Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 1 Februari 2010

Dunia yang aku lihat.




Ketawa..Kelakar...Kelakar dengan apa yang aku baca, ketawa dengan apa yang aku lihat.Photobucket
Itulah manusia. Aku tidak menuduh sesiapa. Andaikan saja aku mengata diriku sendiri.
Betullah selalu orang cakap, manusia ni mudah lupa. Atau bak kata Tun Dr Mahathir, melayu mudah lupa. Mudah bangga dengan kejayaan sedikit yang diperolehi.
Kalau boleh mahu satu dunia tahu apa yang telah dikecapi. Aduhaiiii sahabat..aduhaii diriku...
Sejak jadi blogger tak bertauliah ni, aku telah selongkar bermacam-macam jenis blog @ belog (pinjam ayat Hanis ;P). Aku baca penulisan mereka, aku jamah apa yang mereka katakan, aku kulum apa yang cuba disampaikan, aku telan jika ianya baik untuk diriku, aku ludah jika ianya memang layak diperlakukan begitu.
Tapi itulah manusia.. dicipta mempunyai pelbagai ragam, tak sama, berbeza. Tapi ada satu yang sama, sikap RIAK yang berlebihan. Kadang-kadang kita sendiri xsedar yang kita telah berlaku riak. Riak dengan amalan yang kita lakukan, riak dengan rupa yang cantik/hensem, riak dengan blog yang banyak pengikut, riak dengan kehidupan yang mewah, sampai kadang kala apabila ada yang menegur sikap riak itu, orang tu akan disembur malah mungkin akan dimalukan dihadapan yang lain. Tak bolehkah apa yang ditegur itu diambil daripada sudut yang positif? Tak semua kritikan itu membunuh, cuma kita sendiri yang harus muhasabah apa yang kita buat selama ni semuanya betul ataupun tidak. Aku jadi hairan. Hairan dengan manusia yang begitu.
Manusia yang berlagak pandai. Yang rasa dirinya betul dengan segala apa yang dilakukan...

p/s: untuk sahabat handai yang membaca, jika aku ada perangai buruk begini harap ditegur & aku minta maaf jika pernah berkelakuan begitu pada kalian, sesungguhnya aku tidak menyedarinya dan aku juga menyampah & jelik dengan manusia yang bersikap begitu.

2 bicara tanpa suara:

deus X machina berkata...

mmm
mahathir pun kdg2 lupa
=)


erk888.blogspot.com

Fira hilwa berkata...

yup..sbb dia pn melayu jugak...hehe

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB