Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 16 Julai 2013

7 Ramadhan datang lagi!


Awak tahu tak hari ini hari apa? Hari selasa.. Maknanya dah seminggu kita sambut Ramadhan.. Yeayy! 
Malam ni kita buat terawih dan sahur bersama lagi okay..

Saya janji, saya janji, saya janji akan puasa penuh.. Bukan sehari, bukan dua hari, bukan tiga hari, tapi sebulan..
Melainkan kalau saya dapat 'cuti'.. Melainkan kalau saya sakit.. 


Saya nak nyanyi ni, awak dengar ya?

Ku mengharap, kan Ramadhan, kali ini, penuh makna..
Agar dapat kita tempuhi bersama dgn sempurna..

Sweet tak? Sweet tak? Saya nak buat video, tp takut kena bahan.. k bye!



Hahaha... just copy paste & ubah sikit dari status kawan kat bukuwajah tu.

Pertama-tama nak ucap syukur Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah sebab berjumpa lagi Ramadhan tahun ni. Aduhh orang banyak dosa macam aku ni rasa macam belum layak je nak pergi temui DIA. Tapi iyalah macam lagu M.Nasir, "oo Sang Algojo, oo nanti dulu.." Kau hengat bila malaikat pencabut nyawa datang kau boleh nak cakap macam tu ke? Nak minta dia suruh tunggu dulu ke? Memang tak lah kan... Sebab bila ajal tu tiba ia takkan lambat seminit mahupun cepat seminit...

Sebelum ramadhan tiba, aku dikejutkan dengan beberapa kematian. Oh, Sang Algojo telah menjalankan tugasnya dalam senyap... Dalam masa sehari, TIGA (3) kematian berlaku. Membuatkan aku mula takut. Takut-takut esok lusa giliranku pula. Sekarang ni pun asal tidur malam je (selalu tidur dalam jam 2,3 pagi ke atas) mesti macam ada orang kejut & buatkan aku terbangun. So bila terjaga tu dok terbayang Malaikat Izrail yang datang nak tunjuk muka dia. Then terus istighfar banyak-banyak. Kurang-kurang kalau sang algojo tu nak tarik nyawa aku pun ada gak nama Allah yang aku sebut << bajet sungguh, padahal bila maut tu tiba entah aku sempat nak sebut ke tak nama Allah.. Astaghfirullahal azim...

Dan alhamdulillah setakat ni belum tinggal lagi solat isyak & terawih berjemaah. Hari sabtu tu buka puasa dekat rumah Nek Nyang (moyang) pun Cik Adi jadi imam solat terawih... Kadang-kadang ada je rasa sedih kot-kot kalau Cik Adi 'pergi dulu' dari kitorang entah macam mana keluarga ni bakal digerakkan dengan amalan-amalan macam ni? Sebab selalu adik beradik ummi yang jadi tulang belakang hal-hal agama ni Cik Adi lah tonggak utamanya.. Moga Cik Adi sentiasa dipanjangkan umur & diberi kesihatan yang baik. Aameen ;)

Cuma kelmarin terpaksa tinggal solat terawih berjemaah, tu pun dah rasa tak best sangat dah. Dah rasa ramadhan tu pergi gitu je. Betullah, salah satu yang menghidupkan ramadhan tu solat terawih. Ramadhan sebelum-sebelum ni boleh kira je berapa kali pergi solat isyak terawih kat surau tu. Rasa tak lebih dari 5x kut. Busy kan... Ni pun busy jugak tapi kena juga rebut peluang ni. Takut-takut tahun akan datang dah tak sempat nak rasa semua ni.

Sebelum ni aku bukanlah orang yang rajin bersosial dengan jiran-jiran ni. Melainkan yang dekat-dekat. Ummi je yang rajin beramah-mesra, bertegur-sapa dengan semua orang. Jadi bila datang surau, kalau tak pada Nisa' mesti pada aku orang akan tanya "mak mana?" Lagi kalau yang tanya tu kitorang tak pernah nampak muka. Tak kenal. Rupanya barulah tahu orang kat sini memang kenal je kitorang (anak-anak ummi yang dok jadi pingitan sangat ni.. kihkih). Maka dah nampak kelebihan ramadhan iaitu merapatkan silaturrahim ^^




Ini lagu yang ajar kita cara nak beramal di bulan ramadhan. Harap berterusan ke bulan lain ;)

Gambar yang related sangat dengan lagu ^^

Oklah, akhir kalam, ini aku kongsikan beberapa potong hadis untuk renungan bersama dan moga Allah terima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini. Aameen..
"Bukanlah puasa namanya, hanya sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi puasa yang sebenar ialah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan bercakap kotor (keji), sekiranya ada orang yang memaki hamun kamu atau memperbodohkan kamu, maka katakanlah padanya sesungguhnya aku ini berpuasa".

(Riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

"Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun".
(Riwayat At-Tabrani)

"Allah S.W.T berfirman pada setiap malam Ramadhan bilamana orang yang memohon, Aku akan berikan permohonannya, bilamana orang yang bertaubat, Aku akan terima taubatnya, bilamana orang yang memohon keampunan, Aku akan ampunkannya, dan Allah akan membebaskan pada setiap malam ramadhan beribu-ribu penghuni dari api neraka yang telah ditentukan mendapat azab". 

(Riwayat Al-Muwatta')

3 bicara tanpa suara:

iyka zulaika berkata...

macam comel je. haha

aMiRaH berkata...

Salam Ramadhan :)

azrul aziz berkata...

assalamualaikum saudari disana, saya muhammad azrul bin abdul aziz disini sesungguhnya ingin memohon maaf di hari terakhir ramadhan 1434 yang berkat dan mulia ini, maafkan saya 0174302950, salam hormat dari saya untuk saudari

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB