Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 30 Jun 2011

Spontaneous Thursday #1 - Bola



Macam-macam fi'il blog sekarang.
Macam-macam segmen ada.
Kalau Wordless Wednesday aku tahulah orang luar negara buat.
Ni yang spontan-spontan ni aku rasa budak-budak blogger sini je yang create mende ni.
Jadinya aku tak mahulah jadikan benda ni sebagai segmen 'WAJIB' buat macam WW tu melainkan kalau otak tengah kosong macam sekarang ni, jadi segmen ni boleh digunakan... Hiuhiuhiu.


Kembali ke topik, ayat spontan aku ialah


Apesal aku takleh nak behave ek kalau tengok bola?
Mesti nak over excited, mesti nak jerit (ter-jerit sebenarnya).
Mesti nak kutuk pemain yang main cam hampeh, bajet macam aku ni terer sangatlah pun main bola, kan?
Tapi kalau ada Kunalan, mesti lagi excited jerit nama Kunalan. Siap dengan cakap I LAP U bagai.


Ok, sekian. Terlebih sudaa..

curi kat google.

Rabu, 29 Jun 2011

Wordless Wednesday #4 - Usop Wilcha Junior


"Awok-awok dengo sini, hari ni Israk Mikraj. Isi dengan perkara2 yang berpaedah ye!"

Selasa, 28 Jun 2011

Unggun Bersih - A. Samad Said


Tekan 'play' untuk dengar sajak mantap ini.

Unggun bersih

Semakin lara kita didera bara— 
kita laungkan juga pesan merdeka: 
Demokrasi sebenderang mentari 
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka; 
lama duka kita—demokrasi lara. 
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; 
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru: 
(di Boston dijirus teh ke laut biru): 
Tak diperlu gempita sorak yang gebu, 
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu; 
kini merebaklah nyala unggun itu. 

Puisi : A. Samad Said 
Muzik : Az Samad

bangga wohh setepek muka aku kat depan. keh3
Agak-agak kalau pakai baju ni lagi ketika keluar rumah sebelum 9 Julai tiba, kena tangkap tak?

Isnin, 27 Jun 2011

Cikgu Praktikal


Tiba-tiba aku teringat kisah masa sekolah menengah dengan cikgu praktikal.
Masa tingkatan tiga dan empat, kedua-dua cikgu praktikal aku tu ialah LELAKI. Ehem.


Macam biasa, aku dari sekolah memang takde perasaan pada lelaki.
Memang takde istilah perempuan gedik ah aku dulu, wa cakap lu. Memang baik je...
*Baik tang tu jela, tang lain taklah kan... hikhik*


kalau dapat cikgu yang hensem macam ni, hari-hari tenung muka dia pun aku sanggup :P


Masa tingkatan tiga, cikgu praktikal aku tu ajar matapelajaran yang paaaaaaaling aku anti giller. Korang nak tahu apa? Matematik! Yeahh aku benci Math!
Memang anti sangat-sangatlah. Sekali cikgu lelaki yang ajar, muda pula tu memang taklah aku nak dengar atau tercongok tenung muka dia kat depan papan hitam tu kan.
Selalunya aku beborak time cikgu tu ajar sampai cikgu tu asyik datang tempat aku and the gang je, nak tengok aku ni buat kerja ke atau berbual je.


Kat kelas biasalah, hidup berpuak-puak. Geng aku adalah dalam 5,6 orang.
Yang lain-lain tu tak geng. Sebab diorang gedik! (yezzaa! Yang kau kata gedik itulah sekarang dah beranak pinak. Kau hado? Nan hado~)
Bila cikgu tu datang je tempat aku and the gang, puak lagi satu tu sibuk jeling-jeling.
Cakap-cakap belakang. Ceit! Macam hensem sangat la pun cikgu tu.
Paling kelakar bila setiap kali cikgu tu nak datang ke arah puak aku, puak lagi satu pun nak menyibuk jugak...
"Cikgu, sini, sini! Kami nak tanya ni. Cikgu datanglah sini." Suara-suara gedik kedengaran.
(tapi jujur aku cakap, masa tu aku rasa cikgu tu cuma nak menggatal je, bukan nak mengajar pun. Ceit punya cikgu! Tapi mungkin itu hanya prasangka daripada bisikan syaitonnn di dalam hati). 
Asal cikgu tu melangkah nak ke arah puak aku je mesti puak lagi satu buat dajal dengan membatalkan niat dia secara sengaja dan saat tu aku lah manusia paling seronok. No, no... bukan aku je yang suka, Jun pun suka gak sebab kitorang tak suka lelaki gatal.
Midah dan Nazira je yang tak puas hati dengan sorakan aku dan Jun sebab diorang minat Math dan mungkin juga cikgu tu. Keh keh.


Akhirnya puak lagi satu memonopoli cikgu tu.
Aku memang tabik springlah kan kat cikgu tu sebab time rehat pun dia tak rehat, ajar salah seorang budak dari puak lagi satu. Dasat! Kagum! Sampai aku ketawa geli hati sebab dah nampak macam buayafriend dan gelifriend sedang bercengkeramalah pula. Dating dalam kelas. Tapi part paling kelakar bila puak lagi satu tu bergaduh sesama ahli semuanya kerana cikgu praktikal. Masing-masing jeles sesama sendiri sampai cikgu tu pun terpaksa masuk campur. Lohhh... (serius aku tengah ketawa bila ingat perkara tu. Hahahah)


Kisah tingkatan empat takdelah se-power tingkatan tiga.
Sebab cikgu praktikal aku tu seorang ustaz.
Yeahh ustaz dari UM (wahh aku ingatlah dia dari U mana! ngee).
So kalau ustaz, kau nak menggatal memang kena khutbah lah kan...
Tapi yang aku pelik ustaz tu suka tersasul sebut nama aku jadi Rabiatul Adawiyah (sila perhatikan ayat SUKA itu kerana itu menunjukkan nama aku sering dipanggil untuk jawab soalan.. kihkih).
Pelik giller! Jauh kot nama aku dengan Rabiatul Adawiyah tu. Adeh.
Cuma yang samanya nama Rabiatul Adawiyah dan nama aku, kedua-duanya sempena nama ahli sufi. Tapi sebutan memang tak sama.
Bak kata kawan aku, mungkin bila dia tengok muka aku, dia terkenang kekasih hati bernama Rabiatul Adawiyah. Kah kah kah. Dan aku pula teringat Angah sebab itu nama dia.

Moral of the story, kalau korang ni salah seorang cikgu praktikal, harus bangga beb sebab budak-budak sekolah memang suka dengan cikgu praktikal ni terutama yang lelaki.
Time ni lah korang boleh nak test market ke hape. Lepas tu boleh gelak-gelak dalam hati sebab ada certain budak perempuan yang sanggup bergaduh sebab korang. Perghhh!


p/s: selamat berjuang sahabat-sahabatku yang sedang praktikal sebagai guru! Moga korang tabah layan anak murid yang sengal. Yup, anak murid sekarang tak sama dengan zaman kita, kan? Untuk Zack dan Tika, nape korang praktikal jauh kat Johor nun? Rindu aku nak merambu ramba dengan korang seperti selalu... sob sob sob.

Bad Day! Arghhhh!


p/s: gambar video ni tak sharp, nak tengok yang cun klik [sini], hokeh!

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee you go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Will you need a blue sky holiday?
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oooh.. a holiday..)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

(yeah...)

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day


Ok, lepas layan lagu ni ada ceria ckittt... ckittt jela sebab suka tengok scene
diorang conteng billboard tu.
Manis sungguh! Semanis kurma :P


Have a nice day, everyone! :)

Jumaat, 24 Jun 2011

Jodoh.



Cerita tentang jodoh adalah cerita yang aku tak berapa nak gemar.
Tak tahu kenapa. Mungkin kerana pernah berharap tetapi harapan itu punah menjadi debu-debu yang berterbangan membuatkan aku tak suka bercakap tentang jodoh, tentang perkahwinan.
Yang peliknya, kalau ada saudara-mara, sahabat-handai yang melangsungkan perkahwinan, akulah orang yang paling teruja.
Sungguh! Aku gembira kerana mereka jumpa dengan seseorang yang memang ditakdirkan untuk mereka.
Sangat sweet~


Geledah bukuwajah, mencari kenalan-kenalan lama dan melihat mereka sudah berkahwin dengan orang yang aku pun kenal juga membuatkan perasaan teruja itu berganda. 
Sehingga tercetus ayat, "Ya Allah, tak sangkanya akhirnya dia ni akan kahwin dengan dia ni!" Ketawa senang. Ya, urusan jodoh memang bukan urusan kita.


Tadi, melayan saluran TV Alhijrah, muncul Sami Yusuf dikaca televisyen dengan lagu kegemaranku (eh, bukan semua lagu dia ke aku suka? hee); Al Muallim.
Terus terpacul di mulut.
" Ummi, nak kahwin dengan dia ni."
" Dia belum kahwin ke? Entah-entah dah ada anak satu" Balas Ummi. Serius.
" Erm.. belum kot..." Balas aku pula. Mata masing-masing tertacap pada skrin televisyen yang memaparkan Sami Yusuf bersama anak-anak kecil yang menjadi makmum dibelakangnya. Owhh sweet-nya babak tu!
" Kalau betul nak, nanti Ummi contact dia." Balas Ummi lagi dengan nada serius. 


Aku pandang Aidz (abang aku) yang duduk agak jauh dari kami, sedang menghadap laptop. 
Aidz buat muka pelik pandang aku yang tengah tersengih. Dia angkat kening tanda tak mengerti dengan sengihan aku.


" Kau dengar tak? Ummi cakap dia nak contact Sami Yusuf untuk aku!" 
Hahahaha. 
Ketawa aku, Aidz, Ummi dan Aqilah bersatu.


Doa yang sweet juga :)

Surat dari Fatimah.



Malam tadi lepas baca Yaasin, tiba-tiba aku teringat emel yang aku pernah terima tahun 2008 dulu.
Teringat juga sajak yang ini. Sajak yang menyebut nama Fatimah.
Ya, Fatimah yang disebut itu bukan Fatimah puteri Rasulullah tetapi Fatimah yang korang akan baca suratnya di bawah ini.


Dalam pada orang berkisah tentang itu ini (hal remeh temeh), apalah salahnya sekali sekala kenang nasib saudara seagama kita yang diperlakukan seperti binatang tunggangan sesuka hati.


Aku tahu pasti ramai yang mengetahui tentang emel ini.
Tapi berapa kerat je yang masih mengingatinya?
Hari ini aku mahu kembalikan ingatan kalian dan mahu juga berkongsi pada mereka yang tidak pernah mengenali siapa itu Fatimah dan apa yang telah berlaku padanya beberapa tahun lalu.


Mula-mula aku baca surat ini di peti mel, hatiku bergetar hebat. Jiwaku bagai dicarik-carik.
Begitu keji perbuatan insan yang kononnya diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat.
Sungguh celaka dan bagsat sekali perbuatan mereka!


____________________________________________________________________


Surat Fatimah Gemparkan Kota Baghdad ...


Fatimah adalah seorang saudara perempuan kepada seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, dan berasal dari sebuah keluarga yang terkenal dengan kebaikan dan ketaqwaannya.

Suatu hari, pasukan AS menyerbu rumahnya dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun kerana mereka tidak dapat menjumpai saudaranya itu, maka pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan tentera-tentera AS. Segera surat ini tersebar dan menggemparkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq.

Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut;



Bismillahirrahmanir rahiim. 

"Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him." [Qur'an, Surah 112, al-Ikhlas]

Saya menulis surah Al-Ikhlas ini kerana mempunyai makna yang mendalam bagi saya, 
dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman. 

Saudaraku mujahidin di jalan Allah, apa yang dapat kukatakan padamu? 
Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami. Allahu Akbar! 
Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.

Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah seorang daripada kami untuk melempiaskan nafsu syaitannya. Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami kerana takut kepada Allah. 
Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah satu perbuatan dosa besar di sisi Allah. 
Takutlah pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb. 

Saya saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. 
Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk solat. 
Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah membunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. 
Salah seorang tentera memukulnya di dada dan peha setelah memperkosanya, lalu menyeksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, kerana dia sudah tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya.
Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirhat dalam damai.
Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami
Waa Mu'tasimah!

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Hatta mataa haadzas-sukuut !! Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..
Entah berapa lagi akan segera menyusul. Kelmarin, hari ini dan esok, begitulah seterusnya..

Ya Rabb nasyku ilaika da’fa quwwatina Wa qillata hiilatina Allahumman-shurna nashran adziima Allahuma ‘alaika bil haaulal-kuffar Allahuma ‘alaika biman adzaal-muslimin.

Wajazaakallahu khairan

_____________________________________________________________

Dan aku tak tahu apa khabar Fatimah sekarang ni. Masih hidup atau telah mati?
Apa jua keadaan 13 wanita itu sekarang ni, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Semoga mereka bersama para solehin. Amiin..

p/s: jika ada sesiapa yang berniat/telah memperkenankan niat dengan menciplak/copy dan simpan gambar-gambar aku yang ada dalam blog ni (kecuali gambar milik googletanpa pengetahuanku, sila minta izin terlebih dahulu. Kalau tiba-tiba tangan korang ter-patah ke... aku tak jamin haa... Haram tahu ambil hak orang tanpa izin?? Tak belajar agama ke? Grr...

Khamis, 23 Jun 2011

Maaf. Kemaafan. Memaafi.


Korang tahu tak macam mana aku boleh dapat topik-topik untuk aku tulis dalam blog ni?
Bergantung. Kadang-kadang masa tengah mandi dalam bilik air pun aku boleh terfikir,
time nak tidur pun boleh, time tengah pujuk-pujuk Uzair pun muncul juga idea yang kadang-kadang bernas dan kadang-kadang tak ni. Muehehe.


Jadi entah macam mana hari ni masa tengah gosok gigi tadi, aku terfikir pasal perkataan M-A-A-F ini.


Definisi maaf mengikut kamus hidup aku ialah apabila kita melakukan kesalahan pada seseorang individu atau kepada sesuatu organisasi (organisma pun boleh), tak kisahlah sama ada kesalahan itu besar atau kecil tapi kalau dah namanya kita ini yang lakukan kesalahan tu terlebih dahulu (cari pasallah senang cerita) kita di-WAJIB-kan 
untuk memohon kemaafan supaya kalau kau mati nanti nyawa kau takdelah liat nak keluar daripada jasad (OMA! Aku dah sebut pasal mati!)


Bagi orang macam aku ni, aku susah sikit nak lafaz perkataan maaf melainkan jika aku benar-benar bersalah, baru aku reti gunakan perkataan ni. Kalau aku tak salah tapi orang tunding-tunding jari, fitnah-fitnah dan tuduh-tuduh yang aku ni bersalah. Sori derr... gua tak layan.
Sampai bila-bila pun aku takkan minta maaf benda yang aku tak buat malah aku lagi suka berdoa (sebab doa orang-orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan) hidup orang yang suka tunding jari, pemfitnah, penuduh dan yang suka cari pasal ni takkan aman sebab berperangai KEJI macam tu.
(Ek eh, tiba-tiba aku rasa aku ni jahat pulak! Kan lagi baik kalau orang buat jahat kat kau, kau buat baik kat orang. Biasalah, ego kena ada beb... kalau tak nanti senang je orang nak kencing kau... grr... dah selalu kena sampai dah tak larat untuk mengaku kalah T___T dan terbukti sunnah Nabi S.A.W yang satu ni susah benar aku nak ikut.. haila..)


Aku ni (adik-beradik kandung aku yang lain pun sama) jenis yang kalau orang tak cari pasal dengan aku, aku ok je. On je. Apadehal kan... Aku masih waras untuk nak cari pasal dengan orang.
Selalunya orang yang suka cari pasal secara tiba-tiba dengan orang ni dia ada sejenis penyakit jiwa.
Bila dah mula orang cari pasal dengan aku, ok, mula-mula aku sabar.
Tengok je sejauh mana dia boleh pergi.
Bila dah macam-macam hal yang dia buat, aku akan tegur tapi bergantung pada jenis orang jugalah.
Kalau orang tu jenis yang aku tegur pun memang tak faham bahasa, aku akan blah je.
Lepas tu tak payahlah gatal-gatal hidung tak mancung pipi tersorong-sorong cari aku konon rasa bersalah, konon aku ni yang salah faham dan sebagainya. Memang taklah aku nak layan.
Kalau aku buat macam tu (blah macam tu je) maknanya orang tu tak perlu nak minta maaf dekat aku, anggap je aku memang dah maafkan. Tapi kalau dia still 'jual' nama aku untuk tarik perhatian... hmm memang kau minta maaf dekat Tuhan lebih baik kottt. 
Tu pun aku dengar Tuhan takkan maafkan dosa manusia sesama manusia melainkan manusia yang dia dah buat salah tu maafkan dia. So paham-pahamlah maksud aku ni kan.


Memanglah kat dunia ni bermacam-macam jenis manusia kita akan jumpa.
Sebab itulah Allah suruh berta'aruf supaya saling kenal mengenali.
Yelah, kalau kau tak kenal dia, macam mana kau boleh tahu dia tu baik ke jahat, kan?
Macam mana kau boleh tahu dia tu betul-betul nak kawan dengan kau atau sekadar nak ambil kesempatan semata-mata, kan?

Aku sangat pelik dengan orang yang kerap sangat minta maaf ni mungkin kerana perangai aku bukan macam tu. Aku ni susah nak minta maaf tapi sekali aku minta maaf, itu tandanya aku akan cuba sedaya upaya untuk TIDAK MENGULANGI kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Yang aku paling menyampah, bila buat salah kemudian minta maaf, bila dah maafkan, dia buat lagi dan lagi dan lagi kesalahan yang sama. Arghhh! Menjengkelkan ok!
Dan itulah bagi aku sejijik-jijik manusia sebab bagi dia perkataan maaf tu dah macam takde erti dalam kehidupan.
Simpati harus diberikan pada orang-orang yang macam tu.


Antara memaafkan dan memaafi.


Memaafkan itu maksudnya orang minta maaf pada kita, dan kita beri maaf pada orang.
Memaafi pula kita, kita yang minta maaf pada orang dan orang tu memaafkan kita. Saling memaafkan.


Antara dua maksud ini, aku lagi suka memaafi. Aku sendiri yang minta maaf dan aku akan pastikan orang tu betul-betul memaafkan aku, baru aku puas hati.
Baru rasa rahmat Allah berada di mana-mana. Betul. Tak percaya, kalau korang ada buat salah dekat orang, then korang minta maaf pada dia dan dia pun maafkan korang mesti hati korang berbunga-bunga je rasa. Besttt je hidup *sambil tarik nafas dan senyum*.


Tapi pernah je aku jumpa orang yang suka cari pasal dengan orang lain kemudian dengan angkuh berkata, " saya dah halalkan dah semua kesalahan dia pada saya" 
What the fuuu?? Apalah salahnya kalau cakap, "saya minta maaf kalau-kalau saya ada buat salah tapi saya dah maafkan dia." haaa kan lega orang yang dengar tu. Takdelah sia-sia je ayat what the fuuu tu kena setepek kat muka kau. Atoiii.


Dari situ je korang dah boleh nampak orang macam ni suka bawa kebaikan pada orang atau suka bawa 'penyakit' dalam hidup orang lain. Sebab seorang yang berhati mulia akan saling memaafi. Bukan dengan senang hati je meluahkan kata yang macam tu.
Kalau korang jumpa orang yang jenis macam tu, janganlah korang jadikan dia kawan.
Takut dengan korang-korang sekali dia 'makan'... Muahaha.


Jadi hari ini, kalau korang ada buat salah pada sesiapa dan korang rasa kesalahan tu korang takkan ulangi lagi dikemudian hari, silalah minta maaf.
Kot esok lusa Tuhan jemput kita, kan dah tak sempat nak minta maaf. (ok cakap pasal mati lagi)


Dan hari ni aku nak minta maaf pada semua orang yang pernah terasa dengan aku, yang jealous dengan aku (yang ni aku yakin ada.. kehkeh). Dan apa-apa ajelah yang memang aku tak terniat pun untuk buatkan kalian terasa hati. Kalau ada pun mungkin sebab kalian pun ada buat sesuatu yang benar-benar melukakan hati aku... Hoho. Pedendam rupanya aku ni. 


Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...



Rabu, 22 Jun 2011

Wordless Wednesday #3 - Malaysia Got Talent








Selasa, 21 Jun 2011

I L♥VE SHAWL CONTEST



Yeayyy buat kali kedua nak join contest lagi!
Yup, aku bab contest ni memang memilih sikit. 
Bukan pilih hadiah tapi pilih jenis contest.
Kalau contest macam ni, iya dehh gue suka!


Ini gambar masa Widad bertunang tempoh hari.
Suka pakai shawl tapi tak banyak gambar secara solo, 
jadi hentam saja pertaruhkan gambar ni.

Sesiapa yang berminat nak join dan memang giller dengan shawl, 
bolehlah join dan klik je banner kat bawah ni untuk tahu syarat-syarat peraduan.
Gudluck! ^__^


Aku tag Cik Najihah untuk join contest ni.
Aku kenal dia sebagai sahabat blogger dan aku tengok dia ni pun gila shawl gak.
Jadi Cik Najihah, anda dipilih!




Checklist:
1. upload pic pakai shawl - done!
2. Buat satu entry tentang contest ini , copy banner dan link kan - done!
3. Like Page IDMA TEXTILE di Facebook - done!
4. Tag 1 orang rakan - Cik Najihah - done!
5. Tinggalkan link di entry contest - done!

Betapa BERMASALAHnya masyarakat Melayu nih!


Entah ye, tiba-tiba pula perkara ni melintas di kepala otak.
Dia melintas macam mana? Macam pengguna lalulintas itulah. Tengok kanan, tengok kiri, mari kita melintas!
Macam tu lah! 

Tak lawak ok -__-"

Dahlah, aku pun sebenarnya bukan ada mood sangat nak buat entri ni.
Saja je nak jawab soalan status kat bukuwajah tu, kan dia suka tanya;
"What's on your mind? Apa yang ada dalam kepala otak anda?"
Maka aku rasa aku perlu jawablah soalan ni.
Kenapa tak jawab kat bukuwajah je? Sebab status tu tak boleh taip panjang-panjang.
Alasan yang bernas, kan? Heh he *tangan kat bahu, mata juling ke atas*.



Di antara soalan dan spekulasi yang orang suka buat dan buat-buat suka
tapi paaaaling aku tak suka walaupun kadang-kadang tersuka secara automatik *annoying!*


Jilid 1 - Ketika Bujang (duda/janda tak masuk senarai. Maaf)

- "Eh, bila awak nak kahwin ni? Teringin nak makan nasi minyak awak." Ayat biasa dengar sampai dah lali.
- "Takde calon ke... atau memang tak laku? Sian..." ayat sentap wehhh. Tapi cool je sebab diri kita je yang tahu kita ni laku ke tak. Lalala. See the leg lah, bhai... kuikui
- "Apa? Taknak kahwin? Ehhh keturunan kita takde yang andartu dan andalusia tahu!" ayat celaka. Jodoh bukan kau yang tentukanlah. &%$#@ << lagi sekali nak tegaskan ini bukan ayat carutan.
- "Muka cantik/kacak pun tak guna kalau tak kahwin". Serius aku tak sangka akan ada juga orang yang akan tuturkan ayat ni pada orang bujang macam kami *ehem, kami tuu... ahaks!*
Apa? Ingat kahwin tu sekadar untuk melempiaskan nafsu aje ke? 
Orang Melayu suka berfikiran macam tu.
"Rugi weh tak kahwin... tak dapat rasa nikmat malam petama... & yada...yada..yada.."
Kahwin semata-mata kerana nak lepaskan nafsu pun tak guna beb...
Sekali bergaduh, satu dunia ni juga kau nak kasi tahu. Annoying.
Lagi satu, orang berduit bolehlah kot nak cerita pasal kahwin ni.
Kahwin pun mak bapak yang keluar duit. Orang yang takde duit, kena kumpul duit dulu.
Takde duit, tak boleh jalan derr. Kang takkan kau nak bagi anak orang makan pasir, tak pun merempat tepi jalan, kan? Ce fikir. Ce fikir.

Jilid 2 - Sudah Berkahwin

- " Dah ada 'isi' ke belum ni? Lambatnyaaa... mengidam tau nak tengok muka baby." Sambil gelak-gelak manja. Padahal orang yang ditanya tu baru je sebulan melangsung. Kalau tak sabar sangat, pergi buat anak sendirilah.
- " Haaa itulah, siapa yang gatal-gatal nak kahwin dulu? Sekarang padanlah muka." Tempelak makcik Senah (bukan nama sebenar) pada anak saudaranya Nagihah (bukan nama sebenar juga) sebab bergaduh dengan lakinya si Payid (bukan juga bernama sebenar) pasal lelaki tu curang. Pfttt. Time belum kahwin sibuk je kau tanya bila nak kahwin. 
Lepas dah kahwin sibuk pula salah-salahkan orang.
- " Cuba kau rasa, siapa sebenarnya yang mandul. Bini or laki dia? Aku rasa laki dialah.. & yada... yada... yada..." Mengumpat belakang-belakang. Kalau tak tahu, jangan buat spekulasi. Kalau dah tahu siapa yang bermasalah pun diam-diam jela. Asal diorang dah kahwin. Kau hado? Annoying.

Jilid 3 - Setelah ada anak. Akhirnyaaa *dengan muka penuh syahdu sebab ada keturunan*

- "Alololo comeynyaaa... Bila nak tambah lagi?" Erk. Baby tu baru umur sehari kau dah tanya pada tuan punya badan bila nak tambah lagi? Gelojoh ke apa kau ni?
- " Ada anak pun kalau tak guna, baik tak payah ada anak!" Marah mak cik Pe'ah @ Misi Betty (bukan nama sebenar) kepada jiran sebelah yang mempunyai anak teruna yang suka merempit. Bukan salah mak bapak sebab tak pandai mendidik tapi sebab si anak terlalu mengagung-agungkan kehandalan 'sahabat sejati' di atas jalan raya, langsung terikut menjadi pelesit kota.
Padahal sebelum orang tu ada anak, dia juga yang yo yo o je bertanya bila jiran sebelah rumah nak ada anak.

Eiii... aku tak pahamlah dengan masyarakat Melayu ni.
Suka sangat bagi tekanan pada kaum sendiri.

Bila orang tu takde, kau suruh adakan. Bila dah ada, kau suruh adakan lagi, tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi (sampai orang tu mampus).
Kompelin itu ini.
Apa ke-hell weh. Agak-agaklah...

Stress aku jadi orang Melayu ni! Grrr...

