Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 10 April 2010

Catatan Perjalanan Kem BTN - Hari Pertama

Assalamualaikum warahmatullah~ ;)
Syukur alhamdulillah...syukur sangat-sangat aku masih hidup lagi sekarang ni.
7hb April lepas aku hampir-hampir mati lemas. Nak tahu cerita selanjutnya? Baca je. Cuma mungkin entri kali ni panjang sikit. Cerita yang aku kumpul dari 5hb hari tu, memanglah panjang kan.. Aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya. Aku akan berkisah ikut page la ek. Takdelah sakit mata nak baca nanti. Kisah satu hari, aku buat satu muka surat (◕‿-) 

5 hingga 8 April 2010 yang lepas aku diarahkan untuk mengikuti kursus BTN (Biro Tatanegara). Okeh, bila baca ayat diarahkan tu macam terpaksa pergi je kan... Ha ha ha.. Mula-mula dapat surat pemberitahuan tu memang excited gila nak pergi. Rasa macam best je. Lagi-lagi bila Kak Wan dan Kak Ani yang dah pergi sebelum kitorang ni dah cerita best semua. Tu yang excited. Tapi last-last minit tu rasa macam tak excited dah. Mungkin sebab masalah yang terbeban, yang menyakitkan hati, jadi semuanya semakin tawar. Rasa macam tak mahu pergi pun ada. Tapi memang wajib pergi!

Isnin, 5 April 2010
8.15 pagi
Bergegas ke Komuter. Konon nak kejar train pukul 8.30. hmmphh..tak dapek..terlewat 3minit. Terpaksa tunggu train pukul9. Kena berkumpul di Plaza Sentral (bersebelahan dengan KL Sentral)

9.30 pagi
Aku dah mula cuak dh.. dengan beg berat tu aku bawa je laju-laju. Aduh penat. Kak Ida mesej bagitahu dia dah sampai kat bas. 

9.33 pagi
Sampai Plaza Sentral aku tercongok. Mana bas? Tak ada satu bas pun kat sini. Aku mesej Kak Ida. Tak balas. Kredit henfon masa tu tak payah cakaplah, memang tinggal sen-sen. Ada dalam 6,7sen je kot... Tak sempat nak topup. Entah-entah bas ada kat KL Sentral. Nak patah balik ke? Tiba-tiba jadi macam tak best. Aku jalan je masuk lobby. Nampak gak bas. Jumpa Kak Camelia. Dia tunjukkan bas yang aku kena naik. Tak best betul sebab setiap bas ada nama ikut turutan. Bas A, B, C dan D. Kak Ida naik bas A, aku pula dapat bas D.

Masuk je bas aku tengok semua tempat full. Sampai kat 5 seat dari belakang semua budak lelaki, kiri kanan lelaki. Aku terpinga-pinga. Adalah dalam 5,6 orang yang duduk sorang-sorang, sebelah seat diorang kosong. Takkan aku nak duduk sebelah salah sorang daripada diorang? Huwaaa... Adalah beberapa minit aku berdiri macam tu. Dahlah semua tak kenal. Yang lelakinya sibuk usyar-usyar. Takde sorang pun nak offer tempat duduk. Last-last sorang lelaki ni pandang aku. Selamba je aku cakap;


" Tukar tempat boleh tak?" 

Memang muka tak tahu malu betul halau orang macam tu. Sian mamat tu. Alih-alih aku perasan dia satu kumpulan dengan Kak Ida, Abang Imran nama dia. Umur 30, aku ingat umur 25,26 macam tu. Awet muda beb... hehe. Dah berkahwin, kebetulan isteri dia pun ada sekali ikut kursus ni cuma tak satu bas & tak satu kumpulan. Anak sorang.


Bila dia dah bagi tempat duduk tu, teruslah aku duduk situ. Sorang-sorang je. Nasib baik bawa novel, tak adalah bosan sangat.


10.40 pagi
Bas bertolak ke Kuala Lipis. Selamat tinggal Kuala Lumpur... Panjang umur jumpa lagi. Pendek umur, dengarkanlah lagu Andaiku Pergi sebagai kenangan ;)

1.15 petang
Bas yang aku naik sampai dulu. Jadi kenalah tunggu bas Kak Ida sampai. Lepas bas aku, bas B pula sampai. Semua lelaki. Erk. Biasa, kalau dah namanya lelaki, kemudian nampak pula perempuan tercongok sorang-sorang, takkanlah tak nak tegur kan. Ada yang ajak aku pergi dewan makan sekali. Ada pula yang sibuk tanya.


" Budak poli kan?" 
" A'ah."
" Patut macam biasa nampak."
Aku angkat kening. " Poli mana ni?"
" Tanjung Malim," dah sudah...bila masa pulak aku sampai Tanjung Malim ni? Jejakkan kaki ke sana pun tak pernah. Adeh. Taktik ke apa nih? Huwaa..cepatlah Kak Ida sampai. Rimas betullah.
" Tak pernah pergi sana lah. Salah orang kot." Dalam hati memang dah berjela-jela perkataan yang menjurus kepada menghalau si budak lelaki.
" Tadi kata poli, poli mana?" Adeh T__T takde tanda-tanda dia nak berlalu ke dewan makanla...
" JB."
" Oo..tak pergi makan?"
" Tunggu orang. Pergilah dulu." Serius rimas! Muka aku dah rasa panas dah. Dahlah cuaca panas, lepas tu 3 orang lelaki tegur aku macam tu. Semuanya cakap macam familiar je muka aku ni. Ingat aku artis ke apa.


Lepas makan kitorang pergi daftar penginapan. Dapat dorm. Perempuan semuanya ada 74 orang, lelaki pula 69 orang. Ramai kan? Time Kak Wan dengan Kak Ani semuanya dalam 80-100 orang je. Tapi masa aku ada 143 orang. 143..hehe.. Macam nombor birthday aku pulak ;P Kebetulan. Aku minat nombor 3. Jadi kat kem ni banyak sangat nombor yang ada 3.


Jumlah peserta: 143
list name: nama aku ke 130
kembara malam: aku ke-53
dorm C: C abjad ke 3 ;P
balik pn naik bas C
Tengok jalan kat kawasan kem tu. Memang tak larat beb. Banyak tangga nak kena pijak. Kalau dari dorm nak ke surau, memang berpeluh-peluh jugaklah nak sampai sana. Bukan jauh pun cuma sebab banyak tangga. Kalah tangga Batu Caves kot..hihi <- melampau statement ni ;P

4.00 petang
Berkenalan dengan AJK Kem Bina Negara. Semuanya diberi gelaran sebagai Pak (bagi lelaki) dan Mak (bagi perempuan).
Pak Abu, Pak Baha, Pak Mat, Pak Rais (muka macam Remy Ishak beb..), Mak Yati & Mak Roy.
Kemudian pembahagian kumpulan secara rawak serta pelantikan jawatan Penghulu, Timbalan Penghulu, Penghuluwati & bla..bla..bla..


7.20 petang
Pergi solat maghrib kat surau, kemudian dengar kuliah agama. Tersengguk-sengguk dengar ceramah. Serius penat. Takde rehat langsung daripada sampai sini, hinggalah ke malam. Dahlah dengan loghat Kelantan si ustaz memang tak berapa nak faham.. 


9.15 malam
Dengar ceramah lagi...oh oh...ceramah dia memang best termasuk dengan penceramah yang agak hensem tapi mata tak boleh nak buka dah..akhirnya tersengguk jugak...adehhh


12.00 malam
Mandi dan tidur... zzz

bersambung....

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB