Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 5 Disember 2012

Maafkan kami Gaza & Syria - UAI





derita kita
derita kita menanti..majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa
derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru Yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza.. 

para ibu di negara kita.. derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???
bumi Gaza…2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion..
wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai Gaza
kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan
minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu, isteri-isterimu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci
wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu
wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu melawan segala yang jadi musuh Allah
wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.

1 bicara tanpa suara:

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

semoga allah sentiasa melindungi mereka dan kita semua..amin

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB