Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 16 November 2011

Harmony - Movie



Ahad lepas nampak iklan movie ni keluar di saluran TVAlHijrah.
Sebenarnya, ni ulangan buat kali kedua di stesen yang sama.
Cuma, dulu aku tengok cerita ni dah nak habis, tapi tengok last minute pun sempat jugaklah mengalir sebutir dua ayak mata ni. Hehe :"> *blushing*


Jadi malam tadi, dengan perasaan yang teruja, memang menantikan cerita ni.
Ah, biarlah orang nak cakap aku ni hantu Korea ke hape tapi kalau cerita tu bagus, memang suka saaangat nak tengok. 
- err... cerita My Princess yang tak berapa bagus tu pun kau layan gak, pehal??
+ eh, siapa kata cerita My Princess tu tak bagus? Baguslah untuk perkembangan ilusi + imaginasi. Ngaaa.... haha


Sinopsis:


Kisah ini berkisar tentang kehidupan banduan di Penjara Wanita Cheongju, Korea.
Jeong Hye didapati bersalah kerana membunuh suaminya tanpa niat kerana suaminya suka mendera fizikalnya. Dia dipenjarakan selama 10 tahun.
Dan dia juga melahirkan bayi lelakinya di penjara itu. 


Mengikut undang-undang, anak yang dilahirkan oleh banduan dibenarkan tinggal bersama ibunya sehingga berumur 18 bulan. Selepas itu harus diberikan pada saudara-mara ataupun mencari keluarga angkat. 
Anak yang diberi nama Min Woo itu sangat adorable (eh, terbagi ayat omputih plak).
Comel, bijak dan sangat ceria. Menjadi penghibur bagi banduan di penjara tu. Babak yang aku paling suka masa dia peluk salah seorang banduan yang pernah tolak dia sampai dia terjatuh. Alahai budak tecik ni...
Perghhh comel gilak! Grrr


Min Woo
Dua pegawai penjara yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan banduan-banduan di sini iaitu Pegawai Kong dan Ketua Pegawai Bang.
Yang paling rapat dengan semua banduan ini ialah Pegawai Kong.
Memang baik gila, siap dia layan banduan-banduan ni macam kawan dia sendiri.


Suatu hari tu, Jeong Hye tiba-tiba dapat idea untuk menubuhkan kumpulan koir untuk banduan penjara. Erk. Dahlah suara tak sedap. Kau tak sedar ke anak kau boleh menangis tanpa henti dengar suara kau? Lagi nak buat kumpulan koir. Hoho.


Usul itu ditentang Ketua Bang yang memang jaki betul dengan banduan-banduan dalam ni, mungkin sebab kesemua mereka ditahan kerana kesalahan membunuh.
Tapi cadangan itu disokong oleh Pegawai Kong dan pihak atasan.
Maka wujudlah kumpulan koir yang diberi nama Harmony.
Dan penjara pun berubah menjadi ceria bila ada penghibur macam diorang.
Si kecil Min Woo pun bukan main seronok bila dengar ibunya menyanyi, sebab suara ibu dia dah sedap! Bukan macam sebelum ni asal ibu dia nyanyi je dia menangis sebab tak sanggup dengar suara si ibu yang tak berapa nak sedap dan sumbang mambang itu. Haha.


Dan akhirnya, detik perpisahan antara ibu dan anak pun bermula.
Sedih siakkk... Masa ni lah air mata aku mengalir deras ni. Tak suka betul!
Sampai sakit tekak i taww. Nasib baik tengok berdua; aku dan adik aku yang lelaki. Aku dok depan tv, dia dok belakang sikit. So dia tak nampak aku nangis, aku pun tak nampak dia nangis. Eh, lelaki nangis? Aku agak je dia nangis gak. Sebab babak tu memang sedihhh... Sedih! Terbayang aku berada di tempat tu, terpaksa berpisah dengan Uzair. Owh tidak!!!!


Aidid Uzair buat aksi paaling comel!
Sedang anak dia leka bermain, dia tinggalkan si kecil dan tanpa disedari dia sebenarnya berselisih dengan ibu angkat si anak.
Sampai pintu keluar, Jeong Hye berlari ke arah anak yang ditinggalkan.
Nampaklah budak tu menangis sekuat-kuat hati dan mencari-cari si ibu.
Huuu.. sedihhhhh

Kerana kerinduan pada si anak membuatkan dia demam.
Tapi sahabat di sisi tak pernah meninggalkan dia, akhirnya dia kembali semula berlatih koir seperti biasa.
Dan setelah 4 tahun menjadi ahli kumpulan koir dan menghiburkan penghuni penjara, akhirnya mereka dijemput untuk membuat persembahan koir peringkat kebangsaan di Seoul.
Dan paling best, kaum keluarga juga boleh datang menyaksikan persembahan tersebut dan boleh berjumpa keluarga selepas acara selesai. 



Ingat nak ceritakan kisah ni sampai habis, tapi macam malas pula nak menaip dah.
Cerita ni panjang. Ada ketawa, ada duka, di akhir cerita pun ada kesedihan lain yang datang.. Ohh nangis lagi gua. 

Tapi babak sedih tu serius aku tak suka. Buatkan aku pun ikut nangis. Benci! Nasib baik tak teresak-esak. Kalau tak... memang hari ni dalam sejarah wa cakap lu. Haha. 
Tapi memang sangat sedih lah! Aku tak boleh lah tengok cerita ada kena mengena dengan famili bagai ni. Sensitif tawww... T__T 

Jadi, adakah Jeong Hye akan berjumpa dengan anaknya ketika persembahan tu berlangsung? 
Dan adakah anaknya masih mengenalinya setelah 4 tahun mereka tak jumpa?
Apa pula nasib si tua; Puan Kim, banduan paling senior yang dianggap seperti ibunya sendiri tu? Adakah anak-anak Puan Kim akan maafkan ibu mereka atau membiarkan sahaja si ibu sendirian menanggung rindu pada anak-anak?

Kalau korang nak tonton movie ni, tadi aku search dalam Youtube pun dah ada cerita ni. Siap ada English Subtitle.

Selamat Menonton!
Jangan nangis banyak sangat noh. Nangis sebab kenang dosa takpe.... 
Amboihhh nasihat orang pandai naa...

2 bicara tanpa suara:

IlahAhmad berkata...

bleh bagi link kat youtube x? sbb search td xdpt...
tq

Fira Hilwa berkata...

a'ahla... dh di remove...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB