Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 14 September 2010

Jika aku lelaki... ngaaa

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Aidilfitri untuk semua yang membaca *takkan menonton pulak kan..* Lama dah tak update blog. Busy lah. Hari tu ingat nak berceloteh pasal iftar budak-budak ghimo tapi langsung tak jadi. Sibuk dengan hal dunia -_-'
So amacam raya korang? Bahagia? Sedih? Hmm takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati atas pemergian ibunda kalian di hari raya ini. Semoga pembunuh kejam itu dapat balasan yang setimpal.

Raya tahun ni memang meriah sampai rasa macam taknak duduk rumah, rasa macam nak beraya je. Dah tu pergi rumah sedara mara mesti nak berp0sing sakan. Tak mengagak! Tapi tetap gembira walaupun tuan punya kamera ada sikit geram tengok asyik aku dan adik-adik aku je yang p0sing. Hahah.. Padan muka! ;p


Balik dari beraya di rumah pakcik makcik Ummi (merangkap atuk & nenek saudara ku), entah macam mana terpandangkan seorang mak nyah di tepi jalan. Seperti menunggu seseorang tengah-tengah malam gitu. Dan tiba-tiba aku terkenang kisah lalu. *tiba-tiba ada flashback..keluar cahaya warna putih & gambaran bertukar kaler kuning...haha*


Dulu aku pernah berangan jadi lelaki. Disebabkan dilahirkan dalam keluarga yang amat menitikberatkan hal agama membuatkan aku terfikir begitu. Bagi aku, jadi lelaki ni senang. Keluar rumah tak payah pakai tudung, berseluar pendek paras lutut tanpa baju pun dah tak mengapa. Senang cerita, memang gampang sih jadi cow0k!


Menjadi seorang perempuan pada aku susah. Susah amat! Jengah kepala di bendul pintu pun sudah di tarik rambut yang tak ditutup, masa tu pun belum baligh lagi tapi dah hampir ke arah itulah. Kemudian keluar rumah berlengan pendek pun mulut Ummi berbuih-buih membebel pasal dosa pahala, syurga neraka, kubur. Adussss... Gedush! Kalau Walid nampak lagilah..


" Masuk! Jangan keluar rumah dah!" 

Hamek kau! Tapi aku tak kisah sebab aku bukan gadis yang suka keluar rumah. Duduk dalam rumah aje dah cukup membahagiakan lebih-lebih lagi kalau takde yang cari pasal. Tapi kalau Ipah dengan Nisa', diorang memang pantang diarah begitu. Mulut masing-masing memuncung. Merungut geram. Huhu...


Kemudian, kalau nak lalu depan lelaki jangan angkat muka. Tunduk jerrr. Tulah yang aku buat dari zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kalau nak bercakap dengan lelaki, cakap benda penting je kalau dia dah mula merapu-rapu jangan layan takut jadi lain <- yang ni bukan ummi pesan tapi aku yang pesan sendiri..hoho *sebab tu lelaki tak berani nak say hi sebab aku nampak sombong..hihi*


Susah woo jadi perempuan ni, banyak sangat pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau buat, itu dosa, ini dosa. Banyak sangat dosa perempuan nih! Tak best betul! Nanti dah kahwin, bangkang sikit cakap suami, dan-dan tu gak dapat gelaran isteri nusyuz. Warghhh! Betapa bestnya jadi lelaki. Semua boleh! Hukhuk.


Kemudian bila dah semakin menginjak dewasa ni, mula belajar. Mula memahami serba sedikit. Mula juga belajar menerima dan menghargai bahawa perempuan ini golongan yang istimewa di sisi Allah. *Wahh bangga dah datang!* heee. Jadi lelaki ni tanggungjawab berat sebab tu diHARAMkan untuk menukar jantina. Apabila seorang lelaki menjadi perempuan, konon dia perasan tanggungjawab dia sebagai lelaki dah terhapuslah..hmphh takde maknanya...Lagi bertambah-tambah dosa kau lagi ada, tau! Fikir panjang sebelum tukar jantina ni, kat akhirat nanti semua akan dipersoalkan.

Dan dari hasil didikan ummi dan walid, sekarang ni kalau nak keluar rumah pakai lengan pendek pun aku rasa tak selesa. Kalau dibayar wang bernilai 1juta *tak kisahlah 1juta rupiah ke, USD ke, RM ke* untuk aku menayangkan rambutku ini pada yang bukan mahram pun tak sekali aku ingin! Macamlah 1juta kau tu boleh bawa aku masuk syurga! Macamlah 1juta kau tu boleh menghapuskan semua dosa-dosaku yang telah lalu! *wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, peliharalah imanku..* Dan yang paling best pergaulan aku terbatas. Yeayyyy. Yelah, terbatas sebab tak rapat dengan lelaki. Hubungan antara lelaki dan perempuan walau rapat macam mana pun still ada gap. Kena jaga tu! Tak boleh senang-senang nak sentuh-sentuh, senang-senang nak main tepuk tampar dan tak boleh senang-senang gak mengeluarkan kata-kata kesat pada perempuan berjiwa halus tulus kudus dan mulus macam aku ni..ekeke. 


Kat dunia ni banyak yang kita terlepas pandang. Macam mana boleh terjadinya kes pembuangan bayi? Sebenarnya bersangkut paut gak dengan apa yang aku cakapkan sebelum ni. Didikan tu penting. Jadi konklusinya, nak kahwin nanti carilah pasangan yang mampu bersama-sama mencorakkan hidup anak-anak anda. Sama ada ingin menjadikan mereka kaum Yahudi, Nasrani, Majusi @ Muslim, kita sendiri yang tentukan.... 
Ni kalau dari kecik dihiburkan dengan lagu-lagu dangdut, mak bapak bahasa pun lu gua, lu gua, sekali tegur anak yang tak dengar cakap korang rasa anak tu nak ke dengar cakap korang? Aku tak rasa diorang nak melainkan diorang akan cakap,
"hei perangai lu pun sama macam gua, ada hati nak nasihatkan orang? Lu pikirlah sendiri!" <- yang ni kisah benar bukan rekaan.


Ni pun aku beraya rumah saudara mara sebelah ummi, ada 3 orang berlainan tempat kot tanya kat aku,
" ni ke yang kahwin hari tu?"
"eh mana laki kau? Jemputlah dia naik" aduhhh sudah... 

Last-last akak aku cakap muka aku macam muka orang dah kahwin, sebab tu orang tanya camtu. 
"Tak pun itu petanda kau bakal kahwin dalam masa terdekat ni." Sweet je kan dia cakap camtu.


Jadinya ni tengah fikir-fikir, mana aku nak cekau laki yang boleh sama-sama menjadi 'guru' rumahtangga, yang boleh menjadi guru besar + guru disiplin hal ehwal agama sekaligus? Dan aku pula nanti rasanya dah ready nak jadi guru penolong kanan ni *muka garang, siap pegang rotan*. Hah kalau korang yang baca ni rasa-rasanya kawan-kawan, saudara mara *almaklum sekarang ni bulan raya, mesti ah korang jumpa diorang kan..* yang ada ciri-ciri tu bolehlah PM aku ya. Ahaks! Bukan nak demand ke hape tapi apa guna berdua kalau akhirnya sorang gak yang kena buat itu ini. Cuba bayangkan kalau dapat laki yang bab agamnya kurang, tak ke naya? Nak kita bimbing dia, sekali dapat anak nak bimbing anak lagi. Huishhhh! Choiiii.. Nauzubillah! Aku tak mampu untuk buat itu semua, lagi-lagi diri aku ni bukan betul sangat pun... *almaklum, perempuan penuh emosi sebab tu lelaki yang diwakilkan untuk jadi pemimpin*


Lepas tu sekarang ni dah tak nak berangan jadi lelaki dah. Lelaki tak best. Banyak tanggungjawab. Nak cari lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab dengan sebenar-benarnya memang susah. Sikit sangat yang aku jumpa pun... tu pun dah jadi milik orang. Haihhh bertuah badan perempuan-perempuan yang memiliki lelaki berjiwa macam tu. Jeles i~ -_-'

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB