Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 23 September 2010

Mari aku kenalkan mereka padamu ^_^

Sebenarnya kan dah lama tau nak buat kisah ni.
Tapi asyik takde masa + malas nak menaip je.
Ni pun lama juga duduk depan PC ni untuk mencoret kisah ni. Sampai layan komen-komen entah pekebenda kat bukuwajah untuk berapa juta kali tu pun aku tak tahulah, malas nak menaip kat blog punya pasal....hehe. 
Tapi hari ni aku nak berkisah juga, berkisah sebelum terlambat, sebelum kisah dah jadi basi *akan ke? ;p * dan sebelum diri malas gila mahu menaip lagi. Hoho..

Kisahnya bermula dari aku kecil. Err aku tak ingatlah umur berapa masa tu tapi rasa-rasanya dari sedar kewujudan dunia ni kot aku mengenali dia, si gadis kecil berdarah Cina sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapa. Siti Sarah Hanafiah namanya. Tapi paling ingat, masa darjah dua kami tinggal satu taman perumahan dekat Paroi, Negeri Sembilan. Memang rapat gila walaupun dia ni seorang yang nakal. Nak kata nakal sangat tu taklah tapi masih dalam kategori nakal. Budak-budak lain keluar rumah semua bertudung tapi dia je tak tapi selalunya dia pakai tudung, lagi-lagi kalau Abi dia ada kat rumah, konfem, pijak semut pun tak mati *melainkan dia pijak sembunyi-sembunyi*. He he. 

Dia seorang yang bijak. Memang dari kecil dia bijak, aku tak tahu dia ikut gen siapa, mungkin gen ibu bapa dia, lagipun dulu Umminya pernah menjadi jurutrengkas <- *nak tau mana aku tahu cerita pasal Ummi dia ni? Mestilah dari blog Abi dia..haha* Abi dia pun terror pasal komputer. Tapi Abi dia garang... Takut woh dengan Abi dia dulu. Tapi mungkin juga dia bijak kerana ada darah campuran Cina + Melayu. Menjadi kesukaan para guru walaupun dia nakal.

Tahun 1994, kami terpisah. Masing-masing ikut keluarga masing-masing berpindah *oii belum kahwin, belum baligh lagi masa ni, takkanlah nak ikut laki masing-masing pindah pula kot..agak-agak la* 
Oh lupa, umur dia tua setahun dari aku. Adik lelaki dia sebaya dengan aku, masa sekolah dulu biasalah budak-budak suka main ejek-ejek. Jadi selalulah aku kena gu dengan adik dia tapi paling banyak aku kena gu dengan seorang lagi budak lelaki kelas aku juga *ok, abaikan pasal ni. Sudah tiada makna..<- wahh ayat seperti putus cinta pada 'seorang lagi budak lelaki' itu...ngahaha* Masuk darjah 4, entah macam mana Tuhan pertemukan kami lagi. Wahh.. terharunya! Almaklum, dulu takde telefon bimbit, takde internet untuk manusia berhubung. Nak pasang telefon pun mahal harganya. Jadi, kalau jumpa lagi tu, jumpalah. Kalau tak jumpa, anggap aje jodoh tiada. 
Kali ni agak lama kami berjiran walaupun rumah dia agak jauh. Kerana kenakalan Sarah, kadang-kadang sikap dia menyakitkan hati tapi dia tetap Sarah yang baik <- sungguh sweet ayat tersebut ^_^ Dia suka buat apa yang lelaki buat tapi dia bukan tomboi, cuma sifat dia memang macam tu. 

Darjah 5, masa tu dia darjah 6, sekali lagi kami berpindah. Tapi yang penting kembali ke zaman masa darjah dua. Rumah kami sebelah menyebelah. Seronok tak terkata. Dan masa itu juga kami berjiran dengah Cik Halim dan Cik Azizah *Cik singkatan untuk Pakcik & Makcik* Cik Halim satu tempat kerja dengan Walidku dan Abi Sarah. Ummiku pula amat rapat dengan Cik Zah, nama pun dah sama. Masa inilah mula rapat dengan Rabiatul Adawiyah Abdul Halim atau lebih senang dengan panggilan Angah, anak kedua Cik Halim dan Cik Zah. Angah ni aku kenal dari darjah 3 tapi tak rapat, kenal gitu-gitu je. Kakak dia pula kawan baik dengan kakak aku. Mula-mula kenal dia, dia ok je. Ramah...*untuk aku yang pendiam ni..* Daftar masuk sekolah baru, satu kelas pula dengan Angah. Sarah sah-sahlah tak satu kelas, nama pun tua setahun.
Jadinya kisah aku banyak berkait dengan Angah.
Bila dah ber-geng tiga orang, mula-mula je macam okey tapi ada masa-masanya kami bergaduh. Selalunya Angah geng aku, dan Sarah pun nak aku geng dia tapi kalau boleh aku nak geng dua-dua. Dua-dua perangai sama. Degil dan keras kepala. Ha ha. Aku? Aku mak turut. Aku ikut siapa yang betul. Erm...entahlah. Kadang-kadang yang salah pun aku ikut jugak sebab kesian. Hu hu.

Pernah sekali tu kami bergaduh teruk sampai melibatkan mak ayah kami. Angah orangnya suka berterus terang, apa yang berlaku mesti dia akan cerita pada mak ayah dia, aku pula suka diam, ikut je apa orang cakap. Sarah pula pemendam tapi kadang-kadang dia suka meluahkan dengan cara yang kita tak jangka. Woihhh..dahlah malas nak ingat benda tu. Kalau kitorang jumpa, kenang balik kes gaduh tu, semua gelak terbahak-bahak.

Angah: "Ada ke patut kau cakap aku anak badak, anak dinasour masa tu? Geram tau!"
Sarah: "Dah kau suka cari pasal siapa suruh."
Angah: "Bila aku bagi umi aku baca surat layang tu, umi aku cakap apa? Kalau aku ni anak dinasour, maknanya umi aku tu ibu dinasour lah?"
Ha ha ha..ketawa kitorang bila ingat hal yang lepas-lepas. 

Haihh banyak betullah kenangan dengan korang. Sarah tu nakal tapi kalau nak tahu, dia selalu jadi kakak aku masa sekolah dulu. Hampir semua rahsia dia kat sekolah aku tahu. Tak payah skodeng, tak payah pasang spy, dia sendiri yang akan datang bercerita. Angah pula berkongsi minat dengan aku. Suka novel, suka berangan & kami pernah cuba-cuba untuk menjadi penulis. Hahaha. Penulisan yang takkan pernah terbit dalam mana-mana syarikat penerbitan. Ekekeke. Dan yang pasti, kami bertiga peminat Sailormoon! Bhahaha. Sarah jadi Sailormoon, aku jadi Sailormercury & Angah jadi Sailorjupiter. Tapi Sailormoon dan Sailorjupiter yang ni sering berebut jejaka Tuxedo Mask -__-' *dalam cerita Sailormoon takde pun babak perebutan tu taww..* 
Tingkatan 2, Angah pindah. Sedih sangat masa tu, dahlah Ummi dia best, penyeri kat kawasan perumahan tu, tiba-tiba pula berpindah. Tapi tetap berhubung dan berjumpa. Lepas SPM, pernah seminggu lepak rumah dia. Dan dia juga yang mempertemukan aku dengan dua pupu ku. Selama ni tak kenal pun kewujudan dua pupu aku tu, sekali rupanya kawan baik Angah di sekolah baru.. Ala-ala macam jejak kasih pula masa tu :D

Sekarang ni semua dah berubah. Dah tak selekeh macam dulu. Sarah yang glamour kat sekolah dulu, makin gorgeous. Angah yang macam anak dinasour *bak kata Sarah* sekarang dah makin vogue. Aku? Baru-baru ni jumpa Cik Linda; kawan baik Ummi kitorang + adik ipar Ustaz Pahrol Mohd Juoi di majlis perkahwinan Sarah, Cik Linda puji aku makin lawa, macam muka Arab. Hik hik.. Malu-malu kucen i...



Sarah
Angah

Ahah, Sarah dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka bernama Shafezan pada 18 September 2010... Gadis nakal sedang berusaha untuk menjadi isteri yang solehah buat suami tercinta. Woaaa.. Gembira aku masa datang majlis perkahwinan dia. Bahagia je nampak walaupun bermekap nipis tanpa menggunakan khidmat solekan mak andam profesional.. Tahniah, Sarah! Moga menjadi isteri & ibu yang baik buat keluarga dan agama Islam :) Jadi orang Ipoh ler kome ye...ater... hehe

Angah pula, insyaallah 9 Oktober ini bakal mengikat tali bertunangan dengan jejaka pilihan hati. Yang best, aku sendiri menjadi saksi kisah perkenalan mereka. Saksi tak langsung. Moga kekal dengan Hafiz ok!

Thanks kalian sebab sudi jadi kawan aku, thanks sebab pernah jadi musuh aku & thanks untuk semua hari-hari yang pahit & yang indah-indah yang kita jalani bersama. Walaubagaimanapun kalian, aku tetap sahabat kalian dan kalian tetap sahabat aku.

Much love dariku yang masih solo...takpe, aku dulukan kawan-kawan...ngeee. Chiawww 

 

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB