Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 17 Mac 2010

Cerita hari ini

 

17 Mac 2010 - Pengalaman berharga
  
Aku lihat jam. 9.30 pagi. 'Kalau pakcik bas ni bertolak sekarang, mungkin aku sampai butik sebelum pukul 10, hah sempatlah tu' aku bermonolog dalam diri sambil mata meliar mencari pakcik pemandu bas. Mata aku terarah pada lelaki buta berbangsa Cina yang dah sedia duduk di dalam bas. Hanya dia. Yang lain-lain penumpang semua menunggu diluar bas. Menunggu pemandu bas memberi arahan untuk naik. Aku menyambung bacaan novel 'Diari Bonda' yang dari minggu lepas novel 554 mukasurat tu belum selesai aku khatam. Sejak kembali pulang ke rumah ni, aku baca novel ketika masa lapang je (walaupun masa lapang lebih pada online..hikhikhik).

Bila si pemandu memberi isyarat, baru semua beratur naik (almaklum, semua yang naik bas pagi-pagi gitu kebanyakannya orang dewasa yang sudah berkerjaya jadi proses rebut-merebut memang tak terjadi la). Entah macam mana aku boleh pula terfikir sesuatu ketika pandang lelaki buta tu. 
'Macam mana ye rasanya pimpin orang buta berjalan? Susah tak?' Itulah desis hatiku. Otak aku ni ada masa-masanya suka fikir benda pelik-pelik macam tu. Benda yang orang pandang remeh je, tapi aku suka fikir sampai situ..heheh.
Masa bas tu baru nak gerak keluar simpang, muncul lagi satu bas yang serupa. Rapid 324. Dan tiba-tiba lagi, pemandu bas ni buat u-turn, maknanya dia kembali pada parking asal. Aku paling tak suka benda-benda macam tulah. Orang nak cepat, jadi lambat. Haihhhh...

" Turun, turun. Naik bas lagi satu tu." Si pemandu bas bersuara. Lelaki buta itu pun turut bangun. Si pemandu memegang lengan dia.
Semua orang mula bangun dari tempat duduk masing-masing. *heh, kenapa cerita detail ni?*..*errr entah..saja nak bagi entri ni nampak panjang kot..haha* 

" Aku nak siapa-siapa tolong dia ni bawa pergi bas tu." Pemandu bas merujuk pada lelaki buta. Aku perasan lelaki tua berbangsa Cina seperti sudi berbuat demikian tapi malangnya..
" Lu berdiri situ buat apa, Pek? Turunlah, orang mau turun!" Pemandu bas menegur si Apek tua. Terkocoh-kocoh lelaki tua itu turun. Kesian... Padahal nampak jelas seperti dia ingin membantu lelaki buta tersebut. Salah faham terjadi... Lepas apek tua tu turun, aku ikut belakang.

" Tolong, pimpinkan tangan dia ni," pakcik pemandu bas bercakap padaku. Eh, aku ke? Aku? Ish, takkan aku? Habis tu takkan orang belakang aku kot? Sah-sah mata dia tatap muka aku. Aku segera memegang lengan atas siku lelaki buta tersebut. Betul-betul pada hujung lengan baju kemeja berlengan pendek yang dia pakai. Kalau dia pakai lengan panjang, mungkin aku akan pegang lengan dia je. Tapi sebab lengan pendek, terpaksalah pegang atas siku. Si lelaki buta menurut, meraba-raba tongkat ke arah hadapan. Kejap sungguh aku pegang lengan dia. Aku risau dia terjatuh masa turun. Kalau dia tak terjatuh, mungkin aku kot yang akan jatuh...hahaha..Risau..huhu. 
Sampai di tangga bas yang sepatutnya kitorang naiki, lelaki buta ucap terima kasih. Aku hanya tersenyum, lupa terus yang lelaki tu tak nampak pun senyuman aku...ehek2...

Jadi perasaan aku lepas apa yang aku fikir tu jadi kenyataan, aku rasa macam seronok pula. Senang rupanya pimpin orang buta ni. Walaupun mata tak nampak tapi hati diorang terang. Diorang lebih tahu bahaya yang ada kat depan diorang. Aku sangkakan susah benar ;P Pengalaman berharga ni!


Pengalaman menyakitkan hati

  
Balik tadi, KTM komuter buat hal... Aku sampai komuter Bank Negara pukul 6.30 petang, bajet boleh sampai rumah dalam pukul 7 macam tu. Alih-alih masa turun ke platform aku tergamam. Ramai gila umat manusia. Aduhhh.. Matilah... Tak suka betul ramai-ramai macam tu. Mesti berebut-rebut. Kemudian lelaki dan perempuan tersentuh-sentuhan. Hadoiiii!! Tak sukanya situasi macam tu! Train pertama berhenti sampai Sungai Buloh je, aku tak naik train tu. Memang berebut-rebut semuanya. Aku cari tempat duduk yang lebih selesa sambil sambung baca novel. Orang makin berkurang.

Pukul 7.17 malam baru aku dapat train lain. Aiyooo.. Train sekarang ni tak boleh pakailah. Asyik lewat je, lewat dan lembap =_=' 

Masuk-masuk train, seat sebelah kiri penuh dengan budak-budak takde adab. Bercakap macam diorang punya train. Terpekik terlolong macam orang takde agama, kurang ajar!

" Hai, adik baju biru. Nak duduk ke?" Salah seorang daripada mereka mengusik aku. Yang lain ketawa galak. Aku buat dek. Kalau salah sorang tu adik-adik aku, memang dah lama makan penampar sulung aku. Aku pandang lelaki yang berdiri sebelah aku. Bangsa Cina. Toleh seat sebelah kanan, wanita India. Sungguh, aku malu menjadi Melayu. Eh, aku bukan Melayu. Kenapa harus malu? Susur galur keturunan aku berasal dari Singapura, Indonesia dan Arab Saudi tapi bertemu jodoh di Tanah Melayu. Ayak, dah buka cerita pasal keturunan. Udah-udah le, yang penting dah berapa kurun dah duduk Tanah Melayu, jadinya memang Melayu la. Hmmm.. Malulah tengok budak-budak sekolah bangsa Melayu perangai tak senonoh macam tu. Hodoh betul! Tak lama tu sampai satu lagi stesen, masuklah dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Empat orang tu sekawan. Bila si perempuan berdiri sebelah aku (berdepan dengan mamat-mamat sengal), terus kena usik. Tapi tak sempat sebab salah sorang kawan lelaki si perempuan buat isyarat suruh tukar tempat.
" Kereklah kau... Poyo," ujar lelaki kurang adab tu. Si kawan lelaki memandang mereka yang entah berapa orang tu (mungkin ada dalam 6orang), lama. Kemudian masing-masing ubah topik. Huh, tahu takut. 

Lagi sorang pemuda Melayu yang berdiri tak jauh dari aku, menjeling meluat pada geng-geng tersebut. Agaknya masing-masing malu dengan kewujudan budak-budak tak bermoral dalam komuter tu. Dahlah cakap kuat-kuat, macam nak bagi satu gerabak tu dengar apa yang diorang bualkan. Sampailah aku dapat tahu rupanya diorang semua tu baru lepas melakukan projek besar; bergaduh, membelasah seorang budak. Alahai...aduhai anak bangsaku. Rosak, rosak... Makcik tua yang duduk berdekatan diorang pun aku perhatikan merenung menahan marah. Agaknya dalam hati si tua tu dah mengucap panjang. Budak-budak Melayu zaman sekarang, bukannya boleh ditegur sesuka hati, kelak badan kita sendiri yang binasa. Dahsyat betul dunia akhir zaman. Bila diorang sebut Sungai Serai, 'Laaa sah-sah semua ni junior ex-school aku.' Malu betullll..huhu.

Bila jumpa orang-orang macam tu, selalu aku berangan kalaulah kerajaan buat undang-undang baru, gerabak mana-mana keretapi harus diasingkan antara lelaki dan perempuan kan bagus. Kalau tengok yang meragut pun selalunya lelaki, yang diragut pula kebanyakannya perempuan, mungkin dengan pengasingan macam tu boleh mengurangkan kes ragut, kes tersentuh. Sekurang-kurangnya sensitif sedikit dengan hal-ehwal agama. Halal haramnya dititikberatkan...Kan bagus macam tu...

*Berangan jelah yang aku mampu~

4 bicara tanpa suara:

airina berkata...

budak2 zaman sekarang!
makin moden kita makin teruk gelagat diorang ni!

beb, bukan ktm aje, LRT pun selalu sangat buat hal (-.-)

Fira hilwa berkata...

betul2, bdk zamn skrg yg makin kurg ajar.

aku dr ampang mmg nek LRT jgk tp LRT star ok lg, LRT putra aku xtau lak... cuma train nk ke rawang tu pyh ckit nk dpt. slalu je tlepas.

aku.kenit berkata...

aku suke part ko tolong pakcik buta tu...
aku pon sllu perhatikan gelagat dorang...
dan sangat bersyukur sbb masih ada deria penglihatan kurniaan ALLAH ni.. cukup tabah mereka kan...:)
pasal budak2 zaman skrg.. betul.. mereka amat galak dan kurang adab. tp bile duk pk2 diri sendiri.. mm.. cam sama pon ade.. bile da kumpul ramai2 kawan.. xsedar kite berbual punye la kuat. cume beza nye.. kita budak2 baik... xpukul orang.. huhu~.. mana silapnya ya?

Fira hilwa berkata...

@Nur tu la psl.. silapnya mgkin sbb pngaruh kwn2 kot.. xleh gak nk slhkn parents 100%

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB