Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 25 September 2012

Lazuardi - Nasz


Dari hari tu nak review pasal novel ni tapi ada aje halangan. Jadi hari ni lah kot masa yang sesuai.
Aku habis baca novel ni minggu lepas dan kalau nak tahu inilah antara novel pertama yang aku beli secara online! Yeayy! Walaupun mula-mula nak beli tu macam terbangang-bangang sikit tapi akhirnya boleh juga transfer duit dengan jayanya! *clap clap*

Sinopsis:



Anaz Shahirah sering diperlakukan seperti anak tiri. Walaupun dia ada adik perempuan tapi semua kerja dia sorang je yang kena buat termasuk memasak dan kemas rumah. Dah macam suri rumah merangkap orang gaji dah aku tengok watak Anaz ni. Tapi dia tak kisah, dah lali diperlakukan begitu.
Dia ada dua orang adik tiri (lain bapak) iaitu Lily dan Nueq. Lily yang bongsu. Tingkatan 4, muda setahun dari Nueq & Shark. Sampai ke sudah aku tak tahu nama penuh si Nueq ni. Mungkin Anuar tapi sebab pelat jadilah Nueq. Eh?? Pepandai aku je. Hahah.
Nueq pulak kawan baik dengan Shark sampai apa yang Anaz buat semua dia sampaikan pada Shark. Whoaa!

Dan paling best, Anaz ada kawan baik. Odie nama dia. Ok, aku memang suka watak Odie ni, pendengar yang setia sungguhlaa... Untung ada kawan lelaki macam dia, memahami jiwa wanita. Hik hik.
Watak Lily tu pulak gedik tak hingat. Aku ni pun bukan jenis penyabar sangat. Sama macam Anaz tu. Kalau dapat adik perempuan yang suka ngadu-ngadu tu nak je aku lipat-lipat badan dia lepas tu golek-golekkan atas gelongsor. Biar patah riuk. Muahaha. Waaa cerita ni ajar aku berfikir secara kejamla! Kih kih.

" Wei, aku kena pergi kerjalah. Bos aku macam depressed je hari ni, karang lesap duit belanja aku bulan ni" 
- Anaz
" Depressed? Tadi ok je aku nampak." - Odie
" Entah, tiba-tiba aku rasa dia macam dirasuk Tarabas. Walaupun jahat tapi macho, muahaha" - Anaz

Serius, Anaz kalau dengan Odie memang dia jadi diri dia sendiri. Gelak memang tak cover langsung. Lepas makan kadang-kadang selamba je tayang gigi kat Odie tanya ada cili melekat ke tak kat gigi dia.
Si Lily tu pulak tergila-gilakan Shark. Mentang-mentang Shark tu mamat paling hensem, paling macho, paling kaya dan paling segala macam paling tu pasal dia suka gila dengan Shark dah sampai tahap terhegeh-hegeh dah tapi Shark tak layan, Shark lagi suka layan Anaz. Tett! Beza 4 tahun tuuu...

Novel ni ada part sedih, ada part hepi gila. Awal-awal bab memang kau akan me-ghenyih je memanjang, macam orang putus fius kat kepala. Tapi bila sampai part yang Odie tak layan dia pasal dah ada awek, part tu sedih dah. Lagi-lagi bila mak dia pukul dia macam pukul anak patung tak bernyawa tu sampai Shark jela tempat terkahir untuk dia bergantung harap.
Lepas tu part yang buat aku nak gila bila ada pulak wujud watak Ain psiko gila tu! Memang gila yang gila!
Kalau aku jadi Anaz pun aku dek jugak dengan manusia macam tu tapi macam melampau-lampau la watak Ain tu. Sepatutnya ending dia, dia kena masuk wad sakit jiwa, tahu?

Tapi part yang aku tak berapa berkenan bila Anaz sedih je mesti Shark tiba-tiba je muncul, macam chemistry yang dibuat-buat. hoho. Tapi bagi aku novel ni lagi ok daripada novel pertama Nasz, Sweet Sour tu. Aku pun tak ingat kenapa aku tak berkenan dengan Sweet Sour, mungkin sebab nampak macam novel SS, lepas tu jalan cerita aku tak boleh terima. Kalau aku remaja lagi mungkin aku boleh terima kot novel macam tu. Hihu.. 
Tapi novel ni aku suka. Walaupun jalan ceritanya bak kata adik aku banyak yang boleh dipertikaikan tapi kalau untuk bacaan santai memang sesuai. 

LEPAS BERTAHUN-TAHUN CITER NI DI PERKASAM..AKHIRNYER KUAR GAK..INGATKAN XKAN SAMPAI BILA-BILA DAH..MUAHHAHAH
TIMER KASIH TUK SUMER YANG BAGI SOKONGAN KAT CITER NI SEBELUM NI..KORANG MMG ADA TAHAP KESABARAN YANG TAHAP DEWA GAK SEBENARNYA SBB TUNGGU CITER NI BERKURUN-KURUN..HARAP-HARAP CITER NI BOLEH DI BACA LAH WALAUPUN AKU NI ADA BANYAK KEKURANGAN DAN HARAP-HARAP GAK TAK ADA ORANG BAKAR KE..CAMPAK KE LAUT KE BUKU AKU NIH SBB AKU TAU AKU BANYAK MERABAN JE KAT DALAM TU..HUHU - http://nasz-h.blogdrive.com/


Haa ayat atas ni aku dapat dari blog Nasz. Memang banyak kekurangan, salah satunya melenyapkan watak Nueq yang rapat dengan Anaz tu secara tiba-tiba dan Lily yang berubah jadi baik seperti ada udang di sebalik batu tu padahal sebenarnya tak de pun @_@
Tapi takdela rasa nak bakar ke, nak campak kat tasik biru tu ke. Hihi. Masih boleh di-promote walaupun aku tak pasti orang yang aku promot tu dia akan suka ke tak novel ni macam yang aku suka ;)

8 bicara tanpa suara:

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

menarik jugak jalan cerita ni.. :)

^^nu[dd]yra^^ berkata...

Br beli ahad lepas....tp x smpat bacer lg...

Fira hilwa berkata...

Sayidah nafisah:
menarik gak la ;)

Nuddyra: selamat menjelajah ke dunia Anaz! ^^

airina berkata...

Phewitttt
Kau buat aku tak sabar nak baca hee ;))

Fira hilwa berkata...

airina: ko pun dah buat aku tak sabar nak bc pasal Wan Adnin n Ahmad Akhtar :D tp sedih sbb blm beli lg :((

Tanpa Nama berkata...

tgah pegang noveltu skunk..gile bestlah !..dh habis bce pun..we want more .

LuVidA^^ berkata...

tgh bace

Hasnul Adin berkata...

baru habis baca :3

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB