Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Ahad, 3 Oktober 2010

Syawal bukan sehari ke??


Salam... Semoga semuanya sihat hendaknya..
Terima kasih pada kalian yang sudi menjengah 'teratak' yang tidak seberapa ini :) Syukran jazilan..

Kali ni punya cerita, apa lagi kalau bukan pasal raya..raya..dan raya..
Open house sana, open house sini. Rasanya tahun lepas takdelah semeriah dan sesibuk tahun ni. Tahun ni, serius meriah! Kalau tahun lepas rasa raya tu sehari je walaupun hakikatnya Syawal memang patut disambut sehari sahaja.

Jumaat lepas aja dah ada jemputan dua tempat. Pejabat terbuka Media Screen (ofis Walid) dan rumah terbuka Abang Isman (Hijjaz). Kat ofis Walid, makanan yang jadi buruan kami satu family (termasuk abang ipar yang hampir 5 bulan menjadi ahli keluarga) ialah kambing golek! Waaaa...celonotsnyerrr dapat makan kambing! Aduhaiii kalau cerita dengan kawan-kawan (terutama kawan perempuan) mesti diorang mencemik. Almaklum.. tak ramai penggemar daging kambing ni. Tapi famili aku, ni kira favorite kitorang la. Erm mungkin sebab ada darah Arab di sebelah Walid sebab tu apa aje makanan arab kitorang suka. Tapi kalau yang berempah-ratus beratus-ratus tu memang perut aku tak boleh nak terima la. So memang bukan arab pure la ni kan? hehe.

Tadi pun ada rumah terbuka juga. Rumah Kak Siti Munazakiah, si peneman Ummi ketika di Mekah dulu. Betapa peramahnya Ummi, sampai aku tengok rapatnya Kak Siti tu dah macam adik beradik Ummi je sampai Walid cakap dengan Kak Siti, " Tu ha akak awak" hihihi.

Siang ni punya agenda, pergi rumah terbuka sepupu, kemudian kenduri kahwin sedara. Huh, makan lagi! Badan pun macam dah gemottt je nih. Risau tau, nanti takde orang nak pandang dah...kalau gemott comel takpe...Ni pun nasib baik tahun ni budak-budak ghimo takde buat rumah terbuka, kalau tak lagi parah aku...heee


Penangan Maher Zain


Jadual 'aktiviti' Inche Maher Zain di Malaysia

Tengah dok sibuk dengan jemputan rumah terbuka, mata ni tak habis-habis asyik ternampak je Maher Zain tu update status bukuwajah dia. Entah, tiba-tiba rasa macam dah jadi kipas-susah-mati dia pulak. Uwaa nak jumpa dia!

Hmm macam mana boleh minat Maher Zain ni? Sebenarnya sepupu aku; Ajwad anak Ustaz Amal yang kenalkan kitorang. Kenal pun tahun lepas tapi tak ingat bulan berapa. Lagu pertama dari Maher Zain yang aku dengar ialah lagu ini;

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda


Tadaaa! Inilah lagu pertama yang berjaya menusuk-nusuk ke jantung hatiku. Suara sedap dan yang penting mesej yang ingin disampaikan memang sampai tak terjangkau :D

Tapi yang paling minat lagu Open Your Eyes.
Cuma sekarang ni yang paling rajin untuk aku berdondang sayang adalah lagu Allahi Allah Kiya Karo. Wahh lagu hindustan tu.. itulah lagu bila aku gembira.. hehe
So, thanks to Ajwad sebab kenalkan aku dengan penyanyi ini. Lagu-lagu dia memang banyak memberi keinsafan (untuk manusia yang buka mata & hati kot). 

Ingat lagi masa bulan Februari lepas, masa tu otak tengah serabut. Serabut untuk buat pilihan, sekali buka Youtube, cari lagu-lagu Maher Zain, alih-alih jumpa lagu Insha Allah (ni lagu kedua yang aku dengar selepas For the Rest of My Life).

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Alhamdulillah...bait-bait lirik inilah yang berjaya mententeramkan jiwa dan merungkaikan kekusutan di kepala. Masa tu memang perkataan syukur entah berapa kali terluah di bibir. Tenang sangat~ Jadi bagi aku Maher Zain bukan sekadar penyanyi yang semata-mata untuk memberi hiburan lagha pada manusia tetapi dia juga seorang da'ie yang menyebarkan dakwah Islam. Subhanallah... So, dat's y lah i adore gila kat dia sampai rasa nak nangis tak dapat pergi konsert dia. hukhuk. Tapi takpe, harapan masih ada <- walid yang cakap. Huhu.

Erm oklah, sampai sini dulu coretannya, lain kali bersua lagi insyaallah~

p/s: esok doakan aku tak makan banyak ok ;p

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB