Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 9 Februari 2010

Terimalah seadanya



Semalam tengok rancangan Sehati Sejiwa, siaran ulangan kat TV1. Dan artis jemputan dia ialah Wardina Safiyyah dan suami, Ikhwan Johari. Oh, tak sangka dah 8 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Maknanya 8 tahun lepas, masa walimah mereka, time tu kasut aku tercabut. Konon nak bergambar dgn Wardina masa kat pelamin tapi xboleh sebab kasut putus. Spoiled tol! Ingat lagi, on the way balik tu, mak Wardina tegur, dia ingat kaki aku sakit. Haha..Kenangan. Sekarang anak-anak diorang pun dah masuk tiga orang.
Memang seronoklah dengar kisah cinta dia walaupun perkenalan cuma dari alam siber. Banyak tips yang dia bagi. Dan paling tertarik bila dia asyik ulang-ulang bagitahu penonton yang dia bercinta kerana Allah...hihi...suka ayat tu (sebab tu blog ni guna Uhibbukafillah yang bermaksud Aku mencintaimu kerana Allah), sebab ayat ni beri maksud yang mendalam buat aku ;D Memang amat-amat mendalam. Masa aku sakit hati dengan sikap sesetengah kawan yang aku kenali, aku tahu aku sayang mereka. Ya, sayang mereka kerana Allah dan kerana itu aku bertahan walaupun hatiku dah banyak kali disakiti, hanya kerana ayat sakti ni yang buatkan aku mampu tersenyum....
Lagi input yang aku dapat? Wardina siap pesan untuk muda-mudi yang tengah hangat bercinta, jaga syariat. Jangan bersentuhan. Pegang-pegang tangan pun tak boleh. Tapi berapa ramai je yang jaga benda-benda ni? Aku rasa, Wardina je kot yang mampu menahan untuk tidak melakukan aksi ini. Betul! Serius aku cakap, aku siap gelakkan sorang kawan lelaki aku ni pasal dia bagitahu dia pun bercinta macam tu, jaga syariat jugak! Hahaha..Lu buat gua gelak besarlah, bro. Ingat aku percaya ke? Kalau tak sentuh banyak, sentuh sikit-sikit atau dalam erti kata lain, buat-buat sentuh secara tak sengaja pun ada jugak, kan? Mesti ada punya. That's y aku ambil pendekatan untuk tak mahu berkapel (sori, aku melayu-kan ejaan dia). Sebab takut benda-benda macam tu lah. Aku ada matlamat. Orang pertama yang bisa menyentuh aku, sudah tentu orang yang halal bagi aku. Bukan sebarangan orang. Dan bukanlah aku nak riak, atau bangga diri bahawa aku ni baik umpama malaikat. Kalau tak sengaja sentuh, aku boleh terima, tapi kalau dengan sengaja, NO WAY! Tiada maaf bagimu walaupun muka kau sehensem Keanu Reeves sekalipun!

abe keanu ;P

Hmm...Sikap Wardina sama macam aku. Keras kepala! Tapi keras kepala aku berasas. Orang suka salah sangka dengan sikap aku. Orang cakap aku ego. Ego aku tinggi melangit. Pastu ada lak yang cakap aku ni bodoh sombong. Tahu macam mana boleh dapat title ni? Sebab aku tak nak ikut apa yang dia suruh aku lakukan. Hey! Tu pun dikira bodoh sombong ke? Mudah je sebenarnya aku ni. Orang yang tak faham aku memang akan cakap aku macam-macam. Nak bagi aku ikut telunjuk orang membuta tuli, tak kisahlah sama ada yang menghasut aku tu orang yang aku suka ataupun tidak (kalau yang tak suka tu, sah-sahlah buat bazir air liur je bercakap dengan aku kan. Dah sah-sah aku takkan dengar pe yang diorang cuba sampaikan. hoho), kalau salah cara, memang agak susahlah aku nak ikut. Aku jenis orang yang fikir ke depan. Contohnya, kalau aku buat perkara ni, apa natijah yang akan aku perolehi? Mesti benda tu aku fikir. Aku dapat banyak dosa atau banyak pahala? Kalau banyak dosa, kenapa aku harus ikut? Dan kalau orang yang tak faham aku, diorang akan cakap apa je yang diorang nak. So, ada aku kisah? Dulu memanglah aku suka ambil peduli apa yang orang cakap pada aku. Tapi masuk tahun baru ni, umur dah mningkat, angka pun dh berubah jadi azam juga brubah dan harus ditingkatkan. Nak bagi aku ikut cara korang, korang kena cakap sesuatu yang otak aku, fikiran aku dan ajaran yang aku anuti boleh terima (maksudnya benda tu takde melanggar syariat). Tapi susah orang nak paham. Terutama orang lelaki. Ya, aku maksudkan orang tu adalah lelaki. Lelaki-lelaki yang aku kenal memang semua suka bila tengok perempuan dengar cakap diorang. Huh! Gila bongkak tahap cipan! Cakap berapi-api, sekali aku soal benda mudah pun terkial-kial nak menjawab. Orang macam tu ke harus aku ikut? Sudah tentulah tidak! Kemudian aku dikatakan sombong, ego, berlagak. Hahah..hanya ketawa yang aku mampu berikan. Sekejap memuji kemudian mengeji. Aduhhhh..Susah-susah... Dan lagi pesanan Wardina, lelaki yang macam tu harus diketepikan! Sebab cakap berbelit. Yup! Kalau dah xboleh terima kita seadanya, buat apa kita tercongok lagi kat situ? Baik blah!
Dan lagi ayat Wardina yang aku suka "Kalau sayang saya, sayang kerana Allah. Kalau benci saya pun bencilah kerana Allah," ni tak, sekejap macam tu, sekejap macam ni. Adeiiii. Kusut...kusut...
Tapi dalam ramai-ramai artis jemputan untuk rancangan Sehati Sejiwa tu, Wardina lah yang paling best. Suami dia pun cool je. Banyak input yang aku dapat. Betul-betul rasa seolah-olah Wardina telah berjaya merealisasikan impian aku...Betullah orang cakap, hanya satu dalam sejuta je yang dapat apa yang mereka inginkan. Tapi semua orang tak sempurna. Wardina dan suami pun dari cara diorang cerita memang banyak perbezaan mereka, umpama kalau Wardina suka hitam, si suami pulak suka putih. Dan itulah tunjang untuk saling  melengkapi, kalau dua-dua sama je perangai, aku rasa mahu perang dunia meletus lagi..hoho. Sebab kalau aku pun, aku tak mahu lelaki yang sama perangai macam aku. Prinsip macam aku tak apa, perangai terutama yang negatif tu, tak payahlah. Buat sesak otak.

4 bicara tanpa suara:

airina berkata...

cetttt
abe keanu tu hensem r hahaha

lupa la, ko dapat projek pe ni?
mentor-menti?

Fira Ya Hilwa berkata...

well msti r, abe keanu den tu..ekeke
dh pgkat pakcik kot...hihi

xdelah, kursus je. 6bln kt ampang.

Tanpa Nama berkata...

slm fira...search wardina..then tjmpe ur blog..so, dgn x sengaje nye bc la gak.:-)..nice blog..suke tgk especially yg kate2 u paste from i luv islam tu...

Fira Ya Hilwa berkata...

anonymous: thx sbb sudi lalu n baca ;)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB