Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 22 Februari 2014

Jaga Budak.


Khamis, 13 Feb 2014.

Alkisahnya, malam Selasa tu macam biasa kitorang ber-whatsapp seperti biasa dan tiba-tiba Capik cakap esok tu dia dan Ain ada hal dan takde siapa nak jaga Adam. Automatik pula aku menawarkan diri. Lagi-lagi dah bayangkan dah Uzair mesti suka sebab ada kawan.

Tawaran yang main-main tu tak sangka pula buatkan Ain & Capik tertarik. Hik hik hik.
Tapi nak kata tak serius dengan tawaran tu pun tidak juga... lagi-lagi bila teringat hadith ini;

"Dari Abu Hurairah  dia berkata: Rasulullah  bersabda: “Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat"


Yelah, mudah-mudahan bila kita tolong orang, suatu hari nanti bila kita susah ada pula orang yang Allah hantar untuk tolong kita pula ^_^ hehe. Bahaya ni bila tolong orang harapkan balasan :p Takpe, minta Allah tolong tidaklah sesukar minta ciptaan Dia tolong, kan.. ;)

Hari Rabu tu Ain called tanya aku serius ke nak tolong? Aku jawablah yang aku serius. Lagipun kalau aku tak jaga memang takde siapa lagi kut yang akan jaga Adam. Lagipun baby lagi, baru 2 bulan pun usia dia.


Petang tu lepas Ain call baru teringat yang Uzair tak sihat. Macam kena chicken pox. 
Sampai aku cakap kat Kakak, " apesal kena lagi? Bukan masa dia baby dulu dah pernah kena campak ke?"
Buat check up, doktor pun tak tahu sakit apa. Tapi sebiji macam chicken pox tu cuma bezanya dia tak demam.
Aku dah gelabah dah. Dahlah dah janji dengan orang nak jaga anak orang. Ngaaa... Acane ni? Takut Adam terjangkit!

" Baik bagitahu dia siap-siap," kata Ummi. Meminta aku bagitahu Capik & Ain tentang kondisi Uzair.
" Alaaa... kesianlah. Nanti takde orang nak jaga anak diorang." Balas aku.
" Mana lagi kesian, anak dia berjangkit dan kau kena marah atau bagitahu siap-siap? Kalau jadi apa-apa dia dah tahu dah awal-awal," kata Ummi lagi. Haaa.. jantung dah dup dap dup dap dah.. Rasa cam tak best. Tak best sebab dah janji. Dah JANJI ok!

Then terus whatsapp Capik bagitahu pasal Uzair. Masa tu otak dah rasa tak boleh nak betul sangat kot. Entah ayat cemana aku bagi pun aku tak tahu. Sebab tak nak pula Ain & Capik ingat aku sengaja je bagi alasan tak nak jaga anak dorang. Ngaaa... hahah. Siap bagi idea yang aku duduk rumah Kakak semua. Esoknya tu baru aku sedar idea gila apa aku bagi ni? Aku dengan Adam je kat rumah Kakak? Pastu nak mandikan Adam sah-sah terkial-kial macam hape. Aku bukannya reti mandikan baby pun. Keh keh keh. Tapi memang doalah agar Adam tak terjangkit. 

Esok tu subuh-subuh Ain & Capik sampai.
Bulat je mata Adam. Deyam angat!

Umi & ayah dia dah pergi tu maka bermulalah episod aku sebagai Nanny kepada Adam Syamil. Hoyeah!
Tak pernah ok lepas subuh aku tak tidur (opss!) tapi sebab Adam aku rela berkorban. Hak hak hak.

Umi & ayah dia kata kalau nak tidurkan Adam senang je bagi je susu dan dia tak tidur atas buaian pun. Memang senang. Bila dia tidur aku perasan dia jenis tidur kejap-kejap sebab mulut dia macam nak bernyonyot jadi bila dia dah tidur dan kita tarik botol susu dia akan terjaga. Beriya aku cari puting kat dalam beg Adam kot ada tapi hampa. Hahah. 

Masa Uzair dah datang tu, haa part ni yang best ni.. masa tu aku dan Adam kat dalam bilik. Aku keluar pun sebab Adam dah nangis nak susu tapi aku takut nak bagi susu sebab dah banyak dia minum pun. Aku angkatlah Adam bawa keluar. Uzair yang tengah baring dalam buaian dok terkebil-kebil. Pelik dengar suara baby tiba-tiba. Bila aku tayang Adam kat dia daripada mata dia bulat terus dia tutup mata. Kurang asem!

" Ujai... tengok ni walidah dukung siapa?" Uzair buka mata semula dan bila dia nampak Adam cepat-cepat dia tutup mata balik. Hadoiii... Uzair buat lawak di pagi hari. Jeleslah tu!

Tak lama tu dah bosan dok dalam buaian Uzair turun tapi memang aku larang keras dia dekat dengan Adam. Masa tulah nampak kesiannya anak sedara ceq ni. Siap dia dodoi Adam zikir La ilaha illallah lagi, tu pun dari jauh je. Alalala.. ciannya hang...

" Ujai, nama baby ni apa?"
" Entah," balas dia.
" Ni nama dia Baby Adam." Yelah dalam hidup Uzair tu berapa ramai daa Adam yang datang rumah ni. Anak sepupu aku, Ain tu pun Adam juga. Anak kawan aku, Aju tu pun Adam juga. Dan dua-dua Adam tu Uzair kenal. Jadi bila sebut Adam tak tahula dalam kepala dia ada Adam yang mana satu. Ekekeke.

Bila aku cakap nama Adam tu Baby Adam laju je Uzair cakap,
" Ini... ini..." sambil jari telunjuk mengarah ke arah diri dia sendiri. Ek eh.
" Yang tu Uzair lah." Balas aku.
" Hmmphh.." Terus Uzair tarik muncung. Hahaha. Alahai.. ada hati nak ada gelaran Baby jugak ke Uzair ni? hukhuk.

Bila ke hulu ke hilir aku dengan Adam je, nampak dah cemburu Uzair tu datang. Lagi-lagi bila dia nampak Aidz & ummi pun sibuk dok agah-agah & borak-borak dengan Adam, lagila cemburu dia menjadi-jadi. Asyik nak ajak aku main lawan-lawan padahal dah nampak dah aku tengah bagi Adam susu. Bila Aidz marah sikit menangis pun macam kena dera. Nampak sangat sakit hati dengan kehadiran Adam. Hahah. Lepas tu lagi buat aku geram bila dia sengaja je buka pintu bilik dan jerit kuat-kuat, 

" babai Adam!!!" 

Dahlah Adam baru tidur masa tu. Sabar jelah. Ada adik nanti tak tahulah macam mana.
Minta pinjam buai untuk Adam pun tak bagi.

" Nanti Adam tidur, walidah main dengan Ujai ye.." pesan aku kat dia.
" Ok.." balas Uzair. 

Bila Adam dah mandi, dah tidur aku pun mainlah dengan Uzair. Sukalah dia.
Lama tu aku tanya kat dia,
" Ujai tak nak tidur ke?"
" Nak..."
" Pergi tarik buai," arah aku. Buai Uzair jenis besi ada roda tu. Senang nak tolak ke sana ke mari.
" Tapi... nak tidur dekat titu (situ)," balas Uzair sambil tunjuk bilik di mana tempat Adam sedang beradu.
" Tak bolehlah... Ujai kan sakit. Nanti kena baby sian baby Adam..."
Macam biasa, mulut dia memuncung. Buat muka merajuk. Sian pulak. Huhu.

Tapi memang sampai ke sudah pun aku tak bagi Uzair dekat dengan Adam.
Memang.. faham aje perasaan Uzair tu mesti rasa tersisih sesangat. 
Tapi nampaklah dia sayang Adam juga, kalau tak, takdenya bila tak nampak Adam dia cari-cari, sibuk tanya Adam mana semua.

Ain & Capik balik tu, Uzair lah yang tolong buka pintu rumah sebab masa tu aku tengah bagi Adam susu. Haa Adam ni memang kuat minum susu ye para readers sampai ummi tak bagi dah dia minum susu takut kena 'semput susu'. Ngaaa... apakah itu? Aku pun baru dengar istilah tu masa jaga Adam.

Tapi alhamdulillah... sampai aku menaip ni Adam terhindar daripada terkena jangkitan Uzair. Dan Adam pun selamat dalam jagaan aku. Thihihi. Uzair pun bekas penyakit ala chicken pox dia tu pun baru je nak kering tu. Entah sakit apa.

Maka, Adam tu aku rasa sebagai 'latihan praktikal' buat aku lah untuk menjaga 2 orang baby dalam pertengahan tahun ini, insyaallah.. biiznillah.. 

Terima kasih Ain & Capik sebab bagi peluang untuk aku jaga Adam. Senang je jaga dia. Tak banyak karenah pun cuma terkejut sebab dia banyak minum susu. Whoaa! Hehe.

* aku dah pening nak letak tajuk apa. Belasah je letak tajuk tu. Stress pula fikir tajuk entri kali ni -_-' hahah

p/s: kisah Ain & Capik kahwin ada di [sini].

2 bicara tanpa suara:

siti norsyamsina nordin berkata...

Best nye dpt jaga adam.....kenangan manisss tuuu

Fira Hilwa berkata...

Hehe best gakla syam.. aku kan dah lama xjaga baby mcm kekok2 jugakla. ms mandikan pun umi aku yg ajar. kih3

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB