Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 6 Mac 2017

Ikutkan hati, mati

Untuk tempoh setahun ini kalau ikutkan rasa hati ini mahu saja aku luahkan segala apa yang aku rasa di blog ini. Biar orang faham, biar orang tak salah faham dengan aku, biar orang biarkan aku buat keputusan sendiri dengan aman dan tenteram tanpa perlukan masuk campur daripada sesiapa pun, biar semuanya datang dari hati dan pemerhatian aku sendiri. Untuk buat sebarang keputusan tak mudah, terutama jika berkaitan dengan pasangan hidup. Memang tak mudah. Sangat tak mudah.
Kalau ikutkan, mahu saja aku menggapai tangan sesiapa untuk dihadapkan ke Tok Kadi. Tapi itulah, aku tak mampu buat begitu dengan pejam mata sahaja. Tak. Sebab aku masih ada hati, aku masih ada perasaan. Jika aku tarik sahaja tangan sesiapa tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan aku sendiri bermakna aku dah berlaku zalim kepada jiwaku sendiri. Untuk tempoh setahun ini bermacam² kata nista (jika boleh ku katakan begitu) orang beri pada aku. Macam². Berkata² seolah² memahami aku tapi sebenarnya tak pun. Tak langsung, ok :)) End up dia, aku nangis sorang² bertemankan tilam dan bantal. Sedih weh. Aku nak cerita apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dan aku tak suka dengan apa yang aku nampak dan tahu itu pun aku tak tahu nak cerita pada siapa. Bagi orang lain (termasuk tuan punya badan) benda itu mungkin biasa. Tapi bagi aku benda tu aib. AIB, ok. Haha. Entahlah mungkin aku ni yang skeptikal atau tipikal kot. Bajet alim sangat, terlalu memikirkan akhirat sangat (kononnya). Tapi yang pasti aku TAK SUKA benda tu. Tak suka. Dan tak tahu nak bagitahu macam mana betapa tak sukanya aku dengan benda² gitu. 
Yang aku tahu buat, lepas solat, berteleku atas sejadah dan bercakap² dengan Allah,
"Wahai Allah, hanya Kau yang tahu benda yang aku tak suka tu bukan sebab aku tak suka saja-saja tapi kerana Kau juga tidak menyukai hal itu kan, Allah? Maka tunjukkanlah kami hidayah & jalan menujuMu selalu.. "
Kemudian menderu-derulah airmata aku sebab sungguhlah takde seorang manusia pun yang memahami kita melainkan DIA sebab DIA yang menciptakan kita, kan..
Moga Allah sentiasa ada bersama²ku, membimbing menuju jalan² kebaikan supaya dipertemukan dengan orang² yang baik juga, yang takuttt sangat untuk melakukan dosa, takuttt sangat dengan neraka Allah tu. Moga², kan.. Doakan daku sentiasa ye ;)

1 bicara tanpa suara:

azrul aziz berkata...

Assalamualaikum. Didoakan fira sihat dan sejahtera selalu. InsyaALLAH

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB