang lebih pentingkan akhlak daripada rupa). Perasaan itu hadir pada beberapa tahun lalu, itu pun ketika mengikuti kursus. Itulah perasaan terakhir yang hinggap dihati. Betapa terujanya dia dapat mengenali sang jejaka selama 3 hari itu (mengenali dari jauh sahaja).
Tapi apakan daya, si jejaka rupa-rupanya sudah menjadi milik orang lain. Sadis!


Moga Allah memberi jodoh yang terbaik untuk dia dan juga untukku... Ameen :)



Rabu, 8 Februari 2012

Memandang - Pandangan


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI? NAK KIAMAT KOT!"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPUNG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata, "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata, "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata, "YANG SIBUK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APESAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PUN SUSAH?"

=>Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. 
Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. 


Keputusan yang kita ambil, 
langkah yang kita mula, 
perkara pertama yang perlu kita fikirkan 
ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, 
bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT 
dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..






Ikut via FB