Situasi di atas adalah kisah benar dan bukan rekaan. 
Persoalannya, "Adakah orang Melayu memang dilahirkan untuk menjaga tepi kain orang lain sehingga mengabaikan tepi kain sendiri??"
Jaga tepi kain orang tak salah. Nabi pun ada pesan supaya kita ni jadi manusia yang suka mengambil berat akan saudara seagama tapi kalau dah terlebih-lebih, tak ke menjengkelkan namanya tu?
Yelah, tiap-tiap kali jumpa asyik buat orang sentap. 
Sentap mak, nokkk~
Ya, silalah anda fikir-fikirkan dan renung-renungkan kot-kot anda salah seorang daripada kategori di atas.

Sekian dari Edisi Khas yang tak best ini.

Hati gua terluka beb dengan kata-katamu... Sob sob sob.

Ahad, 19 Jun 2011

Gendang gendut tali kecapi ^__^



Amboiii senang hati nampak diriku hari ni. Ececece...


Ok-lah, aku mengaku hari ni aku gembira.
Gembira sangat! Rasa macam nak menari sambil bernyanyi lagu riang pula. Eceh!


Perkara pertama yang buat aku gembira ialah kawan sekolah lama aku; Manisa - datang rumah.
Konon nak tempah baju untuk mak dia je.
Aku bajet dia datang sekejap jelah, sekadar nak hantar baju je kan...
Diorang datang dalam pukul 3 petang tadi.


"Eh, ni anak akak kau tu eh?" Tanya dia padahal depan-depan mata dia akak aku tengah duduk sambil pangku Uzair.
"A'ah, cucu sulung tu... kau jangan main-main. Hahah." Ya, cucu sulunglah selalunya yang paaaaling disayangi, dikasihi, termasuk kadang-kadang itulah juga mangsa buli kena gomol anyonyonyo (pinjam ayat sweet Fatin Liyana) sampai menangis sebab kerimasan terlampau.
Siap pandai pula tu dia dukung Aidid Uzair. Boleh jadi mak dah tu... *lupa pula nak cakap macam ni kat dia*.


Sekali dah borak, melaut sampai ke mana-mana topik entah.
Mak dia borak dengan ummi aku, aku pula borak dengan dia.
Tak henti-henti. Ada je cerita. Kih kih kih.
Tiba-tiba terasa kembali ke zaman sekolah dulu.
Hadoiii lah... macam-macam cerita. Cerita 6,7 tahun lepas semua terungkit.
Benda yang aku tak tahu semua dia cerita dan aku dengar jelah.
Bak kata mak dia, "kalau dah namanya perempuan, semua nak dikisahkan." He he he.


Padahal Manisa dengan mak dia tu baru je pertama kali jumpa mak aku.
Sebelum ni, adik-beradik aku yang lain pernahlah dia jumpa sebab adik dia kawan dengan adik aku juga.
Tapi biasalah, ummi tu kan ramah... Sekali jumpa orang pun dia dah boleh masuk sampai aku dengan kakak selalu pesan-pesan pada ummi jangan terlalu bersangka baik sangat dengan orang, takut ada diantaranya tu gunting dalam lipatan.
Tadi aku tengok ummi borak dengan mak Manisa bukan main lagi tapi nampaklah mak aku memang kalah dengan mak Manisa sebab mak Manisa tu double lebih ramah daripada ummi aku. Seronok je dengar mak dia borak cerita pasal keluarga semua. Teringat kat Cik Zah - ummi Angah, ramah macam tu lah :)


Lama juga berborak sampai nak masuk asar baru diorang balik.
Best woohh borak-borak cerita pasal kawan-kawan sekolah.
Cerita pasal kahwin.
Ya, siap kena syarah lagi kitorang berdua dengan mak Manisa.
" Orang tua ni kalau boleh nak tengok anak-anak kahwin sebelum tutup mata. Sekurang-kurangnya kalau dah nampak depan mata, lega sikit anak tu dah kahwin," bebel mak dia.
"Entah, kau ni Manisa.. sian mak kau." Balas aku.
"Ek eh, aku pula. Bukan mak aku cakap kat kau ke?" Hahaha selamba je kan orang tua berpesan kitorang main-main macam tu? Habis, takkan nak jawab esok lusa akan kahwin?
Calon pun tak nampak batang hidung. 
Cuma yang paaaling aku takut dan selalu aku berdoa, aku takkan rampas hak orang.
Itulah janji aku pada diri aku. Cukuplah apa yang aku pernah nampak. 
Dah rampas laki orang, buat hak pula. Lepas tu kucar-kacirkan hidup orang. 
What the fuuu sungguhlah...


Yang keduanya, setelah beberapa bulan aku mengidam nak makan laksa yang dimasak oleh ummi/mak lang sebab laksa kedua-dua insan ni je yang terbaik bagi aku (bagi aku lah, bagi kau orang aku tak tahu. Gasak ah! Ini perut aku, bukan perut kau :P), akhirnya hari ini impian tu tercapai. Owhhh sungguh syahdunya rasa jiwa :')
Last laksa yang aku makan pun aku dapat makan sepinggan je sebab ummi buat sikit sangat (banyak sebenarnya tapi untuk orang yang hantu laksa macam aku, benda tu nampak sikit... ngee), jadi kononnya hari ini ialah hari pembalasan dendam! Yey yeahhh! *nada rock Bandi Amuk dah keluar dah*.


"Nanti kuah dia buat penuh satu periuk," pesan aku pada Mak Lang yang sedang perah isi ikan dalam periuk untuk buat kuah laksa.
"Yela. Kalau kuah cair jangan kompelin." Ujar Mak Lang. Kehkehkeh << si hantu laksa terkekeh-kekeh ketawa. Tak kelakar punnn -__-"




Laksa Utara ehsan google sebab tak sempat nak tangkap gambar, laksa dah habis dulu.. kahkahkah



Maka nak dijadikan cerita, hari ini saja EMPAT mangkuk laksa berjaya aku habiskan.
Korang hado?


"Ish... ish... ish... tak boleh bawa pergi majlislah kau ni," tegur Ijah sepupuku yang hampeh.
"Tak, kat mana-mana majlis selalunya laksa dia tak sedap so aku memang tak jamah punyaa.. Don't worry." Ya, itulah dia pengakuan jujur dari aku. Betullah, aku lagi suka laksa yang ummi/mak lang yang buat, kalau selain tu, aku kurenggg sikit.
Sekali jelah aku pernah jumpa laksa yang sedap dijual kat luar (sedap sebab sama rasa dengan masakan dua insan ni), itu pun kat pasar malam area UKM, Bangi masa aku praktikal dulu. Sekarang tak jumpa dah walaupun Kakak, Ipah dan Nisa' cakap laksa kat pasar malam Jalan TAR tu pun sedap dan aku pernah makan 2x tapi takdelah 
se-ummppph yang ummi/mak lang masak. Hmmm...
Nak tak nak kena menuntut resepi juga ni *niat yang tak berapa nak best*.


p/s: malam ni mesti mimpi laksa lagi sebab laksa dah habis dan ketika menaip entri ni pun perut aku masih penuh dengan laksa... thihihi.


Owhhh sebelum terlupa, Selamat Hari Bapa untuk my Walid! 
Kaulah Hero ku... :)


p.p/s: drama Stanza Cinta yang episod pertamanya bermula jam 9 malam tadi di tv3, tak sama dengan cerita novel. Lari sikit. Kalau tahu, tak mahu aku baca novel dia yang skema itu, baik tengok drama je. Huhu.

Jumaat, 17 Jun 2011

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel




Nak lagi feel, korang mainkan lagu ni sambil baca :)



Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha
yang dirasakan sia-sia,
Allah tahu betapa kuatnya engkau telah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung airmata mu.

Jika kau fikir hidupmu seperti menunggu sesuatu
dan waktu seperti berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu untuk berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau berasa tertekan,
Allah dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
ketahuilah bahawa 
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberimu rahmatNya.

Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah sedang tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu
dan memanggilmu dengan namamu.

Ingatlah bahawa walau di mana pun kau berada
atau ke mana pun kau menghadap,
Allah subhanahu wa taala Maha Mengetahui dan Maha Mendengar "


Kita ini manusia yang lebih cintakan ciptaanNYA berbanding Pencipta ciptaan itu sendiri.
Kita mencintai kekasih hati lebih daripada mencintai DIA, mencintai harta lebih daripada mencintai DIA, dan lebih mencintai dunia yang sementara berbanding mencintai akhirat yang kekal abadi. Sadis!


"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati ini dengan agamaMu dan mengingatiMu. Ya Allah, bantulah diri ini yang lemah supaya selalu mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amal ibadah kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. 
Jadikan di belakangku cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya...Ameen"




p/s: ketika aku menaip ini, Uzair baru tidur selepas menangis selama hampir 45 minit. Kembung perut. Kesian pula aku tengok. Kadang-kadang geram bila dia melalak-lalak gitu tapi sebenarnya sedih... sob sob sob.

Ikut via FB