Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 10 Jun 2012

Mimpi #1


Minggu ni, setelah Tika, Ija dan Syam (orang terakhir) pergi meninggalkan aku, seringkali deja vu datang 'menyerang' diriku. Pelik, kan?
Definisi Deja Vu (ikut pemahaman aku) ialah apabila sesuatu kejadian yang kita rasa pernah alaminya sebelum ini (selalunya aku alami dalam mimpi) dan kemudian terjadi dalam alam realiti. Jadi, bila perkara tu terjadi, aku akan cakap sendiri dalam hati apa akan jadi seterusnya dan perkara seterusnya yang terjadi tu betul-betul mengikut telahan aku tu. Haaa... bangga jap bila jadi ahli ramal nasib secara tiba-tiba. Keh keh keh.

Deja Vu dalam bahasa Perancis yang membawa maksud "telah melihat". Yang mana perkara yang terjadi ialah benda yang kita pernah alami tapi tak pasti bila dan macam mana ia belaku cuma bila benda tu terjadi secara realiti, kita akan rasa; "eh, aku pernah alamilah benda ni!" Maka, itulah dia DEJA VU!

Macam minggu ni beberapa kali aku ber-deja vu.
Macam malam yang untuk pertama kalinya aku sendirian (tanpa Tika, Syam dan Ija), aku join As & Lily menjahit di bengkel. Dari jam 9 hingga 11.30 malam kitorang kat bengkel. Masa tengah borak-borak dengan mereka itulah aku merasai yang aku pernah mimpi situasi ini!

Dan deja vu seterusnya ialah masa tengah iron baju projek. 
Masa aku mimpi situasi itu dulu (dulu tu bermaksud beberapa tahun lalu), dalam mimpi tu ada seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri berdekatan denganku. Rasa macam pelik mimpi tu, dahlah iron baju di tempat yang sangat-sangat tidak familiar (bukan di rumah sendiri atau di rumah sedara-mara; mungkin di rumah mertua, agakku masa mimpi dulu tu) dan akhirnya minggu lepas mimpi itu terungkai, lelaki yang berdiri sebelah aku ialah Wan sebab dia masa tu tengah cari sesuatu dalam deretan laci yang berada di sebelah tempat iron tu. huhu...

Ok, dah. Tamat tentang deja vu. 
Yang aku mahu cerita mimpi aku malam tadi, dan beberapa malam yang lalu.
Mimpi yang aku rasakan pelik, barangkali.



Mimpi 1
Aku dan seorang kawan perempuan (yang aku tak pasti identitinya) beriringan menuju ke arah lif (tempatnya aku tak tahu di mana, seperti perumahan). Kitorang ingin menuju ke tingkat 4. Ada dua pintu lif. Bila bunyi 'ting!' yang menandakan pintu lif sebelah sini akan terbuka, dia terus menuju ke pintu lif sebelah sana. Aku macam tak faham.
" Sini ajelah," aku mengajak dia sebab malas mahu menunggu lagi. Dia tetap mengelak dan berkeras mahu menunggu pintu lif lagi satu terbuka.
Apabila pintu lif depan aku terbuka, aku mula mahu melangkah masuk dan masih mengajak si sahabat.
" Kalau kau nak, kau naik ajelah dulu. Aku nak tunggu lif yang ini." Dia berkeras. Aku pun malas mahu layan. Mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat begitu.
Masuk aje dalam lif dan pintu lif tertutup, baru aku perasan yang aku hanya berdua dengan seorang lelaki (yang tidak aku kenali juga). Cuma lelaki tu membelakangkan aku. Terus jantung dah lari rentak. Macam mana pula boleh berdua je ni? Aigoo... Rasa menyesal tak ikut kawan tu pun mula melanda. Adeiii.
Masa aku melihat si lelaki, elok aje dia pusing ke depan menghadap pintu lif. Dan dia juga seperti terkejut tengok aku (untuk pengetahuan korang, aku memang tak kenal lelaki tu & tak cam pun muka dia cuma yang aku ingat dia tinggi, kulit cerah, pakai spek, t-shirt putih dan berseluar tracksuit). Itu ajelah yang aku ingat, tapi kalau jumpa depan-depan sekarang ni memang idok ler teman nak cam raut wajah dia...

Kemudian dia mulakan teguran. Ok ajelah cara dia, takdela macam orang nak menggatal ke apa. Tapi yang aku ingat, masa turun lif tu dia bertanya pada aku;
" Kak, saya nak tanya boleh? Apa sebab akak takut nak tinggalkan solat?" Tanya dia. Dalam mimpi ni aku tak tahu umur dia berapa, tapi di awal perbualan memang dia memanggil aku kakak (mungkin sebagai tanda hormat. Wallahua'lam). 
Aku terdiam dengan soalan dia. Terpinga-pinga.
" Saya selalu terbayang azab-azab yang Allah janjikan. Tu je yang buatkan saya takut nak tinggalkan solat." Itu jawapan aku. Jawapan yang aku tak tahu dari mana aku dapat. 
Kemudian dia tersenyum dan berkata, "doakan saya berfikiran seperti akak." 
Dan mimpi itu tamat di situ, bersambung dengan mimpi yang lain. Mimpi seterusnya aku tak ingat lagi. 

Mimpi 2
Mimpi ni baru berlaku malam tadi.
Aku mahu solat. Dah bentangkan sejadah. Tapi sejadah tu asyik bergerak-gerak (tak melekap pada lantai). Beberapa kali aku cuba betulkan ke arah kiblat, sejadah tu tetap juga mahu menyimpang daripada kiblat. Dan akhirnya aku teruskan juga solat tanpa menghiraukan sejadah yang bergerak tak tetap tu. Dan masih juga solat menghadap kiblat yang betul walaupun sejadah dah menyenget.

Dah, itu ajelah mimpi yang aku boleh kongsi setakat ni. Ada lagi satu mimpi yang aku rasakan agak ngeri tapi tak mahu aku ceritakan dalam ni takut aku akan dihadapkan ke mahkamah dunia semata-mata kerana mimpi yang dikira tidak munasabah. Biarlah mimpi tu aku simpan sahaja di dalam hati ;)

Dan harus diingati lagi ini hanyalah MIMPI! Ada maksud tersirat ataupun tidak, hanya Allah je yang tahu.


1 bicara tanpa suara:

Kazen berkata...

kdang2 stiap mimpi yg kite alami tu ada petandanya...ada yg mnunjukkan perkara itu bakal berlaku, ada juga hanya sbgai permainan tido sja...mcm2 :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB