Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 11 April 2010

Catatan Perjalanan Kem BTN - Hari Kedua

Selasa, 6 April 2010
3.30 pagi
Bangun untuk qiamullail. Pukul 4 lebih baru start buat qiamullail. Masa buat solat hajat, satu je yang aku minta dengan sungguh-sungguh. Semoga Allah mengurniakan aku seseorang yang mampu menerima dan mengajak aku ke arah kebaikan yang lebih baik, tak kisah sama ada orang tu lelaki mahupun perempuan.
Sementara menanti subuh, bibir basah dengan zikrullah.. Mata pula kadang-kadang segar, kadang-kadang layu. Letih belum hilang.. 

7.00 pagi
Berkawad dengan kasut yang tapaknya dah nganga kat depan. Pedulik hape!
Beratur ikut kumpulan. Kak Faezah tiba-tiba macam jadi bestfriend yang dah lama kenal (✿◠‿◠) Oh i'm sorry kak..sebab akak pun kena badi tapak tercabut..kihkihkih

9.15 pagi
Ada sesi pengenalan dengan abang-abang fasilitator. Abang-abang, ok! Sebab memang takde fasi perempuan..
Semua fasi dah ada kat depan. Erk, mata aku tertacap pada seseorang.. Cool. Tengok je boleh, tegur tak boleh. Haram! hehe


" Kau nak fasi mana yang jadi fasi group kau?" Tanya Kak Ida. Dia kumpulan 3, aku pula kumpulan 4. Memang duduk pun sebelah-sebelah je.


Erm... *buat-buat fikir jap, padahal aku rasa aku nak 'dia'* warghhh gatal~ haha. Tapi jawapan paling jujur yang keluar dari bibir aku.


" Nak fasi veteran," senyum. 


Akhirnya masin jugak mulut aku! Dapat fasi veteran; Tuan Haji Hamdan atau beliau lebih mesra dipanggil Abah. Alamak, takde gambar dengan Abah lah... Tak sempat nak tangkap (╥_╥) 
Serius, seronok sangat dapat fasi veteran. Macam-macam cerita boleh kongsi. Cara Abah bercakap memang seperti seorang Abah yang menasihati anak-anaknya. Best wooo.. Orang lain dapat Abang tapi kitorang dapat Abah. Best!(●*∩_∩*●) 
Buat pembentangan tentang logo & bendera kumpulan.
Kemudian buat sesi ta'aruf. Dapatlah kenal dengan lebih rapat ahli-ahli kumpulan. 

1) Abang Zul
  • Asal: Kedah
  • Umur: 30 tahun
  • Status : Berkahwin, mempunyai sepasang cahaya mata (lelaki & perempuan)
  • Lulusan : UMS 
2) Abang Shah (Faizal Tahir versi tak stylo..huhu)
  • Asal: N9 tapi menetap kat Kajang
  • Umur: 29 tahun
  • Status: In a relationship
3) Norman
  • Asal : Kota Tinggi, Johor
  • Umur : 22 tahun
  • Status : Bertunang. Tunang dia pun join BTN tapi kumpulan lain.
  • Insyaallah walimahnya tahun depan.
4) Md Rusok
  • Asal: Kelantan
  • Umur: 24 tahun
  • Status: In a relationship
5) Izhan @ A'an
  • Asal: Selangor
  • Umur: 22 tahun
  • Status: Single available (sebab terlalu pendiam jadi orang pun tak berani nak dekat kot..(◑﹏◐) aku pun xsuka lelaki pendiam. kalau COOL takpe..ahaks!)
6) Hazwani @ Wani
  • Asal: Pulau Pinang
  • Umur: 22 tahun
  • Status: In a Relationship
7) Kak Syawirah
  • Asal: Kedah, menetap di Pulau Pinang
  • Umur: 29 tahun
  • Status: Berkahwin, anak sorang.
8) Azizah (eh, nama umi den ;P)
  • Asal: Kedah
  • Umur: 24 tahun
  • Status: In a relationship
9) Kak Ismah
  • Asal: Selangor tapi menetap kat Kulim
  • Umur: 28 tahun
  • Status: Berkahwin dan mempunyai seorang anak.
10) Kak Faezah
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Umur: 27 tahun
  • Status: In a relationship
Last sekali of coz lah aku... Bila ditanya tentang status & apabila aku menjawab dengan jujur semua ahli kumpulan macam tercengang.

" Dah 24, takde lagi?" tanya Abah. Aku terdiam. Menggeleng je. Tiba-tiba rasa malu. Tiba-tiba rasa macam aku ni orang paling berdosa. Berdosa kerana tiada boyfriend... Erkkkk. Kak Ismah & Kak Syawirah buat muka tak percaya. Kak Faezah pun. Yang lelaki pandang tak berkelip. Malunyaaaaa.

" Masa sekolah dulu cinta monyet-monyet pun tak ada?" Aduhai abah... Udah-udahlah menyoal. Aku rasa macam nak lari nyorok dalam bilik air je. Malu dah...


" Tak minat"


" Tak minat dengan lelaki?" Sudah! Ke situ pulak dah....


Sesi ta'aruf bersambung hingga ke petang...


4.15 petang
Bersiap untuk buat aktiviti. Flying fox beb! Bestnyaaaaa...
Mula-mula tengok orang buat macam best je... Tapi bila nak sampai turn aku, rasa cuak pulak. Risau gayat sebab tanpa sedar aku ni gayat jugak orangnya. Dalam kumpulan 4, aku yang paling last buat flying fox. 
Masa nak pakai benda alah tu (lupa la nama dia), berkumpul 4,5 orang lelaki dekat-dekat dengan aku. Tunggu giliran. Aku ingat diorang tahu nak pakai benda tu. Saja je tanya


" Nak pakai macam spiderman atau superman?" Aku angkat kening. Tau dah dipermainkan. Hampeh~


Sampai atas menara, Pak Baha tunggu. Dia pasangkan segala macam tali dan besi kat kabel.


" Dah ready?" Aku angguk. Wuaaa seram! Kemudian dia jerit bagitahu petugas yang menanti dihujung bahawa aku dah ready.


" Ok, 1,2...


" Jap, jap... belum ready.." Apa la aku ni. Paria betul. Kalau belum ready cakaplah awal-awal. Entah macam mana Pak Baha tolak je aku. Alasannya sebab aku dah ready. Huuu. 


Eh, tak gayatlah! Best. Kat tengah-tengah nak ke hujung tu aku lepaskan tangan dan orang 1st aku nampak tengah pegang tali kabel, Pak Rais. Hoho Remy Ishak Kuala Lipis... Huhu.


6.40 petang
Pegi dewan makan dan bersiap untuk solat maghrib. Lepas maghrib ada belajar tentang pengurusan jenazah. Meremang juga tengok kain kafan semua. Takutnya matiiii...


9.15 malam
Ada LDK, kena buli dengan abang-abang fasi. Alamak, rasa macam dah kembali ke zaman orientasi dulu la.. Tapi yang ni lagi best. Siap tergelak-gelak semua. Abang-abang fasi semua kejam. Paling kejam Abang Seman. Suka psiko orang... *tashuke...tashuke.. Abang yang tu gak yang cool <- macam sure je dia tu pangkat abang, entah-entah sebaya, tak pun muda...huahua..ada aku kesah?


(*) tak suka


11.15 malam
Kumpulan 2,4,6,8,10,12 bersurai balik dorm sebab selesai presentation dengan diperhatikan olen Abang Man (Man ke Mad? Entah...halal je). Kumpulan nombor ganjil (kumpulan Kak Ida) sampai dorm hampir pukul1 pagi...kesian.. Kena buli dengan abang-abang fasi la kot.Pukul 12 aku tidur...

bersambung...

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB